Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all 8115 articles
Browse latest View live

5 sebab kenapa pinggan viral menjadi rebutan

$
0
0
Sebut je pinggan viral mesti kakak-kakak, makcik-makcik dah terbayangkan pinggan yang cantik cantik tu. Dalam kepala ligat berkira-kira bajet nak memborong. Almaklumlah pinggan murah katanya kalau nak dibandingkan dengan kejadian pinggan tersebut. Kiranya masih dalam istilah berbaloi membeli menang menambah selera bila tengok hidangan terhidang dalam pinggan yang cantik.

Buat masa sekarang, Fiza belum terjebak lagi dengan sebarang pembelian pinggan viral. Kalau dekat lokasinya mungkin terjebak juga agaknya. Untung juga jauh, boleh berjimat duit. Tak gitu? Tapi demi pinggan viral jauh pun boleh jadi dekat. Nak membeli pinggan viral ni khabarnya bukan semudah yang disangka. Nama pun pinggan viral. Bila dah viral ramai berebut nak dapatkan pinggan viral. Bila permintaan tinggi, jadi sesak lah kedai pinggan tu sampai kena beratur panjang, stok banyak habis dan paling tak menarik bila di had kan pembelian. Betul ke?

5 sebab kenapa pinggan viral menjadi rebutan
Kredit foto : google

Well, masing masing ada sebab mereka sendiri kenapa mereka nak sangat dapatkan pinggan viral yang cantik lagi kan comel tu.

5 sebab kenapa pinggan viral menjadi rebutan

1. Rekaan Motif yang menarik

Dari pandangan mata Fiza, memang tak dinafikan rekaan motif corak corak pinggan viral sangat sangatlah memukau pandangan. Sekali tengok terus tergoda dan dan tu juga meronta-ronta hati ni nak pergi beli sekarang. Semua corak rekaan motif menarik, for sure rambang mata nak memilih. Kononnya berjanji nak beli 2 je, sampai sana nanti lebih dari dua agaknya pinggan yang di borong. Eh, mengaku je la mana yang dah terbeli tu.


2. Harga yang berpatutan

Nak kata harga murah, pada Fiza tak berapa nak murah sangat untuk mereka yang memikirkan bajet. Tapi kalau pencinta pinggan/penggemar pinggan bercorak sejati, tak berapa ada bajet pun silap silap bertingkat tingkat juga nanti koleksi pinggannya. Bagi mereka yang berbajet besar, mereka menganggap sebagai harga murah. So far boleh di katakan harga berpatutan dalam lingkungan RM2 dan ke atas. Siapa yang dah beli, tolong komen rate harga ye.


3. Pelbagai bentuk dan saiz

Bosan dengan bentuk pinggan yang bulat? Pinggan viral ada bermacam macam bentuk dan saiz untuk kau orang pilih. Saiz pun ada bermacam saiz. Nak pinggan lauk, pinggan nasi, pinggan kuih dan mangkuk pun ada.


4. Warna yang menarik

Ya, Selain corak pinggan viral yang menjadi pujaan. Warna warna pinggan viral memang tip top menarik. Siapalah yang tak tergoda tengok pinggan cantik macam tu. Nak makan pun jadi kenyang tengok pinggan cantik bewarna warni. Lagi-lagi di datangkan dengan warna vintage dan pastel.

5. Viral

Kalau pinggan ni tak di viralkan, mungkin tak ramai yang berebut nak beli. Inilah dia kuasa viral. Mana boleh kau sorang je nak ada. Semua pun nak juga kan untuk buat koleksi di rumah masing masing.

Okay cukup 5 sebab. Yang lain kau orang boleh tambah sendiri ikut sedap rasa sendiri. By the way, baru-baru ini di katakan pinggan bercorak begini boleh memudaratkan kesihatan. Cuba fahami petikan daripada mStar Online ni.
Pensyarah Kanan Jabatan Kimia Universiti Malaya, Dr Nor Asrina Sairi berkata kebanyakan pinggan mangkuk, piring atau gelas yang mempunyai warna dan kemasan cantik seperti ini mempunyai kandungan logam berat plumbum (lead) dalam penghasilannya.
Katanya, disebabkan sifatnya yang bertoksid, ia kurang sesuai digunakan untuk menghidangkan makanan atau minuman. Bahaya untuk jangka masa panjang terutama untuk kanak-kanak, wanita hamil dan bayi, tapi bahayanya itu bukanlah secara terus atau langsung. Ia lebih kepada kuantiti yang sedikit, tapi kalau kita kerap guna dan untuk jangka masa lama, ia akan beri kesan kepada kesihatan.
Kemasan ini mudah terhakis (leaching) apabila suhu panas atau bertindak balas dengan asid, menyebabkan plumbum akan masuk ke dalam badan manusia dengan cara meresap dalam darah, berkumpul dalam tisu dan seterusnya membawa kepada penyakit serius dalam jangka masa panjang.
Wallahu a'lam

Dengan itu, boleh elakkan untuk hidang makanan seharian kita. Gunakan untuk perhiasan rumah pun menarik juga. 

Belajar Buat Kuih Sopang Nismilan

$
0
0
Pertama kali makan kuih sopang mak mertua den buat. Kalau tak, lansung tak kenal kuih sopang. Orang nismilan a.k.a Negeri Sembilan sebut kuih sopang. Kalau di johor disebut kuih badak berendam. Mulanya fiza ingatkan kuih sopang dengan kuih badak berendam ni sama. Rupanya tak sama lansung cuma lebih kurang sama dari segi bahan bahan je. Jadinya tak boleh lah nak di katakan kuih sopang tu kuih badak berendam. Kan?

Disebabkan lama tak makan kuih sopang, teringin nak cuba buat. Kenapa gigih sangat nak buat? Sebab kuih favourite husband bakal merangkap kuih favourite Fiza juga sebab Fiza suka kuih badak berendam. Lagi satu sebabnya bila dah pandai buat boleh makan bila bila masa kau nak. Menyenangkan kerja juga di masa akan datang. Takdelah masa tu nanti baru nak belajar. Pendek kata, apa yang kau orang suka makan sila belajar masak mulai dari sekarang. Kalau tak menyesal di kemudian hari.

Yang fiza tahu, kuih sopang ni mudah nak buat jika ada bahan bahan secukupnya. Cara masak dengan hanya mengukus je. Nak rasa kuih sopang yang sedap, kena pastikan menggunakan bahan-bahan yang segar contohnya seperti santan segar dan inti kelapa daripada kelapa muda. Itu dari apa yang dapat fiza rumuskan setelah beberapa kali bereksprimen buat kuih sopang ni. Nak tambah lagi sedap dan bau aroma yang wangi, sila alaskan kuih sopang ni dengan daun pisang. Menambahkan lagi selera nak makan kuih sopang.


Tapi yang tak syoknya dan sentiasa failed bab kuah santan tu. Kejadiaanya tak berapa cantik. Tak pekat dan kurang sedapnya. But still masih sedap. Mungkin kena betul betul gunakan pati santan yang betul-betul pekat. Disebabkan di bandar ni kelapa mahal dan nak dapat kelapa parut pun payah, fiza buat mana yang cukup syarat je la. Janji ada rasa kuih sopang.

Nampaknya kena cuba lagi buat lepas ni sampai betul-betul jadi kuih sopang yang sebenar. Barulah terasa nikmatnya makan kuih sopang bersantan berlemak tu.

Timeless Makeup

$
0
0
Semacam berlumba-lumba sekarang manusia buat makeup live video di facebook tak kira lelaki perempuan. Antara hasil makeup yang Fiza suka daripada make up artist (MUA) lelaki sebab mereka makeup nampak natural dan ringkas. Lagipun sekarang agak trending makeup simple yang di katakan Timeless Makeupmenjadi pilihan ratu sehari seperti Nora Danish, Juliana Evans, Siti Saleha dan terbaru YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Ibrahim.

Kredit foto : google

Sejak Nora Danish tampil dengan "No Makeup Look" masa hari pernikahannnya, ramai lah bakal pengantin yang buat permintaan nak makeup sama macam Nora Danish. Katanya nak makeup simple. Walaupun makeup simple dan natural look tapi bagi make up artist nak buat makeup sebegini bukan semudah yang disangka. Jangan tak tahu, makeup sebegini rupa, rupanya tak semurah yang difikirkan.  

Baru-baru ni perkahwinan YAM Tunku Tun Aminah menjadi perbualan hangat dengan perkawinan yang serba ringkas tapi mewah. Nampak ayu dan berseri-seri dengan  timeless makeup nampak fresh. Nampaknya makin melonjak trending timeless makeup& malar segar bakal popular menjadi pilihan bakal pengantin yang bakal berkahwin nanti. 

Makeup Timeless 

Makeup yang sesuai untuk ratu sehari kerana tak lapuk dek zaman. Potretnya tak jemu di tatap zaman berzaman. Makeup ringkas sebegini sebenarnya lebih menaikan seri pengantin dan tidak nampak over dengan makeup yang tebal. Make up yang sesuai juga di kenakan dengan apa jua tema persalinan/perkahwinan.
Seriously Fiza sangat suka dengan makeup sebegini dan Fiza gerenti yang kau orang pun suka dengan Timeless Makeup. Nak makeup macam ni lah juga nanti untuk photoshoot ke kan. Nak bersanding sekali lagi memang tak lah.  

Cara Makeup "Timeless Makeup" 


STEP #1 PREP SKIN

To make sure your skin is looking fresh and glowing, prep skin by misting or wiping a rose water soaked cotton pad over your skin to refresh and hydrate it.


STEP #2 CONCEAL

Don’t draw attention to your flaws by caking on makeup. Rather even out any redness or ruddiness using some concealer (ONLY on the problem area’s) and cover up dark circles with a corrector.


STEP #3 ADD POPS OF COLOR

Add little flush of pink to the cheeks or deepen your natural lip colour slightly. Subtle pops of color can make a huge difference to a face to brighten it up!

STEP #4 FINAL TOUCHES

You can keep the rest of your makeup routine very simple. A coat or two or mascara, and brush through your brows and you’re ready to go be the beautiful woman you are.

Butter Chicken Masak Cara Fiza

$
0
0
Kau orang lunch apa tadi? Hari ni Fiza masak menu istimewa sikit disebabkan husband ada kat rumah masa lunch, jadi masak butter chicken untuk pertama kalinya. Ya, untuk pertama kalinya Fiza masak butter chicken. Entah kenapa rasa tiba-tiba nak mencuba masak butter chicken masak cara Fiza definitely. Setelah Fiza google dan scan resepi butter chicken yang mudah. Akhirnya menjadi menu chicken butter Fiza. Menu yang mudah dan ringkas.

Butter Chicken Masak Cara Fiza

Bahan bahan
Bahagian dada ayam ( dipotong²)
1-2 cubit garam
1 sudu besar gula
1 camca serbuk lada hitam
1 camca serbuk kari
1 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Butter ( potong dalam tebal 1 inci)
Beberapa potong cili padi- Ikut tahap kepedasan masing-masing
2 pelepah daun kari
200ml susu segar ( guna air kotak fresh milk dalam separuh lebih sikit-ikut kepekatan masing-masing)
2 keping cheese
Minyak masak

Cara Masak
1. Perap ayam bersama garam, gula, serbuk lada hitam, serbuk kari, tepung gandum dan telur selama 30minit.
2. Selepas 30 minit, goreng ayam sehingga masak. Lagi garing lagi sedap. * Gunakan non stick pan. Setelah masak, angkat dan toskan minyak. Ketepikan dahulu.
3. Dengan menggunakan kuali yang sama tapi keluarkan dulu minyak goreng ayam tadi. Panaskan butter dalam kuali, tumiskan cili dan daun kari sehingga naik bau. Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan cheese.
4. Akhir sekali baru masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rata. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Masak cara Fiza, Fiza kurangkan penggunaan garam dan gula. Sebelum kau orang tutup api tu lebih baik rasa dulu. Jika kurang rasa, kau orang boleh tambah garam. Jika terpedas, tambah gula. Nak lagi sedap sikit boleh tambahkan serbuk lada hitam lagi. Ikut citarasa masing-masing ye.

Tapi Butter chicken ni tak boleh makan selalu sebab cepat muak dengan creamy ditambah dengan cheese tu. Tak sesuai untuk mereka yang mengamalkan diet. Sesekali teringin tu bolehlah layankan tekak ni.

Merdeka!Merdeka! Blogger Contest

$
0
0
Merdeka!Merdeka! BloggerContestanjuran Lazada Malaysia sedang berlansung sempena bulan Kemerdekaan Malaysia ke 60 tahun. Jika kau orang seorang blogger, jangan lepaskan peluang ini dengan menyertai contest yang di anjurkan bermula dari 21 Ogos 2017 sehingga 31 Ogos 2017. Blogger hanya perlu menjawab beberapa soalan dan pemilihan pemenang adalah secara random. Jadi, jika ada rezeki mengapa tidak kita sertai beramai-ramai.

Merdeka!Merdeka! Blogger Contest anjuran Lazada Malaysia

Apa yang anda suka menjadi rakyat Malaysia/What do you love about being Malaysian? 

Sangat bersyukur di lahirkan di negara Malaysiaku berdaulat, tanah tumpah darahku yang  telah aman dari jajahan. Sudah tentulah kita perlu berbangga menjadi rakyat di negara kita sendiri kerana Malaysia adalah sebuah negara yang unik dengan pelbagai agama, bangsa, kaum, budaya dan juga etnik yang bersatu padu. Keunikan sebegini tidak terdapat di negara-negara lain

Pilih Jenama Tempatan Kegemaran Anda/Choose your favorite local brand 

Jenama tempatan kegemaran Fiza adalah Pensonic. Pensonic mengeluarkan barangan elektrik yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Mempunyai pelbagai jenis produk untuk pilihan pengguna.




Pilih 2 produk daripada jenama yang disukai/Select two product from that brand that you love.

1. Pensonic Chef 's Like Air Fryer PDF-2201

Agak terkejut dengan harga Air Fryer yang sangat murah ini berbanding dengan jenama terkenal yang lain. Rata-rata yang menggunakan Pensonic Chef 's Like Air Fryer PDF-2201 memberikan komen yang baik. Jadi, tidak syak lagi untuk memilih Pensonic Chef 's Like Air Fryer PDF-2201 sebagai salah satu kaedah untuk memasak makanan yang sihat.
Pensonic Chef 's Like Air Fryer PDF-2201

2. Pensonic Air Cooler PAC-101M

Memandangkan cuaca panas di Malaysia ada kalanya terik berminggu-minggu. Untuk yang tidak mempunyai bajet yang besar untuk memasang penghawa dingin di rumah, boleh letak Pensonic Air Cooler PAC-101M satu di dalam rumah. Harganya juga murah dan mudah juga untuk di letakkan di mana-mana ketika diperlukan.

Pensonic Air Cooler PAC-101M

Bukan sahaja blogger contest yang sedang berlansung,  Merdeka! Merdeka! Sale juga bakal bermula dari 25 Ogos 2017 sehingga 31 Ogos 2017 sempena bulan Merdeka. Potongan harga diskaun sangat istimewa sehingga 80%. Peluang ini juga jangan di lepaskan untuk membeli belah barang idaman dengan harga yang murah-murah daripada harga biasa.  Jangan lupa tanda di kalendar masing-masing. Selamat membeli belah.


Prizes – Merdeka!Merdeka! Blogger Contest
 1st Prize: 1 x RM600 
 2nd Prize: 2 x RM300 
 3rd Prize: 3 x RM200

Pencuci Muka Cetaphil Bagus Ke?

$
0
0
Baru-baru ni agak viral juga pencuci mula Cetaphil ( Gentle Skin Cleaner)yang dikatakan sangat bagus untuk merawat kulit yang bermasalah, rosak akibat memakai produk yang sesuai atau memakai produk yang mempunyai bahan kimia  merosakkan kulit. Sedia maklum, kita sendiri tahu bahawa terdapat banyak lambakan produk yang ada di pasaran. Sebagai pengguna, kita seharusnya lebih bijak membuat pilihan.

Kenalpasti Produk Sebelum Menggunakannya

Pertama sekali dalam pemilihan produk kecantikan, perlulah memilih produk yang selamat untuk digunakan dalam jangka masa yang panjang tanpa meninggalkan kesan yang buruk. Pendek kata, memang di jamin selamat di gunakan. Rajin-rajinlah survey dan meneliti kandungan yang terdapat dapat setiap produk jika tak nak kulit rosak teruk selepas menggunakannya.


Pilih Produk Yang Selamat Digunakan


Pengalaman Fiza menjadi penjual produk kecantikan ( Sekadar dropship) kebanyakkannya pengguna mahukan produk yang menjanjikan kesan yang cepat selepas menggunakannya. Tapi mereka tak fikirkan selamat atau tidak. Yang penting cantik dalam masa yang singkat. Bila pengguna nak produk sebegitu, Fiza bagi nasihat dulu supaya mereka sedar baik buruknya pakai sesuatu produk bukan hanya semata-mata nak cantik cepat. Lagi-lagi bila timbulnya banyak kes muka rosak akibat memakai produk yang mempunyai bahan kimia yang telebih dos yang dibenarkan. Kulit memang cepat cantik tapi bila berhenti guna dan kulit mula breakout semakin teruk dari hari ke hari. 

Tiada siapa nak perkara macam tu terjadi. Apatah lagi pada bahagian muka. Macamana nak sorok dan berhadapan dengan orang lain? Mungkin diri akan berasa kurang yakin kan. Jerawat sebiji pun kecoh, apatah lagi bila muka breakout. Nak tak nak kena hadap aje lah. Sebaiknya, kau orang kaji dulu sebelum beli apa-apa produk untuk kecantikan muka ni. Pernah juga terjadi pada Fiza zaman study dulu. Masa tu belum ada viral lagi kisah-kisah produk kecantikan ni. Yang tahu, kalau pakai memang elok. Ya, memang elok tapi azab lepas kau berhenti guna. Kulit rosak teruk kot sampai sekarang tinggalkan kesan pada kulit. 

