Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all 8009 articles
Browse latest View live

Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang Membangkit Selera

$
0
0
Tak tahulah nak update apa lagi dalam blog ni. Fiza kehabisan idea dan modal nak update apa. Dan bila banyak gambar makanan dalam handphone. Maka, gambar gambar tu lah akan dijadikan cerita dalam blog. Untuk projek produk review bulan ni dah settle awal dah. Senang kalau kerja dah siap awal. Boleh fokus dengan kerja yang lain.

Pagi ni rasa nikmat dan selera makan tu bertambah sikit sebab husband dapat beli nasi lemak bungkus daun pisang yang sedap. Biasa beli kat gerai kakak tu nasi lemak letak dalam polistren atau kertas bungkus coklat tu. Hari ni istimewa sikit dapat bungkusan daun pisang. Buka je bungkusan nasi lemak dah bau aroma daun pisang yang wangi membangkitkan selera nak makan bertambah.



Sudahlah nasi lemak kakak tu buat sedap, tambah pula dibungkus dengan daun pisang. Lagilah bertambah sedap. Cuma gerai kakak ni kadang buka kadang tutup. Nak beli hari hari pun belum tentu ada. Tapi tak adalah beli hari-hari. Pernah kecewa beberapa kali jugalah kalau teringin sangat tapi gerai kakak tu tak buka. Kejap buka kejap buka ikut suka hati dia sebab gerai dia kan.

Kedai nasi lemak depan Masjid Dato' Klana Petra Lela Mohd Yusof. (Masjid Qariah Sikamat)

Nasi lemak dia pun cepat habis. Kalau datang pukul 9 tu memang dah habislah. Pernah cuba beli nasi lemak gerai lain bila kakak tu tak buat gerai. Adalah dalam 3-4 buah gerai pernah cuba tapi tak sesedap nasi lemak kakak ni jual. Ada juga beberapa gerai jual nasi lemak gunakan daun pisang bungkus nasi lemak. Walaupun kurang sedap tapi bila dibungkus dengan daun pisang mungkin juga akan naik satu level sedap dia.

Kalau dapat nasi lemak panas lagilah sedap bau aroma daun pisang tu. Memang membuka selera sungguh la. Letak nasi biasa atas daun pisang pun boleh jadi sedap makan nasi tu. Duduk kampung daun pisang bersepah. Nak guna ambil je. Kat bandar ni daun pisang pun kena beli. Itupun kalau ada. Kalau ada pun harga dia mahal. Sebab tu lah susah nak jumpa nasi lemak bungkus daun pisang kat bandar ni. Kalau ada tu memang terasa nikmat nasi lemak daun pisang tu kan.


Kuih Bahulu Kegemaran Sepanjang Zaman

$
0
0
Kalau dulu jumpa kuih bahulu masa raya je. Tapi sejak kahwin dengan orang Kolo Pilah (Kuala Pilah), kuih bahulu ni bukan lagi menu rare yang ada hanya masa raya je. Kuih bahulu ni dah biasa bagi Fiza. Mulanya agak pelik sebab orang jual bahulu bukan pada musim raya. Tapi lama-lama dah biasa dah dan anggap kuih bahulu ni sebagai kuih harian gitu. Mana taknya, rumah mak mertua wajib ada kuih bahulu ni. 

Sebab jiran depan rumah jual kuih bahulu depan rumah dia juga. Bila raya mesti order kat dia. Kalau pernah ke Kuala Pilah, sepanjang jalan Kuala Pilah-Seremban kiri kanan gerai jual kuih bahulu, lemang, itik salai, tolo itik dan bermacam-macam lagilah. Memang meriah kiri kanan jalan, itu juga salah satu sebab jalan sentiasa jammed. Lagi-lagi bila hujung minggu. 

Okay berbalik kepada tajuk di atas. Kuih bahulu yang biasa nampak jenis star shaped atau bahasa melayu dipanggil cermai. Macam buah cermai lah rupa dia. Bentuk lain macam jarang jumpa. Biasa mak mertua beli kuih bahulu dari jiran yang dah lama buat. Ada juga peniaga muda yang jual kuih bahulu tapi rasa dia tak sesedap orang lama buat. 



Harga sebekas kuih bahulu berubah-rubah juga. Kadang RM11, kadang RM12. Ikut musim agaknya kot. Fiza kalau dapat kuih bahulu ni buat cicah dengan air. Makan macam tu je pun sedap. Anak buah Fiza suka betul dengan kuih bahulu ni. Siap nak bawa balik sebekas. Memang bahulu ni kuih kegemaran sepanjang zaman lah.

Pada Fiza, rasa kuih bahulu ni sama je cuma bezanya kerangupan kuih bahulu tu. Suka makan kuih bahulu yang rangup sikit tu. Lagi sedap kalau dapat makan fresh from oven. Tapi tak mungkin tak dapat melainkan kalu buat sendiri. Dulu-dulu mak suka buat kuih bahulu ikut cara tradisional guna acuan dan bakar guna arang tu. Tapi sekarang tak buat lagi.

Nak membuatnya pun agak leceh dan ambil masa kan. Tapi dengan teknologi yang ada, semuanya guna mesin dan oven pun guna yang jenis besar gedabak tu. Maka, proses dia jadi singkat dan cepat siap. Bab rasa tu, memang berbeza. Cara tradisional juga yang win. Siapa je yang rajin buat zaman sekarang ni. Beli je lah senang kan.



Rasanya macam dah lama tak makan bahulu sejak dah jarang balik kampung selepas abah mertua meninggal tahun lepas. Mak mertua pun dah duduk bandar. Sesekali je balik kampung bila ada kesempatan. Kebetulan mak singgah rumah haritu, selain rendang dan mangga epal. Mak bawa bahulu juga. Boleh juga buat menu untuk minum petang. 


Planner 2020, Hadiah Top Komentator Dari Blogger Shikin Razali

$
0
0
Dah puas bercuti ke tu? Cuti lama mana pun tak pernah akan rasa puas. Cuti-cuti musim perayaan ni lebih suka duduk rumah je. Sayang masa nak dibuang untuk hadap jammed tu. Tapi kalau dah terpaksa nak kena hadap memang tak boleh elak. Semalam bukan cuti ke? Tapi tiba-tiba ada parcel atas meja. Husband kata ada dalam mail box.

Eh, barang apa pula ni? Barang yang beli kat shopee macam lambat lagi je nak sampai. Bila tengok pada consignment note barulah tahu barang apa. Ohhhh, hadiah daripada blogger Shikin Razali. Lupa pula haritu ada bagi alamat pada shikin untuk hadiah top komentator bulan october. Tak sabar nak nak buka bungkusan. 

Bila kau tak tahu hadiah apa, mesti macam teruja nak tahu apakah hadiah misteri tu. Wah! Dapat hadiah planner 2020. Bukan planner je, ada budget planner, bookmark, sticker, business card dan macam-macam lagi dapat. (rujuk gambar di bawah). Sumpah rasa macam suka gila dengan planner 2020 yang super comel ni. Dahlah ada gambar kucing yang comel tu.


Ini bukan hadiah kecil ni. Ini kira hadiah besar juga. Salah satu benda penting untuk tahun baru 2020 nanti. Tak payah dah nak prepare beli planner. Biasanya Fiza memang akan beli planner untuk setiap tahun selain dapat percuma takaful planner. Dah boleh jimat untuk beli planner baru dah ni. Terima kasih banyak-banyak untuk blogger Shikin Razali (www.shikinrazali.com) atas kiriman hadiah yang bermakna ni.


Menarik sangat isi dalam planner ni. Boleh dikategorikan sebagai planner islamic. Budget planner pula bagus untuk manage kewangan. Harap begitulah dapat manage sebaiknya sebab tahun ni budget lari banyak. Nak beli kat mana planner ni kena tanya Shikin lah. Takpun google je, kalau jumpa cover macam ni boleh lah beli.

Resepi | Kuew Teow Kungfu Masak Cara Fiza

$
0
0
Musim hujan setiap hari memang mengundang rasa lapar setiap masa. Menu berkuah dan panas sangat sesuai lah dihidangkan pada musim-musim macam ni. Tapi yang tak bestnya bila kurang sihat ni, kurang pula selera nak makan. Makan apa yang rasa teringin nak makan je. Kerja memasak memang wajib sebab perlu masak untuk husband kan.

Nak memasak untuk orang lain kena tahu selera dia makan apa. Memasak ni satu kepuasan kalau dapat sediakan makanan untuk orang tersayang dan kalau sedap tu satu bonus lah. Tak harap pujian tapi seronok kalau makanan yang kita masak sedap sampai habis licin makan. Salah satu favourite husband kuew teow kungfu. Asal kalau makan kat luar mesti order kuew teow kungfu!

Menu makan malam biasanya yang ringkas je lah tak ada makan lauk pauk bagai dan Fiza jenis masak 2 kali sekali siang dan malam. Masak memang untuk 2 orang makan je. Cukup-cukup dan tak ada membazir atau perlu simpan dalam peti ais. Sebab Fiza lebih suka makan makanan panas yang baru dimasak. 

Nampak cerewet tapi begitulah cara Fiza menguruskan kerja masak ni. Kalau ada tetamu je baru masak extra macam tu. Opss...panjangnya intro! Kuew teow kungfu masak cara Fiza sangat mudah. Cara dia lebih kurang masak mee sup tu lah cuma ada bahan tambahan kena letak tepung jagung untuk pekatkan kuah.


Resepi | Kuew Teow Kungfu Masak Cara Fiza (Hidangan untuk 2 orang)

Bahan-bahan
2 ulas bawang putih
4-5 tangkai cili api
Minyak masak untuk menumis
Telur 2 biji
white pepper
1 kiub ayam
1 sudu cukup rasa maggi
2 sudu tepung jagung
Air secukupnya
Udang (ikut suka nak letak banyak mana)
Sayur (suka hati nak letak sayur apa, Fiza letak sayur campur dengan kailan)
1/2 bungkus kuew teow (cuci dan toskan)

Cara-cara
Dalam satu bekas, pecahkan 1 biji telur dan tambah white pepper sikit. Kacau telur dan masukkan kuew teow yang telah dibasuh tadi. Kacau rata. Kemudian goreng kuew teow tu sampai garing. Kalau Fiza, suka goreng kuew teow garing-garing sikit. Sementara tunggu kuew teow masak tu, gunalah kuali dapur sebelah untuk masak kuah pula ye. Kalau menunggu sampai kuew teow tu masak agak buang masa di situ.

Kuah
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan cili api.
2. Dah naik bau dan garing sikit masukkan air secukupnya. Masukkan kiub ayam. Biarkan mendidih sehingga kiub ayam cair sebati dalam kuah.
3. Kemudian barulah masukkan udang dan sayur-sayuran. Dah masak sikit barulah letak serbuk cukup rasa maggi dan white pepper sikit.
4. Bancuh tepung jagung dalam air biasa, baru curah dalam kuah sebab kalau masuk tepung jagung terus dalam kuali dia akan berketul ketul nanti.
4. Akhir sekali baru pecahkan 1 biji telur dan kacau-kacau. Biarkan masak kejap.  

Bila kuew teow dah masak, letak dalam pinggan dan curahkan je kuah tu. Makan kuew teow kungfu ni kuah dia kena panas untuk kuew teow tu lembut sikit. Kuah buat lebih sikit sebab husband suka kuah lebih. Dulu rasa macam susah je nak masak. Bila dah belajar dan rasa macam lulus untuk selera husband. Okaylah, boleh diteruskan masak cara Fiza tu. 


Letak Penggaga Dalam Mini Aquarium

$
0
0
Hampir sebulan Betta Fish dalam jagaan Fiza. Beli betta fish awal bulan haritu menggantikan ikan guppy, swordtail fish dan black neon tetra yang mati beberapa Fiza beli. Awalnya memang tak pandai nak jaga dan silap tukar air. Lepas dah kaji sikit ilmu tanam ikan tu, baru kali ni berjaya membela betta fish dengan jayanya.

Haritu letak pokok sirih gading tapi lepas tengok gambar dari instagram siapa entah letak pokok penggaga dalam mini aquarium dia. Teringat mak kat kampung ada tanam pokok penggaga. Balik kampung haritu sempat lah ambil pokok penggaga sikit untuk letak dalam mini aquarium betta fish ni.

