Sebenarnya susu ni sangat bagus kalau diamalkan setiap hari. Seperti bayi, perlukan susu setiap hari bagi membekalkan nutrisi penting untuk tumbesaran yang lebih sihat. Orang dewasa juga memerlukan khasiat susu untuk kuatkan tulang. Tapi jika terlebih pengambilan susu akan memudaratkan hati. Suka macamana pun memang tak boleh over limit.
KANDUNGAN NUTRISI DALAM SUSU
- Kalsium
- Vitamin D
- Mengandungi ketiga-tiga mikronutrisi iaitu karbohidrat, protein dan lemak.
- Vitamin A, B,C D,E dan K.
- Potassium
- Fosfat
- Folate
- Zat besi
KHASIAT SUSU
- Membantu mengawal tekanan darah
- Mencantikkan rambut dan kulit.
- Membantu imunisasi badan.
- Membantu proses penghadaman.
- Membantu tumbesaran yang sihat.
- Baik untuk pembinaan dan ketahanan tulang dan gigi.
Bagus kan amalkan minum susu setiap hari. Bila ada bajet lebih sikit okaylah beli stok susu pek kecil 6 kotak tu. Sehari satu kotak. Suka beli jenama goodday sebab susu dia lebih sedap, pelbagai perisa susu dan harga juga lebih murah. Kadang beli yang susu kurma, green tea atau honey. Itu antara perisa yang Fiza akan beli. Eh, yang Farm Fresh pun sedap giler kot susu kurma dia. Sebotol tu sekejap boleh habis. Tapi itulah, harga boleh tahan juga kan.
Dalam bidang kecantikan pun banyak juga produk yang berasaskan susu. Di spa pun ada menyediakan perkhidmatan mandi susu untuk memutihkan dan menyihatkan kulit. Untunglah dapat bermandi susu. Macam best je untuk dicuba jika ada peluang, why not! Tapi itulah, rasa sayang pula nak mandi susu. Setakat gunakan produk berasaskan susu tu pernah juga lah. Kau orang pernah mandi susu?
Sumber : bharian