Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8058

Bayam Brazil Mak Rimbun Tak Nak Kalah

$
0
0
Selamat pagi! Best betul udara segar kat kampung yang dah lama dirindui. Sementara ada kelonggaran boleh balik ni. Kita balik kejap dan settlekan urusan penting. 

Macam biasa, aktiviti pagi kita melawat kawasan sekeliling rumah. Belek pokok pokok mak. Terkejut tengok bayam brazil mak yang rimbun tak nak kalah tu. Sebenarnya pokok bayam brazil Fiza beli sepasu je bulan Januari lepas. RM5 sepasu. Murah kot kan masa tu.

Masa tu baru mula nak terjebak dengan tanam bayam brazil. Ada beberapa batang dalam sepasu comel tu. Sebatang dua Fiza cucuk kat tanah rumah mak. Selebihnya Fiza bawa balik.

Yang Fiza tanam baru sekali tuai buat bayam brazil celup tepung rangup. Tapi mak punya bayam brazil. Humangaiiii...Macam-macam menu bayam brazil boleh buat ni. Melampau betul dia membesar. 

Biasalah kalau tanam terus dalam tanah memang galak dia tumbuh dengan pesat. Mak Fiza siram macam biasa je. Beberapa kali je ambil buat tumis bayam brazil. Kalau rajin pangkas ni lagi rimbun banyaknya. 

Bayam Brazil Rimbun

Ingat lagi masa beli awal dulu daun dia tak berapa nak cantik sangat. Berlubang lubang. Lepas dah pangkas baru lah daun dia tumbuh cantik sikit.

Seronok tengok bayam brazil mak merimbun dengan banyaknya. Macam ni hari hari ulam bayam brazil lah kita.

Cara Tanam Bayam Brazil Rimbun

Cara Tanam Bayam Brazil Rimbun

Untuk yang jenis tanam dalam pasu boleh guna baja yakult, telur dan ajinomoto tu. Kalau ada tanah luas sikit, tanam je dalam tanah terus tanpa pasu. Gerenti subur dan rimbun walaupun siram macam biasa tanpa dibelai manja sangat.

Lepas tu kena rajin pangkas supaya pokok lebih hidup subur dan tumbuh daun yang rimbun. Kena rajin menuai lah. Hari hari berulam bayam brazil atau jadikan rencah salad sayur.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 8058

Trending Articles