Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Resepi Ayam Goreng Berlada. Pedas Baru Sedap!

$
0
0
Zaman kanak-kanak dulu tak tahu lah kenapa mak rajin masak ayam goreng berlada daripada masak lemak cili api. Sampai ke besar lah suka dengan ayam goreng berlada. Cili api kena extra baru sedap makan pedas-pedas. Kalau ikut style Fiza masak ayam goreng berlada wajib goreng dulu ayam tu baru sedap. 

Kalau ayam tak digoreng dulu pun boleh jugak. Nanti jadi ala ayam masak ungkep lah kot. Confused jugak dengan nama menu ayam goreng berlada dengan ayam masak ungkep. Tengok dari segi rupa macam sama. Masak ayam tanpa goreng ayam dulu macam lambat juga nak tunggu ayam masak tu tapi mudah sikitlah kerja masak sebab tak perlu goreng ayam.

Baik, jom kita beralih kepada Resepi Ayam Goreng berlada. Bahan-bahan dia tak banyak mana dan mudah ya amat. Makan dengan nasi panas dan extra cili api memang berapi dibuatnya. Lepas tu ada hati nak menambah nasi lagi kan. Tak serik disebabkan sedap benar. 


Bahan-Bahan
Ayam potong kecil
garam secukupnya
Serbuk kunyit
4 biji bawang kecil
1 ulas bawang putih
1 genggam cili api
1 batang serai
1 keping asam keping
Minyak masak

Cara Masak Ayam Goreng Berlada

Gaul garam dan serbuk kunyit pada ayam. Panaskan minyak masak dan gorengkan ayam sampai masak. Dah siap masak, angkat dan ketepikan dulu. Tumbuk bawang kecil, bawang putih dan juga cili api. Kalau tumbuk guna lesung rasa dia lagi sedap berbanding kisar guna blender. So nak sedap, gunalah lesung batu.

Kalau masak sikit bolehlah guna lesung batu. Kalau masak banyak, terpaksalah guna blender kan. Serai tu ketuk sikit dengan anak lesung pun dah cukup dah. Kurangkan sikit minyak goreng ayam tadi tu, panaskan dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk sekali masukkan serai.

Dah naik bau dan garing, letak air sikit dan garam sikit. Biarkan masak seketika, baru masukkan ayam  dan kacau rata. Akhir sekali baru masukkan asam keping dan biarkan kuah dia kering sikit dan meresap dalam ayam. Kalau nak berkuah, letak air lebih sikit ye. Mudah je kan? Boleh lah tiruvasi menu ni untuk berbuka nanti.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles