Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all 8117 articles
Browse latest View live

Layan T-Rex Game Bila No Internet Connection

$
0
0
Internet dan manusia tidak boleh di pisahkan. Dah boleh dah kot guna pepatah tu. Bila takde internet rasa macam dunia kosong je. Err..kau orang rasa? Takde lah kosong sangat cuma bosan je lah takde sumber yang boleh buat kita tak bosan.

Sesekali bila streamyx bual hal takde internet, keluarlah game Dinosour T-Rex offline tu. Apa lagi. Layan lah dulu sementara menunggu internet ada semula. Satu idea yang bagus juga ada game ni. Sekurang-kurangnya tak membosankan sementara menunggu.



T-Rex Dino game ni main secara santai je. Tapi of courselah kena focus main untuk melompat atau tunduk bila sampai di setiap halangan. Paling mencabar bila screen waktu malam tu. Gelap dan kadang-kadang tersilap langkah. 
T-Rex Game
To start the game, press "Space" or tap on the screen which will also jump the Trex dino. ... T-Rex dino gamefrom Chrome offline mode ripped by @Skipser. Press "Space" to start the game and jump your T-Rex. Use down arrow (↓) to duck.
Seronok juga layan T-Rex game ni dan sesuai untuk semua lapisan umur. Agak-agak nak melayan budak-budak nak main game. Cabut je kabel internet dan bagi je main game ni.  Senang tak perlu pakai internet pun. Idea yang bernas juga kan. 

Bagi orang yang dah biasa macam game, of course lah rasa bosan game ni. Tapi bagi Fiza yang jarang atau kurang main game kira okaylah layan game ni. Mencabar bila ada yang mencabar markah siapa lagi tinggi. Setakat ni markah Fiza seperti yang ada dalam gambar.

T-Rex game ni akan keluar secara automatik pada browser jika internet offline tak kira menggunakan komputer ataupun smartphone. Bila tiba-tiba takde internet tu, keluarlah game ni. Haaa...layan kan je. Tapi kadang-kadang dapat layan sekejap je sebab bila ada internet dia akan automatik terus pada website yang kita buka tu. Bila tengah syok layan game tiba-tiba ada internet pula. Tak tahu nak seronok ke nak kecewa. Kan!

Cat Repellent Berkesan Elak Kucing Berak Merata

$
0
0
Siapa ada masalah kucing jiran berak atau kencing di halaman rumah kita bukan halaman rumah tuan dia? Kita geng! Masalah berzaman yang tuan punya kucing tak fikir pun itu satu masalah sebab kucing dia tak berak kat rumah dia sendiri. Kalau tak pandai jaga kucing, jangan jaga kucing. Di sebabkan tak nak jadi masalah, kamiorang pun tak bawa kekucing kamiorang duduk rumah ni. Biarkan mereka duduk di kampung je. 

Pelik dengan mereka yang anggap kucing berak merata di rumah jiran itu perkara biasa sedangkan boleh ajar kucing berak dalam litter box. Apalah sangat keluar duit sikit demi menjaga kucing daripada ada masalah dengan jiran. Kalau rajin nak tolong cucikan tahi kucing di rumah jiran takpe juga kan.

Kalau dulu-dulu masa kucing jadikan halaman rumah kami sebagai tempat pembuangan wajib dia, rajin juga nak membuang. Bila tempat tu dia dah buat tanda port dia memberak, memang susah nak nak hilangkan tanda tu walaupun dah gunakan berbagai cara. Ehhh tetap juga nak memberak kat situ. Sakit mata tengok dan sakit hidung bau tahi kucing. Jiran membela kucing tetap buat tak tahu. 

Nak tegur beliau memang tak pernah bertegur pun sejak duduk sini, apatah lagi nak tegur pasal kucing. Serba salah dibuatnya haih. Fiza ternampak ada orang kongsi "Cat Repellent Daiso" di facebook yang di katakan berkesan elak kucing berak merata. Inilah rupa bungkusan cat repellent tersebut. Cat repellent berbentuk bar seperti coklat dan tahan lama. 

gambar ihsan dari google

Gigih ajak husband pergi Daiso semata-mata nak membeli Cat Repellent ni. Nak cuba juga mana tahu berkesan dan boleh selesaikan masalah kucing jiran berak di halaman rumah. Tapi malangnya takde kat Daiso. Mungkin habis dah ada orang borong kot. Yang tinggal hanya snake repellent dan insect repellent je. Siapalah yang borong habis terus ni. 

Kecewa tau penat-penat datang tapi takde. Baru je nak happy sebab nak selesaikan satu masalah tapi belum dapat kelegaan lagi. Sudahlah di Seremban ada satu je store Daiso di Palm Mall. Daiso berdekatan rumah kau orang ada tak stok cat repellent ni? Nanti share location ye. Nampaknya kena rajin ke Daiso je lah untuk mencari cat repellent semata-mata. Kalau kau orang ada masalah yang sama, silalah beli Cat Repellent Daiso ni dan cuba sendiri berkesan ke tidak. Harap-harap boleh settle masalah kucing berak merata tu.

Calathea Lutea Plant Serikan Laman Rumah

$
0
0
Akhir-akhir ni asyik ternampak pokok hijau tinggi berdaun macam pokok pisang dalam drama TV yang rumahnya cantik-cantik tu. Eh, macam cantik pulak pokok ni. Biasanya nampak ditanam atas tanah dalam halaman rumah. Kalau tak nampak kat TV, ternampak dalam gambar halaman rumah orang dalam instagram. Bila dah asyik ternampak je nampak macam cantik je pula kalau di tanam di halaman sendiri juga kan.

Tak tahu nama sebenar pokok tersebut, lansung pergi Seremban Lanscape & Nursery pergi cari pokok yang di idamkan. Jenuh juga mencari pokok tu. Ada ternampak pokok seakan-akan sama tapi di tanam di dalam tanah bukan polybag. Tokey kata pokok tanam dalam tanah tak jual dan dia sebutkan nama pokok tu "Heliconia"dan katanya ada stok di luar lanskap dia orang. Menujulah kami berdua pergi mencari. 

Yes, finally jumpa juga pokoknya seperti yang kami orang nampak tadi tu. Berdekatan dengan pokok heliconia tu ada beberapa pokok lain yang lebih kurang sama dan Fiza ternampak pokok yang Fiza nak tu dan bukannya pokok heliconia. Pokok heliconia tu berdaun macam daun pisang juga tapi tak lebar dan ada bunga macam paruh burung enggang. Pokok yang Fiza nak berdaun lebar, batang kecil dan tidak berbunga. Terperasan macam pokok kunyit pun ada. Tapi versi besar.

Akhirnya, misi mencari pokok yang di cari jumpa juga. Lupa nak tanya tokey nama pokok tu. Balik rumah Fiza google dengan nama Heliconia kemudian ada keluar gambar pokok yang Fiza beli tadi. Setelah di siasat, barulah di ketahui pokok ni spesis Calathea. Spesis Calathea ni ada bermacam jenis dan macam spesis pokok keladi pun ada juga. Entahlah nak, tak tahu nama sebenarnya pokok ini.


Pening nak hadam maklumat sebenar. Selain ada banyak jenis calathea dan pokok ni termasuk dalam Calathea Lutea. Dan Calathea Lutea pula ada beberapa jenis lagi. Aduhhh. pening sudah. Cukup setakat situ je lah maklumat yang Fiza cari. Tak mampu nak hadam lagi. Setakat tahu nama dah cukup. Selain Calathea Lutea, dikenali juga dengan nama Havana/Habana Cigar Plant

Inilah Calathea Lutea Plant yang berjaya di cari dan bakal menyerikan laman rumah Fiza. Buat masa ni beli 2 pokok je dulu. Beli 2 pokok RM15. Tanam dalam pasu dulu memandangkan rumah takde tanah. Bila dah berdaun banyak nanti, baru jalankan projek lanskap buat tembok rendah sikit letak tanah dan tanam pokok sebaris. Bila dah merimbun dia akan jadi cantik macam dalam gambar bawah ni. 

