Firstly, Congrats Althea Korea telah keluarkan produk rangkaian Althea Exclusives Makeup yang pertama. Antara rangkaian produk yang dikeluarkan adalah Flawless Creamy Concealer yang didatangkan dengan 4 shades. Concealer ni antara produk yang wajib ada dalam koleksi makeup yang berfungsi untuk menutup cela dan noda pada muka.
PIGMENTED FLAWLESS CREAMY CONCEALER
Althea's Flawless Creamy Concealer sangat pigmented. Sesuai untuk menutup segala cela yang ada pada muka. Boleh digunakan juga untuk cover mata panda yang kelihatan. Produk ini menggunakan formula yang diperbuat daripada Aquaxyl untuk melembapkan dan memperbaiki kesihatan kulit secara keseluruhannya.
TAHAN LAMA
Dengan kepekatan concealer ni membuatkan penggunaan concealer boleh tahan lama sepanjang hari. Tak perlulah kau orang kerap touch up makeup kau orang tu. Sekali makeup je dah boleh buatkan muka flawless sepanjang hari. Rasa lebih confident juga kalau makeup boleh tahan lama tanpa touch up.
4 SHADES
#01 Vanilla (Pink beige #21),
#02 Ginger (Warm ivory #21)
#03 Honey (Warm peach #23-#25)
#04 Mocha (Deeper yellow #30)
Tahu tak yang concealer ni banyak fungsinya selain menutup cela di muka. Boleh digunakan sebagai pengganti foundation, menyempurnakan bentuk kening, contouring dan highlight, primer bibir, primer bahagian mata, Memperbetulkan winged eyeliner, melentikkan bulu mata.
FUNGSI LAIN CONCEALER
1. PENGGANTI FOUNDATION
Concealer juga boleh digunakan sebagai foundation untuk makeup. Manalah tahu kehabisan foundation ke, jadi boleh je gunakan concealer sebagai pengganti foundation. Cara penggunaannya pun sama dengan foundation, boleh gunakan sponge atau berus untuk blend lebih sempurna dan tidak bercapuk.
2. MENYEMPURNAKAN BENTUK KENING
Nak membentuk kening yang lebat macam Fiza ni sangat-sangat memerlukan concealer jenis pekat macam ni untuk menyempurnakan bentuk kening supaya nampak lebih cantik terbentuk. Caranya dengan merapikan kening menggunakan berus, lukis kening dan tutup bahagian lebihan kening dengan concealer untuk kening lebih sempurna terbentuk. Boleh tengok tutorial dalam video di bawah ni. Fiza gunakan code #mocha untuk merapikan bentuk kening.
3. CONTOURING DAN HIGHLIGHT
Kalau kau orang ada concealer 4 shades Althea flawless creamy foundation ni, kau orang boleh buat contouring dan highlight untuk makeup kau orang. Untuk highlight, gunakan shade lebih terang dan contouring gunakan shade yang lebih gelap daripada kulit muka. Fiza gunakan shade code #vanilla untuk bahagian dahi, bawah mata, tulang hidung, dagu dan pertengahan rahang pipi.
4. PRIMER BIBIR
Ombre lip, makeup ala Korea agak trending buat masa sekarang ni. Kalau kau orang sukakan ombre lip style tu boleh juga gunakan concealer pada bibir sebab concealer ni merupakan primier bibir yang bagus. Lebih menonjolkan warna lipstick dan juga membentuk bibir dengan lebih baik tanpa comot.
5. PRIMER BAHAGIAN MATA
Sebelum pakai eyeshadow pada bahagian mata, sebaiknya apply concealer dulu sebagai primer mata pada kelopak mata untuk mengekalkan warna eyeshadow dan lebih nampak lebih kemas berbanding tidak menggunakan concealer.
6. MEMPEBETULKAN WINGED EYELINER
Jenis yang suka buat winged eyeliner, mesti sangat stress kalau winged eyeliner tak menjadi. Kalau rasa winged eyeliner terlebih tebal atau tak sharp hujungnya, boleh perbetulkan dengan concealer je lebih mudah dan sempurna.
7. MELENTIKKAN BULU MATA
Jangan tak tahu, concealer juga ada triknya okay untuk melentikkan bulu mata. Caranya selepas kau orang sepit bulu mata dengan menggunakan eyelash curler, apply concealer sikit pada bulu mata. Lepas tu baru lah pakai mascara. Maka, dapatlah bulu mata yang super lentik.
Nampak tak kegunaan concealer ni dalam makeup sangat banyak dan berbaloi. Wajib tambah Althea Flawless Creamy Concealer dalam koleksi makeup kau orang juga sebab ada 4 shades sebagai pilihan dan dalam 4 shades boleh digunakan untuk pelbagai fungsi seperti di atas.
HARGA MURAH
Seriously Fiza tak expect harga concealer Althea Flawless Creamy Concealer ditawarkan dengan harga yang agak murah dan berpatutan. Mampu dimiliki dan concealer yang berkualiti dengan harganya. Untuk maklumat lanjut dan untuk pembelian Althea Flawless Creamy Concealer dengan harga MYR15, boleh terus klik ke website Althea Korea.
Nampak tak kegunaan concealer ni dalam makeup sangat banyak dan berbaloi. Wajib tambah Althea Flawless Creamy Concealer dalam koleksi makeup kau orang juga sebab ada 4 shades sebagai pilihan dan dalam 4 shades boleh digunakan untuk pelbagai fungsi seperti di atas.
HARGA MURAH
Seriously Fiza tak expect harga concealer Althea Flawless Creamy Concealer ditawarkan dengan harga yang agak murah dan berpatutan. Mampu dimiliki dan concealer yang berkualiti dengan harganya. Untuk maklumat lanjut dan untuk pembelian Althea Flawless Creamy Concealer dengan harga MYR15, boleh terus klik ke website Althea Korea.