Fuh! Kalau nak pakai eyeliner memang ambil masa yang lama. Lagi-lagi kalau nak buat winged eyeliner. Terketar-ketar tangan nak membuatnya. Kalau tak lurus ke tercomot sikit ke boleh buat kemurungan dan merajuk tak nak pakai eyeliner dah. Pernah rasa macam tu tak? Rasa leceh nak pakai tapi teringin nak pakai.
Sebelum ni Fiza biasa beli dan pakai liquid eyeliner. Kalau dapat beli jenis eyeliner yang sangat okay memang bertuah tapi kalau dapat jenis eyeliner yang mudah merebak macam darah tu memang azablah nak membuat winged eyeliner. Silap haribulan masa boleh habis untuk buat winged eyeliner je. Menyampah! At the end, eyeliner expired tanpa guna. Membazir sangat.
Alang-alang makeup stuff dah makin bertambah kononnya nak cuba belajar makeup, Fiza cubalah beli TONYMOLY Backgel Eye Liner. Pertama, sebab bekas dia sangat comel dan unik. Keduanya sebab harganya sangatlah murah untuk harga gel eyeliner.
APA YANG MENARIK
- THIXOTROPIC GEL FORMULA
Dengan menggunakan thixotropic-gel-formula membuatkan gel menjadi lebih cair semasa penggunaan dan hanya perlu sekali guna sahaja dan cukup pekat.
- KALIS AIR
Sejenis gel eyeliner kalis air (waterproof) dan tidak comot walaupun berpeluh atau terkena air. Gel eyeliner ni juga tahan lama.
- DILENGKAPI DENGAN BERUS
Untuk memudahkan penggunaan, TONYMOLY Backgel Eye Liner dilengkapi dengan berus bersaiz 15mm untuk memudahkan aplikasi semasa menggunakannya.
Selain warna black, ada 6 lagi pihan warna iaitu brown, pearl brown, khaki black, pearl black dan choco. Nak memilih warna lain macam serba salah pula takut tak kena dengan warna kulit. Nak selamat, pilih warna hitam je lah sebab dah biasa dengan eyeliner hitam. Boleh dapatkan dengan harga MYR25 di website ALTHEA KOREA lah mana lagi.
RATINGS
Texture : ⭐⭐⭐⭐
Pigmentation: ⭐⭐⭐⭐⭐
Packaging : ⭐⭐⭐⭐⭐
Pigmentation: ⭐⭐⭐⭐⭐
Packaging : ⭐⭐⭐⭐⭐
Waterproof : ⭐⭐⭐⭐⭐
Value For Money : Of course!