Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8058

Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 1-40(Akhir) Lakonan Uqasha Senrose & Syukri Yahaya

$
0
0
Drama bersiri Rindu Awak Separuh Nyawa akan ditayangkan di Slot Megadrama Astro Ria lakonan Syukri Yahaya dan Uqasha Senrose. Drama Rindu Awak Separuh Nyawa ni adaptasi novel Rindu Awak Separuh Nyawa karya Siti Rosmizah yang telah diterbitkan pada tahun 2016. 

Karya Siti Rosmizah jarang tak best. Salah satu yang letop dan didramakan adalah Drama 7 hari mencintaiku. Hero yang sama tapi heroin yang berbeza. Drama bersiri sebanyak 40 episod ni diarahkan oleh Jamal Khan dan Along Kamaludin dibawah terbitan SR One Sdn Bhd. 

Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 1-40(Akhir) Lakonan Uqasha Senrose & Syukri Yahaya

Drama : Rindu Awak Separuh Nyawa
Jumlah Episod : 40
Waktu Tayangan : Januari 2021 (Expected)
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot MegaDrama Astro Ria & Ria HD
Penulis Skrip : Rozie Rashid & Amka Ahmad
Penulis Novel : Siti Rosmizah
Pengarah : Jamal Khan, Along Kamaludin
Produksi : SR One Sdn Bhd

Pelakon Drama Rindu Awak Separuh Nyawa

Shukri Yahaya sebagai Nazril Nazim
Uqasha Senrose sebagai Kasih Maisara
Fizo Omar sebagai Aidil
Marsha Milan sebagai Nurul Huda
Khairil Anwar Aman sebagai Datuk Raqib
Aida Khalida sebagai Puan Norida
Ikhlas Jalil sebagai Izudin
Norreen Iman sebagai Qistina
Fiza Thomas sebagai Sally
Fauzi Nawawi sebagai Kasim
Aleza Shadan sebagai Esah
Noorkhiriah
Balkisyh Semundur Khan
Munira Iwan
Farouk Hussain
Farez Ridzwan
Fareez Fauzi
Silfeny Osman
Puteri Rafasya

Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa

Mengisahkan anak tunggal dalam keluarga berada, iaitu Kasih Maisara yang memiliki sikap angkuh dan sombong serta berdendam dengan ayahnya, Datuk Raqib atas kematian ibunya sehingga menjadikan anak rakan baik orang tuanya, Aidil sebagai kambing hitam untuk melepaskan dendamnya.

Maisara berpura-pura menyukai Aidil tetapi apabila tiba majlis pertunangan, gadis itu membatalkannya sehingga mengecewakan lelaki berkenaan. Namun, Aidil yang kecewa masih menyimpan perasaan demi kasihnya berkenaan.



Sinopsis Novel Rindu Awak Separuh Nyawa

"Kasih Maisara!!!”
Kemarahan papanya tidak diendahkan. Sikap angkuh dan sombong begitu menebal dalam diri. Ditambah pula dia menyalahkan papanya atas kematian arwah mamanya.

Pertemuan tanpa di duga dengan lelaki bernama Nazril Nazim membuka tirai baru dalam hidupnya. Maisara bertemu buku dengan ruas, keegoannya dicabar!

“Saya lagi rela kahwin dengan perempuan hodoh! Sebab kebahagiaan bukan pada paras rupa. Saya mencari isteri solehah bukan ratu cantik dunia!”

Bagai nak meletup jantung Maisara mendengarnya!

“Nazril! Kau sedang bermain dengan api! Dan api itu adalah aku! Aku akan bakar kau sampai hangus!”

Manusia itu tak sempurna pasti ada salah dan silapnya. Begitu juga Maisara, ketulusan cinta Nazril Nazim menyinar keinsafan dalam dirinya. Namun di kala kasih berputik, cinta bersemi, Nazril pergi begitu saja.

Maisara akur kesilapannya tapi kenapa tiada ruang kemaafan buatnya? Hati Nazril beku! Maisara memujuk! Maisara merayu! Sekelumit pun tidak terkesan di hatinya!

“Mulai hari ini, awak tutup pintu hati awak serapat-rapat untuk saya sebab Nazril Nazim tak akan terima awak sampai awak mati!”

Ya Allah! Begitu bisa setiap patah katanya.

“Awak jangan risau, saya tak akan kembali semula dalam hidup awak. Kalau ditakdirkan saya mati, saya akan bawa kata-kata awak sampai ke liang lahad! Cuma jika awak ada sedikit ehsan, buat terakhir kali imamkan jenazah saya. Bawa jenazah saya ke kubur, kebumikan saya dan kata Kasih Maisara saya dah buktikan saya tak akan terima awak sampai awak mati!” Jelas kelukaannya.

Kini, Kasih Maisara telah pergi. Keluar air mata darah sekali pun dah tak berguna lagi!

“Maafkan abang sayang, maafkan abang. Hati abang tak pernah mati buat sayang. Saralah nafas, nyawa dan bidadari syurga abang.”
Dalam hati dihimpit kekesalan, Nazril mendongak ke langit memandang bintang yang bertaburan.
“Kasih Maisara, rindu awak separuh nyawa,” bisiknya dengan deraian air mata.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 8058

Trending Articles