Seperti biasa, bila hujung tahun ni mulalah musim tengkujuh. Hujan lebat setiap hari dan bila hujan turun tanpa henti, mulalah banjir. Tengok kat facebook pun dah ramai yang share gambar-gambar banjir di Pahang dan Johor. Risau betul lah kalau banjir kat Segamat tu. Air sungai pun naik hampir ke jambatan. Bahagian kaji cuaca pun ada keluarkan notis yang hujan sampai 31 Disember ni. Lagilah bertambah risau.
View hujan dari tingkap dapur, risau tengok hujan setiap hari |
Harap-harap tak berlaku banjir besar dan tak berlaku sebarang kejadian yang tak di ingini. Musim hujan ni, kena lebih berjaga-jaga dimana berada dan bawa kenderaan pun kena lebih berhati-hati terutamanya yang naik motor. Lagi satu, musim cuti sekolah jangan dibiarkan anak-anak mandi di kawasan yang dinaiki air. Memang lah seronok main air tapi kena tegah sebelum jadi apa-apa. Kena beringat Selalu.
Cuti sekolah pun ada banyak majlis kahwin kan. Yang mana majlis tak dibuat di dewan tu kena bersabar lebih kalau majlis musim hujan ni. Hujan atau banjir itu semua dugaan dan majlis perlu juga diteruskan ikut mana yang boleh dibuat. Semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga semuanya selamat dan baik baik je. Aminnn...
Apa yang bestnya musim hujan ni adalah cuaca sejuk. Bila cuaca sejuk, boleh jimatkan penggunaan air cond. Nak buka air cond pun rasa macam "Eh, tak payah lah". Belum buka air cond pun dah sejuk kemahen tau! Ni kalau duduk dalam selimut tebal pun masih sejuk. Siap berstokin bagai lagi. Yang tak bestnya, perut asyik minta makanan je. Asal hujan je lapar, asal lapar je hujan.