Beli di Kedai Yang Berdaftar

Disebabkan kes sendiri yang dah berzaman tu dan kes yang berlaku pada segelintir pengguna yang muka rosak, Fiza kembali menggunakan Produk Mary Kay yang di jamin selamat di gunakan walaupun mengambil masa yang lama untuk elok semula. Selepas muka breakout tu Fiza pernah pakai produk Mary Kay sekejap tapi lepas habis tu tak sambung guna sebab kurang bajet tapi sambung guna produk selamat yang lain beli di Guardian. Nasihat Fiza, nak selamat carilah produk di kedai yang di iktiraf dan yakin original seperti Guardian, Watsons dan farmasi. Store seperti ini akan menjual barang-barang yang di yakini selamat dan original untuk pengguna. Jika berlaku sebarang kemungkinan mudah untuk membuat aduan.

Disebabkan pencuci muka Cetaphil ni makin popular di gunakan di kalangan mereka yang mempunyai masalah kulit muka yang teruk dan sangat berkesan. Makanya, macam nak terjebak juga guna pencuci muka Cetaphil ni tapi selepas pencuci muka sekarang habis dulu. Jika tak berkesan kembali semula sambung pakai MK. Tiba-tiba rasa nak derhaka pada MK sekejap. Setelah Fiza survey, harga dia boleh tahan mahal juga dalam RM5+ di Guardian. Mungkin juga pelaburan yang berbaloi setanding dengan kualitinya.


Cetaphil Gentle Skin Cleanser tidak terhad untuk penggunaan di muka sahaja, bahkan boleh di gunakan untuk seluruh badan. Diformulakan bebas sabun dan kelebihannya adalah 
  • sesuai untuk semua jenis kulit
  • Boleh digunakan untuk bayi
  • Sesuai untuk muka dan seluruh badan
  • Tidak menyebabkan iritasi pada kulit
  • Formula pH-balance bebas sabun.
No wonder lah ramai yang kata bagus. Lepas ni bolehlah beli botol kecil untuk permulaan. Kalau bagus, baru lah beli botol besar sikit. Bukan apa, kalau tak sesuai rugi pula kalau dah beli yang besar awal-awal. Tak gitu? Siapa yang dah pernah guna? Boleh kongsikan sikit pengalaman kau orang.

Promosi Traveloka KL2017 Sempena Sukan SEA

$
0
0
Sedia maklum kita tahu sekarang sedang berlansung Sukan SEA (Southeast Asian Games) 2017 dan Malaysia di pilih menjadi tuan rumah mewakili negara Asia Tenggara pada tahun ini. Salah satu penaja terbesar yang terlibat pada Sukan SEA 2017 adalah syarikat pelancongan Traveloka.

Traveloka adalah syarikat pelancongan yang tidak asing lagi di Malaysia sebagai salah satu pilihan syarikat pelancongan yang terbaik untuk percutian yang menjimatkan. Untuk pengetahuan semua, Traveloka sentiasa menawarkan harga pakej yang murah untuk pelancong. Bersempena Sukan SEA 2017 tahun ni dan sempena Malaysia menjadi tuan rumah untuk acara gemilang ini, Traveloka telah mempromosikan pakej yang lebih berbaloi sempena sukan SEA yang kini sedang berlansung dan menawarkan pelbagai hadiah yang menarik untuk semua sepanjang acara ini berlansung.


OFFICIAL ONLINE TRAVEL PARTNER KL2017

Traveloka merupakan official online travel partneruntuk  KL2017. Bersempena dengan Sukan SEA kali ini, pihak Traveloka telah menawarkan pelbagai promosi kepada mereka yang ingin melancong dengan harga yang lebih murah. Selain itu, Traveloka ingin memberi peluang kepada pelancong luar untuk datang ke Malaysia dan dalam masa yang sama mempromosikan Malaysia yang mempunyai tempat-tempat menarik untuk di lawati.


JOM KE BOOTH TRAVELOKA DI KL2017

Menariknya, mereka yang datang ke Bukit Jalil untuk menyaksikan acara sukan, boleh singgah di Booth Traveloka dan berpeluang memenangi hadiah bernilai RM200 000. Jumlah yang sangat banyaka untuk di menangi. Rugilah kalau datang tapi tak singgah di Booth Traveloka. 

LIVESTREAM SEA GAMES

Selain itu, Traveloka menyediakan livestream page untuk sukan SEA yang sedang berlansung. di Stadium Bukit Jalil. Boleh di tonton melalui facebook ataupun youtube. Bagus juga ada livestream sebab boleh menonton di mana-mana berada untuk ketahui berita terkini sukan SEA. Bukan semua orang berpeluang tengok secara di Stadium. Jika tak berkesempatan pergi ke Stadium, dapat tengok livestream sudah memadai. Bukan sahaja boleh tengok sukan secara lansung, tapi boleh sertai contest yang dianjurkan oleh Traveloka di page tersebut. Jadi, sambil-sambil tengok sukan boleh sertai contest sekali. Untuk sertai contest, boleh klik pada menu contest di sebelah kanan atas. (Rujuk gambar di bawah). Contest di adakan setiap hari dan pemenang akan diumumkan setiap hari juga. Anda berpeluang memenangitravel coupons daripada Traveloka bernilai RM50 dan juga RM100.


PROMOSI TRAVELOKA

Sebagai penaja yang terbesar untuk Sukan SEA 2017 yang bersejarah ini, Traveloka telah mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik untuk rakyat Malaysia dan juga para pelawat yang datang ke Malaysia. Traveloka telah melancarkan kempen promosi "Hello,Malaysia!" dan " Go, S.E.A.!"setaraf dengan acara sukan SEA yang gah sebegini.

Hello, Malaysia!akan membawa anda semua melancong ke tempat-tempat yang menarik di dalam negara Malaysia untuk lebih mengenali lebih tentang Malaysia. Go, S.E.A! pula akan membawa pelancong ke destinasi-destinasi menarik di serata Asia Tenggara (  Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand, Timor-Leste dan Vietnam)

Inilah masanya untuk merebut peluang melawati negara-negara Asia Tenggara dengan kadar tambang tiket penerbangan yang murah dilengkapi dengan harga penginapan hotelyang murah. Tempahan boleh dibuat sehingga 31 Ogos 2017 melalui website Traveloka atau tempah menggunakan smartphone melalui applikasi Traveloka. 

Potongan harga sehingga 40% untuk tiket penerbangan dan juga hotel. Sangat berbaloi untuk percutian yang menjimatkan duit poket. Betul tak? Tambahan lagi, perkhidmatan online selama 24jam dan boleh tempah pada bila-bila masa di mana jua dengan syarat ada internet. Tapi pastikan anda telah mendaftar ahli traveloka terlebih dahulu. Sebagai ahli traveloka, anda juga layak menerima kupon diskaun untuk promosi-promosi yang akan datang. Jadi, apa tunggu lagi. Daftar dan tempah sekarang!


Tahniah kepada para atlit-atlit Malaysia yang telah memenangi pingat dan secara tak lansungnya mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Setakat hari ni Malaysia telah mendahului pungutan mata pingat emas paling banyak. Tahniah Malaysia! Marilah kita sama-sama menyokong semua atlit Malaysia yang bertanding dalam sukan SEA pada kali ini. #bangkitbersama #risingtogether
Enjoy the SEA Games together with Traveloka!

Percutian ke Maldives, Bermalam di Villa Mewah

$
0
0
Tiba-tiba jadi viral pula kisah percutian Hanis Zalikha dan Hairul Azreen bersama anak mereka Yusuf Iskandar di Soneva Jani, Maldives. Viral bukan sebab apa, sebab kena kecam berlagak kaya dan membazir oleh netizen. Alahai kau orang pun sebok nak kecam orang. Padahal bukan guna duit kau orang dan tak kacau hidup kau orang pun. Biarlah mereka nak bercuti ke mana sekali pun. Jealous lah tu! Sebelum ni mereka berdua pernah berbulan madu di sini. Jadi, kali ni bercuti bersama Yusuf pula.


Rasanya semua orang pun teringin nak bercuti ke Maldives. Apatah lagi dapat bermalam di Villa Mewah yang di katakan harga penginapan semalam puluhan ribu hampir 100 ribu. Harga penginapan Villa di Maldives berbeza bermula daripada 8 ribu. Untuk ke Villa Mewah yang diberi nama Villa Soneva Jani ni perlu menaiki pesawat Air daripada Lapangan terbang Antarabangsa Male dan mengambil masa lebih kurang dari 1 jam untuk sampai. 

Jangan di tanya kenapa harganya sangat mahal dan mewah. Sebabnya ianya adalah sebuah lagun persendirian yang dikelilingi oleh lima buah pulau yang sangat cantik memukau pandangan mata. Baru tengok gambar dah terpukau, inikan pula kalau dah sampai sana. Memang rasa tak nak balik dah kot.

Memang beruntung dan rezeki mereka yang dah sampai ke sini. Maldives tempat yang paling menarik untuk berbulan madu dan bercuti bersama keluarga. Kalau dah bermalam di sini, memang enjoy dengan suasana di sini. Dapat melihat permandangan kepulauan yang cantik. Bermandi manda sepuas-puasnya. Pada waktu malam pula dapat tengok bintang di langit sambil bersantai di Luar Villa, mahupun di dalam Villa.

Dari hasil perkongsian video Hanis Zalikha, dapatlah tengok suasana Villa Mewah penginapan mereka tu. Tak dapat pergi, dapat cuci mata pun jadi lah ye. Manalah tahu, kot-kot ada rezeki terpijak, durian runtuh ke. Siapa tahu rezeki kita kan. Doa-doa lah semoga kita semua murah rezeki dan dapat bercuti bersama keluarga di tempat-tempat idaman masing-masing. Nak letak Maldives dalam wishlist percutian pun rasa gigil.

Rose Face Serum Zeeta Hilangkan parut Jerawat dan Jeragat. Cepat dan Selamat!

$
0
0
Tiada seorang manusia pun yang suka bila muka berjerawat. Muncul sebiji jerawat pun boleh kecoh satu dunia. Inikan pula kalau jerawat muncul setiap hari. Walaupun ianya hanya jerawat, tapi sudah pasti akan meninggalkan parut/bekas jerawat pada kulit muka. Masalah jerawat yang tidak dirawat akan memudaratkan lagi kulit muka. Masalah bertambah jika masih belum jumpa cara hilangkan bekas jerawat cepat dan selamat. Boleh stress dibuatnya!

Rose Face Serum Zeeta Hilangkan parut Jerawat dan Jeragat

Jerawat? 

Jerawat atau di panggil acne adalah masalah kulit yang terjadi akibat daripada pori-pori tersumbat. Antara penyebab terjadinya jerawat adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria, hormon yang tidak seimbang, pemakanan yang tidak betul, kulit berminyak, penjagaan diri yang tidak bersih dan sebagainya. Paling menakutkan, kadang kala jerawat muncul disertai dengan nanah dan darah yang sudah pasti akan meninggalkan bekas parut jerawat pada kulit. Jerawat kebiasanya berbintik-bintik timbul. Dikenali dengan komedo hitam dan komedo putih.

Bukan je masalah jerawat yang perlu di risaukan yang meninggalkan parut. Masalah jeragat juga perlu dirisaukan sebab jeragat juga akan meninggalkan parut pada kulit muka. Ada juga belek-belek pada muka. Fuhh..bernasib baik jeragat tak berani muncul. Tapi, kalau satu hari nanti jeragat muncul juga, sudah tentu Fiza akan  menggunakan cara hilangkan jeragat dengan paling berkesan.

Jeragat?

Jeragat kelihatan bintik-bintik atau tompok-tompok yang biasanya akan terjadi pada bahagian pipi dahi dan atas bibir. Jeragat terjadi akibat daripada perubahan hormon ketika hamil atau terdedah kepada sinaran ultraviolet (UV)

Sebagai seorang manusia biasa, kita tak dapat lari daripada kedua-dua masalah kulit in. Sudah tentu kita akan terjebak dengan masalah kulit seperti jerawat dan jeragat. Alangkah beruntungnya mereka yang mempunyai jenis kulit yang cantik dan sihat. Jadi, tak perlu nak mengeluarkan kos yang banyak untuk penjagaan kulit seharian.

Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat dan jeragat, Fiza akan kongsikan cara bagaimana nak hilangkan parut jerawat dengan cepat dan selamat. Jika mempunyai kurang bajet, apakata cuba dulu beberapa petua untuk hilangkan parut jerawat.

Cara Hilangkan Bekas Jerawat dan Jeragat Paling Berkesan, Cepat dan Selamat.

1. Lidah Buaya/Aloe Vera

Rose Face Serum Zeeta Hilangkan parut Jerawat dan Jeragat

Hanya sapukan lendir lidah buaya pada bahagian bekas jerawat atau jeragat setiap hari selama 15minit. Kemudian bilas dengan air sejuk. 

2. Kentang

Rose Face Serum Zeeta Hilangkan parut Jerawat dan Jeragat

Ambil hirisan kentang dan gosokkan pada bekas parut jerawat atau jeragat selama 50-10 minit. Setelah itu, bilas dengan air suam. Lakukan langkah ini dengan kerap 3-4 kali seminggu.

3. Lemon Rose Face Serum Zeeta Hilangkan parut Jerawat dan Jeragat

Sapukan beberapa titisan pati buah lemon pada bekas parut jerawat atau jeragat dan biarkan kering selama 15minit. Kemudian bilas dengan air. Lakukan 2 kali untuk hasil yang lebih cepat.

4. Rose Face Serum ( RFS)-Zeeta

Rose Face Serum Zeeta Hilangkan parut Jerawat dan Jeragat

Dengan menggunakan kuasa produk terbaik untuk hilangkan jeragat 2017, parut jerawat dan jeragat akan hilang dengan cepat. Siapa sangka, dengan hanya semburan serum dapat menyelesaikan masalah kulit dengan berkesan. Yang penting ianya selamat digunakan. Produk yang dimaksudkan adalah Rose Face Serum (RFS) iaitu serum muka berasaskan rose organik No.1 di Malaysia yang menggunakan kaedah semburan untuk hilangkan jeragat dan parut jerawat sepantas 7 hari. Wow! Mesti sangat teruja bila dengar ada cara hilangkan bekas jerawat cepat dan selamat. Betul tak?

Untuk pengetahuan semua, produk hebat tempatan ini dikeluarkan oleh Zeeta yang dimiliki oleh Richnine Resources Sdn Bhd yang bertapak di Kajang, Selangor sejak 2015. 

Kenapa Perlu Memilih Rose Face Serum (RFS), Produk Terbaik Untuk Hilangkan Parut Jerawat 2017

Rose Face Serum Zeeta Hilangkan parut Jerawat dan Jeragat

Melindungi Kulit : Mengandungi Vitamin E (30,000 iu),Vitamin C, Omega 3 dan Omega 6 yang sangat penting untuk melindungi kulit daripada sinaran panas cahaya matahari.
• Teknologi Nano : Semburan yang halus untuk serapan maksimun bersamaan dengan teknologi nano.
Tidak Melekit : Serum semburan No.1 ini tidak meleleh dan tidak melekit. Sudah semestinya akan mengurangkan kesan berminyak pada bahagian muka.
Kesan Yang Cepat : Percaya atau tidak. parut jeragat mampu hilang seawal 7 hari. 

4 Nutrisi Terbaik Dalam Rose Face Serum (RFS)

Vitamin E : Fungsinya untuk mengurangkan kedutan berlaku dengan cepat dan dalam masa yang sama menjaga sel kulit muka agar kekal muda remaja.

Vitamin C : Jika di sapu pada kulit, ia akan meransang kulit menghasilkan kolagen untuk kulit yang lebih sihat.

Omega 3 : Untuk mengekalkan kelembapan, mengawal pengeluaran minyak dan menjadi kulit lebih anjal.

Omega 6 : Fungsinya sama dengan Omega 3 melembapkan kulit. Tetapi, Omega 6 bersifat lebih ringan minyaknya.

Oleh sebab itu, Rose Face Serum memang diciptakan untuk mempunyai 4 nutrisi hebat di atas. Jadi, bila di semburkan pada bahagian muka, cecair serum tidak meleleh dan akan sekata meresap ke dalam kulit muka sama seperti teknologi nano. Paling menarik, serum ini bukan sejenis serum yang melekit. Tidak melekit lansung! Sebotol kecil 70ml boleh di gunakan selama 2 bulan bergantung juga kepada kekerapan penggunaan.

Sebotol RM50/botol
 tidak termasuk postage

Untuk Tempahan, Hubungi Segera
Hotline : 019-2209069

Facebook page
  Zeeta Pakar Mawar

Instagram:
  @zeetaofficial

Sebelum bekas jerawat dan jeragat bermastautin di muka, lebih baik kita hilangkan segera. Harap artikel ini dapat menyelesaikan masalah bekas parut jerawat dan jeragat hilang dengan cepat dan selamat. Jom cantik bersama!

Trending Squiggle/ Wave Eyebrows Pulak Dah

$
0
0
Satu lagi trend terbaru dalam dunia makeup iaitu trending melukis squiggle/wave eyebrows. Pulak dah! Yang biasa kita nampak orang lukis bentuk kening yang biasa-biasa je. Tapi bila pertama kali nampak gambar kening squiggle/wave agak rasa macam "Err, ada yang sanggup buat kening macam ni ke?". Ya, memang ada! Ramai yang berkongsikan kening squiggle mereka di laman sosial terutamanya di instagram.

Mungkin bagi pencinta fesyen, ianya sesuatu seni yang cantik untuk di kongsikan. Tapi, ada juga segelintir netizen yang macam biasa suka kecam. Well, masing-masing mempunyai pendapat masing-masing tentang dunia fesyen dan gaya makeup. Bagi sejenis yang noob tentang makeup macam Fiza, memang tak boleh komen lebih-lebih. Mungkin cantik pada mereka tapi tidak pada mata kita.

Trending lukis kening squiggle/wave sesuai untuk acara pertunjukkan fesyen yang mengikut tema yang bersesuaian. Untuk majlis besar seperti bertunang dan juga perkahwinan, rasanya tidak sesuai untuk digayakan. Fiza yakin, tetamu yang datang mesti akan nampak pelik dengan pengantin yang berkening squiggle ni. Dapat bayangkan tak?

Trending Squiggle/ Wave Eyebrows
Kredit foto : google


Cara Buat Kening Bentuk Squiggle/Wave

Kening berbentuk squiggle/wave ni dapat dibentuk dengan melekatkan gam dan cuma perlu bentukkan seperti wave. Untuk kemasan dan bentuk yang lebih cantik, gunakan concealer ataupun foundation. Jangan sekali-kali gunakan gam gajah, tak pasal-pasal lansung tak berkening lepas tu.