Pokok penggaga mak besar dan cantik-cantik pula tu daun dia. Sesuai sangat lah untuk jadikan tumbuhan hiasan dalam mini aquarium. Sebenarnya sama cantik je letak pokok sirih gading tu. Saja nak bagi ikan makan ulam. eh! Tak pasal ikan makan ulam. Letak tumbuhan dalam aquarium tu bukan hanya untuk mencantikkan aquarium


FUNGSI TUMBUHAN AKUATIK DALAM AQUARIUM

Fungsi tumbuhan tu adalah sebagai sumber utama bekalan gas oksigen yang dikeluarkan ke dalam air hasil dari proses fotosintesis. Gas oksigen akan digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan. Selain itu, tumbuhan akuatik juga menyerap gas karbon dioksida (CO2) yang dilepaskan oleh ikan. Kiranya menggantikan pam oksigen tu lah. Disebabkan mini je, jadi tak perlukan letak pam oksigen tu. Cukuplah letak tumbuhan akuatik dah memadai.

Kadang kala tumbuhan akuatik ni boleh juga dijadikan sebagai makanan untuk sesetengah jenis ikan. Tumbuhan ni juga boleh dijadikan sebagai tempat berlindung dan bermain-main. Bukan saja-saja letak untuk bagi cantik. Tapi ada fungsinya tu. Tapi kena tahu jugalah tumbuhan akuatik yang sesuai. So far letak pokok penggaga ni ikan baik-baik je.

Rezeki Penutup Oktober, Adsense Lebih daripada 100USD

$
0
0
Blog personal Fiza ni yang niche dia tak tetap pendirian agak mencabar nak dapatkan earnings adsense yang lumayan. Nak fokus pada satu-satu niche tu bukan lah mudah. Kalau nak fokus pada resepi masak memasak boleh je tapi macamlah hari-hari memasak benda yang lain. Kadang kita ni rotate menu yang sama je. Sekali sekala je masak menu yang berbeza. Bila rajin ambil gambar je baru masuk dalam blog.

Alasan je kan! Padahal boleh je. Tapi yelah, kena sedar kemampuan diri dengan masa dan kerja lain. Makanya, kita fokuskan pada blog yang satu ni je. Bukan Fiza tak ada perancangan pun. Ada perancangan nak fokus niche masakan. Dah siap pun blog masak cara Fiza. Tapi itulah tak berupdate sebab tak berapa nak ada masa. Jadi, semuanya disatukan dalam blog yang ni je lah. 

Performance blog ni ada pasang surutnya kan. Kejap traffik okay kejap traffik merundum. Semua tu memberi kesan juga pada earnings adsense dan pengiklanan yang lain juga. Selama letak adsense ni biasanya 2 bulan sekali baru capai had untuk dapat payment. Kadang tu sipi je lagi nak cukup 100 USD. Tapi tak dapat juga, sudahnya kena campur dengan earnings bulan depan barulah melebih had payment.


Alhamdulillah, rezeki penutup oktober adsense melebihi 100USD buat pertama kalinya dalam masa sebulan dan melebihi had juga. Bulan lepas hampir nak capai 100 tapi tak ada rezeki. Syukur sangat ada rezeki lebih bulan depan. Dalam zaman kos hidup meningkat ni memang kena ada duit lebih. Tak boleh nak rasa selesa sangat.

Hasil usaha yang berbaloi dalam sebulan dua ni kena gigih update dan juga rajinkan blogwalking untuk naikkan traffik juga. Lagipun rindu zaman blogwalking dulu-dulu. Sekarang ni buat semula tradisi zaman kemeriahan blogwalking. Give and take macam tu. Nak harapkan job projek review sahaja tak boleh lah. Lagi-lagi blogger yang 'stand alone' ni. 

Lagipun sekarang macam-macam syarat untuk projek review ni. Mana yang memenuhi syarat dan mana yang mampu Fiza buat je baru ambil. Yang banyak sangat syarat dan bayar kurang nak suruh buat macam-macam tu memang taklah Fiza ambil. Lagi satu, produk review kena pilih juga ye. Jangan sebarang ambil produk terutamanya produk kesihatan dan juga produk kecantikan yang timbang kilo tu. No! no! no!

Opss...terbebel panjang dan terlari tajuk! Fiza tak ada tips untuk naikkan earnings ni sebab tak arif dan anggap ni satu rezeki. Pening juga nak faham segala term dalam adsense ni. Kalau google cara nak naikkan earnings tu, nak memahami tu ambil masa. Apapun kena rajin dan usaha. InshaAllah ada hasilnya nanti.

November Rain

$
0
0
Eh, macam sesuai pula kedatangan bulan November dengan musim hujan sekarang ni. Welcome November rain! Kedatangan bulan November disambut dengan musim hujan setiap hari hujung-hujung bulan October. Alhamdulillah Allah turunkan hujan menyejukkan bumi yang dah lama kepanasan. Tumbuh-tumbuhan pun hidup gembira dengan turunnya hujan. Cuma part tak syok hujan ni bila risau akan banjir. Harap tak berlakulah banjir besar.

October melabuhkan tirai dengan beberapa kisah sedih. Mood pun turun naik bulan october ni rasa lansung tak bersemangat bila abah kat kampung sakit sampai tak mampu lansung nak bangun. (#cancerfighterstage4). Kanser dah merebak ke tulang buatkan tulang abah dah tak kuat lagi. Rasa sedih tu hanya Allah yang tahu. Tak sabar nak balik kampung minggu depan lama sikit jaga abah. Sekarang kakak jaga abah. Selagi belum boleh balik ni risau dia semua benda serba tak kena.


Doakan abah Fiza kuat dan kembali sembuh. Moga ada keajaiban berlaku dengan izin Allah. Fizikal Fiza nampak kuat tapi dalam hati tak tahu nak kata. Nangis tu biasa. Kadang makan pun boleh nangis camne. Nak elakkan sedih, kena buat something yang happykan diri sendiri. sebab tu orang nampak macam Fiza ni happy go lucky je. But deep inside my heart. So fragile!


