Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Bandar Hilir Melaka

$
0
0
Masih dalam hari pertama di Melaka. Bila perut dah kenyang memang seronok nak berjalan. Cumanya cuaca sekarang panas kan. Lepas makan pergi Bandar Hilir Melaka. Tempat yang wajib pergi kalau ke Melaka ni. Ini ntah kali ke berapa pergi sini lah. Ikutkan taknak pergi sebab dah pergi tapi takpe, mungkin ada sesuatu yang baru kan.

Bandar Hilir Melaka

Bandar Hilir sebuah kawasan pelancongan di Melaka yang terletak di dalam daerah Melaka Tengah bersebelahan dengan Banda Kaba dan Melaka Raya.

Di Bandar Hilir dipenuhi dengan Bangunan Merah yang dikenali sebagai Bangunan Stadthuys. Bangunan ini dibina pada tahun 1650 dan bangunan ini juga merupakan rumah rasmi bagi Gabenor Belanda dan timbalannya. Di sekitar bangunan Stadhuys yang dipanggil Dutch Square ini terdapat satu gereja yang bernama Christ Church dimana ianya telah berusia 250 tahun lebih.Terdapat juga kolam air pancut dan sebuah kincir air seperti yang sering dilihat di negara Belanda.Bangunan Stadhuys sekarang menempatkan Muzium Sejarah,Ethnografi dan Sastera untuk dikunjungi oleh pelancong

Kat sini memang selalunya jadi tumpuan pelancong. Selain bangunan banyak kedai jualan yang ada untuk dibeli sebagai sourvenir. 


Masa ni tak berapa nak ramai lagi. Kat sini juga ada perkhidmatan beca. Beca yang dihiasi dengan pelbagai jenis hiasan dan tema macam hello kitty, rama rama dan macam macam lagi ada. Siap ada lagu lagu lagi tu. Memang menarik tapi Fiza tak naik beca sebab dah pernah naik dulu. Harga pun mahal juga RM20 untuk satu beca jalan kat area situ yang tak berapa nak jauh. So agak tak berbaloi nak naik. Cukuplah pengalaman sekali je. Tapi kalau nak merasa naik apa salahnya kan. Beca juga salah satu tarikan yang ada kat sini.

Bandar Hilir Melaka

Bangunan Stadthuys

Kat Bandar Hilir ni bukan ada bangunan merah ni je. Ada tempat menarik lagi di kawasan terdekat.

A Famosa
Istana Kesultanan Melaka
Dataran Pahlawan
Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan
Menara Taming Sari

Pusat Membeli belah
Mahkota Parade
Dataran Pahlawan Melaka Megamall
Carrefour

Hotel
Hotel Equatorial Melaka
Hotel Holiday Inn
Hotel Mahkota Century
Hotel Pahla1

Dah puas jalan jalan kat sini, terus bergerak  ke destinasi seterusnya. Stay tuned :)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles