Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all 8009 articles
Browse latest View live

Cara Letak Link Blog Dalam Blogger Profile

$
0
0
Sejak google + ditamatkan bulan April yang lepas, masih ramai rupanya blogger yang masih belum bertukar kepada profile blogger yang asal. Kalau dalam masa 30 hari tak tukar semula kepada yang asal, profile blogger akan di delete dan perlu create akaun baru. Bila check broken link, meriah lah keluar semua link profile blogger yang dah didelete tu menjadi profile not available. Sedangkan blogger tu masih aktif lagi. 
Bagi yang masih aktif tu eloklah edit semula link blog dalam blogger profile tu untuk memudahkan blogger lain trace untuk jejak balas (blogwalking) ke blog kau orang. Tak susah mana nak edit blogger profile tu. Boleh ikut tutorial bergambar yang Fiza sediakan bawah ni. Settings>>User settings>> User profile [klik edit]


Kemudian pada bahagian privacy klik select blogs to display. Kalau ada banyak blog tu, pilih blog yang aktif dan mana-mana blog yang dirasakan untuk dikongsikan.


Untuk yang dah letak tu bagus. Ada juga sesetengah blogger yang hanya letak sites yang dia follow. Bila letak sites lain, jadi tak tahu nak klik link mana untuk jejak balas blog owner tu. Sama juga kalau tak letak link blog sendiri. Bila orang lain tak dapat nak ke blog kau orang, dah rugi satu kunjungan balas dah kan. Bila ada link blog dalam profile blogger tu lebih memudahkan kerja untuk blogwalking lah kiranya.



By the way, alang-alang dah buat entri ni. Ada pesanan untuk blogger Han ni. Seorang yang rajin blogwalking dan tinggalkan komen. Tapi bila klik profile, profile not available pula. Rasa bersalah sungguh kalau tak balas jejak dan balas komen. Siapa tuan punya blog, mohon munculkan diri dengan tinggalkan link blog. Lebih bagus sekiranya letak link pada profile blogger tu. Dapat jugalah Fiza balas kunjungan semula.


Pomander Orange-Clove Ball Kering

$
0
0
Hampir sebulan dah bereksperimen dengan pomander orange-clove ball yang dijadikan sebagai pewangi semulajadi dalam rumah. Jujur cakap, bau dia memang best bermula dengan process cucuk clove (bunga cengkih) pada buah orange sampailah beberapa hari. Bau tu memang ada lah. Tapi selepas tu bau dia berkurang hari demi hari. Tapi apa yang Fiza baca daripada cariaan google, bau dia akan jadi lagi best bila kering.


Yang kecewanya bila pomander orange-clove lansung tak keluar bau yang kuat dah. Bau tu ada kalau dihidu dekat-dekat. Untuk secara menyuluruh satu bilik tu memang tak berbau kuatlah. Fiza rasa lah pomander ball ni sesuai untuk musim sejuk kot atau kena letak di ruang yang tidak besar atau perlu penuhkan orange dengan clove yang banyak atau mungkin juga perlu gunakan orange yang tertentu yang lebih sesuai untuk menghasilkan bau yang lebih kuat atau perlu buat banyak.

Ermm..banyak juga kebarangkalian nak mengkaji. Tapi tak apalah, yang penting dah cuba dan menikmati bau pomander orange-clove yang sedap tu. Sangat sesuailah dijadikan pewangi semulajadi dalam rumah. Cuma bau dia tak tersebar luas dan tak  kuat sangat. Entah mana silapnya pun tak tahu lah. Tapi bau dia serious sedap (untuk deria bau Fiza) dan sesuai dijadikan sebagai aromateraphy untuk membangkitkan mood yang positif dan happy.

Ada yang dah pernah cuba tak? Atau ada tips yang berguna untuk buat pomander orange-clove ball ni berbau kuat sikit untuk sesebuah ruang. Tapi kalau dah jenis berbau kuat bila musim sejuk je, tak dapatlah nak membuatnya kan. Bye bye lah jawabnya. Nampaknya kena juga sentiasa gunakan essentials oil setiap hari sebagai aromateraphy.

The 5 Most Delicious Malaysian Foods: Have You Tried Them?

$
0
0
Malaysia memang kaya dengan pelbagai jenis makanan yang sedap-sedap. Tambah lagi Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang kaum, bangsa, agama dan budaya. Memang beraneka lah segala hidangan menu di Malaysia ni. Ada masakan tradisional melayu, masakan Cina, masakan india dan beberapa lagi suku kaum di Malaysia. 

