Drama Hello Jangan Tapau Cintaku bakal bersiaran menggantikan drama Sang Pewaris di slot Lestary TV3. Drama Hello Jangan Tapau Cintaku, drama adaptasi Novel Drama Hello Cintaku dari penulis Hasreeyati Ramli.
Saksikan lakonan Nafiz Muaz Elisya Sandha, Syerinie Myra dan Eyka Farhana dalam Drama Hello Jangan Tapau Cintaku sebanyak 13 Episod nanti terbitan Mache All Star United dibawah arahan Idora Abdul Rahman.
Saksikan lakonan Nafiz Muaz Elisya Sandha, Syerinie Myra dan Eyka Farhana dalam Drama Hello Jangan Tapau Cintaku sebanyak 13 Episod nanti terbitan Mache All Star United dibawah arahan Idora Abdul Rahman.

Drama : Hello Jangan Tapau Cintaku
Jumlah Episod : 13
Mula Tayangan : Disember 2020
Waktu Tayangan : Rabu-Jumaat, jam 9:00 malam
Siaran TV : Slot Lestary TV3
Penulis Skrip : Norazwanizan Awang
Penulis Novel : Hasreeyati Ramli
Pengarah : Idora Abdul Rahman
Penerbit: Mache All Star United
Pelakon Hello Jangan Tapau Cintaku
Nafiz Muaz sebagai Ash FayyadElisya Sandha sebagai Ain Dheya
Syerinie Myra sebagai Alia
Eyka Farhana sebagai Ann Dayana
Lisdawati sebagai Mak Jah
Azri Iskandar sebagai Pak Long Asmadi
Amyza Aznan sebagai Mak Long Midah
Dynas Mokhtar sebagai Puan Anisa
Sefik Khair sebagai Hakim
Cahaya Nilam sebagai Masniza
Mak Wan sebagai Mak Ros
Badrul Muhayat sebagai Tuan Daren
Mieza Edora sebagai Aira
Natasha Hamzah sebagai Kak Ida
Ikhwan Khairudin sebagai Riz
Raden Zaharatul
Sinopsis Hello Jangan Tapau Cintaku
Mengisahkan tentang seorang gadis kampung yang bernama Ain Dheya, yang datang bekerja di bandar. Memandangkan keluarganya susah, dia amat penjimat orangnya dan sifa yang paling tidak dapat dikikis ialah sifat tapau.Ash Fayyad, seorang anak hartawan yang pemboros, sukat menyakitkan hati orang di sekelilingnya dan sombong.
Kisah mereka bermula apabila Ash Fayyad menawarkan wang bernilai RM50,000 kepada sesiapa sahaja yang sanggup menjaga adik perempuannya yang berkerusi roda. Ain Dheya yang terdesak memerlukan duit untuk membayar hutang sewa tanah orang tuanya menerima tawaran tersebut.
Bermacam-macam peristiwa yang terjadi selama Ain Dheya berada di rumah Ash Fayyad. Hinggakan huru-hara jadinya satu rumah itu. Berputikkah cinta yang tak masuk dek akal antara Ain Dheya dan Ash Fayyad nanti?