Nice meeting you, NOVEMBER,
After all of the hustle and bustle,
I've decided to everything on hold,
take a break for a while and
enjoy life's sweet and simple little pleasures.
This is not a 'procrastinate'
maybe a short 'procaffeinate', I guees?
( a tendency to not start anything until you have had a
cup of coffee ;p)
Sometimes it is the Simples Thing in life that
brings you joy the most.
Be grateful!

Ye, faham. Ini ujian untuk Fiza dan keluarga. Memang kalau boleh nak positive dan terus kuat untuk semua orang. Maaf, entri ni tersedih pula. Jarang benar Fiza update kisah sedih atau terlalu personal dalam blog ni. Tapi entah kenapa rasa macam laju nak menaip. Harap semuanya baik-baik je. InshaAllah. Apapun bulan november rain ni jaga diri di musim hujan ni ye.



Breakfast Nasi Goreng dan Kopi

$
0
0
Selamat pagi semua! Salam jumaat. Hari yang penuh berkat dan paling ditunggu sebab esok cuti kan. Pagi ni menu breakfast Fiza nasi goreng dan kopi panas. Masak nasi goreng dengan sayur campur je rencah dia. Tak tahu nak bagi nama apa nasi goreng ni. Nasi goreng ala-ala nasi goreng cina tapi pedas. Kalau nasi goreng tak pedas tak rasa nikmat makan nasi goreng tu. Jenis suka makan pedas memang wajib masak pedas.



Blend bawang putih (1 ulas), bawang merah kecil (3 biji), cili api dan ikan bilis. Fiza suka blend kasar je baru sedap macam guna lesung. Tumis bahan blend, dah garing sikit masukkan sayur campur tu. Agak agak dah masak sayur tu, masukkan nasi dan masukkan 1 sudu serbuk cukup rasa. Kacau rata dah siap. Senang bukan?

Kalau dah letak cukup rasa tu tak perlu letak garam lagi okay. Kang tak pasal terlebih masin pula. Nak sedap lagi lepas tumis tu letak lah udang sikit. Tapi kalau nak cepat Fiza buat cara macam ni je senang. Malas nak defrost udang walaupun udang cepat je nak defrost kan. Tapi nak cepat dan senang kerja, masukkan sayur sebagai rencah pun dah okay dah. Sedap pun sedap. Lagi sedap kalau bahan tumis tu garing sikit dan blend kasar.

Itu ikut taste Fiza lah. Taste masing-masing kan berbeza. Makan nasi goreng ni berat sikit tapi okaylah kurang mengantuk kalau nak dibandingkan dengan nasi lemak berlemak lagi buat cepat mengantuk. Dah ada nasi goreng, kenalah hidangkan dengan kopi panas, barulah ngam hidangan breakfast kan. Kau orang breakfast apa pagi ni?


Cara Simpan Telur Yang Betul. Perlu Basuh Atau Tidak?

$
0
0
Tahu tak cara simpan telur yang betul? Agak keliru sebenarnya cara simpan telur ni. Perlu basuh dulu ke tidak ye? Sebelum ni Fiza simpan telur dengan cara, lepas beli terus basuh dan simpan dalam peti ais. Letak pada tempat bekas telur yang memang biasa dalam peti ais tu lah. Rupanya salah cara simpan macam tu. Ingatkan dah basuh bersih macam tu bagus lah. Rupanya salah cara simpan telur macam Fiza tu.

Pertama sekali, beli telur yang elok dan tidak retak. Jangan basuh telur dan simpankan dalam bekas khas telur yang jenis bertutup. Kenapa tak boleh basuh dan simpan terus dalam peti ais? Masa ayam bertelur, ayam akan keluarkan sejenis cecair (egg bloom/cuticle) yang menyaluti seluruh liang-liang permukaan telur untuk elakkan kuman masuk dalam telur dan berfungsi juga untuk kekalkan kelembapan dengan cara menghalang air dari meruap keluar melalui kulit telur. 


Lapisan tersebut dipanggil protective layer. Jadi, kalau basuh telur tu akan menghilangkan protective layer tersebut. Sebab tu tak digalakkan basuh telur. Tapi...kalau ada tahi ayam melekat tu, sah sahlah kotor dan ada kuman. Telur ni boleh tercemar dengan kuman salmonella dan boleh memasuki dalam makanan yang lain dalam peti sejuk.

Jadi nak buat macamana yang ada tahi ayam tu? Boleh je basuh hilangkan tahi ayam tapi tak perlu sental beria sampai hilang protective layernya. Tapi nak masak nanti, utamakan guna telur yang dibasuh ni dulu daripada telur yang tidak dibasuh. Sebab telur yang tak dibasuh tu lebih tahan lama kalau simpan berbanding telur yang telah dibasuh.

Bila nak masak tu wajib basuh telur dahulu ye. Kau orang ada selera ke nak makan telur yang tak basuh tu? kot ada tahi ayam terlepas pandang melekat pada telur lepas tu tercampur dalam masakan. Eiii geli kan? Sangat sensitif tau bila nampak orang masak telur tak basuh. Terus hilang selera dibuatnya. Lainlah kalau kau orang jenis tak kisah. 



Nak simpan kat luar pun boleh juga sebenarnya. Cuma kalau simpan kat luar tu telur akan lebih cepat rosak. Kalau jenis hari hari makan telur tu tak pelah. Confirm stok telur cepat habis kat rumah tu kan. Simpan kat mana pun tak de hal kalau macam tu.

PYNOCARE Esen Untuk Kulit Cerah Sekata Bak Kristal

$
0
0
BiO-LIFE, satu jenama produk kesihatan yang telah bertapak lama selama 29 tahun di Malaysia. Terdiri daripada team of Nutritionists, Biochemists, Food technologists and Microbiologists yang telah menghasilkan produk yang terbaik untuk pengguna. Segala produk yang dihasilkan telah mencapai piawaian bertaraf dunia disokong oleh kelulusan dari Thailand FDA, Australia TGA dan GMP Jerman.

PYNOCARE

Terbaru, BiO-LiFE telah menghasilkan produk terbaru iaitu PYNOCARE sejenis suplemen kesihatan de-pigmentasi oral pertama yang dirumus khas dengan kaedah breakthrough proprietary formulation - MSCC Complex Actisome ™, dengan ekstrak tumbuhan semulajadi dan vitamin yang diuji secara klinikal untuk mendapatkan kembali tona kulit yang cerah sekata dari dalam ke luar. 