Walaupun tinggal di Malaysia, tak semua jenis makanan dapat dicuba dan dirasa. Kita semua tahu yang setiap negeri ada hidangan tradisi masing-masing. Dalam banyak-banyak makanan di Malaysia, makanan apa yang paling sedap? Fiza nak kongsikan The 5 Most Delicious Malaysian Foods: Have You Tried Them?

1. Nasi Lemak 

Nasi lemak adalah makanan paling popular dan dikenali sebagai signature dish Malaysia. Nasi lemak juga kegemaran rakyat Malaysia tidak kira usia dan kaum. Semua sukakan nasi lemak. Kebiasaannya nasi lemak dihidangkan untuk waktu sarapan pagi je. Tapi sekarang, nasi lemak dihidangkan pada bila-bila masa je. Pagi petang siang malam mudah je nak dapat makan nasi lemak.


Hidangan nasi lemak terdiri daripada nasi yang dimasak dengan santan menjadikan rasa nasi lebih berlemak. Sebab itu dinamakan nasi lemak. Tak lengkap hanya sekadar nasi, dihidangkan Bersama sambal, ikan bilis goreng, kacang goreng, telur goreng atau telur rebus dan hirisan timun. Lagi sedap jika nasi lemak dibungkus dengan daun pisang. Bila aroma daun pisang dan nasi lemak panas bergabung, rasa nasi lemak bertambah sedap dibuatnya. Aduh, terasa kat tekak ni bila cakap pasal nasi lemak daun pisang.

Nasi lemak juga melalui fasa perubahan selari dengan perubahan zaman. Banyak hidangan nasi lemak telah dipelbagaikan dengan lauk pauk dan nasi juga dipelbagaikan dengan warna-warna yang menarik. Nasi lemak pandan lah, nasi lemak strawberry lah. Macam-macam lah menu nasi lemak yang menjadi viral sekarang ni. Tapi yang tradisional juga yang sedap. Betul tak? Mana satu yang menjadi pilihan?

2. Nasi Kandar 

Peminat nasi kandar sila angkat tangan! Fiza yakin, majoriti rakyat Malaysia memang suka dengan nasi kandar. Nasi kandar adalah hidangan tradisi orang utara yang berasal dari Penang. Datang ke Penang, wajib cuba makan nasi kandar. Merata-rata kedai jual nasi kandar dan memang mudah untuk didapati. Biasanya yang popular tu lah yang paling sedap orang kata. Yang popular tu kau orang boleh google sendiri ye. 


Nasi kandar ni dimasak dengan rempah ratus sebab tu rasa dia sedap. Kemudian dihidangkan dengan pelbagai jenis kuah kari dan gulai. Segala kuah tu dicampur dalam satu pinggan sampai banjir. Selain lauk berkuah bergulai, ada juga lauk yang digoreng. Kemudian ditambah dengan ulam-ulaman seperti bendi , timun, cili hijau dan macam-macam lagi. 

Orang Penang biasa sangat dah makan nasi kandar ni. Pagi-pagi lagi dah breakfast dengan nasi kandar. Nasi kandar Penang memang padu bak hang! Eh, rasa macam teringin pula makan nasi kandar. Makan dengan kuah kari banjir pekat likat tu memang tak pandang kiri kanan dah. Kenyang dia boleh bawa sampai ke petang!

3. Nasi Dagang 

Selain dua hidangan nasi di atas tu, nasi dagang salah satu makanan paling sedap di Malaysia yang asalnya dari negeri Terengganu. Nasi dagang juga merupakan makanan Malaysia yang popular di sekitar pantai Timur dan terdapat pelbagai versi sebenarnya. Nasi dagang di masak dengan cara kukus dengan menggunakan beras yang istimewa.


Rasa nasi dagang seperti pulut dan kebiasaannya dihidangkan dengan lauk gulai ikan tongkol. Rasa ikan tongkol yang lembut tu memang sesuai dengan rasa nasi dagang tu. Tak lengkap lah kalau tak ada menu sampingan. Antaranya telur rebus, timun, sambal kelapa dan juga jelatah timun. Kecur air liur dibuatnya sebab agak lama juga tak pekena nasi dagang ni. Susah nak dapat dan boleh cakap ianya sejenis makanan rare yang senang nak dapat kat negeri pantai timur je.