Gambar ihsan dari google

Selain menyerikan laman rumah, boleh di jadikan pagar sempadan kalau takde pagar atau tembok. Pokok ni juga sedap mata memandang warna hijau dan redup sebab daun dia lebar-lebar kan. Calathea Lutea Plant sesuai kalau tanam untuk lanskap taman. Lagipun pokok ni tak nampak semak sebab batang dia halus. Jadi pangkalnya pun tak nampak semak dan senang dibersihkan. Yang bercita-cita nak buat lanskap tepi rumah ke depan rumah ke, boleh cuba tambahkan seri halaman rumah kau orang dengan tanam Calathea Lutea Plant



Cat Luar Rumah Warna Grey Blue, White & Black

$
0
0
2 minggu lepas lama Fiza menyepi lansung tak update instagram dan facebook. Cuma sempat lah juga update beberapa entri di kala masa tengah ada idea. Sibuk dengan kerja design dan juga sibuk siapkan mengecat luar rumah. Ku sangkakan sekejap je cat luar rumah. Kononnya mula hari sabtu dan siap hari ahad. Tapi tak! Mula mengecat hari sabtu dan siap hari selasa.

Dia punya penat mengecat jangan cakaplah. Barai! Kalau mengecat dalam rumah tak penat sangat memandangkan dalam rumah tak panas. Mengecat luar rumah kena hadap cuaca panas matahari memang mencabar sungguh. Demi menyiapkan proses mengecat, kena gigih jugalah menyiapkan kerja mengecat dengan husband.

Gara-gara cat dinding lama dah mengelupas teruk dari hari ke hari. Kena juga mengecat baru. Dah alang-alang mengecat biar mengecat habis luar rumah. Kalau tak, entah bila ada masa nak mengecat kalau mengecat sikit-sikit. Pening juga nak memilih warna cat luar rumah ni. Macam biasa gunakan perkhidmatan google warna apa yang sesuai untuk digabungkan. Pada mulanya Fiza dan husband pilih warna minty breeze untuk digabungkan dengan grey. Bila dah tengok banyak warna jadi rambang mata pula dan akhirnya Fiza pilih warna river bank (Jotun) jenis matte untuk cat luar rumah. Beli 5 Liter dengan harga RM119. Kemudian kena tambah lagi 5 Liter sebab cat tak cukup. Cat putih pula guna dalam 10 liter juga. Cat putih jenis matte 7 Liter RM3+.

Tips Sebelum Mengecat Rumah

1. Cat masa cuaca panas supaya cat cepat kering dan lebih elok.
1. Bersihkan dinding daripada  habuk dan kikis bahagian yang rosak megelupas dan kikis juga pada bahagian dinding yang mempunyai bintil-bintil lebihan simen.
2. Jika ada lubang atau retakan, tutupkan dengan filler dinding terlebih dahulu dan biarkan kering.
3. Setelah filler dinding kering, baru mulakan dengan mengecat dasar dengan cat warna putih terlebih dahulu pada semua dinding yang nak di cat.
4. Bila dinding semua dah di cat dasar dengan warna putih dan kering, barulah mula mengecat dengan laspisan akhir cat (top coat). Barulah nampak warna sebenar cat dan cat lebih tahan lama. Pada proses ni biasanya akan buat 2 lapisan cat. Lapisan pertama cat nipis dan kali kedua tebalkan lapisan baru nampak cantik. Kalau tidak, masih nampak cat dasar warna putih tu. Kiranya 3 lapisan la termasuk cat dasar bermakna 3 kali kerja.
Itu baru kerja mengecat dinding, belum lagi kerja mengecat grill sliding door dan pintu pagar. Untuk grill dan pintu pagar, Fiza dan husband pilih warna black onyx (Nippon Paint). Warna black onyx ni dia macam warna hitam ala dark grey sikit. Cat jenis glossy, first gred mirror effect katanya. Cat yang sama juga Fiza gunakan cat pintu kayu dalam rumah sebab cat ni untuk kayu dan juga besi. Alang-alang boleh cat besi, Fiza cat sekali nombor dan frame peti surat ni.

Tema cat luar rumah ni gabungan warna grey blue, putih dan juga hitam. Dinding warna river bank (grey blue), tiang dan frame tingkap warna putih (idea husband) dan grill/gate warna black onyx. Dari dekat river bank ni macam warna soft grey.


Kalau cuaca terang dari luar nampak macam warna grey blue kan? Entahlah nak di sebut warna apa pun tak tahu, janji cantik dan sedap sejuk mata memandang. Settle kerja mengecat, lepas tu misi susun atur pokok bunga pula.

Asam Keping Buat Sendiri

$
0
0
Tanpa asam keping tak lengkap masakan seharian yang memerlukan asam keping selain asam jawa. Penggunaan asam keping lebih ringkas berbanding asam jawa. Asam jawa perlu dicampurkan dengan air dan ditapis sebab hanya perlukan air asam sahaja untuk masakan. Tapi dengan adanya asam keping sebagai pengganti lebih mudah kerja memasak. Tapi ada juga masakan yang tertentu hanya menggunakan asam keping sahaja ataupun lebih sedap menggunakan asam jawa. Bergantung kepada selera masing-masing sebab kedua-duanya memberikan rasa masam yang leih kurang sama dalam masakan. Betul ke tidak?

Cara masak Fiza, dah tentu Fiza pilih menggunakan asam keping lebih mudah. Tak perlu nak menyiapkan air asam jawa. Tak kiralah masak lemak cili api, goreng berlada, sambal tumis nasi lemak dan sebagainya.  Mesti letak asam keping untuk penambah rasa masam atau nak elakkan masakan berbau hanyir. Aroma masakan pun lebih membangkitkan selera. Kadang-kadang cuci ikan pun boleh menggunakan asam keping.

Biasanya stok asam keping di rumah bekalan dari mak mertua buat sendiri di kampung. Kebetulan ada pokok asam gelugur belakang rumah. Jadi, mak mertua buat sendiri je asam keping. Itupun kena ikut musim buah asam gelugur juga. Kalau takde buah, takdelah stok asam keping nya. 


Pokok asam gelugur ni serbaguna juga. Daun, bunga dan buah boleh di campurkan dalam makanan. Daripada sumber wikipedia pula, asam gelugur dapat menurunkan darah tinggi, merawat kencing manis, berat badan berlebihan, tidak selera makan dan sakit jantung. Buah, bunga dan pucukmya boleh bertindak sebagai antioksidan dan awet muda

Cara nak buat asam keping sendiri

1. Pilih buah asam gelugur yang dah masak berwarna kuning.
2. Basuh dan keringkan sebelum potong nipis.
3. Hiris nipis-nipis untuk lebih cepat kering.
4. Letakkan hirisan asam gelugur di dalam dulang besar dan susun jarak-jarak supaya lebih cepat kering.
5. Jemur di bawah cahaya matahari sehingga cukup kering.
6. Simpan di dalam bekas bertutup dan letakkan dalam peti ais untuk tahan lebih lama.

Kalau rumah kau orang ada pokok asam gelugur, apakata buat sendiri je. Nak buat pun mudah je. Cuma ambil masa untuk proses pengeringan tu je la.

Petua Mekap Tahan Lama dan Berseri

$
0
0
Akhir-akhir ni sangat kerap video mekap secara lansung lalu lalang di facebook. Semacam dah jadi trend manusia suka mekap untuk tampil lebih cantik. Pendek kata, zaman sekarang tidak memerlukan perkhidmatan mak andam dah. Masing-masing boleh jadi mak andam/pak andam segera dengan hanya belajar  pelbagai jenis mekap melalui youtube

Tujuan sebenar mekap ni bukanlah hanya untuk cantik semata-mata. Malah bila dah nampak cantik, boleh tambahkan keyakinan diri untuk bersua muka dengan orang lain. Betul tak? Jangan kata kau orang (perempuan) tak suka mekap, padahal secalit bedak secalit gincu pun dah di kira mekap juga ye. Itu namanya mekap ringkas. Biasanya Fiza mekap ala kadar je dengan bedak asas dan gincu. Fiza bukanlah pakai mekap tapi Fiza nak kongsikan petuamekap tahan lama dan nampak berseri.

Petua Mekap Tahan Lama dan Berseri

1. Bersihkan Muka Sebelum Mekap

Penting sangat bersihkan kulit muka dahulu sebelum make up dengan pencuci muka atau tisu basah. Nak lagi bersih, sila gunakan toner selepas mencuci muka.

2. Kiub Ais

Kedengaran agak pelik tapi percayalah petua ni memang menjadi dan kau orang sendiri akan ter kagum dengan hasil mekap kau orang. Caranya cuma perlu oleskan kiub ais pada muka selepas kau orang cuci muka tadi.

3. Pelembap

Pelembap di pakai untuk mengelakkan kulit kering dan menyempurnakan lagi hasil mekap yang telah siap nanti.

4. Bedak Asas

Bedak asas ni sangat penting sebagai asas mekap untuk menutup cela di muka dan menjadikan mekap tidak bercapuk. Nak gincu tahan lama di bibir pun kau orang boleh sapu sedikit bedak tabur pada bibir sebelum oleskan gincu.

