Sayur, barang dapur yang patut ada dan wajib ada dalam setiap hidangan. Tak ada lauk sayur, ibarat macam tak lengkap hidangan tu. At least ada ulam pun dah cukup. Itu kata kata seorang pencinta sayur macam Fiza. Yang tak suka sayur, tak ada hal takde sayur ni. Tak menjadi masalah bagi mereka. Betul tak?
Jenis yang membeli lauk dan barang dapur untuk stok seminggu ke atau dua minggu ke mesti kena beli sayur pelbagai jenis. Jenis beli hari hari tak kisah pun nak simpan sayur. Kita yang jenis beli stok untuk tempoh yang lama, nak tak nak kena simpan sayur dengan betul untuk tahan lama.

Tertarik dengan cara simpan sayur supaya tahan lama dengan menggunakan kaedah bungkus guna aluminium foil dari perkongsian Puan Eyfa Emir ni. Cara simpan sayur bungkus guna aluminum foil ni paling berkesan untuk kekalkan sayur tahan lama dan segar.
Cara Simpan Sayur Tahan Lama Dengan Aluminium Foil
1. Sayur yang baru dibeli, jangan dibasuh.2. Potong aluminium foil ikut saiz dan jumlah sayur
3. Masukkan sayur, lipat aluminium foil elok-elok dan labelkan (nama dan tarikh pembelian)
4. Simpan dalam peti ais bahagian bawah (chiller)
5. Bila nak guna baru basuh sayuran tu , lebihan yang tak guna boleh simpan semula dan bungkus elok elok.
![]() |
kredit : Eyfa Emir |
Cara ni membuatkan sayuran tahan lebih dari seminggu dan masih kekal segar. Nampaknya macam menarik untuk di pratikkan cara macam ni. Bila beli sayur banyak tu boleh juga asingkan siap siap kuantiti untuk sekali masak.
Aluminium foil tu kalau bungkus elok-elok dan tak koyak boleh digunakan semula. Bila sayur boleh tahan lama, tak membazir lah kalau lama tak masak. Jimat pun jimat tak perlu asyik nak membeli sayur je. Sayur pun dah mahal sekarang. huhu