4. Banana Leaf

Pernah makan makanan yang dihidangkan atas daun pisang tak? Of course lah pernah sebab nasi lemak juga dibungkus/di alas dengan daun pisang. Banana leaf pula adalah sejenis hidangan nasi dan lauk pauk yang diletakkan di atas daun pisang pengganti kepada pinggan. Nama pun banana leaf kan. 


Tradisi makan atas daun pisang ni adalah tradisi orang india yang dibawa daripada India Selatan dan semakin popular di Malaysia. Makan makanan yang diletakkan atas daun pisang ni akan membangkitkan aroma yang sedap dan membuatkan lebih berselera nak makan. Lagi-lagi bila letak nasi dan lauk panas-panas.

Sedap dia jangan cakaplah. Memang sedap sungguh! Disebabkan banana leaf ni India style, jadi lauk pauk dia ala india lah macam kari, gulai, keropok papadom dan bermacam menu lagilah. Siapa biasa makan kat kedai mamak, itulah menu yang ada Cuma bezanya dihidangkan atas daun pisang. 

5. Satay

Jemu dengan menu berasaskan nasi? Jangan risau lah, satay kan ada! Orang Korea kalau datang Malaysia memang suka makan satay sebab mereka jenis suka makan daging yang dibakar. Satay di Malaysia ni ada bermacam-macam jenis satay dan wajib ada kuah kacang sebagai pelengkap hidangan. Tak ada kuah kacang, tak satay lah kan. Dulu-dulu kalau beli satay, harga siap sekali dengan timun, bawang dan nasi impit. 


Sekarang nak timun, bawang dan nasi impit tu kena bayar okay. Hidangan sampingan tu wajib ada barulah rasa makan satay tu lebih nikmat terasa. Satay ayam dan daging antara satay yang menjadi pilihan rakyat Malaysia. Kalau Fiza, satay ayam lah menjadi pilihan. Satay daging ni kurang sikit sebab kurang makan daging. Kalau dapat satay sedap dan kuah kacang pun sedap, 10 cucuk satay laju je makan. Terbayang bayang pula satay di saat kelaparan ni.

Sekarang semua makanan sedap di Malaysia di dah boleh dapat dimana je. Kalau belum cuba semua menu di atas ni, Kau orang boleh je ORDER FOODdimana mana saja dan pada bila bila masa pun. Cakap je nak makan apa, terus order kat Foodpanda dan makanan dihantar terus depan pintu rumah kau orang. Mudah dah zaman sekarang ni. Tak payah nak berlapar atau mengidam tu. Order je dapat, order je sampai. Mudah bukan? Sediakan duit je lah, itu yang paling penting.

Indoor Plants Mudah Dijaga

$
0
0
Dari pagi entah apa nak update untuk harini. Sejak semalam buntu nak update apa pun tak tahu. Hari demi hari terasa banyak betul benda nak fikir dan makin banyak beban nak ditanggung. Lumrah hidup ada banyak masalah nak difikirkan dan biarlah masalah tu difikirkan sendiri dan moga Allah permudahkan segala urusan setiap hambaNya. Aaminn...

Okay, tak nak sedih tak nak membebel panjang cuma saja nak kongsikan indoor plants Fiza yang terkini. Pokok sirih gading atau dikenali dengan nama pothos  tu indoor plants paling popular. Yang warna hijau tu memang dah membesar dengan jayanya. Sebelum ni daun dia tak banyak macam tu pun. Sekarang dah penuh satu balang dan rimbun. Bila menjalar panjang keluar tu, Fiza potong dan masukkan semula. Itu yang merimbun macam tu.


Satu lagi spesis pothos daun hijau kuning tu baru ambil kat kampung. Baru perasan mak ada spesis pothos yang lain. Potong sikit pokok mak dan potong kecil lagi dapat 4 batang. Tertarik dengan corak daun pothos mak ni. Kalau tak, hijau saja boring juga tengok kan. Tapi elok jugalah tengok pokok hijau setiap hari sebagai terapi mata. Udara pun lebih sihat ada tumbuhan hijau dalam rumah ni.