Kalau dari mata Fiza, kening squiggle ni nampak cantik. Tapi untuk acara fesyen show ataupun photoshoot okaylah macam yang Fiza cakap tadi. Sebaliknya akan nampak kurang cantik untuk di gayakan untuk acara-acara tertentu. Jika di tanya, adakah kening berbentuk squiggle/wave ini boleh dijadikan trend. Absolutely, No!

Hukum Mencukur Bulu Kening

Nak lukis kening boleh tapi jangan sampai kening dicukur pula. Haram mencukur bulu kening! Jika lukis tanpa cukur, hukumnya di haruskan mengikut situasi. 

Fiza ni nak lukis kening biasa pun tak pandai. Lebih selesa dengan kening yang sedia ada. Rimbun pun rimbun lah. Kening bersepah pun bersepah lah. Janji ada kening. Nak bersiap pun cepat. Ada banyak masa baru rajin nak melukis kening. Itupun kalau menjadi. Noob me.

Hari Bahagia Laudya Cynthia Bella & Engku Emran

$
0
0
Sekarang ni tengah sibuk dengan musim kenduri kahwin sana sini. Macam biasalah pemilihan tarikh perkahwinan biasanya akan dibuat ketika musim cuti-cuti. Keadahnya untuk memudahkan tetamu datang ke majlis. Tapi ada juga yang suka memilih tarikh hari yang biasa. Ikut suka masing-masing lah sebab majlis tu kau orang yang punya. Lebih bertuah kalau dapat buat majlis yang sama tarikh dengan harijadi dan kebetulan jatuh pada hari yang sesuai.

Hari ni 9 September 2017 (090917) tarikh yang cantik juga  merupakan hari bahagia Laudya Cynthia Bella & Engku Emran yang telah selamat bernikah dalam satu majlis tertutup dengan mas kahwin RM300. Pasangan pengantin baru telah dinikahkan oleh bapa Bella sendiri.

Laudya Cynthia Bella pelakon Indonesia dan Engku Imran merupakan bekas suami Erra Fazira. Hari bahagia mereka juga bersama dengan Aleesya, anak Engku Imran bersama dengan Erra Fazira. Nampak manis bertiga di atas pelamin.

Hari Bahagia Laudya Cynthia Bella & Engku Emran
Kredit foto : google

Sebelum tu, gambar majlis mengaji Al Quran semasa pernikahan mereka telah menarik perhatian ramai dengan kemanisan raut wajah muka Bella yang sejuk mata memandang. Bagaikan bak bidadari katanya!

Kredit foto : google

Antara kata-kata Bella yang menyentuh hati 
“One step closer to happiness”
Ini Part of the best moment in my life,proses yang begitu cepat. Saya percaya dengan “takdir”.
Saya boleh berencana tapi Allah yang menentukan. Dan ini adalah perjalanan hidup saya yang Allah atur. Proses demi proses selalu saya syukuri dan nikmati.
Terimakasih ya Allah
#BAE
Semua rasa datang dari Allah. dan ini rasa yang tidak bisa saya tulis disini.InshAllah ini menjadi pengalaman pertama & terakhir.
YaAllah tolong jaga keluagaku. Amieennn…ea sayang kalian
Apa pun tahniah buat Laudya Cynthia Bella & Engku Emran . Semoga mereka berdua bahagia hingga ke akhir hayat. Doakan yang terbaik buat mereka dan yang terbaik juga buat kita.

Nota pink : Saja nak kongsikan gambar perkahwinan Laudya Cynthia Bella & Engku Emran  untuk entri hari ni. Entri santai-santai je sudah. Why so serius?

Portfolio Art & Design Azhafizah Network

$
0
0
Rasanya macam dah berbulan Fiza tak kongsikan artwork yang Fiza buat dalam blog ni. Bukan takde tempahan baru, cuma malas nak masukkan dalam blog sebab nanti nak kena membebel tentang design sebab tak nak entri dalam blog hanya gambar semata-mata. Jadi, banyak design baru yang masih terperam. Ikutkan niat sebenar nak masukkan semua design dalam blog je sebab salah satu tujuaannya untuk mempromosikan hasil kerja. Tujuan marketing lah kiranya.

Fiza sudah pun masukkan artwork dalam blog page tapi bila dah banyak jadi berjela-jela pula orang nak scroll. Lagipun kadang-kadang lambat loading sebab gambar terlalu banyak. Jadi, Fiza masukkan artwork dalam facebook page. Tapi macam agak sendu je. Fiza fikir mungkin facebook dah kurang dapat perhatian ramai.

Disebabkan instagram the best medium marketing buat masa ni. Jadi, Fiza terpaksa create instagram khas yang baru untuk segala artwork Fiza dalam tu. Senang juga client nak mencari dan nak tengok portfolio Fiza yang ada akan datang. Senang juga client nak buat rujukan untuk contoh yang ada. Lagipun ramai lebih suka ber instagram daripada facebook sekarang ni kan. Plus, lebih menarik di tambahkan dengah hashtag untuk lebih memudahkan pencarian artwork nanti.


Instagram khas yang baru untuk artwork Fiza, Fiza letak nama 'azhafizahnetwork' sama nama dengan daftar dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia). Mudah untuk nak ingat dan mencari. Lagipun tengah takde idea nak fikirkan nama ig yang menarik.

So bila ada instagram baru ni, kena gigih sikitlah nak setting segala macam dalam tu dan Fiza dah mula upload artwork lama sebagai koleksi kerja Fiza. Harap tak marah kalau spam banyak gambar lalu kat instagram kau orang nanti ye. Artwork lama kena simpan juga untuk kenangan yang ada. Kalau dibiarkan begitu je macam rugi aje kan.

Kalau kau orang ada instagram, sudikanlah sekiranya follow instagram @azhafizahnetwork sebagai sokongan kau orang dalam perjalanan seni design Fiza. Terima kasih daun keladi.

Tarikan Terbaru Buaian Acah-Acah Lombok Di Terengganu

$
0
0
Siapa yang nak menolak pelawaan kalau ajak bercuti di Terengganu. Of course I do! Dalam hidup Fiza, nak bercuti di Terengganu boleh di kira berapa banyak kali dalam setahun. Entah-entah lansung takde dalam setahun. Punyalah payah nak bercuti ke Terengganu ni.

Salah satu sebabnya adalah jarak yang memisahkan dan membuatkan Terengganu tu macam jauh sangat. Ya, memang jauh dari Negeri Sembilan ni. Kalau dah destinasi nya jauh, akan mengambil masa yang lama dan memerlukan tenaga, masa dan bajet yang lebih. Disebabkan itu, banyak sebab kenapa terbantut nak bercuti di Terengganu.

Terpaksa melepaskan angan-angan untuk bercuti di Terengganu menikmati keindahan Terengganu yang super duper menarik. Tambahan lagi macam-macam makanan sedap ada di Terengganu. Kalau sekali dapat pergi memang lenjan habis explore Terengganu. Bukan selalu dapat pergi. Sekali dapat peluang why not kita gunakan sebaiknya. Betul tak kawan-kawan?

Terkini ada tarikan terbaru di Pantai Batu Burok iaitu buaian acah-acah di Lombok. Walaupun sebelum ni telah viral buaian ala lombok di Terengganu ni, tapi yang terbaru agak lebih menarik berwarna warni dengan sentuhan Yarn Bombing My. Memang cukup cantik untuk buat photoshoot. Kaki gila bergambar, boleh datang sini untuk dapatkan gambar yang lebih cantik. Buat photoshoot memang cantik lah hasilnya nanti.

Tarikan Terbaru Buaian Acah-Acah Lombok Di Terengganu
Kredit foto : Maafsebut

Katanya, struktur binaan buaian ni hanya menggunakan batang nibong, kayu cengal dan juga tali. Selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Orang dewasa pun teringin nak buai juga kan. Rasanya buaian macam ni dah banyak di bina di pantai-pantai yang lain juga. Bagus juga inisiatif macam ni dapat menarik lebih ramai pengunjung datang. Plus, PERCUMA! Haruslah ramai yang sanggup datang walaupun dari jauh semata-mata untuk bergambar di buaian acah-acah Lombok ni.

Walaupun tempat berbeza, tapi konsep buaian yang sama seperti Pusat peranginan Lombok, Indonesia ini sudah pasti mendapat sambutan yang wow dari pelancong. Tak dapat pergi ke Lombok, dapat bergambar di buaian acah-acah Lombok di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu ni pun jadilah. jom Ganu kita!

Kredit : Cempedak Cheese dan Sinar harian

Servis Alat Penyaman Udara Dengan Harga Yang Berpatutan

$
0
0
Sebelum saya berkongsi tentang cara untuk mendapatkan perkhidmatan servis alat penyaman udara pada harga yang berpatutan, saya ingin tanya satu soalan.

Berapakah bilangan alat penyaman udara yang ada di rumah ada?

Jika diperhatikan secara rawak, kebanyakan pemilik rumah pilih untuk memasang alat penyaman udara di bilik tidur serta kawasan umum seperti di ruang tamu, ruang menonton TV dan ruang makan. Jadi, bilangan alat penyaman udara untuk sebuah rumah biasanya adalah antara dua hingga lima unit. Tidak melampau jika saya katakan alat penyaman udara yang pada mulanya dianggap satu kemewahan, kini sudah dianggap sebagai satu keperluan. 

