Bila perut dah kenyang menjamu selera di
Jom Coffee, terus book grab ke
Hotel Mimosa Melaka untuk check in. Masa check in pukul 2 petang. Struggle juga berhari-hari lamanya Fiza survey hotel sebab cuti Chinese New Year ni banyak Hotel dah penuh. Jadi pening nak pilih yang mana yang available yang sesuai dengan bajet dan juga features bilik yang Fiza nak. Selepas short listed beberapa Hotel, Fiza pilih
Mimosa Hotel Melaka yang sesuai dengan bajet dan sesuai dengan kehendak Fiza.
|
View dari tepi kiri Hotel Mimosa (Tempat Parking Kereta) |
Parking kereta yang banyak disediakan oleh pihak Hotel Mimosa Melaka. Tapi kalau malam memang penuh lah park kereta ni. Kalau balik lambat dan park penuh, mungkin pihak hotel akan advise nak parking kat mana kot? Urusan check in dalam masa lebih kurang 10 minit macam tu dan macam biasa perlu bayar deposit RM50.
|
sementara menanti urusan check in settle |
Dah settle, jom kita masuk bilik dan berehat!
Pilihan Fiza adalah Executive Room yang berkeluasan 24 m²/258 ft² dengan king bed.
|
King bed |
|
Request bilik level paling tinggi |
|
Seating area, Coffee/tea maker, free bottled water, desk, television |
|
Makeup table, hair dryer & closet |
|
in-room safe box, telephone |
|
City View |
|
Toiletries |
|
Shower and bathtub |
|
Toilet, towels and tissue paper |
Fiza stay di Hotel Mimoa Melaka ni cuma satu malam je dengan harga bawah RM150 termasuk tax. Sangat berbaloi dengan Executive Room tu. Susah nak dapat harga yang murah masa peak seasons ni kan. Rezeki harijadi lah kiranya tu. Well, Hotel Mimosa salah satu hotel yang Fiza boleh recommend pada kau orang yang bercuti di Melaka tu. Hotel yang bersih, luas, selesa dan perkhidmatan pun memuaskan.
|
Checkout! |
Kalau boleh nak stay sehari lagi. Tapi bajet dan masa cuti pun tak ada, sehari sudah memadai lah. Masa check out tu jangan lupa ambil semula deposit RM50 tu. Dan di Melaka perlu bayar cukai Hotel RM3/malam yang dianggap sebagai cukai warisan.
Cukai tambahan ni hanya ada di Langkawi, Pulau Pinang dan juga Melaka sahaja. Pulang Pinang bayaran dia RM3/malam untuk hotel 4 dan 5 bintang, RM2 untuk hotel 3 bintang dan kebawah. Langkawi pula RM9/malam untuk setiap hotel. Jadi, kalau bercuti di salah satu negeri ni jangan pelik pula kalau kena bayar cukai tambahan ni ye.
|
Perkhidmatan sewa basikal juga disediakan |
Kalau kau orang ada masa lebih di Melaka dan menginap di Hotel Mimosa ni, kau orang boleh sewa basikal daripada pihak Hotel Mimosa ni. Senang tak perlu susah-susah nak pergi sewa basikal di tempat lain. Ikutkan nak sewa basikal dan berbasikal di
tempat-tempat menarik di Melaka ni. Tapi tak sempat kalau bercuti sehari je kan. Lain kali lah boleh menginap di Hotel Mimosa lagi.