Sansevieria/Snake plant/pokok lidah mertua ni masih dalam proses propagate. Dah tumbuh akar nanti, plan nak pindahkan keluar jadi outdoor plant pula. Tapi tak semualah. Masih memerlukan indoor plants untuk segarkan dan bersihkan udara dalam rumah. Proses propagate ni ambil masa juga sebulan lebih jugalah nak tumbuh akar. Seronok juga memantau proses pertumbuhan indoor plants ni. 


Sebelum ni letak air semata-mata dan jadikan water plant. Tak nak letak tanaman menggunakan tanah sebab takut kotor dalam rumah dan perlu penjagaan yang rapi seperti siraman air dan cahaya. Disebabkan dalam rumah pun cahaya semulajadi kurang masuk dalam rumah bertutup dan kurang masa nak menyiram. Jadi, water plant jadi pilihan. Tambah batu bagi nampak cantik dan cuma perlu tambah air bila air berkurangan. Mudah bukan? Buat dekorasi letak atas meja pun cantik. Letak kat dapur pun cantik. Silalah buat. 

Psstt..Betul ke kalau sembang atau nyanyi untuk tumbuhan, tumbuhan akan hidup lagi sihat? Fakta ke auta tu? Ada juga tengok dalam cerita upin ipin tu. Haha, pengaruh kartun betul kan. Atau memang betul wujud petua tu. Suka letak dalam balang kaca ni bukan apa, suka tengok perkembangan akar keluar daripada batu-batu tu. Maknanya tumbuhan hidup sihat lah tu kan. Tak ada lah pertumbuhan terbantut. Kalau tanam dalam tanah, tak nampak. Alasan!

Udang Galah Masak Lemak Cili Api

$
0
0
Bila balik kampung, biasanya mak mesti akan simpan stok udang galah untuk dimasak bila anak-anak balik. Dari kecil sampai besar, itulah lauk kegemaran Fiza. Memang tak pernah jemu makan. Untung juga duduk kampung ada orang kampung kerjanya tangkap hasil sungai akan hantar ke rumah mak. Udang sungai, ikan baung, ikan lais tak pernah mak menolak kalau orang hantar ke rumah. Dapat yang fresh terus masak lagi sedap.

Mak abah sebenarnya bukan makan sangat pun. Mungkin dah biasa makan. Kadang beli untuk simpankan stok anak-anak je. Mak kita kan, of courselah tahu lauk kegemaran anak-anak dia. Setiap kali balik mesti akan ada lauk udang. Tak kisah lah galah atau tak. Mesti akan ada punya. Asal Fiza balik je mesti mak keluarkan udang dalam peti ais. Bila lama tak balik, mulalah mak telefon cakap ada udang nak pancing kita balik kampung lah tu. Faham sangat. Alhamdulillah rezeki.


Sekarang ni bila balik kampung, Fiza akan masak sendiri la. Tak harapkan mak masak dah kecuali lauk yang memang sedap dimasak oleh mak je. Setakat lauk udang galah masak lemak cili api ni mudah je. Takde hal lah nak masak. Lagipun udang sungai masak apa pun sedap. Rasanya manis dan isi dia sedap. Style masak lemak orang johor mudah je lebih kurang orang negeri sembilan. Yang penting wajib pedas. Jom belajar cara masak udang galah masak lemak cili api mudah je.

Bahan-bahan

Udang
1 biji santan kelapa
Air (untuk perah santan)
1 genggam cili api
1 inci kunyit hidup
2 keping asam keping
garam secukup rasa

Cara masak

1. Bersihkan udang dulu dan masukkan dalam periuk. Tak perlu letak atas dapur lagi. Sementara tu perah santan secukupnya dan masukkan ke dalam periuk. Pastikan paras santan tu lebih sikit daripada paras udang (undang tenggelam). 
2. Untuk blend kunyit dan cili api tu gunakan santan je tak perlu guna air dah. Siap blend terus masukkan dalam periuk yang sama.
3. Letak periuk atas dapur dan masukkan garam dan juga asam keping. Untuk elakkan santan pecah minyak, masak guna api perlahan. Atau kalau rajin boleh kacau kacau perlahan. Biasanya masak guna api perlahan je sebab tak ada masa nak menunggu dan mengacau tu. Biarkan sampai udang masak. Biasa masak udang sekejap je tak biarkan lama sebab kalau lama sangat nanti isi udang tu keras kurang sedap.