5. Bedak Tabur

Selepas sapuan bedak asas, gunakan bedak tabur untuk elakkan muka berminyak dan mekap tidak luntur.

6. Serum Untuk Mekap

Serum bukan setakat di gunakan untuk penjagaan kulit muka tapi boleh juga digunakan untuk mekap tahan lama. Selain tahan lama, ini juga cara untuk glowingkan mekap secara semulajadi dengan menggunakan serum mekap terbaik.

Apa yang Fiza tahu, petua pakai serum mekap ni trend baru yang digunakan oleh ramai mak andam/pak andam serta mereka yang berpengaruh dalam media sosial untuk mekap mereka nampak lebih cantik, tahan lama, berseri dan sempurna. Tak hairanlah hasil mekap mereka semua cantik-cantik.

Lepas ni kalau kau orang nak nampak mekap cantik, sila gunakan serum dan beli serum yang muka yang boleh disesuaikan dengan kulit muka kau orang. Satu-satunya produk yang memudahkan untuk diamalkan sebagai rutin harian di Malaysia ialah WOWSkin Vitamin Serum. Antara serum muka 2017 yang dikategorikan sebagai serum untuk kulit berminyak, serum untuk kulit jerawat dan serum untuk jeragat. Semuanya dalam satu botol serum.

WOWSkin Vitamin Serum (5 VITAMIN + 11 BOOSTERS )

Set serum vitamin yang lengkap untuk dapatkan kulit yang cantik dan sihat. Dilengkapi dengan vitamin A, B3, C, D & E di dalam serum siang dan serum malam. Set ini merupakan gabungan vitamin lengkap yang disarankan para pakar kulit di seluruh dunia. Set Serum WOWSKIN juga ditambah dengan 11 bahan boosters lain bagi menambahkan lagi keberkesanannya.  

Kenapa Perlu Memilih WOWSkin Vitamin Serum?

Pada mulanya, Fiza agak pelik kenapa ada 2 serum sebab kebiasaannya cuma pakai satu serum je. Untuk pengetahuan semua, vitamin B3, C & E lebih diperlukan pada waktu siang dimana ada sinaran cahaya matahari. Dan vitamin A & D lebih sesuai dijadikan rutin pada waktu malam ketika anda sedang berehat dan tidak berada di persekitaran panas terik. Begitulah ceritanya kenapa ada 2 jenis serum siang dan malam. Bolehlah gunakan keduanya untuk tujuan mekap lebih tahan lama.

1. Ada 5 jenis vitamin yang direkomen oleh pakar kulit
2. Ada 11 bahan booster untuk tingkatkan keberkesanan.
3. Dibahagikan siang dan malam mengikut sifat vitamin.
4. Lengkap 2 botol dalam 1 set.
5. Tidak berminyak dan cepat menyerap.
6. Bau Wangi Bunga Mawar

Pengalaman Menggunakan WOWSkin Vitamin Serum
Fiza ni kalau nak beli serum muka, mesti nak kena pilih serum yang tidak berminyak. Almaklumlah kulit jenis berminyak dan sensitif. Jadi, kalau pakai serum berminyak lagi tambah minyak di muka. Siapa yang suka kulit muka berminyak, dah tentulah tak suka. Sebab tu nak beli serum kena buat pilihan yang bijak beli serum yang tidak berminyak.

Baru-baru ni, Fiza telah mencuba WOWSkin Vitamin Serum yang belum pakai pun dah jatuh cinta. Ye, belum pakai dah jatuh cinta sebab bau dia wangi yang amat. Bau wangi bunga mawar macam haruman wangian dalam spa. Serius rasa macam nak titis banyak pada kulit muka disebabkan bau wangi tu. WOW!

Disebabkan kerana pengalaman pakai serum sebelum ni agak berminyak. Jadi, bila nak cuba serum baru agak takut untuk letak banyak pada kulit muka walaupun bau wangi tu. Pertama kali guna, Fiza titiskan sikit je. Tapi lepas sapu, dia terus meresap sampai tak sempat nak sapu tempat lain. Cepat betul meresap. WOW! Sudahnya Fiza letak banyak sikit untuk lengkapkan sapuan satu muka. Jatuh cinta kali kedua dah ni. Tak hairanlah kenapa nama dia wow sebab wow sangat.


Jatuh cinta kali ketiga? Oh tidak! Terus sayang WOWSkin Vitamin Serum. Sambil dia jaga kulit muka sambil tu boleh gunakan untuk tujuan mekap tahan lama. Kira bagus lah boleh guna produk pelbagai guna. Silap haribulan, bila kulit dah cantik tak payah mekap pun dah nampak berseri. Kalau kau orang nak tahu maklumat lanjut tentang WOWSkin Vitamin Serum ni, boleh dapatkan di

Website rasmi


Cara Order
Hotline : 010-3130631 

atau melalui website, facebook dan instagram seperti di atas.
Kalau kau orang ada petua yang lain, boleh kongsikan dalam kotak komen di bawah ye. 

Bean Bag Untuk Ruang Tamu

$
0
0
Yeay! Akhirnya berjaya juga dapatkan bean bag untuk ruang tamu. Susah juga sebenarnya nak memilih bean bag yang sesuai untuk ruang tamu. Ye lah kan, bean bag ada pelbagai saiz, bentuk, harga, jenis material dan warna untuk disesuaikan pada sesuatu ruang. Agak lama juga Fiza survey bean bag yang sesuai untuk disesuaikan dengan ruang tamu rumah yang agak kurang luas ruang tu.

Tujuan beli bean bag ni untuk bersantai dengan lebih selesa depan TV. Fiza ni sejenis manusia yang tak boleh baring atas lantai, tikar, karpet mahupun toto nipis. Nampak mengada-ngada sangat kan tapi kena mengada-ngada juga sebab kalau baring dalam masa yang lama lebih kurang 10 minit pun dah boleh menyakitkan badan dan tulang temulang. Tapi kalau terpaksa tidur atas toto atau dah penat memang terpaksalah menanggung sakit lepas tu.

Kalau terbaring/tertidur di sofa pulak tak boleh nak bergolek². Bila badan statik juga akan menyakitkan badan juga selepas bangun. Mengada suungguh la badan ni ha. Apa nak buat kan. Lain orang, lain tahap sakitnya. Bukan di buat-buat mengada tu. Cuma tak nak menanggung sakit selepas tu.

Sebenarnya macam "patut ke tidak beli bean bag ni?" sebab ruang tamu tak berapa nak luas. Satu masalah juga nak meletakkan bean bag tu. Makan ruang juga. Tapi sebab fikirkan satu keperluan juga, tolak tepi kejap masalah tu. Anggap je sebagai decoration ruang tamu. Dengan itu, Fiza belilah bean bag warna navy blue macam cat dinding ruang TV untuk disesuaikan dengan tema. Jadilah ruang tamu tema navy blue gitu.


Disebabkan tujuannya nak bersantai berbaring depan TV, Fiza pilih teardrop bean bag yang besar sikit untuk orang dewasa (2.5kg 1KG Polystyrene beans). Teardrop bean bag boleh dijadikan sebagai bean bag sofa untuk duduk ataupun boleh digunakan untuk baring tapi tak fully berbaring lah sebab polystyrene beans yang agak penuh. Lebih kepada bersandar macam baring gitu. Okay, tak pandai nak explain tapi pendek kata selesa untuk badan. 

Harga pun dapat harga yang murah dan berbaloi dengan kualiti. Nak bean bag murah, cari je dekat Lazada. Kalau beli kat luar memang mahal harganya. Nak bawa pun satu hal takut tak muat kereta. Beli online di Lazada je senang. Tak perlu fikir nak bawa macamana sebab dorang hantar sampai depan pintu rumah. Kan senang macam tu. Kos penghantaran pun cuma RM3. Tak ker berbaloi shopping di Lazada. Of courselah berbaloi. Lagi berbaloi shopping bila dapat voucher menang contest Lazada. Terima kasih Lazada Malaysia.

Dapatkan bean bag dengan harga murah RM82.50, boleh rujuk link bawah ni sementara harga tengah murah.


Berjaya Dapatkan SEO Skor 100% Di Chkme

$
0
0
Sepanjang berblog, buat pertama kalinya berjaya mendapatkan skor 100%SEO (Search engine optimization) melalui websiteChkme. Agak kemunduran sikit pencapaian blog Fiza ni. Sebelum ni Fiza pernah cuba juga beberapa cara tapi paling tinggi hanya dapat 82% je. Kecewa dan kemudian give up terus malas nak ambil peduli sebab ada yang kata tak penting sangat pun. Okay baiklah, Fiza lupakan seketika usaha nak dapat skor 100% tu.