BAHAN-BAHAN PYNOCARE

MSCC Complex Actisome ™
  • Mengandungi French Maritime Pine Bark Extract : Kaya dengan procyanidin oligomerik (OPCs) dan bioflavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan untuk menghapuskan radikal bebas. Berupaya untuk membentuk  menghasilkan lebih banyak struktur antioksidan dengan cara mengitar semula vitamin C dan manghasilkan vitamin E.
  • Vitamin C (Ascorbic Acid) : Merupakan antioksidan daripada UVa, UVB dan cahaya yang boleh dilihat. Menghalang penghasilan dan pembentukan melanin serta bekerjasama dengan vitamin E.
  • D.Salina Ektrak : Membekalkan sumber semulajadi yang kaya dengan karotenoid, beta-karotena. Merupakan antioksidan semulajadi yang melindungi membran sel dari pengoksidaan lipid dan kerosakan yang disebabkan oleh cahaya UV.
  • Vitamin E : Sebagai antioksidan larut lemak utama yang menghalang pengoksidaan lipid dan menghapuskan radikal bebas. Memberi perlindungan UV serta mengurangkan kesan-kesan foto penuaan.
Dengan menggunakan MSCC Complex Actisome ™ ni dapat meningkatkan bioavailability untuk penyerapan yang lebih baik. Antaranya :

  • PERTAHANAN DARI RADIKAL BEBAS

Kaya dengan antioksidan untuk menghapuskan radikal bebas dan mengatasi tona kulit yang tidak sekata pada akarnya.

  • PELINDUNG UV

Meningkatkan pertahanan terhadap terhadap kerosakan kulit yang disebabkan oleh cahaya UV

PUNCA-PUNCA MASALAH KULIT

Banyak faktor dan punca masalah kulit boleh berlaku jika tidak dijaga dengan betul. Antara punca-punca masalah kulit :
  • Cahaya matahari, ini adalah faktor utama yang menyumbang kepada masalah kulit lebih teruk
  • Perubahan hormon semasa kehamilan dan pengambilan pil kontraseptif
  • Kosmetik yang bertoksik pada cahaya seperti merkuri dan asid salisilik
  • Ubat-ubatan yang bertoksik pada cahaya seperti antibiotik dan ubat anti-radang.

KENAPA PERLU DAPATKAN PYNOCARE

Jika ada masalah kulit tidak sekata dan inginkan kulit lebih cerah sekata, boleh cuba pynocare ni sebab produk ini telah diuji secara klinikal, semua ramuan daripada bahan semulajadi dan bebas daripada sebarang bahan pengawet. Pynocare adalah produk yang telah disahkan HALAL dan boleh diamalkan tanpa ragu-ragu.

CARA PENGAMBILAN PYNOCARE

Pengambilannya sangat mudah, iaitu hanya perlu ambil 2 kapsul sehari selepas makan. Boleh ambil 1 kapsul siang dan 1 kapsul malam.


UNTUK PEMBELIAN PYNOCARE

Boleh dapatkan di mana-mana famasi berikut :
#biolifemalaysia  #MegaBIOLIFE  #pynocare

Air Detox Paling Mudah

$
0
0
Entah kenapa susah betul nak konsistent minum air masak yang cukup setiap hari. Kalau minum air masak banyak sangat walaupun belum melebihi had 3 liter sehari tu rasa macam nak muntah. Tapi kalau minum air manis banyak lebih 3 liter tak ada hal pun. Tak rasa nak muntah mula. Heiii memang saja tak nak bagi minum air masak ni.

Keperluan air dalam badan seseorang tu berbeza mengikut Body Mass Index (BMI) masing-masing. Dan dengan cara minum air masak secukupnya adalah tips rahsia kurus ataupun kurangkan berat badan dengan cepat dan semulajadi. Dengan syarat, jangan ambil minuman makanan manis dan konsisten minum air secukupnya. Kalau itu pun tak mampu nak buat, sila jangan mimpi nak turunkan berat badan dengan mudah.

So disebabkan nak termuntah minum air masak tu, bolehlah minum air detox paling mudah untuk dibuat sebagai 'perisa' air masak dan mungkin juga lebih terasa sedap untuk diminum. Bila sedap dan ada rasa barulah macam okay sikit untuk minum air masak secara konsisten. Jadi mudahlah cara untuk minum air masak secukupnya setiap hari.


AIR DETOX LEMON

Cara paling mudah adalah dengan tambah lemon dalam air masak. Cara Fiza, hanya letak sepotong hirisan lemon dalam air masak. Sudah mencukupi untuk penambah rasa air masak tu. Ada juga yang guna kaedah perah lemon. Demi nak cepat dan mudah, ikut je cara Fiza. mudah dan jimat lah kiranya tak perlu letak banyak dan tak perlu letak bahan lain. Fiza suka tambah dalam air sejuk ataupun air suam.

FUNGSI AIR DETOX

Air detox berfungsi mengeluarkan toksin dalam badan dengan cara paling selamat. Jika berjaya amalkan secara konsisten, pembuangan toksin akan jadi lebih kerap dan tidak terkumpul dalam badan. Bila toksin dibuang, organ dalaman bebas toksin dan badan pun jadi lebih sihat. Air detox ni tidak mengandungi kalori. Jadi, tak perlu risau lah okay.



Disebabkan lemon ni antara buah yang paling mudah nak beli dan tahan lama simpan, so Fiza anggap ini cara paling mudah lah nak buat tambah perisa air masak menjadi air detox. Biasanya harga sebiji lemon lebih kurang 80 sen hingga RM1.20. 

Sebiji boleh guna untuk seminggu. Kena pandai-pandai bajet potongan untuk kegunaan seminggu kalau nak jimat. Kalau banyak bajet, sehari sebiji pun okay kalau mampu nak tahan kemasaman lemon tu. Bila dah ada perisa tu mohon rajinlah minum air masak ye. 

Ikan Bilis Paling Sedap dan Rangup

$
0
0
Ikan bilis, antara barang asas dapur yang wajib ada. Tak ada ikan bilis macam serba tak lengkap sebab banyak menu masakan harian menggunakan ikan bilis. Lainlah kalau hari hari menu bakar je, memang tak guna ikan bilis lah kan. Ikan bilis pula ada bermacam-macam jenis dan yang Fiza tahu ikan bilis mata biru antara ikan bilis yang paling popular. Tapi ikan bilis mata biru agak mahal dan susah nak jumpa juga kan?

Pemilihan ikan bilis juga bergantung pada citarasa dan kena ikut bajet masing-masing. Ya, tak semua orang mampu beli ikan bilis mahal. Cukup sekadar ada ikan bilis pun dah okay. Kalau Fiza, mudah je. Ada ikan bilis yang Fiza suka dan elok, terus beli. Kalau mahal, beli sekadar termampu lah ikut bajet berapa yang ada. Janji dapat ikan bilis pilihan.


1. BETUL-BETUL KERING

Nak membeli ikan bilis tu kena pastikan ikan bilis tu betul betul kering dan tidak lembap ye. Sebab ikan bilis yang tidak kering betul dia akan mudah berkulat dan tidak tahan lama kalau simpan dalam bekas bertutup. Kejap je dah ada kulat-kulat putih dan berbau. Pernah terjadi kes macam ni sebab silap beli ikan bilis.

2. IKAN BILIS SAIZ SEDERHANA

Keduanya Fiza suka ikan bilis yang sederhana besar saiznya dan warnanya lebih cerah. (baca: lebih putih). Sebab Fiza rasa saiz yang sederhana ni sesuai untuk pelbagai jenis masakan. Ikan bilis ni jenis nipis. Bila digoreng sangat rangup dan tidak liat. Sesuai sangat goreng untuk buat nasi lemak atau sambal goreng ikan bilis.

Kalau beli jenis besar tu dan tidak betul kering, bila goreng di akan rasa liat dan kurang sedap. Tapi ada sesetengah suka ikan bilis macam tu. Macam Fiza cakaplah, ikut pilihan masing-masing. Fiza suka jenis ikan bilis yang macam Fiza terangkan kat atas tu. Tapi tak tahu nama jenis ikan bilis tu. Kalau nampak jenis ni memang tak cari lain dah.

Ikutkan , lebih suka beli yang dah siap dibersihkan sebab lebih senang terus simpan dalam bekas je lepas beli. Tapi yang dah bersih tak ada ikan bilis jenis ni. Terpaksalah beli yang belum dibersihkan. Nak tak nak kenalah ambil masa bersihkan perut ikan bilis ni sebelum simpan. Fiza simpan ikan bilis dalam bekas kedap udara dan letak dalam peti ais untuk lebih tahan lama.

Ikan bilis pun dah mahal sekarang. Kalau dulu orang kata tak ada duit makan ikan bilis pun jadilah. Tapi sekarang tak boleh dah pakai ayat tu sebab ikan bilis ni dah bukan dalam kategori makanan rakyat marhaen dah. Ikan bilis dah naik taraf antara barangan dapur yang mahal. Sedih!

Breakfast Ringkas Roti Coklat

$
0
0
Seawal pukul 5 pagi dah bangun siapkan breakfast dan bekalan untuk suami. Bangun pula dengar hujan kat luar tu. Hujan-hujan pun jangan haraplah nak sambung tidur ye. Hari ni menu nasi goreng je la paling cepat siap. Sekali dengan bekal je senang. Syukur suami bukan jenis cerewet bab makanan, janji isteri dia masak. Haa sebab tu lah kena rajin masak. Pandai tak pandai belakang kiralah ye. Ngam je siap masak, dah masuk subuh. Sekarang waktu solat pun dah makin cepat. Terus mandi dan boleh solat awal.

Kau orang biasa breakfast awal tak? Jenis Fiza, perut tak boleh nak terima makan berat awal waktu. Breakfast berat-berat selepas pukul 9 pagi tu kira waktu yang sesuai untuk seorang yang bernama Fiza ni. Kalau awal sangat, mulalah perut meragam mohon ke toilet. Kalau nak berjalan jauh tu memang tak akan makan awal sebab risau dalam perjalanan tu susah kalau perut buat hal. Dahlah bukan jenis yang suka guna toilet awam. Faham-fahamlah toilet awam macamana kan. Kecuali R&R je lah yang macam okay sikit.


Untuk tak membiarkan perut kosong, alas perut dengan roti sementara nak tunggu breakfast berat. Bekalan roti pun wajib ada kat rumah. Bila lapar anytime boleh makan cicah dengan air panas. Paling suka roti gardenia yang baru ni ada inti perisa coklat, jagung dan kacang merah. 

Yang jenis pek 6 buku roti tu. Rasanya beli yang tu lagi jimat daripada beli roti yang panjang satu-satu tu. Bagus juga kan gardenia keluarkan roti macam ni. Selain pelbagai pilihan inti, roti gardenia memang lebih lembut daripada roti biasa. Rasa roti pun sedap. Memang tak cari roti lain dan tak pilih jenama lain dah. 

Air Sirap Lemon Di Musim Hujan

$
0
0
Tu dia nama menu air inspired di kala musim hujan ni. Musim hujan patut minum air panas. Ni minum air sejuk pula dia. Tiba-tiba rasa  nak minum air sirap lemon. Biasa air sirap limau. Limau tak ada, gantikan dengan lemon. Lagipun stok lemon ni sentiasa ada buat masa ni sebab husband kadang tu request teh o ais lemon favourite dia. Kalau dah minta, tak sampai hati pula tak buatkan air favourite.

Tapi lebih suka sirap lemon daripada teh o ais lemon. Nak buat sirap lemon pun lagi senang daripada nak teh o ais. Nak kena masak air, tungguh teh kembang, masuk air, masuk lemon  lagi. Banyak kerja nak buat. Kalau buat air sirap lemon ni mudah ya amat! Tuang kordial sirap, masuk air sejuk dan masukkan hirisan lemon. Letak ais sikit. Dah siap! Dapat minum masa cuaca panas memang sedap lah.


Siapa yang tak suka air sirap kan. Air manis tradisional dulu-dulu. Orang kata air murah tapi not for me. Murah tak murah pun tetap sedap sampai teringin minum sebab dah lama tak minum. Oh ya, masih ada gula tersembunyi. Tak boleh minum selalu. Kalau teringin baru buat dan kalau buat tak manis sangat. Letak lemon tu ada rasa masam sikit lagi sedap. Kuranglah sikit rasa manis tu. 

