Syahdu rasa sambut Ramadhan kali ni kan? Takpe, pujuk hati sendiri dan ada hikmah Ramadhan disebalik PKP yang dilanjutkan ni. Hikmah yang paling jelas terang lagi bersuluh, kita boleh fokus 100% ibadah puasa di bulan Ramadhan tanpa terganggu dengan hal-hal duniawi. Waktu solat terjaga dan boleh menghayati Ramadhan dengan ibadah-ibadah lain.
Mungkin ini adalah pertama kali puasa Ramadhan kita penuh dengan menyendiri lebih dekat dengan Allah untuk refleksi hati dan diri kita sendiri. Kita juga berpeluang berterawih dan berbuka dengan ahli keluarga mengeratkan lagi hubungan dengan keluarga.
Dengan tiadanya Bazaar Ramadhan, kita boleh jimat belanja dengan masak sendiri di rumah. Pahala puasa pun tak terganggu dek kerana dosa mata ketika ke Bazaar Ramadhan."Tak sedap tak mengapa, boleh masuk dalam group Masak Apa Tak Jadi Harini" kata PM malam tadi. Aduhaii, ayahanda kita pandai bergurau. Tapi dalam masa sama rasa kesian juga dengan para peniaga yang mencari rezeki di Bazaar Ramadhan.

Buat pertama kalinya juga, kita tidak akan memikirkan tentang persiapan hari raya. Apapun yang terjadi kita perlu hadapi dengan sabar dan ketahuilah Allah maha mengetahui.
وَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” -Al Baqarah 2:216