Bila bertukar template baru pun Fiza hanya skor 38% je. Skor yang sangat teruk yang boleh mendatangkan kemurungan sepanjang berblog. Mungkin? Entah kenapa tergerak hati nak mencari penyelesaiannya. Setelah Fiza ikut beberapa cara dapatkan skor SEO 100%, Finally Fiza berjaya dengan cemerlang. Sebelum ni punyalah pulun berhari-hari nak solve tapi akhirnya sehari je dah berjaya. Alhamdulillah. Yeay, Suka sangat!

Cara nak dapatkan skor SEO 100% pun bergantung pada template blog masing-masing. Pertama sekali kena check dulu error yang ada dalam blog melalui website Chkme. Kemudian solve error satu persatu. Fiza senaraikan satu persatu error mengikut turutan yang ada dalam report. Kalau blog kau orang ada error pada salah satu bahagian, boleh rujuk cara penyelesaian di bawah.

H1: Zero, That Is Really Bad 

1. Login dashboard blogger >>Template>>"Edit HTML
2. Expand HTML, cari kod header-inner
*Untuk lebih memudahkan pencarian, tekan Cltrl + F dan paste kod header-inner. 
Kau orang akan jumpa kod seperti di bawah.
<div id='header-inner'> <a expr:href='data:blog.homepageUrl' style='display: block'> <img expr:alt='data:title' expr:height='data:height' expr:id='data:widget.instanceId + &quot;_headerimg&quot;' expr:src='data:sourceUrl' expr:width='data:width' style='display: block;padding-left:15px;padding-top:0px;'/> </a> </div>
3. Letakkan kod tag <h1> dan </h1> seperti di bawah
<div id='header-inner'> <h1><a expr:href='data:blog.homepageUrl' style='display: block'> <img expr:alt='data:title' expr:height='data:height' expr:id='data:widget.instanceId + &quot;_headerimg&quot;' expr:src='data:sourceUrl' expr:width='data:width' style='display: block;padding-left:15px;padding-top:0px;'/> </a></h1></div>
4. Klik save

Meta Description dan Meta Keyword

1. Login dashboard blogger >>Template>>"Edit HTML
2. Cari kode <head>
*Untuk lebih memudahkan pencarian, tekan Cltrl + F dan paste kod <head>
3. Copy dan paste kode di bawah ini di bawah kod <head> tadi.
<meta content='Description' name='description'/>
<meta content='Keywords' name='keywords'/>
4. Tukarkan tulisan yang berwarna highlight tu dengan deskripsi/description dan kata kunci/keywords blog kau orang
5. Klik save 

Frames and IFrames Usage

Kod iframe ni biasanya ada dalam widget seperti kod facebook, instagram dan sebagainya. 
1. Tukarkan kod iframe kepada object, src kepada data

Contoh kod asal
<!-- SnapWidget -->
<script src="https://snapwidget.com/js/snapwidget.js"></script>
<iframe src="https://snapwidget.com/embed/416146" class="snapwidget-widget" allowtransparency="true" frameborder="0" scrolling="no" style="border:none; overflow:hidden; width:100%; "></iframe>
Menjadi kod baru seperti di bawah
<!-- SnapWidget -->
<script src="https://snapwidget.com/js/snapwidget.js"></script>
<object data="https://snapwidget.com/embed/416146" class="snapwidget-widget" allowtransparency="true" frameborder="0" scrolling="no" style="border:none; overflow:hidden; width:100%; "></object>

Images: images and missing descriptions

1. Login dashboard blogger >>Template>>"Edit HTML
2. Cari kod <img src
*Untuk lebih memudahkan pencarian, tekan Cltrl + F dan paste kod <img src
contoh :
<img src='//www.blogger.com/img/icon_delete.gif'/>

3. Tambahkan kod alt='image' title='image' pada setiap ada kod yang ada src seperti di bawah

<img alt='image' title='image' src='//www.blogger.com/img/icon_delete.gif'/>

4. Klik Save.

Images: images and missing titles

1. Login dashboard blogger >>Template>>"Edit HTML
2. Cari kod <b:include name='quickedit'/>
*Untuk lebih memudahkan pencarian, tekan Cltrl + F dan paste kod <b:include name='quickedit'/>

3. Delete semua kod  <b:include name='quickedit'/> yang ada dalam template.
4. Klik save 

Kod <b:include name='quickedit'/> terdapat dalam widget. Jadi, kalau tambah widget baru, delete kod <b:include name='quickedit'/> pada bahagian html.

Selamat memperbetulkan error yang ada dan harap entri ni dapat membantu kau orang skor 100% SEO juga. Yang penting, ada usaha inshaAllah ada hasilnya.

Peneman Bila Pening

$
0
0
Dengan cuaca panas sekarang ni kerap pulak pening kepala. Bukan setakat pening je tapi rasa kurang selera makan dan rasa mual je kalau makan lebih. Bukan preggy ye, disebabkan cuaca panas memang mudah pening kepala. Jangan ada penyakit lain sudahlah. Tak pun, kurang tidur. Salah satu jugak tu.

Kalau ade simptom simptop di atas, terus capai vicks sapu kat hidung dan kiri kanan kepala dan baring kejap. Lepas tu okay balik. Nasiblah tak lama pening ni, kalau tak lagi pening nak siapkan kerja. Lepas settle kerja memang kena rehat lebih ni. Rehat kejap je pun.

Maaf ye mana yang suruh singgah blog tu fiza tak dapat singgah blogwalking lagi. Sibuk siapkan kerja. Entry autopublish pun dah lari jadual ni. Dah okay semuanya fiza singgah nanti. Jangan kata fiza sombong pulak ye.

By the way, cakap pasal vicks tu macam dah kurang kaw rasa angin dan bau tu. Mahal pulak tu harga sekarang kan. Packaging pun dah baru.

Ada Apa Dengan Malam 7 Likur

$
0
0
Bila hari raya semakin dekat, mulalah lagu raya berkumandang di radio dan TV. Tak lupa juga kerap muncul di dinding-dinding facebook. Masa lagu raya muncul juga, masa itu lah mood raya tiba-tiba datang. Mulalah sibuk buat persiapan raya apa yang belum di siapkan lagi. Tak kurang meriahnya mengemas rumah dan menghias rumah dengan pelita dan lampu kelip-kelip. Wahh meriahnya raya masing-masing. Mesti hati dah meronta-ronta nak balik kampung.

Suasana kampung lagi meriah bila tiba musim raya ni. Orang kampung biasanya akan memasang pelita untuk menyinari malam-malam ramadhan menjelang hari raya. Back to tradisional dan mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak beraya di kampung. Mungkin ada yang telah berubah dengan hanya memasang lampu kelip-kelip lebih mudah tak perlu nak isi minyak dan menyalakan api.

Malam 7 Likur

Memasang pelita pada malam hari bulan Ramadhan selalu di kaitkan dengan malam 7 likur di mana malam 7 likur ni adalah tradisi warisan orang  melayu lama memasang pelita 10 hari terakhir sebelum sambutan hari raya aidilfirti bertujuan untuk memeriahkan suasana hari raya. Tiada kaitan lansung dengan Malam Lailatul Qadar dan istilah 7 Likur itu sendiri tidak ada di dalam ajaran islam.
Malam 7 Likur

Kalau di tanya pada Fiza, Fiza lebih sukakan suasana sinaran lampu pelita daripada lampu kelip-kelip sebab bila memasang pelita ni semangat nak berhari raya tu lain macam syoknya. Zaman sekarang pelita dah siap-siap di jual dengan kayu. Hanya perlu cucuk di tanah je. Masukkan minyak dan nyalakan api. Sebatang kalau tak silap Fiza di jual dalam harga RM3, pernah nampak ada jual di Pasaraya Giant pelita macam dalam gambar di atas. 

Lampu pelita dalam gambar di atas pun entah ke mana di simpan kat kampung. Sekarang ni guna lampu kelip-kelip je letakkan di sekeliling depan rumah. Rindu nak pasang pelita macam dulu-dulu. Semakin lama semakin tak nampak orang kampung pasang pelita. Yang ada pun beberapa buah rumah je. Ada juga sesetengah tempat mengadakan pertandingan pelita panjut. For sure lebih meriah suasana raya mereka tu. Walau macamana sambutan pun, tetap bergembira menyambut hari raya. Hari raya kan hari untuk kita bergembira. Jangan sedih-sedih ye.