Kalau teringin je minum sebab lebih suka minum air panas daripada air sejuk sebenarnya. Ada orang suka minum air sejuk daripada air masak. Bila tekak terasa teringin tu, selagi tak dapat selagi tu lah ligat terasa rasa  kat tekak tu ha. Seksa tau! Mujur bukan mengidam bersebab. Tapi kalau betul betul mengidam agaknya lagi dasyat kot. Siapa suka air sirap lemon? Haa pergi buat cepat.

Opsss..short entry suka suka untuk petang ni. Teruk betul idea update blog sekarang ni. Guna gambar yang ada dalam handphone je ni untuk dijadikan cerita dalam blog. Ada gambar, ada lah cerita. Boleh?


Buah Mulberry Masam Manis

$
0
0
Amboiii...lama menyepi tak berupdate blog. Apatah lagi nak berblogwalking. Ampun! 3 hari sepi sebab balik kampung. Bila dapat cuti lama sikit kat kampung memang tak menyempat nak update blog ni. Sekadar sempat update facebook, instagram dan twitter je lah. Itupun mana yang sempat. Kenikmatan berada kat kampung tu boleh lupa sekejap dunia internet ni. Cliche kan? Tapi itulah realitinya.

Ni dia hasil tuaian buah mulberry kat kampung. Sebenarnya tak pernah tahu kewujudan pokok buah mulberry ni kat  belakang rumah. Tapi haritu balik kampung, explore habis-habisan tanaman mak kat kampung tu. Baru tahu ada buah mulberry ni. Apa lagi, terus petik mana yang masak dan hampir masak. Tak dapat banyak sebab masih ada banyak yang masih belum masak lagi.


Geram sungguh la tengok buah yang nak masak ranum ni. Tangan tu rasa nak petik je lah. Memang petik terus makan je la jawabnya. Tak sabar nak rasa sebab tak pernah rasa pun sebelum ni. Yang hitam betul tu buah paling masak dan manis rasanya. Yang hampir bercampur warna hitam dan merah ni masam manis rasanya. Sedap juga!


Yang warna kurang merah ni memang agak masam. Tak mampu nak telan. Tapi kalau kau orang sejenis yang suka masam, mesti suka yang warna macam ni. Sedap tu sedap tapi bila rasa masam tu terasa. Mak aiiii..masam nau nau.


Warna ala pink ni kira masih baby lagi. Kalau berani, makanlah. Fiza berani cakap yang ni memang confirm masam ya amat walaupun tak cuba makan yang ni. Fiza berani makan sampai yang dalam gambar atas ni je. Lebih masam daripada tu memang tak sanggup lah.


Pokok mulberry ni macam pokok bunga raya je rupanya. Daun dan batang dia seakan-akan lebih kurang sama. Terjakun sekejap sebab tak pernah tengok depan mata. Pokok dah besar tapi kenapa tak pernah perasan sebelum ni eh? Sebelum ni tak pernah berbuah mungkin, itu yang kurang perasan agaknya.



Pokok dia jenis tinggi tapi dahan-dahan halus macam pokok bunga  raya cuma versi besar je lah. Buah buah banyak lagi atas pokok tu. Tak sampai nak ambil. Lagipun banyak yang belum masak betul lagi. Dalam masa terdekat ni kalau dapat balik kampung, nak potong dahan je. Mudah nak ambil dan lebih rimbun lepas potong.



Harap harap ada rezeki balik nanti dapat buah mulberry lebih sikit. Terasa nak buat pati jus mulberry. Ada orang kata sedap. Apa yang ada ni nak cuba buat dulu. Tengok macam mana kesedapan jus mulberry ni.


Jus Mulberry Sedap

$
0
0
Buah mulberry selain dimakan begitu saja, paling sedap dibuat jus katanya. So Fiza pun macam excited lah nak cuba buat jus mulberry. Disebabkan buah dia masam manis macam tu Fiza suka, so berharap jugalah air buah mulberry ni sedap juga. Dengan berbekalkan kerajinan, gigih jugalah menyiapkan pati jus mulberry.

HOMEMADE PATI JUS MULBERRY CARA FIZA

Dengan buah mulberry yang tak berapa nak banyak tu, Fiza cuba jugalah buat sebab nak rasa punya pasal. Panaskan air secukupnya, tambah gula dan masukkan buah mulberry. Masak sampailah air bertukar menjadi warna merah. Sukatan gula dan air tu pandai-pandai adjust ikut rasa nak manis atau kurang manis.

Dah masak semua bahan, tunggu sejuk kemudian baru blend okay. Ada orang lepas blend tu dia tapis. Tapi Fiza tak tapislah, sebab suka serat-serat tu sekali dalam pati. Lebih bagus kot dicampurkan dengan serat buah mulberry tu sekali. Gigit-gigit rasa macam letak selasih pula. Rasa air buah mulberry sedap seakan-akan jus roselle macam tu.


Minuman jus buah lagi sedap diminum sejuk. Buah mulberry ni banyak khasiatnya. Lebih elok kalau tak ditambah gula. Nanti nak cuba buat jus buah mulberry guna buah mulberry yang hitam manis je tanpa gula. Barulah betul-betul berkhasiat. Bila dah campur gula ni memang tak sihatlah jadinya. Cuma rasa sedap je lah.

Tahu tak yang sebatang pokok buah mulberry ni mempunyai khasiat tersendiri dari hujung akar sehingga ke daun mulberry. Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, vitamin C dan gula. Daun mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji mulberry juga mengandungi ureas dan akar pokok memiliki beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.

Ada sesetengah orang jadikan daun mulberry sebagai ulam dan ada juga jadikan daun mulberry sebagai teh mulberry. Nampak menarik bukan? Daun mulberry juga boleh dimasak lemak cili api. Apa rasa dia? Okay, macam rasa nak cuba. Tapi kena tunggu balik kampung ambil stok. Banyak betul yang nak dicuba dengan pokok buah mulberry ni. Ada yang pernah rasa daun mulberry tak? Buat ulam ke, masak lemak ke. Ada?

