Dah ronda di sekitar Bangunan Stadthuys terus pergi Istana Kesultanan Melaka pulak dalam Area Bandar Hilir. Jalan kaki je dari Bangunan Stadthuys. Parking banyak kat sini tapi kalau hari cuti memang jenuh la cari parking. Nak masuk Istana Kesultanan Melaka ni bayaran cuma RM2 seorang untuk dewasa.
Replika Istana ini dibina semula berdasarkan catatan Sejarah Melayu yang menggambarkan keunikan senibina Istana Melayu, di zaman Sultan Mansur Shah yang memerintah dari tahun 1456 hingga 1477.
Kat dalam ni ada pelbagai maklumat tentang kesultanan melayu melaka dan pelbagai replika yang ada serta sejarah yang telah berlaku. Ini je la antara yang Fiza dapat snap. Kalau nak ambil semua memang banyak.
Hang Jebat dan Hang Tuah pahlawan legenda berbangsa Melayu pada masa pemerintahan Kesultanan Melaka.
Tak lama kat sini sebab dah nak tutup pukul 5:00petang. Sebelum ke Istana Kesultanan Melaka ni singgah dulu di Muzium. Macam biasa cuma jalan jalan je la tengok pelbagai artifak,replika dan tambah pengetahuan sikit tentang sejarah Melaka ni.
Tak sempat nak explore banyak lagi kat sini sebab dah lambat tempat ni pun nak tutup dah sebelum pukul 5. Jom ke destinasi seterusnya okay :)