Bulan Merdeka

$
0
0
Hai Ogos! Munculnya bulan Ogos, makanya bermulalah semangat kemerdekaan sepanjang bulan merdeka. Eh, kenapa sebulan dan kenapa tidak sepanjang masa? Tepuk bahu dan tanya diri sendiri. "Ada semangat merdeka kah dalam diri masing-masing?" Jarang sekali kita jumpa mereka yang sentiasa semangat cintakan negara. Kalau ada, bagus lah begitu.

Bulan Merdeka

Generasi zaman sekarang entah tahu atau tidak apa erti merdeka. Yang mereka tahu merdeka dari peperangan. Bukan nak ambil tahu sangat pasal erti sebenar kemerdekaan. Setakat tahu bebas dari dijajah dan yang penting cuti. Kadangkala kita pun sama kurang ambil tahu disebabkan kita ni lahir-lahir je Malaysia dah aman makmur bukan seperti atuk nenek atau mak ayah kita yang lahir zaman penjajahan dahulu. 

Mereka hidup susah dan berjuang menentang penjajah mencari kebebasan. Disebabkan peristiwa tersebut, mereka yang masih hidup pada zaman sekarang lebih bersyukur hidup dalam negara yang telah aman. Semangat merdeka mereka lain macam semangatnya. Silap-silap kalau suruh bercerita semula kisah bagaimana nak mencapai kemederdekaan pun boleh buat mereka sebak dan kalau boleh tak nak peristiwa dijajah berlaku lagi. Lagi semangat kalau melaungkan Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Tapi lain pula zaman sekarang ni. Anak-anak muda kalau di soal tentang merdeka sampai tak tahu nak jawab apa sedangkan di sekolah ada belajar sejarah. Tak semua begitu, ada juga antara mereka yang memahami erti merdeka yang sebenar. Sebenarnya bagus juga langkah kerajaan mengadakan bulan merdeka untuk memupuk semangat kemerdekaan rakyat Malaysia. Sekurang-kurangnya dapat memberi kesedaran untuk rakyat lebih bersyukur dan menikmati kehidupan dalam negara yang bebas. Banyak aktiviti yang boleh di buat sempena bulan merdeka untuk menunjukkan semangat patriotik cintakan negara bukan hanya sekadar mengibarkan jalur gemilang sahaja. 

Bangga lah kita menjadi rakyat Malaysia. Berdoa lah semoga negara kita Malaysia terus aman dan hidup bermuafakat bersatu padu berbilang kaum, agama dan bangsa. Gaduh-gaduh pun masih 1 Malaysia. Hayati tema Hari Merdeka 2017, Negaraku Sehati Sejiwa. 

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
31 Ogos 2017

Cara Masak Pulut Kuning Mudah je Rupanya

$
0
0
Makanan terpaling sedap yang jarang dapat makan adalah pulut kuning. Ye, pulut kuning. Kebiasaannya menu pulut kuning ni jumpa masa kenduri khatam Al-Quran je. Tapi sejak berkahwin dengan orang negeri sembilan, rupanya menu pulut kuning ni di jadikan menu sarapan pagi juga selain kenduri. Pada mulanya agak pelik sebab dari kecil sampai ke besar, jumpa pulut kuning masa kenduri tertentu je. 

Walaupun agak pelik mak mertua buat sarapan pulut kuning bersama dengan sambal tumis. Tapi lama-lama dah terbiasa makan pulut kuning tak kira masa tak perlu tunggu waktu kenduri. Kadang-kadang balik rumah mak mertua  masak pulut kuning. Disebabkan itu, pulut kuning dah jadi makanan kegemaran suami sampaikan Fiza juga terjebak sama suka makan pulut.


Bila dah suka tanpa sengaja, kadang kala teringin makan tapi tak pandai nak masak pulut. Tapi disebabkan menu kegemaran suami merangkap kegemaran sendiri. Makanya kena belajar masak pulut kuning juga. Rupanya masak pulut kuning ni tak susah mana pun, senang je. Eh eh kau, dah pandai masak bolehlah cakap senang. Bukan nak riak tapi bila masakan menjadi walaupun tak sesempurna masakan chef, rasa puas hati apatah lagi menjadi dengan rasa sedap. Fiza kongsikan cara Fiza masak pulut versi moden menggunakan santan kotak je. Ye lah, kat bandar ni payah nak dapat santan segar.

Resepi Pulut Kuning

Bahan-Bahan
1/2 kg beras pulut
1 sudu besar serbuk kunyit
1 keping asam keping
200 ml santan kotak
Air masak
1 camca garam
1 camca minyak masak
1 helai daun pandan

*kalau kau orang masak gunakan santan segar, tak perlu tambah air. Cukup santan 1/2 biji untuk 1/2kg beras pulut.

Cara Masak Pulut Kuning

1. Basuh beras pulut dan toskan. 
2. Kemudian masukkan pulut ke dalam bekas besar. Masukkan air sehingga beras pulut terendam. Masukkan sekali serbuk kunyit dan juga asam keping. Kacau rata dan biarkan rendam selama 4 jam lebih. Untuk warna kuning sekata, sekali sekali kacau rendaman beras pulut tersebut.
3. Setelah 4 jam lebih, toskan beras pulut yang terendam tadi. Bilas sikit dengan air.
4. Panaskan pengukus. Masukkan beras yang telah di toskan ke dalam loyang. Letakkan daun pandan. Tuangkan santan yang telah digaul rata bersama garam dan minyak sehingga menutupi beras pulut. Disebabkan Fiza guna santan kotak, jadi kena tambah air untuk lebih banyak santan. Tinggalkan sedikit lebihan adunan santan untuk di gunakan. Kemudian kacau rata. Masak dalam masa 30 minit.
5. Selepas 30 minit, balik-balik kan pulut supaya masak sekata. Kemudian tuangkan baki santan tadi dan gaul rata. Biarkan masak lagi selama 10 minit.
6. Agak-agak dah masak boleh angkat dan hidangkan.
* Untuk pulut nampak lebih cantik berkilat boleh taburkan sedikit gula dan gaul rata.
Biasanya pulut kuning di hidangkan bersama sambal tumis ataupun rendang. Bahagia rasa kalau dapat makan pulut bila-bila nak makan sebab dah pandai masak pulut. Kau orang kalau nak makan pulut, sila cuba resepi yang mudah ni. 


Memang sedap makan pulut kuning. Tapi yang tak sedapnya bila makan akan mengantuk macam makan nasi lemak sebab bersantan. Siap sediakan bantal lah ye selepas makan. Eh, apa buruk benar perangai lepas makan terus baring. Jangan amalkan di rumah okay. Ye lah, kalau makan kat luar mana ada peluang nak baring pun.

Cara Elak Cicak Berak Merata

$
0
0
Selain mengalami masalah kucing berak depan rumah, cicak juga memberi masalah suka berak merata dalam rumah. Celah-celah kabinet memang jadi port tetap tempat cicak melepaskan hajat besar. Tak larat juga nak bersihkan tahi cicak selalu. Lagi-lagi kalau dah keras. Sakit mata dan juga sakit hati dibuatnya. Pening fikir kan cara elak cicak berak merata ni.

Sebelum ni pasang jerat kertas gam lalat tu, memang mengena tapi lepas dah mengena ada lagi cicak yang datang. Tujuh keturunan tak mati-mati agaknya. Macam dah jadi kewajipan pula berak kat tempat tu. Jenuh lah nak menggantikan kertas gam. Tak tahu dah cara macamana lagi nak elakkan cicak ni berak merata ataupun erti kata lain kalau boleh tak nak lansung ada cicak dalam rumah.


Membunuh cicak adalah sunnah. Kalau kita bunuh cicak dapat pahala. Jadi, jangan ragu-ragu nak bunuh cicak kerana cicak ni sejenis binatang yang berbahaya (di katakan pembawa sihir) dan tahinya juga mengandungi bakteria yang boleh memudaratkan. Menakutkan! Daripada dapat penyakit apa-apa, lebih baik kita mencegah daripada merawat sepertimana pepatah mengatakan "Prevention is better than cure".

Dalam masa tercari-cari petua untuk elak cicak berak merata, terperasan ada yang kongsikan petua di facebook. Katanya sejak amalkan petua tersebut, tahi cicak dah berkurangan. Berkurangan pun dah di kira bagus juga daripada tak berkurangan lansung. Mana tahu kalau sentiasa amalkan petua ni mungkin cicak takut nak menyinggah berak lagi.

