Tanjung bidara ni tak macam Pantai Puteri yang Fiza pernah pergi sebelum ni. Suasana agak sunyi cuma ada beberapa buah kereta je parking. Boleh kira manusia yang ada lepak kat situ. Food court sunyi sepi tanpa peniaga. Kiranya kurang pengunjung petang-petang ni. Atau sebab hari biasa memang tak buka food court kat sini. Entahlah, tiada jawapan. Orang situ je tahu kot. Mujur bukan datang nak makan sekali. Dapat makan cendol tepi pantai tentu seronok.
Saja singgah pantai sebab Fiza suka tengok pantai dan sambil tu boleh ambil gambar cantik-cantik tepi pantai. Pantang nampak pantai mesti rasa macam tenang dan damai gitu. Terapi sebentar sebelum balik rumah. Tapi Fiza tak suka mandi air laut sebab cepat sunburn dan agak 'aquaphobia' sebenarnya. Suka lepak tepi pantai je menikmati permandangan ciptaan Allah. Ambil gambar tu sudah semestinya. Kalau rumah dekat dengan pantai, mahu hari hari belok ke pantai. Hehe
Pantai Tanjung Bidara ni bersih dan pantainya agak panjang. Jenuh juga kalau nak menyusuri pantai ni. Pantai pun bersih dan ada batu-batu besar tepi pantai. Cuma tak ambil gambar kat batu tu je sebab malas nak jalan ke sebelah situ. Air laut kat Tanjung Bidara agak keruh macam air sungai. Tak jernih dan tak biru. Kalau warna biru dan jernih tentu lebih cantik kan. Lain pantai lain warna airnya disebabkan faktor kedalaman, cahaya, kandungan dan sebagainya.
Air keruh macam ni sebab tak dalam dan disebabkan faktor ombak yang memukul pasir di tepian pantai. Mungkinlah kot. Kena kaji lebih kalau nak tahu. Paling suka bunyi ombak tepi pantai. Rasa nak pacak tiang buat rumah tepi pantai je. Tapi rasa takut pula. Bak kata pepatah "Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai". Haha Tiba teringat pepatah tu. Ada kena mengena juga tu kot.
Dah puas ambil gambar yang tak seberapa tu dan sedut angin petang tepi pantai puas-puas. Gerak balik kampung Segamat terus sebab masih ada baki cuti sehari lagi. Dah lama tak balik kampung. Alang-alang berkesempatan ni terus balik kejap. Dah lama tak balik kampung. Huwaa...