Semasa alat penyaman udara untuk kegunaan rumah mula diperkenalkan, fungsi asasnya adalah untuk menurunkan suhu rumah agar lebih selesa untuk didiami. Namun, setelah teknologi berkembang, alat penyaman udara kini mempunyai lebih banyak fungsi. Antaranya fungsi tambahannya ialah ia mampu bertindak sebagai alat penyahlembap udara (air dehumidifier) dan penapis udara (air filter). Dan kedua-dua fungsi tambahan ini adalah sangat penting dalam mengurangkan pencemaran udara di dalam sesebuah rumah.


Sama seperti penyaman udara yang terdapat di dalam kereta, alat penyaman udara yang dipasang di rumah juga perlu diselenggara dan diservis untuk menjamin ia sentiasa berfungsi dengan baik. Menurut pakar penyaman udara, alat penyaman udara yang diservis secara berkala akan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang, menggunakan tenaga dengan efisien dan akan berfungsi pada tahap 95% seperti asal. 

Servis Alat Penyaman Udara Dengan Harga Yang Berpatutan

Berapa kerapkah alat penyaman udara perlu diservis?

Mengikut pengeluar alat penyaman udara, alat tersebut perlu diservis setiap tiga bulan. Tetapi ramai pemilik penyaman udara gagal mengikut jadual yang dicadangkan ini. Bila ditanya kepada pakar penyaman udara, kekerapan untuk setiap alat penyaman udara itu diservis adalah berbeza mengikut tahap penggunaannya. Contohnya, jika alat penyaman udara itu digunakan setiap malam, pastikan ia diservis oleh pakar penyaman udara setiap enam bulan di samping kerja pencucian asas yang perlu anda lakukan sendiri setiap bulan.


Bagi alat penyaman udara yang hanya digunakan dua hingga lima kali seminggu, lakukan kerja pencucian setiap dua bulan dan dapatkan khidmat servis profesional setiap lapan bulan. Dan akhir sekali, bagi alat penyaman udara yang terlalu jarang digunakan (biasanya alat penyaman udara yang dipasang di bilik tidur di kampung yang hanya digunakan semasa cuti sekolah atau musim perayaan), pastikan penapis udaranya dicuci setiap tiga bulan dan diservis oleh pakar penyaman udara setiap tahun. 

Dapatkan perkhidmatan servis penyaman udara dengan harga yang berpatutan

Tidak dinafikan terdapat terlalu ramai pihak yang menyediakan perkhidmatan ini, akan tetapi anda harus pastikan pihak yang anda upah untuk perkhidmatan itu benar-benar mempunyai kepakaran untuk melakukan servis dan penyelenggaraan untuk alat penyaman udara anda dan akan mengenakan caj yang agak tinggi. 

Jika anda tidak mempunyai kesempatan untuk mencari pakar penyaman udara yang mengenakan caj pada harga yang berpatutan dan boleh dipercayai, saya cadangkan untuk anda layari saja laman web Recommend.my

Recommend.my mempunyai beratus penyedia khidmat servis alat penyaman udara yang beroperasi bukan sahaja di sekitar Lembah Klang, tetapi di seluruh Malaysia. Selain itu, jika anda membuat tempahan untuk servis lebih dari dua unit alat penyaman udara, pihak Recommend.my sudah menetapkan caj sebanyak RM60 sahaja untuk setiap unit (sekitar Lembah Kelang). Sangat berbaloi, kan? Dapatkan maklumat lanjut tentang perkhidmatan ini disini

Selamat mencuba!

iPhone 8 Blush Gold

$
0
0
Sedia maklum iPhone 8, iPhone 8 Plus, iPhone X telah dilancarkan secara rasminya pada pukul 1:00 pagi 12 September 2017 dan akan mula di jual pada 22 September 2017. Pencinta warna merah jambu dah tentu lah tergoda teruk dengan warna iPhone 8 Blush Gold/ Copper Gold yang dikeluarkan menggantikan warna rose gold. Rose gold pun menarik juga!

Tapi dari pandangan mata Fiza, warna iPhone 8 Blush Gold ni lagi menarik perhatian mata peminat pink. Seriously cantik yang amat! Tapi untuk memilikinya rasanya kena simpan angan-angan dulu lah. Angan-angan je mampu simpan. Nak menabung entah tahun bila baru cukup. Kalau cukup pun, mesti dah keluar dengar model baru nanti kan.

Kredit foto : Google

Pencinta tegar iPhone confirmlah akan beli model terbaru ni sebagai koleksi. Ye, orang ada-ada je lah mampu nak pakai iPhone yang bertaraf tinggi ni. Harga dia boleh menangis tengok. Kalau takde RM6 ribu duduk diam-diam kat tepi. Perhati dari jauh je lah ye.

Well, kalau berbajet lebih memang Fiza nak iPhone Blush Gold itu. Siapa yang tak nak pakai handphone yang mahal serba serbi high end ni kan. Of course lah I do! Tapi buat masa ni cukuplah sekadar untuk padangan mata sahaja. Pun boleh lah.

Ciri-Ciri Menarik iPhone 8 and 8 Plus

➤ Silver, space grey, new gold finish
➤ Apple claims it's the most durable glass ever in a smartphone
➤ water and dust resistant
➤ 4.7" display in the 8 and 5.5" display in the Plus
➤ Stereo speakers. 25% louder than the speakers in the 7
➤ A11 bionic chip
➤ 12MP camera
➤ 4K 60fps video
➤ Cameras calibrated for augmented reality
➤ New Portrait Lighting feature: machine learning creates facial landmarks and enhances light effects on the face (8Plus)
➤ Wireless charging
➤ Pre order on September 15, available on September 22
➤ iOS 11 available on September 19
➤ 64GB and 256GB
Untunglah kalau dapat iPhone 8 Blush Gold ni. Jangan terbawa-bawa dalam mimpi pulak kang!

Akhirnya Iklan Google Adsense Muncul Juga

$
0
0
Bulan Mei hari tu punyalah seronok bila dapat email mengatakan permohonan google adsense dah di luluskan sepenuhnya. Blogger mana yang tak seronok bila dapat email macam tu kan. Tapi seronoknya tak sampai ke mana sebab ada masalah pula bila letak iklan, iklannya tak muncul-muncul dalam blog. Puas mencari sebabnya dan jalan penyelesaiannya.

Terpaksa mengacau beberapa orang blogger otai dalam bab google adsense ni. Terima kasih bloggerHasrul Hassan dan Wayne Harraz sebab rajin melayan soalan-soalan dan memberikan pertolongan. Walaupun masih belum jumpa jalan penyelesaiannya, Fiza sabar je menunggu kot-kot ada berlaku 'magic' tiba-tiba kan.

Berbulan Fiza tunggu dari bulan Mei sehingga September, iklan tak muncul-muncul juga. Mulalah nak salahkan template blog yang tak bermasalah ni. Memang template blog tidak bermasalah pun! Cuba juga cari jalan penyelesaiannya melalui pencarian di google. Bermacam keyword dah Fiza gunakan tapi hasilnya tetap sama. Kecewa! Eh, kau dah kenapa iklan tak nak muncul juga?

Blogger lain dapat full account dah boleh pergi jauh. Fiza??? Masih lagi tak berganjak tetap kat situ juga padahal dah dapat akaun lama dah. Bila nak move on ni? Okay, fine. Pujuk hati sendiri malas nak ambil peduli, pergi setia balik dengan innity. Gigih lah letak semula iklan innity.

Selepas beberapa bulan, Fiza tergerak hati untuk mohon semula google adsense sebab baru teringat pesanan blogger abg Hasrul Hassan suruh mohon semula selepas 2-3bulan kalau masih bermasalah dengan iklan.

Sebelum ni Fiza ada terbaca juga tentang hosted dan non hosted account cuma masih samar tak faham lagi. And then rasa macam dah faham sikit, baru lah Fiza tekad nak mohon baru menggunakan email yang baru. Nasib juga email tu dah buat agak lama juga sebagai back up. Email tu Fiza set kan jadi admin blog dan juga admin google analytics supaya senang nak link kan nanti.

Masalah utama iklan tak muncul di blog

1. Email Permohonan Pernah Gagal Berkali-kali
Setelah Fiza kenal pasti puncanya adalah email yang Fiza mohon sebelum ni dan yang telah lulus pada bulan Mei hari tu adalah email yang Fiza dah mohon berkali-kali tapi gagal. Maksudnya email tu dah banyak kali digunakan. Dari pembacaan Fiza, mungkin juga google memerlukan masa yang lama untuk memulihkan email yang dah berkali-kali gagal tu. Mungkinlah kot. Ini dari apa yang Fiza fahamlah. Fiza pun tak faham sangat bab ni dan buat-buat faham je.

2. Menggunakan Platform Blogger
Cara yang terbaik untuk memohon google adsense adalah melalui website google adsense terus tanpa melalui platform blogger. Bila mendaftar melalui platform blogger secara automatiknya akan menjadikan akaun google adsense yang telah approve kepada hosted akaun.