Petua  elak cicak berak merata

1/3 cuka makan
1/3 air
1/3 cecair basuh pinggan (sebarang jenis pun boleh)

Cara Penggunaan : Hanya perlu semburkan di kawasan tersebut. Petua ni mujarab juga jika spray di kawasan yang banyak semut.
Kredit petua : Muna Binti Mohammad

Pernah juga Fiza cuba semburkan wangian serai wangi tu tapi tak berhasil. Mungkin boleh cuba petua yang ini pula. Kalau berhasil, lega sikit dapat selesaikan satu masalah. Geng anti cicak memang pantang sikit nampak cicak apatah lagi tahi cicak. Cicak oh cicak, tolonglah pergi jauh-jauh.

Trending Komen diSerap

$
0
0
Trending ke apa entah lah, kerap juga nampak pengguna facebook rajin meninggalkan komen dengan komen diserap. Mungkin dah lama trending ni atau Fiza yang baru perasan. Adakala nya komen diserap ada kena mengena dengan post dan adakala nya tidak. Secara jelasnya, komen diserap adalah komen berbentuk "sekadar bergurau" je. Tapi ada juga yang ambil serius. Mungkin juga nak bergurau tak kena dengan masa.

Contoh trending komen diserap yang Fiza sebutkan macam dalam gambar di bawah. Pernah tengok tak komen macam ni?


Apa pendapat kau orang tentang trending komen diserap? Ada yang suka sebab tujuannya untuk bergurau. Ada yang sentap sebab komen takde kena mengena dengan post. Kadang-kadang tu bila sorang dah mula komen dengan diserap, yang lain pun turut serta penuhkan komen diserap. Tak tahu nak gelak ke nak kesian dengan tukang post status tu. 

Kalau kau orang terkena dengan komen sebegini, apa reaksi kau orang? Kalau post status kau orang berbaur sedikit lawak, mungkin kau orang tak kisah dengan komen sebegitu. Tapi kalau post status sebaliknya, bila dapat komen sebegitu sila balas semula dengan komen diserap juga. Cukup adil tak? Janganlah sentap, fikir positif je sudah. Jika ianya mengguris hati, maafkanlah mereka. Mungkin niat mereka lain tapi di anggap lain oleh kita. Jangan jadi perang status sudah lah ye ataupun perang komen di status orang lain.


Bersopan Santun di Media Sosial

Dengan siapa pun kita berinteraksi di media sosial, berbahasa lah dengan sopan santun. Membaca post sampai habis, fahami dan barulah tinggalkan komen ataupun respons status orang lain. Ada kalanya dengan membaca komen orang lain, boleh menimbulkan bermacam-macam persepsi dan berbeza pandangan. Betul tak?

Jadi, apa nak buat? Mudah je, sila fahami konsep bersosial di facebook mahupun media sosial yang lain. Jika tak nak fikir, tak perlu ada mana-mana laman sosial pun. Duduk diam-diam je sudah. Mampu ke kau orang hidup tanpa media sosial? Sudah tentu lah tak! Zaman sekarang mana boleh hidup tanpa menggunakan teknologi yang ada. Tapi sebenarnya  memang ada sejenis manusia yang tak suka ada media sosial. Ye, memang ada.

Pelamin Kahwin Ummi Nazeera Yang Wow

$
0
0
Pertama sekali tahniah diucapkan kepada pelakon popular, Ummi Nazeera Nur Hidayah Dato’ Zainulabadin yang telah selamat bernikah dengan Dr. Mohd. Izzar Anwari Dato' Sri Abdul Khani pada 23 Julai 2017 yang lepas dengan sekali lafaz. Tapi hari ni baru tersebar gambar kahwin Ummi Nazeera dengan pelamin kahwin Ummi Nazeera yang Wow sangat tu.

Pelamin Kahwin Ummi Nazeera
Kredit imej : google

Di khabarkan sepatutnya mereka bernikah hari ni tapi di awalkan pernikahan pada 23 Julai lepas dalam majlis tertutup atas permintaan keluarga dan hanya 20 tetamu di undang pada majlis pernikahan mereka.  Jumlah mas kahwin dirahsiakan dan Ummi menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.

Hari ni berlansung majlis meraikan mereka berdua yang telah selamat bernikah dengan dihadiri seramai 200 keluarga terdekat termasuk tetamu kenamaandi Hotel Le Meridien. Apa yang menarik perhatian ramai adalah pelamin Ummi Nazeera yang cantik dan setakat ni Fiza rasa belum nampak lagi pelamin macam ni. 

Pelamin yang berlatar belakang kan  lukisan bunga-bungaan lace 3D. Entah apa namanya nak di sebut pun tak tahu. Benda baru jadi tak tahu lah. Mungkin akan datang adalah nama pelamin ni yang bakal disebut-disebut. Bila ada pelamin cantik dan mewah macam ni, akan datang ramai lah pengantin mengimpikan pelamin sebegini. Sumber inspirasi katanya. Silalah menabung dari sekarang ye. 

Pelamin dah cantik tapi sayang sebab pengantin nya tak nampak menonjol di sebab kan warna baju pengantin lebih kurang dengan warna pelamin iaitu bertemakan soft bronze kalau tak silap Fiza lah. Kalau salah, tolong betulkan ye. Ramai yang berpendapat begitu. Sepatutnya pengantin mengenakan pakaian pengantin yang kontra daripada warna pelamin baru nampak pengantin pula yang wow.

Sekadar pendapat sahaja sebab lain orang lain citarasa. Betul tak? Dah mereka suka pilihan warna mengikut tema, teruskan je. Siapa pula kita nak komen macam-macam. Yang penting, confirm ni bakal jadi viral.

Pelamin Kahwin Ummi Nazeera
Kredit imej : google

Baju kahwin dia pun cantik oiii! Ini baru majlis meraikan pengantin. Belum lagi majlis resepsi yang bakal berlansung esok. Lebih meriah, lebih cantik, lebih mewah, lebih exclusive, lebih adorable dan semua pun lebih. Tahniah sekali buat pasangan pengantin baru ni.

Tips Nampak Kurus dan Tinggi Dalam Gambar

$
0
0
Setiap kali ambil gambar ootd (Outfit Of The Day)berdiri, gigih cuba pose ikut tips untuk nampak kurus dan tinggi dalam gambar. Nampak kurus tu lagi penting ye sebab nampak tinggi orang tak kisah sangat. Untuk nampak lebih kurus dalam gambar, kebiasaanya akan buat beberapa tips berikut.

1. Posisi senget
2. Bercekak pinggang
3. Satu kaki ke depan

Posisi satu kaki di lunjurkan ke depan adalah posisi yang paling win setakat ini. Antara gaya yang paling popular dan paling magik nampak kurus dalam gambar di abad ini. Rugi kalau kau orang tak mencuba tips yang dikongsikan oleh Shahira Sakri ni. Mudah je untuk aplikasi kan tips nampak kurus acah-acah seperti model.

Tips Nampak Kurus dan Tinggi Dalam Gambar

1. Letak hujung kaki di hujung camera anda, untuk nampak ilusi ootd lebih tingi atau berkaki galah.
2. Jangan letak hujung kaki jauh dari hujung camera sebab dikhuatiti akan memberikan ilusi kaki pendek atau kontot.

Untuk lebih jelas, boleh rujuk pada gambar di bawah. Nampak tak perbezaan antara dua gambar ini? Dengan menggunakan tips tersebut dalam gambar kedua nampak lebih kurus secara automatik.
Kredit: Shahira Sakri

Tips Nampak Kurus dan Tinggi Dalam Gambar

Tips Nampak Kurus dan Tinggi Dalam Gambar

Untuk Selfie Guide Nampak Kurus Dalam Gambar

1. Jarakkan handphone sejauh boleh
2. Elak ambil 'selfie' dari paras bawah
3. Ambil dari paras atas. Be sure camera lens orientation adalah atas.
4. Angle muka jangan straight on kepada camera

Kredit : Kevin Zahari

Untuk yang kaki bergambar tu, sila lah amalkan jika nak nampak kurus dalam gambar samada ber ootd mahupun selfie. Sebenarnya banyak lagi tips yang berguna untuk nampak kurus. Selain tips di atas, salah satu tips lain dengan memilih baju yang sesuai dari segi warna, corak dan fesyen. Kalau fesyen, warna dan corak yang tidak sesuai tetap tak boleh nampak kurus. Jadi, paling penting pilih baju yang sesuai. Kemudian ikut cara posing dalam gambar di atas. Tadaaa, terus nampak kurus sekelip mata. Tapi dalam gambar aje lah. 

