Entah zaman bila sudu ni pun tak tahu. Yang Fiza tahu memang lama sungguh sudu ni. Zaman nenek dulu kot. Boleh dilabelkan sebagai barang antik juga ni. Mak jumpa dekat stor luar rumah. Memang berhabuk dan berkarat sungguh la. Tembaga karat tu ada warna biru biru turqoise sikit. Cakap ngan mak. Ni dah karat ni macamana nak hilangkan karat sudu?
Mak kata rendam dengan air asam keping je. Lepas tu sental bersihkan. Sampai rumah terus Fiza rendam semalaman sudu tu. Lupa nak ambil gambar sebelum kejadian rendam dengan air asam keping ni. Dalam gambar ni Fiza baru berus sikit sudu selepas semalaman rendam. Yang garfu tu belum cuci habis lagi. Masih perlu rendam sehari lagi dan berus dengan heavy duty scrub sponge. Kalau guna berus dawai takut macam tercalar teruk nanti.
Tambah sehari lagi rendam dan berus dengan sponge kasar tu, akhirnya hilang jugalah kesan karat dan kesan kotor pada sudu tembaga tu. Bahagian pemegang tu belum habis sental lagi. Mudah je nak hilangkan kesan karat ni rupanya. Bila dah rendam, lebih memudahkan kerja sental tu. Tak perlu sental beria. Tapi kesan dan karat degil tu kenalah beria sental sampai hilang.
Setelah sental sampai puas hati. Inilah hasilnya sudu tembaga rustic yang berkilat. Memang berhasillah ikut petua mak. Petua tradisional orang dulu-dulu memang berhasil. Puas hati tengok sudu dah cantik macam ni. Cuma bahagian kayu je yang kurang sikit. Rasa macam nak biarkan je macam tu baru nampak real rustic.