Hosted

pendaftaran akaun hosted melalui platform blogger atau youtube yang berkaitan dengan google. Setelah blog berjaya mendaftar, pemilik akaun hanya boleh meletakkan iklan di youtube dan blog sahaja dan tidak boleh meletakkan iklan di domain selain blogger seperti .com, .net, .org dan sebagainya. Jenis akaun hosted mudah lulus dan perlu mematuhi polisi yang telah ditetapkan oleh google.

Non Hosted

Pendaftaran secara terus melalui website google adsense. Pendaftaran jenis ni agak sukar untuk lulus sebab perlu melalui dua kali review. Kelebihan akaun non hosted boleh meletakkan iklan di blogspot, youtube dan juga domain-domain tertentu. Akaun jenis non hosted agak sensitif jika berlaku sebarang isu yang melanggar polisi.

Setelah faham kedua-dua jenis akaun ni, barulah Fiza faham kenapa iklan tak muncul-muncul dalam blog. Rupanya akaun tu jenis hosted. Sepatutnya Fiza perlu dapatkan account non hosted barulah iklan muncul dengan sewenang-wenangnya dalam blog. 

Fuhhhh..sebenarnya berat hati nak membuat keputusan untuk tutup akaun adsense yang dah lulus lama tu. Tapi pejamkan aje mata klik closed tu. Tak lama lepas tu Fiza cuba mohon google adsense melalui website dengan harapan berjaya dan tak sabar nak tengok iklan muncul. Dalam hati kalau tak muncul juga mungkin betul masalah template. Walaupun Fiza tahu ramai yang daftar melalui platform blogger takde masalah tapi bermasalah pada Fiza.

Jadi, dengan semangat berkobar-kobar Fiza mohon semula dua hari yang lepas. Kali ni Fiza mohon terus melalui website google adsense. Alhamdulillah pagi ni ada berita gembira, permohonan kedua telah diluluskan sepenuhnya. Tapi tak segembira yang sebelum ni sebab takut nak gembira sangat. Takut kecewa lagi. Yelah, dengar-dengar ada second review pulak.

Selepas set up semua yang berkaitan dan letak iklan, dalam beberapa minit iklan muncul walaupun belum aktif lagi tanpa sebarang perubahan kod iklan. Lepas sejam lebih baru aktif dan berjaya dapat $0.14. Akaun yang lulus sebelum ni, kalau nak iklan tu muncul dalam blog kena ubah kod dengan membuang kod slot. Muncul tu dah okay tapi bila ubah kod, performance report tetap 0. Masih lagi bermasalah kan.

Daripada menunggu je tanpa faedah, lebih baik move on mohon baru melalui jalan yang sepatutnya. Lega bila dah settle hal iklan ni. Harap-harap takde masalah dah lepas ni. Please lah google jangan strict sangat. Puas hati bila iklan dah berlegar-legar dalam blog.



Bila iklan dah muncul, kena meroket kan semula trafik blog untuk menambah pendapatan lebih. Semua blogger pun mohon google adsense ni. Nak mohon, boleh rujuk entri 10 tips lulus permohonan google adsense atau kau orang boleh dapatkan panduan lengkap tentang google adsense yang betul dari mula sehingga berjaya mencapai pendapatan yang banyak. Kalau tak, jadi macam Fiza guna ajaran sesat dari google yang belum sahih panduannya. Lebih baik rujuk pada satu panduan yang betul. Betul tak? Dalam panduan tu juga Fiza bertekad untuk mohon semula sebab kena ikut dari cara yang betul. Barulah semangat nak update blog lepas ni walaupun ada yang kata earnings google adsense dah tak semeriah dulu.

Blogger yang mempunyai masalah macam Fiza, jangan ragu-ragu dapatkan panduan lengkap adsense tu dan cuba mohon semula ye. Yang masih gagal, jangan bersedih. Usaha lagi dan lagi macam Fiza yang tak pernah usaha. Alhamdulillah ada hasilnya. Maaf, entri terpanjang pagi-pagi ni. Terima kasih yang gigih baca.

Pulut Ayam Ala Thai

$
0
0
Sedang elok kalau nak bercerita tentang makan tengahari ni kan. For sure kau orang semua dah makan. Jadi tak de lah terliur bila tengok gambar makanan. Rasanya macam agak lama juga tak update tentang makanan ni sejak kurang idea nak update blog. Sunyi sepi kejap. Saja berehat seketika yang realiti nya tak rehat pun.

Nak tanya, pernah tak kalau kau orang rasa nak makan sesuatu makanan tu dalam masa yang sama kau orang terajin nak masak? Mesti pernah jadi situasi macam tu kan. Situasi macam ni berlaku pada Fiza tengah malam, waktu yang sepatutnya waktu untuk tidur. Entah kenapa rasa teringin nak makan pulut ayam thailand tu. Teringin bukan apa, tiba-tiba rasa macam nak makan pulut ayam Thailand yang sedap tu.

Pernah makan pulut ayam thailand ni  masa pergi perlis dan masa festival makanan Thailand tu. Of course lah susah nak jumpa bila kau teringin nak makan. Haruskah pergi ke Perlis atau belok ke Thailand? Memang tak lah kan!


Bila kau teringin sangat makan sampai tak boleh kalau tak makan, gigih masak pulut tengah malam. Masak pulut pun dengan cara cepat. Gunakan periuk  nasi elektrik kejap kemudian kukus. Tak payah kau nak rendam beras pulut tu. Kalau rendam sampai esok pun belum tentu dapat makan. Tak tahu nak masak pulut? Boleh tengok entri cara masak pulut kuning mudah. Cuma bezanya tak perlu campurkan serbuk kunyit.

Ayam goreng berempah Fiza campurkan je garam, serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk kari, tepung sikit dan gaul rata. Kemudian goreng je dalam kuali. 

Bawang goreng Fiza potong halus. Campurkan garam sikit dan sedikit tepung gandum untuk lebih rangup dan cepat masak.

Sambal manis tu memang dah ada stok dalam peti ais. Jadi, lebih cepat kerja memasak Fiza. Tak sampai sejam dah siap menu pulut ayam ala Thai ni. Kalau kau rajin semua benda jadi mudah kan. Jadi, nak mudah buat kerja, sila jadi rajin. 

5 Aktiviti Menarik Hujung Minggu Bersama Keluarga di Tempat Percuma

$
0
0
Selamat berhujung minggu semua orang! SELAMAT HARI MALAYSIA dan selamat bercuti. Cuaca pagi ni sejuk je sebab malam tadi hujan. Kononnya pagi ni Fiza dan husband nak hiking Gunung Angsi tapi tergendala lah nampaknya. Susah juga nak mendaki bukit cuaca selepas hujan ni. Balik nanti mesti gaya macam kerbau mandi lumpur tu. Lagipun cuaca macam bakal nak hujan lagi. Jadi, lupakan saja lah niat nak hiking hari ni. 

Memerap kat rumah menyiapkan kerja yang ada, lepas tu baru lah boleh berehat sepuas-puasnya. Otak agak tepu beberapa hari ni menyiapkan beberapa artikel. Kalau kau orang suka menulis, boleh jana pendapatan dengan menulis

Apa aktiviti kau orang hujung minggu ni? Kalau takde idea nak buat apa ataupun bajet kurang nak bawa satu family bercuti, Fiza kongsikan 5 aktiviti menarik hujung minggu bersama keluarga di tempat-tempat percuma. Tak perlu fikirkan soal bajet yang banyak. Cukup sekadar membawa bekalan makanan dari rumah dan bawa duit belanja sikit.

1. Bermandi manda dan Berkelah di Air Terjun

Air terjun salah satu tempat percuma yang kau orang boleh spend masa bersama keluarga. Di sini kau orang boleh berkelah bawa bekalan dari rumah dan mandi sepuas-puasnya. Tapi ada juga sesetngah air terjun yang berbayar iaitu bayaran parking kereta. Sesetengah air terjun juga ada menyediakan kemudahan kolam air dan permainan kanak-kanak. 

5 Aktiviti Menarik Hujung Minggu Bersama Keluarga di Tempat Percuma

2. Mandi/berkelah di Laut 

Selain mandi percuma di air terjun, kau orang boleh bawa keluarga mandi air terjun di laut juga dengan percuma. Pergi lah ke laut mana sekalipun, tiada bayaran di kenakan melainkan ada private pantai. Eh, ada ke private pantai? Ada lah! Macam kepunyaan hotel tu, mana boleh terjah masuk melainkan kau orang duduk menginap di hotel tu. Kalau orang luar nak masuk saja-saja ke pantai memang tak dapat lah.

5 Aktiviti Menarik Hujung Minggu Bersama Keluarga di Tempat Percuma

3. Main Belon Buih

Main belon buih agak trending juga untuk aktiviti hujung minggu ataupun biasa di main kan di waktu petang. Satu keluarga boleh main bukan hanya untuk budak-budak je. Kalau pandai buat belon buih dah boleh jimat modal dah tapi kalau tak pandai, sewa beli dan main aje lah. Biasanya aktiviti main belon buih ini di tempat-tempat percuma seperti dataran, pandang, tepi laut dan sebagainya. Seronok kan!

4. Mendaki Bukit

Agak-agak nak buat aktiviti mencabar sikit, ajak keluarga anda mendaki bukit mengikut kemampuan masing-masing. Boleh menyihatkan badan lagi tu! Ada sesetengah bukit ada mengenakan bayaran dan ada yang percuma. 