Sayur Pucuk Manis

$
0
0
Pernah makan sayur pucuk manis tak? Sayur pucuk manis antara lauk paling kerap di makan masa kecil-kecil dulu sebab mak tanam dekat sekitar rumah. Bila nak masak buat lauk petik je dah boleh buat lauk dah. Biasanya pucuk manis ni mak masak goreng pedas je. Kadang-kadang je masak lemak putih campur keledek. Pun sedap juga.

Agak lama juga mak tak tanam sayur pucuk manis ni. Tiba-tiba balik kampung haritu ternampak banyak pokok pucuk manis ni. Apa lagi, terus petik lah buat sayur untuk makan tengahari. Fiza ni pantang nampak apa yang ada kat rumah tu. Confirm nak petik buat lauk. Ada pucuk ubi, confirm buat ulam. Senang kalau duduk kampung ni, tak putus ulam dan sayur. Pendek kata, memang hidup sihat lah dengan ulam-ulaman bila duduk kampung.


Kalau kau orang tak pernah tengok pokok sayur pucuk manis ni. Inilah rupa dia. Ada nampak buah-buah rupa macam ni, inilah dia pokok pucuk manis atau mungkin ada nama lain. Tempat kau orang panggil nama apa? Inilah satu-satunya sayur yang Fiza rasa tak pahit dan manis. Sesuai lah untuk kau orang yang tak suka sayur pahit tu.

Tekstur daun dia agak rangup bila dimakan. Memang sedap dan rasa manis tu buat lagi sedap. Sebab tu lebih sedap digoreng pedas. Barulah terasa makan sayur yang sedap bila ada rasa pedas tu. Dapat makan sayur segar macam ni memang satu nikmat. Lagi-lagi bila sayur ni susah nak jumpa. Kalau ada mungkin boleh jumpa dijual di pasar tani. Pernah jumpa tak sayur pucuk manis ni?

Buah Tangan Dari Tanah Suci

$
0
0
Alhamdulillah ahli keluarga yang mengerjakan umrah selamat sampai di bumi Malaysia awal pagi semalam. Flight landed tepat jam 2:35 macam tu ikut masa flight tracker. Fiza dengan husband sampai tepat masa landed tu terus parking kereta. Tapi macam biasalah nak menunggu urusan pelepasan dan ambil luggage lagi ambil masa.

Dalam sejam lebih jugalah menunggu. Takpe, janji semuanya selamat sampai dengan selamat. Biasanya kalau orang balik umrah mesti dapat buah tangan macam ni. Kurma tu wajiblah ada. Fiza suka kalau dapat kacang gajus dan pistachio ni. Kalau makan tak reti nak berhenti makan. Sedap kot makan kekacang ni. Memang masing-masing beli kacang ni je lah kalau balik umrah atau haji. 


Cuma ada satu yang rare tak pernah makan, iaitu butir biji jagung disalut tepung perisa kari kot. Rasa dia sedap macam makan kacang rangup salut tepung tu. Selain tu ada dapat coklat, kek, jajan dan air zam zam. Belum ada rezeki nak sampai sana. Dapat merasa buah tangan dari tanah suci kira bersyukur juga.

Maaf, Terdelete Komen

$
0
0
Petang ni entah kenapa tiba-tiba rasa check dashboard guna phone je sebab malas nak on dekstop. Tapi sesuatu telah terjadi dimana rasa bersalah tu terasa sampai sekarang. Ceritanya begini, sedang elok check awaiting komen untuk dipublish tiba-tiba jari kau yang kurang runcing tu dengan tak semena-mena terkena button delete.


Laju je process tu dan of course tak sempat lansung nak back ke apa..Habis semua segala komen hilang macam tu je! Sempat Fiza baca beberapa komen untuk ditapis sebelum publish. Lepas terdelete tu lansung lupa siapa yang tinggalkan komen. Dengan itu, Fiza nak mintak maaf kepada mereka yang telah meninggalkan komen di blog ni pada mana-mana entri sehingga pukul 5 petang hari ni (15 November 2019), terutamanya entri Buah Tangan Dari Tanah Suci.

Kalau kau orang masih ingat ada komen, boleh tinggalkan komen di sini untuk Fiza jejak balas semula. Ada cara ke nak dapatkan komen semula? Cari-cari macam tak ada je. Fiza hargai segala komen yang ditinggalkan. Silap Fiza juga tak zoom out dulu sebelum tekan. Over confident dengan jari tu. Padahal kerap juga typonya kalau menaip guna handphone. Maaf sekali lagi ya kawan-kawan.

Nougat Candy Sedap Tapi...

$
0
0
Eh, lupa pula ada dapat Nougat candy ni. Dah simpan awal-awal dalam peti ais sampai lupa nak bawa keluar ambil gambar. Dah lama rasanya teringin nak rasa nougat candy ni sebab katanya sedap. Diperbuat daripada susu unta dan dicampurkan dengan pelbagai jenis kacang macam almond, pistachio dan lain-lain.

Susu unta pun belum pernah rasa. Jadi, tak tahu lah rasa dia macamana kan? Yes, finally dapat juga rasa nougat candy ni. Nougat ni sejenis manisan arab. Kalau kat Malaysia, di kedai kedai arab banyaklah dijual. Boleh juga dapatkan di shopee kalau tak silap Fiza pernah baca entri blogger yang beli nougat ni dari shopee je.



Pertama kali rasa nougat ni macam rasa lain macam. Susu unta tu macam susah nak diterima oleh tekak. Rasa lemak susu unta tu lain sikit daripada susu lembu biasa. Selain tu ada rasa macam mint sikit. Rasa kacang tu okaylah sebab dah memang suka rasa kacang tu. Nougat candy sedap jugalah tak manis sangat tapi...lagi sedap kot kalau diperbuat daripada susu lembu sebab dah biasa dengan rasa susu lembu kan.

Nougat candy ni kalau teringin makan boleh je buat sendiri sebab Fiza google pun ada bermacam-macam resepi nougat. Kena datang mood rajinlah baru boleh cuba buat. Lagi satu, kalau resepi mudah dan bahan senang nak dapat boleh jadi rajin nak cuba. Tapi kalau jenis bahan pun susah nak cari dan leceh nak buat memang lebih prefer beli terus je senang.

Viewing all 8009 articles
Browse latest View live