Kuih Tradisional Badak Berendam

$
0
0
Bahagia rasa kalau dapat menikmati kuih tradisional badak berendam selalu. Tapi tak boleh selalu sangat sebab manis dan berlemak tak baik untuk kesihatan. Jadi, makan bila teringin pun dah memadai. Sebenarnya dah lama berhajat nak buat kuih badak berendam ni. Konon nak belajar buat sendiri sebab kalau nak harapkan orang lain buat atau beli kat kedai yang tak tahu entah mana memang lambat lah dapat. 

Jadi, berkat kegigihan cuba buat kuih badak berendam ni. Akhirnya menjadi juga kuih badak berendam masak cara Fiza. Walaupun tak sempurna orang yang lebih pakar masak tapi at least usaha berbabloi sebab dapat makan kuih badak berendam sedap hasil tangan sendiri. Nak lagi sedap kuah santan tu kena lagi pekat dan lebih berkuah, barulah berendam. Ini kira badak separa rendam. 

resepi kuih badak berendam

Cara nak buat kuih badak berendam ni mudah je dan bahan-bahan tak banyak digunakan. Jika inginkan kuih badak berendam sedap manis dan lemak, sila gunakan kelapa muda untuk inti dan santan tu. Mula-mula sekali siapkan inti kelapa terlebih dahulu


Bahan-Bahan Inti Kelapa

Kelapa parut muda (separuh biji kelapa muda)
1 bongkah gula melaka
1 helai daun pandan
4 sudu gula pasir
1 cawan air


Cara Cara Buat Inti Kelapa

1. Didihkan air dan masukkan gula melaka sehingga larut sebati.
2. Masukkan daun pandan, kemudian masukkan kelapa parut dan kacau rata.
3. Masukkan gula kemudian kacau sebati sehingga inti agak kering.

Setelah inti siap, angkat dan masukkan dalam bekas. Biarkan sejuk sementara tu boleh siapkan doh pula.

resepi kuih badak berendam

Bahan-Bahan Doh

250gram tepung pulut (1/2 pack)
air secukupnya. *Nak lagi sedap boleh gunakan perahan santan
1/2 sudu kecil garam
2 sudu pulut hitam ( di kisar dan di tapis)


Cara- Cara Buat Doh

1. Masukkan tepung, Tapisan pulut hitam dan garam dalam bekas besar. Tuangkan air sedikit demi sedikit ke dalam tepung dan kacau sehingga menjadi doh yang tidak melekat dan boleh dibentuk. Kemudian uli sikit supaya lebih rata dan padat.

Bila doh dah siap, barulah masukkan inti ke dalam doh. Ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan kemudian leperkan barulah letak inti kelapa. Kelim doh dan bulat-bulat kan semula. Letak minyak sikit atas bekas/dulang untuk elakkan doh melekat.

resepi kuih badak berendam

Doh yang telah siap perlu di masak terlebih dahulu sebelum masukkan dalam kuah. Cara nak masak hanya perlu didihkan air dalam periuk dan masukkan doh. Cara masak macam masak kuih buah melaka. Bila doh dah terapung, itu tandanya dah masak. Angkat dan masukkan dalam kuah. Sementara kau orang tunggu doh masak ni, dalam masa yang sama boleh didihkan kuah dulu.

 
Bahan Kuah Santan

Santan ( 1 biji kelapa )
2 sudu besar tepung beras
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan


Cara-cara Buat Kuah Santan

Masukkan semua bahan dalam periuk dan kacau rata sehingga pekat.

Doh yang dah masak tadi masukkan dalam kuah santan yang dah masak tu. Kemudian dah boleh hidangkan. Sesuai di makan untuk minum petang.

Mee Kari Masak Cara Fiza

$
0
0
Rasanya macam dah boleh tukar niche blog dah ni kepada blog masakan sebab asyik keluar gambar makanan je. Tapi tak mampu nak stick pada satu niche je sebab bukan pandai masak pun cuma terlebih rajin je nak mencuba je. Tapi cara masak ikut cara Fiza sendiri.

Bila rasa nak makan sesuatu tapi tak cukup bahan, tetap teruskan memasak. Janji boleh rasa seakan-akan walaupun tak sempurna. Hari ni tiba-tiba terasa nak makan mee kari. Check stok bahan-bahan yang ada kira-kira macam boleh buat mee kari je. Okay, jadi teruskan misi masak mee kari dengan menggunakan resepi mee kari yang Fiza pernah buat sebelum ni. Bahan yang takde cuma kerang, tauhu dan bawang goreng malas nak buat.

Mee Kari Masak Cara Fiza

Bahan-Bahan Mee Kari

2 biji bawang besar *kisar
3 ulas bawang putih *kisar
udang kering *kisar
ikan bilis *kisar
1 inci halia *kisar
1 batang serai *diketuk
Rempah 3 sekawan (bunga lawang, cengkih dan kayu manis)
2 tangkai daun kari
6 sudu besar serbuk kari
2 sudu cili kisar ( cili kering+bawang putih)
1 sudu serbuk cili
1 sudu gula
Garam secukup rasa
Air secukupnya
1 kotak santan
Minyak masak
1 biji kentang ( 1/2 di potong, 1/2 di kisar)
1 paket fishball
1 paket fishball cakes/ fishcakes
Potongan ayam
Udang segar
Sawi
Taugeh
Mee Kuning
Telur rebus


Cara Masak Kuah Kari

1. Panaskan minyak dalam periuk. Kemudian tumis bahan kisar.
2. Setelah naik bau dan sedikit garing, masukkan rempah 3 sekawan, di ikuti dengan serai yang telah di ketuk/dititik dan daun kari.
3. Masukkan cili kisar
4. Setelah agak garing, masukkan potongan ayam dan biarkan seketika.
5. Masukkan rempah kari, serbuk cili, air secukupnya dan santan. Nak pekatkan lagi kuah seeloknya tambah ubi keledek yang telah di lenyek. Disebabkan takde, jadi Fiza gantikan dengan kentang. Untuk cepat masak, kentang tu Fiza kisar dulu dan baru masukkan dalam kuah kari. Nak rebus dulu dan lenyek dulu pun boleh.
6. Masukkan kentang yang telah di potong kecil, fishball, fishcakes, garam dan juga gula. Kacau sehingga mesra semua bahan dalam periuk. Yang penting, kentang tu empuk ye.
7. Akhir sekali baru masukkan udang dan biarkan masak. Fiza suka masukkan udang lambat sikit sebab tak suka udang terlebih masak nanti isinya tak lembut. Dah masukkan udang biarkan masak seketika. Rasa kuah dahulu, kemudian kalau kurang rasa boleh tambah garam. Kalau kurang rasa kari tambah serbuk kari.

Untuk sawi tu kau orang masak dengan cara merebus dengan air sahaja, kemudian angkat dan toskan. Ada orang suka tambah minyak sikit ketika merebus. Fiza rebus dengan air sahaja. Taugeh pula hanya perlu celur seketika dengan air panas. Biasanya memang tak campur masak dengan kuah untuk elakkan kuah cepat basi. Kalau ada kerang pun asingkan juga. Nak makan baru letak dalam mangkuk.

Nak lagi sedap, tambahkan telur rebus dalam hidangan. Mee kuning pula pastikan celur dulu dengan air panas untuk hilangkan rasa kapur tu. Kalau tak, tak sedap makan. Lagipun kebersihan lebih terjamin jika basuh dulu kan.

Berkat kegigihan, kerajinan dan masak cara Fiza, jadilah mee kari janji boleh makan ni.

Cara Buat Gambar Artikel Muncul Di Facebook Bila Dikongsikan Dari Blog

$
0
0
Pada yang suka berkongsi artikel dari blog melalui butang facebook, pernah tak terjadi gambar header blog yang keluar dan bukan gambar artikel? Kalau kau orang kurang jelas maksud Fiza, sila tengok gambar di bawah ini dan Fiza akan kongsikan cara untuk buat gambar artikel muncul di facebook bila di kongsikan dari blog kau orang.

Cara Buat Gambar Artikel Muncul Di Facebook Bila Dikongsikan Dari Blog

Alangkah lebih menarik jika gambar artikel/entri yang keluar bila kongsi dari blog tapi bila automatik gambar header blog pula yang keluar jadi macam kurang mendapat perhatian untuk pembaca klik dan baca artikel penuh. Betul tak? Gambar juga memainkan peranan penting untuk tarik minat pembaca kan. 

Sebelum ni takda masalah macam ni tapi bila blogger Zaza Iman tanya kan pada Fiza, Fiza pun perasan ada beberapa entri Fiza keluar gambar header je kat facebook. Tak pernah jadi macam ni, jadi tak tahu nak buat macamana. Selepas Zaza bagitau yang dia dah jumpa caranya dan Fiza pun cuba. Alhamdulillah settle dah masalah tersebut dan Zaza suruh Fiza buat entri. Pada mulanya macam malas nak buat tapi dek kerana sunyi je blog tanpa update. Why not Fiza buat entri ni yang mungkin boleh membantu kau orang yang ada masalah yang sama.

Cara Buat Gambar Artikel Muncul Di Facebook Bila Dikongsikan Dari Blog

Masuk ke website https://developers.facebook.com/tools/debug/sharing dan masukkan url link entry kau orang. Kemudian tekan debug dan akan keluar report berserta gambar entri. Jika keluar gambar header blog, kau orang tekan scrape again. Jika masih tak keluar gambar entri, klik scrape again dan lakukan langkah sebanyak 3 kali jika masih belum keluar gambar entri.

Kalau dah keluar gambar artikel, cuba kongsikan artikel dari blog dan lihat hasilnya. Jika masih belum berjaya cuba masukkan kembali url artikel dan scrape sehingga berjaya keluar gambar artikel. Kalau dah berjaya, tahniah! Boleh share artikel dengan senang hati sebab gambar artikel keluar dengan cantiknya di facebook. Barulah seronok dapat tarik perhatian pembaca untuk singgah membaca.

Terdapat Gangguan Air? Siap Sedia Bersama Aqua Kent!

$
0
0
Bagi mereka yang menetap di Gombak, dijangkakan akan berlaku masalah gangguan air pada 15 Ogos ini di beberapa kawasan. (https://www.nst.com.my/news/nation/2017/08/264427/water-supply-disruption-gombak-aug-15). Tiada siapa yang menyukai gangguan air kerana seluruh kawasan akan mendapat masalah kekurangan air untuk kegunaan harian. Menurut Ketua Jabatan iaitu Amin Lin Abdullah dari Air Selangor Group Corporate Communications, kerja penggantian itu akan bermula dari 10 malam dan akan berlangsung hingga 5 pagi hari berikutnya. Penduduk dijangkakan akan mengalami masalah air lebih daripada 24 jam.

Gambar di ambil oleh Abdullah Yusof for New Straits Times

Lebih kurang 10 hari lagi! Pada masa itu semua penduduk yang mengalami masalah air akan berebut untuk mendapatkan sumber air yang bersih. Sekirannya berlaku kecemasan, penduduk dinasihatkan untuk menyimpan air yang mencukupi untuk beberapa hari sebelum dan selepas gangguan air.

Apa yang akan terjadi jika berlaku semasa krisis air? Pertamanya, penduduk dirumah harus mengurangkan penggunaan air seperti mandi dan pembersihan yang mengunakan air. Selain itu, mereka juga perlu memperuntukkan dan tidak membuat pembaziran air semasa aktiviti pembersihan. Bagi restoran yang berada di kawasan tersebut perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan perlu memastikan peralatan masakan dan penyediaan makanan dalam keadaan yang bersih. Dan sudah tentu akan terdapat masalah pada minuman air yang bersih. Terdapat kekotoran di dalam air seperti bacteria, fluorides, radioactivesubstances, chlorine, dan  toxic metals. Kesemua kekotoran ini akan menjejaskan kesihatan seseorang apabila minum minuman yang tidak dibersihkan.

Bacteria di dalam air
Toxic metals di dalam air
Jangan bimbang! Berikut adalah 4 cara yang berguna untuk kekal selamat semasa berlaku krisis air.

1. Sentiasa merujuk bersama Pihak Berkuasa Tempatan 

Sentiasa dapatkan maklumat daripada pihak berkuasa tempatan dan melayari laman web Syabas. Mereka akan memaklumkan kepada anda tentang proses gangguan air dan bila akan anda perolehi air yang bersih. Ini adalah cara yang sangat bagus supaya anda akan bersiap sedia untuk apa saja krisis yang akan dialami kelak.
Sentiasa mengambil tahu dan merujuk dengan Syabas dan pihak berkuasa tempatan

2. Simpan dan Menjimatkan Air 

Pada hari sebelum berlakunya krisis air, anda boleh tadah air hujan mengunakan baldi. Anda boleh menggunakan air yang di tadah untuk kegunaan aktiviti pembersihan. Walaupun ia tidak boleh diminium, ia boleh dugunakan untuk membasuh kereta, menyiram tumbuh-tumbuhan dan membersihkan rumah. Selain itu anda juga perlu menjimatkan air yang digunakan setiap hari supaya tidak kehabisan semasa kekurangan air.

Menyimpan air di dalam baldi. Gambar dari Blog Survival Moden
Menurut cadangan kesihatan, manusia perlu minum air sekurang-kurangnya 2 liter pada setiap hari untuk mengekalkan fungsi pada tubuh. Anda perlu memastikan anda menyimpan air yang cukup untuk seluruh ahli keluarga agar semua orang tetap terhidrasi. 
Pastikan anda mempunyai air minuman yang mencukupi. Gambar dari Geologi

3. Menghubungi Rakan Dan Keluarga Yang Tidak Terjejas

Bagi mereka yang mempunyai rakan dan keluarga yang tidak terjejas dan tinggal berdekatan, anda perlu memberitahu pada mereka tentang gangguan air yang berlaku dikawasan anda. Dengan cara itu, anda boleh mendapatkan bantuan dari mereka jika anda perlu pertolongan dari mereka. Bertanya pada mereka samaada anda boleh menumpang untuk mencuci pakaian atau membersihkan diri disana!
Minta pertolongan keluarga. Gambar dari Kehidupan Sebagai Ibu

4. Dengan teknologi hari ini, sistem RO Mineral pertama Malaysia mempunyai penyelesaian untuk terus terhidrasi semasa krisis air.

Aqua Kent Maxx RO Water Purifier

Memperkenalkan Aqua Kent Maxx, satu-satunya penapis air UV / penapis air UV dengan tangki simpanan. Ia boleh menampung sehingga 7 liter air bersih yang bersih! Untuk memastikan air yang disucikan, Kent Maxx menggunakan Dua Kali Double Purification by UV + UF. Ia menghilangkan semua bakteria, kotoran dan virus dengan Hollow Fibre UF Membrane untuk memastikan 100% air minuman yang bersih.

Kent Maxx dilengkapi dengan operasi automatik yang membersihkan air secara automatik sebaik sahaja air minuman mengalir pada tangki simpanan. Selain itu, operasi kawalan komputer mempunyai 2 ciri khas: UV Fail Alarms and Filter Change Alarms. UV Fail Alarm adalah sistem yang apabila cahaya UV menjadi tidak berfungi, bekalan kuasa terputus untuk memastikan tiada air yang tidak bersih memasuki sistem. Untuk Filter Change Alarms, penapis berasaskan masa akan memberitahu anda bila untuk menggantikan penapis supaya dapat memastikan penyimpanan air yang dibersihkan.

Sebagai produk yang disahkan oleh WQA Gold Seal, Kent Maxx diiktiraf berprestasi dan berkualiti untuk mematuhi piawaian ujian. Dengan voltan tinggi 100 - 300 Volt, ia direka untuk terus berfungsi dengan lancar dalam turun naik kuasa. Berterima kasih kepada SMPS yang lasak terbina dalam (Switching Mode power supply).Tidak menghairankan bahawa Kent Maxx menggunakan bahagian atas pasaran 11W lampu UV berkuasa tinggi untuk menghapuskan mikro organisma berbahaya.

Aqua Kent Maxx telah diiftirafkan oleh Water Quality Association Gold Seal 

Pembersihan air perlu terhadap ujian masa untuk tahan lama. Dibina dengan plastik ASB yang tidak boleh pecah, tiada kekotoran akan memasuki sistem kerana kualiti gred makanan dan bahan bebas BPA. Untuk menghapuskan kebocoran pesky, ia dilengkapi dengan komponen push-fit dan O-Rings getah. Semua ini dipegang kuat oleh UF membran yang dipakai. Menjadi teknologi maju, ia mencegah gangguan dan jangka ketahanan membran.

Dan itu sahaja! Kami harap semua orang bersedia untuk masalah gangguan air. Dalam sebarang kes, jangan panik dan tunggu sehingga air mengalir kembali. Atau lebih baik, bertenang melalui ribut dengan Aqua Kent Maxx Water Purifier dengan hanya RM699!

Untuk maklumat lanjut, hubungi Aqua Kent RO:
Telephone:
03-40322580 H/p : 0193211580
Fax:
603-26949600
Email:
enquiry@aquakentro.com.my

Atau layari : 
http://www.aquakentwaterfilter.com.my/kent-maxx/
Viewing all 8117 articles
Browse latest View live