5 Aktiviti Menarik Hujung Minggu Bersama Keluarga di Tempat Percuma

5. Memancing

Jika sukakan aktiviti santai, apakata cuba buat aktiviti memancing. Dapat banyak hasilnya boleh buat makan-makan bersama keluarga. Menguntung kan juga ye.

5 Aktiviti Menarik Hujung Minggu Bersama Keluarga di Tempat Percuma

Well, ada banyak lagi aktiviti yang menarik boleh di lakukan bersama keluarga di tempat-tempat percuma. Inilah namanya masa berkualiti bersama keluarga. Selain menyeronokkan, sudah tentu lah dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Kita Enjoy!

6 Produk Penjagaan Muka Yang Terbaik Untuk Merawat Masalah Kulit Muka

$
0
0

Perasan tak banyak produk skincare yang ada di pasaran terutamanya local produk menimbun sekali masuk dalam pasaran. Pening kepala nak memilih yang mana satu yang terbaik sebenarnya. Baru-baru dah viral beberapa produk yang tidak selamat untuk di gunakan. Jadi, jangan memadai nak pakai juga ye. Produk apa? Sila gunakan google untuk mencari sebab ada banyak kot kalau tak silap.

Bila dah tahu, elakkan membeli produk yang memberikan kesan yang buruk pada kulit untuk jangka masa yang panjang. Esok lusa diri sendiri yang susah. Silap haribulan lagi banyak belanja kena tanggung bila muka dah rosak. Nak beli sesuatu produk tu, eloklah sekiranya kau orang kaji dulu tentang produk tersebut. Jangan main hentam guna.

Gunakan produk yang selamat. Walaupun kadang kala agak mahal tapi bila di kira-kira kosnya lebih berbaloi dengan apa yang kau orang akan dapat. Baru-baru ada viral beberapa orang pengguna produk penjagaan muka yang terbaik untuk merawat masalah kulit mereka. Ini apa yang mereka kongsikan untuk kau orang yang menghadapi masalah kulit muka. Yang penting semua produk ini selamat di gunakan.

6 Produk Penjagaan Muka Yang Terbaik Untuk Merawat Masalah Kulit Muka

1. Cetaphil Oily Skin Cleanser


Cetaphil Oily Skin Cleanser ni antara produk pencuci muka yang popular di gunakan oleh mereka yang mempunyai kulit yang bermasalah. Bila dah ramai guna dan ternyata berkesan, ramailah yang berkongsi di laman sosial. Sebab tu boleh jadi viral. Cetaphil Oily Skin Cleanser ni highly recommended untuk sesiapa saja yang ada masalah kulit muka. Kulit breakout ke, berjerawat teruk ke dan sebagainya. 

Cetaphil cleanser ada 2 jenis iaitu Gentle Skin Cleanser dan juga Oily Skin Cleanser. Boleh guna ikut jenis kulit masing-masing. Harga produk cetaphil ni agak mahal tapi kalau di kira harga tu dan bagi berapa bulan penggunaan memang berbaloi beli daripada beli produk murah tiap-tiap bulan nak kena beli. Betul tak? Cuma nak keluarkan duit sekali banyak tu yang rasa macam mahal. 

Pastikan beli di kedai-kedai yang berdaftar seperti farmasi, Guardian dan Watsons. Kalau tak silap, Lazada pun ada jual cuma kena pastikan original atau tak. Tapi produk Cetaphil yang masuk Malaysia belum ada lagi yang fake. Kalau tak nak tanggung risiko, lebih baik beli di farmasi, Guardian atau Watsons. Mereka hanya bawa masuk barang yang original dan selamat di gunakan sahaja.

2. Himalaya Purifying Neem Face Wash


Produk Himalaya juga antara produk yang terbaik untuk di gunakan. Antaranya ialah Himalaya Purifying Neem Face Wash yang sesuai digunakan untuk masalah jerawat. Rata-rata yang kongsikan produk ini adalah mereka yang bermasalah dengan kulit jerawat. Harga produk ni lebih murah daripada Cetaphil Oily Skin Cleanser tu. Kalau kurang bajet, boleh gunakan produk himalaya.

3. St. Ives Green Tea Scrub


Fiza salah seorang pengguna produk St. Ives. Tapi Fiza gunakan Apricot Scrub. Katanya ada lagi satu produk scrub St.Ives yang bagus untuk merawat kulit jenis sensitif iaitu St.Ives Green Tea Scrub. Green tea scrub ni lebih sesuai untuk kulit sensitif sebab micro exfoliating scrub dia lebih halus jika dibandingkan dengan apricot scrub. Jadi, tidak akan memberi kesan luka pada jerawat bila sental scrub pada kulit yang berjerawat. Scrub juga dapat menghilangkan blackhead dan whitehead. Kulit pun lebih rasa licin.


4. Himalaya Almond & Cucumber Peel-Off Mask


Satu lagi produk Himalaya yang terbaik untuk digunakan dan highly recommended. Himalaya Almond & Cucumber Peel-Off Mask ni adalah mask yang lebih sesuai untuk di aplikasi kan pada bahagian T zone. Salah satu jenis peel off yang kurang memberikan kesan iritasi pada kulit kerana bahannya adalah timun yang mampu meredakan iritasi yang terjadi. 

5. Esentiel Soothing Lotion



Rasanya macam baru pertama kali tengok produk Esentiel ni. Dikatakan produk esential soothing lotion ni sangat sesuai untuk merawat kulit muka yang berjerawat kemerah-merahan tu. Macam kalau ada jerawat, tepek je pada jerawat tu. Esoknya baru bilas dan cuci muka. Sesuai juga untuk jenis kulit yang ada masalah rash.

6. Tidact Gel 1%


Selain esential soothing lotion, kau orang boleh juga gunakan krim jerawat Tidact gel 1% untuk menghapuskan jerawat pada muka kau orang. Sapu je pada jerawat gerenti kecut jerawat tanpa meninggalkan parut. Produk ini boleh di beli di farmasi. Ada lagi beberapa krim jerawat yang power untuk hilangkan jerawat iaitu Dalacin-T dan krim T3 Mycin. Pilihlah mana-mana fungsinya tetap sama. 

Terima kasih kepada yang berkongsikan tips kecantikan tu. Kalau kulit bermasalah boleh cuba produk-produk yang terbaik ini. Selamat dan berkesan! Itu yang penting. Jangan sesekali gunakan produk yang re-pack atau timbang kilo.

Jangan Pakai Produk Kosmetik Yang Fake!

$
0
0
Barang fake ada di mana-mana. Tidak kiralah barangan apa sekalipun mesti ada je yang fake! Kebetulan sekarang musim orang gila makeup, berlambak produk kosmetik peniaga online jual. Ada yang murah ada yang mahal dan of courselah ada yang fake.

Bila barang yang berjenama beli dengan harga murah tu, sila siasat original atau tak. Bukan apa, barang yang fake ni bahan-bahan dia belum tentu selamat digunakan. Jangan main hentam guna sebarang kosmetik murahan ye. Kalau rasa tak mampu nak pakai barangan kosmetik jenama MAC, NYX dan jenama-jenama yang mahal, sila beli barangan kosmetik yang mampu milik seperti maybelline, silkygirl, revlon dan sebagainya yang boleh dipercayai.

Kalau rasa masih tak mampu, boleh beli produk tempatan yang berkualiti dan juga boleh percayai. Jangan hanya kerana ingin cantik dengan bermakeup tapi lupa nak fikir soal bahaya produk kosmetik fake ni. Jangan lah seksa muka dan diri sendiri di kemudian hari. 

Kesan daripada pemakaian lipstick fake

Walaupun benda ni dah viral tapi masih ada yang membeli dan masih ada yang menjual. Malah makin menjadi-jadi pula penjualannnya. Pantang nampak benda murah kan. Yes, itu tkak dinafikan. Tapi bila kau dah tahu, kena berhati-hati lah lepas ni kalau nak beli sebarang produk kosmetik. Jangan tertipu dengan peniaga yang menjual produk kosmetik fake tapi mengatakannya original 100%. 

Tahukah kau orang, dalam satu pembongkaran di sebuah kilang pembuatan produk kosmetik palsu terdapat sejumlah merkuri, lead, arsenik, sianida, air kencing dan malah najis tikus turut di jumpai. Kandungan toksn dalam sesetengah produk juga di katakan boleh menyebabkan reaksi alahan seperti ruam, kesan terbakar serta masalah kesuburan ( infertiliti) boleh berlaku. Menakutkan!

Produk fake telah membuktikan bahawa ianya sangat memberhaya dan memberi kesan buruk pada kulit. Jangan jadi mangsa produk kosmetik fake kerana muka kita tidak ada gantinya. Pengalaman ngeri terjadi kepada seorang blogger katanya telah mendapat jangkitan mata akibat pemakaian produk eyeliner fake. Jadikan ianya sebagai iktibar untuk kita beringat.

Kesan daripada memakai eyeline fake

Walau apapun tidak semestinya produk mahal itu berkuaiti dan selamat di pakai. Sebaiknya semak dulu kandungan apa yang ada dalam produk tersebut. Jelas?


Kredit- Nona
Viewing all 8115 articles
Browse latest View live