Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Review | Eye Contact Single Eye Shadow

$
0
0
Bila tengok video makeup tutorial, salah satu yang menjadi perhatian adalah bahagian mata. Kagum betul dengan mereka yang pandai blend shadow yang bermacam cara dan tricks. Biasanya untuk menggunakan lebih daripada 1 warna eyeshadow perlu gunakan blending brush yang sesuai. Blending brush pun ada pelbagai saiz dan bentuk juga. 


Memandangkan MUA (MakeUp Artist) yang pernah makeup Fiza bagitau yang kelopak mata Fiza kecil dan jimat eyeshadow, Fiza rasa kalau makeup sendiri lebih baik guna single eyeshadow je. Nak pakai pun tak perlu blend beria sangat dan hanya dab dab sikit menggunakan jari pun dah okay dah rasanya. Kata nak makeup ala Korea, jadi menggunakan single eyeshadow lebih baik untuk Fiza.



Eye Contact Single Eye Shadow  Color#2 Daily Match
Seiring dengan namanya, Fiza pilih color #2 Daily Match untuk daily makeup walaupun bukan daily routine. Nak keluar baru makeup sikit dan Fiza suka color daily match ni sebab sangat natural dan tak nampak macam pakai eyeliner tapi masih boleh nampak seri pada kelopak mata tu. Nak pakai pun mudah dan cepat bersiap.


Eye Contact Single Eye Shadow (2.5g) Color#7 Sugar Mocha
Satu lagi Fiza pilih color #7 Sugar Mocha eyeshadow shimmer yang sesuai untuk di blend dengan color #2 daily match tu. Ataupun boleh pakai single eyeshadow color #7 sahaja. Biasanya kalau guna single eyeshadow gelap ni buat shading baru lah cantik. Tapi kalau nak dab dab dan blend biasa pun okay juga. 


Fiza tak pasti eyeshadow color Sugar Mocha ni semi matte, satin, sheen atau metalik. Kurang arif bab eyeshadow ni. Yang pastinya sugar mocha ni lebih berkilau daripada daily match yang lebih ke arah matte. Dan sugar mocha nampak lebih moden dan menyerlahkan mata sesuai untuk semua warna kulit.


Cara Fiza pakai eyeshadow mudah je. Blend eyeshadow menggunakan satu berus je dan tak terlalu pekat. Cuma sekadar macam nampak pakai eyeshadow untuk tambah seri mata kalau pakai eyeliner. Tak mampu lah nak buat macam MUA yang hebat. Kalau berkesempatan nak belajar juga lah blend pelbagai jenis color eyeshadow.


RECOMMENDED! 
Kalau kau orang yang jenis cepat dan takde masa nak bersiap lama tapi nak pakai eyeshadow bolehlah cuba single eyeshadow ni. Kalau beli banyak entah bila nak guna semua color tu kan. Beli yang ni jimat kalau jenis jarang guna eyeshadow. Sesuai lah untuk yang suka makeup Korean looks. Beli pun daripada wesbite ALTHEA KOREA. Ada 7 pilihan warna yang boleh di pilih.

RATINGS
Texture : ⭐⭐⭐⭐⭐
Packaging : ⭐⭐⭐⭐⭐
Pigmentation : ⭐⭐⭐⭐⭐
Value For Money : Yes!
Price :  MYR10/each


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles