Malam semalam sempat buat Puding Caramel sebab teringin sangat nak makan kan. Kalau selalunya bulan puasa mesti dapat makan puding caramel sebab kakak buat. Tahun ni kenalah buat sendiri. Nak tunggu kakak buat pun, rayalah kot baru dapat. Gigih lah buat semalam husband pun tolong apa yang patut. Tak susah mana pun cuma bekerjasama tu kan penting.
Yang bestnya makan puding caramel ni sebab rasa manis manis dia tu dari gula yang dipanaskan. Adunan telur, susu dan bahan lain memang kena dengan tekak. Bagi satu loyang pun boleh habis ni. Bagi nak cuba buat boleh guna resepi puding caramel mudah ni.

Bahan²
10 biji telur
1 tin susu cair
3/4 susu pekat
1 gelas air suam
1 sudu camca esen vanilla
secubit garam
6 sudu besar gula
Cara²
1. Pukul telur hingga kembang dan masukkan susu cair, susu pekat,esen vanilla,air suam dan garam.
2. Cairkan gula didalam acuan loyang diatas api yang perlahan sehingga berwarna kekuningan.
3. Kemudian, tuangkan bahan² adunan tadi ke dalam loyang.
4. Kukus sehingga 45minit.
5. Setelah masak ,terbalikkan loyang tadi di atas pinggan.*pastikan pinggan besar dan agak melengkung sebab nanti takut caramel tu melimpah keluar pulak. rugilah nanti takde kuah caramel

Mudah je kan. First time mencuba pun boleh jadi dengan jayanya..Selamat menncuba. Kalau kat bazaar ni confirmlah mahal, satu slice je RM3 kan sekarang? Itupun kecik je. Kalau buat sendiri modal pun sikit je, berbaloi dapat seloyang macam tu.