Selamat pagi! Selamat kembali bekerja selepas long weekend yang terakhir bulan September ni. No more long weekend dah untuk bulan ni. Minggu depan dah boleh start dengan monday, no more Tuesday Blues. Liatnya alahainya nak mulakan kerja hari ni. Kalau boleh hari-hari nak menikmati cuti. Cuti long weekend sempat balik kampung kejap sehari. Dalam masa sehari tu sempat jugalah ambil benih 3 jenis pokok lidah mertua kat rumah mak. Ingatkan ada satu jenis je mak tanam, rupanya ada 3 jenis ni. Bolehlah buat koleksi baru dekorasi dalam rumah.
Pokok lidah mertua ni memang banyak sangat namanya. Antaranya lidah mak mertua, lidah mentua, lidah jin, lidah hantu, lidah ular dan bermacam lagi. Nama english pun ada pelbagai dipanggil sansevieria atau snake plant. Dah boleh hadam dah segala nama-nama tu. Semua nama yang disebutkan tu kira betul lah ye. Tak payah susah-susah nak confused. Anggap je semua nama tu wujud dan betul.
3 Jenis Pokok Lidah Mertua/Sansevieria Untuk Dekorasi Dalam Rumah
1. Sansevieria Golden Hahnii
Untuk sanseviera trisfasciata lorentii ada banyak jenis juga. Yang Fiza ambil ni jenis sederhana panjang pertumbuhan dia. Kalau jenis panjang tinggi tu nama dia Sanseviera Trifasciata Lorentii. Untuk jenis Golden Hahnii ni warna kuning emas pada bahagian tepi daun agak tebal berbanding lorentii dan daun golden hahnii lebih lebar.
2. Sansevieria trifasciata Prain
Jenis Trifasciata bukan hanya ada yang jalur kuning sahaja pada tepi daun. Ada juga jenis yang bewarna hijau berbelang-belang kelabu macam trisfaciata prain ni. Sejenis spesis yang mempunyai daun panjang dan tajam. Kalau jenis pendek sikit namanya trisfaciata futura yang saiznya dan corak macam lorentii cuma tak ada lining kuning je.
3. Sansevieria Trifasciata Bantel’s Sensation/ White Sansevieria
Jenis Bantel's Sensation/ White Sansevieria ni antara jenis paling senang nak kenal sebab lain sikit daripada yang lain. Jenis daun bercorak garisan warna hijau dan dasarnya warna putih. Pokok jenis lurus tinggi, keras dan tumbuh secara rapat. Memang nampak beza ketinggian white sansevieria ni dengan jenis lain.
Jenis rumah tanah ditutupi simen, makanya buat tanaman dekorasi dalam rumah je lah jawabnya. Fiza cuba tanam dalam air buat masa ni. Harap-harap menjadi lah. Kalau menjadi propagate boleh lah pindahkan sikit dalam pasu besar. Pokok lidah mertua ni kalau tanam untuk landskap jadikan pagar memang cantik sangat. Atau letak dalam pasu besar memang cantik kan. Sesuai untuk dijadikan hiasan dalam rumah dan luar rumah. Untuk dalam rumah tu boleh berfungsi sebagai pembersih udara dan mengurangkan bau yang tak best dalam rumah.
Selama ni tak pandang pun pokok lidah mertua ni. Tapi sejak terjebak dengan pokok hiasan ni barulah tersuka tanpa sengaja. Dan tahu pokok ni ada fungsinya memang mencarilah pokok lidah mertua ni. Biasanya harga kat nursery sepokok dalam RM15 dan ke atas. Kira jimat juga lah ambil kat rumah mak ni. Kena sabar sikitlah tunggu dia membesar depan mata. Hari-hari buat terapi mata dan tengok pembesaran pokok lidah mertua ni.
Credit : rezahape