Kalau kau orang tengok harga dried flower bouquet pun mahal juga tau. Jangan ingat bunga segar je mahal. Agak dah lama juga teringin nak beli bunga cotton flower ni. Akhirnya dapat juga beli dried flower masa beli fresh flower kat Petaling Street haritu. Fiza beli 1 pack ada 3 tangkai macam tu. 1 Tangkai ada 3 kuntum cotton flower. Harga RM15 untuk 1 pack cotton flower. Cotton flower yang macam kapas tu ye.
Baby breath putih dan pink tu beli tahun lepas, tahun ni dah kering pun cantik lagi |
Satu lagi, Fiza beli bunny tail grass yang warna putih berbulu macam ekor arnab tu lah. RM12/bundle. Ada banyak satu bundle tu. Cantik juga letak dalam pasu kaca untuk buat perhiasan dalam rumah. Beli warna putih mudah nak sesuaikan dengan tema dekorasi rumah dan sesuai untuk dijadikan props gambar untuk produk tertentu.
Beli bunga kering ni tak perlu nak jaga pun berbanding bunga segar kan. Tujuan utama beli pun sebab nak buat props je. Sambil tu boleh buat perhiasan untuk rumah. 2 in 1 lah kiranya. Kalau lagi kreatif boleh lah buat hiasan untuk cover diari ke planner ke kad ucapan ke. Cotton flower ni cantik tau kalau buat flower bouquet. Tambah baby breath sikit, tambah bunny tail grass sikit. Boleh tiruvasi idea bawah ni.
Credit image : google |
Dried flower ni kau orang boleh je spray kalau nak warna lain. Ada juga jual berwarna warni. Fiza pilih warna putih je sebabnya macam yang Fiza bagitau tadilah. Haritu konon nak gabung fresh flower dengan dried flower buat flower bouquet untuk anak buah konvo. Tapi tak menjadi sebab semua bunga warna putih. Tak naik seri. Sudahnya guna baby breath dengan eucalyptus je lah.