Mudah bukan? Boleh juga guna cara ni untuk masak lemak cili api ayam ke ikan sungai ke. Memang inilah cara paling mudah. Satukan semua bahan dan masak atas dapur. Tak payah nak tumis bagai. Bahan pun sikit je kan.


Pokok Bunga Janda Kaya

$
0
0
Selamat berhujung minggu! Pernah dengar pokok bunga janda kaya tak? Dah lama perasan pokok bunga janda kaya ada kat depan rumah mak. Cuma tak tahu apa entah namanya pokok jenis kelopak berbaldu besar-besar macam ni. Bila google baru tahu namanya dan tahu kewujudan nama pokok bunga janda kaya. Pelik bunyi nama pokok bunga ni.

Pokok bunga janda kaya ni juga dikenali dengan nama musa indah. Haa lagi pelik nama tu! Tak payah nak buat pelik sangat. Terima je lah nama tu. kalau baca dari kisah dongengnya kenapa panggil bunga janda kaya tu sebab ditanam oleh janda kaya kematian suami yang suka tanam pokok bunga. Nama musa indah tu tak tahu pula dari mana datangnya. Pelik pelik je lah nama orang dulu-dulu bagi kan.



Pokok bunga janda kaya ni hidup tumbuh rimbun dan berbunga lebat sepanjang tahun katanya. Betul fakta tu sebab memang sentiasa berbunga je tengok tak pernah tak ada bunga walaupun sentiasa ada bunga gugur. Pokok bunga janda kaya ni macam jarang juga orang tanam dan mungkin kurang mendapat perhatian juga. Nak kata tak cantik, cantik je rupanya.

Pada Fiza, bunga janda kaya ni sangat unik rupa dia. Kelopak dia besar dan tumbuh sejambak sejambak macam tu. Warna bunga pun sangat lawa dan tesktur kelopak bunga seperti baldu. Menarik kan? Sangat cantik tumbuh merimbun dan sentiasa banyak bunga. Sesuai untuk tanaman hiasan landskap rumah kat kampung.

Pernah juga nampak pokok janda kaya di tanam tepi tepi jalan dan juga highway. Pokok janda kaya ni kalau tak silap ada warna oren dan putih. Tapi warna merah jambu ni juga lah yang paling cantik dan yang popular orang tanam. Pokok janda kaya boleh ditanam dengan keratan batang atau kaedah tut. So far macam mudah di jaga. Cuma kalau nak tanam kat rumah sendiri macam tak sesuai ditanam dalam pasu.

Cuba DIY Macrame Feather. Mudah Je Rupanya Nak buat!

$
0
0
Tertengok mana entah macrame feathers wall hanging, terus rasa macam nak cuba buat satu lah. Panahan pandang pertama, terus rasa jatuh cinta dengan hiasan rumah macrame feathers wall hanging tu. Alang-alang ada lebihan tali jut (jute rope) kat rumah ni, saja cuba-cuba lah DIY macrame feather ikut tutorial daripada youtube.

Rasa macam nampak mudah je nak buatnya, jadi kena teruskan lah buat sementara kerajinan masih ada. Rupa dia elok ke tidak belakang cerita lah. Yang penting cuba dan belajar buat dulu. Hasil dari berkat kerajinan yang sementara cuma tu, siap jugalah macrame feather buatan tangan Fiza. Yang guna tali jut putih tu kira okay lagilah kalau sekali pandang. Tapi yang guna tali guna warna coklat tu agak serabut tengok. Jenis tali tak sesuai kot buat macrame feather ni.


Nak lagi cantik elok kena guna cotton jute rope katanya. Kat mana nak beli tali tu ye. Ada sesiapa tahu? Kena cari tali yang sesuai barulah cantik juga kejadian hasilnya. Tak mengapa, yang dah siap ni boleh buat hiasan juga lah kan. Nampak menjadi cuma rupa dia kurang cantiklah kan.


Fiza plan nak buat macam ni sebenarnya. Kena buat besar untuk hiasan gantung dinding dalam rumah. Fuhhh, jenuh nak buat banyak macam ni. Tapi kalau kena dengan tali yang cantik, dah siap memang nampak lawa. Suka lah tengok hiasan rumah ala boho (bohemian) style ni. Berambu ramba gitu. Ada juga yang buat gunakan tali yang berwarna warni lagilah cantik. 

credit : google

Selain dibuat untuk hiasan gantung di dinding boleh dibuat keychain, anting-anting, dream catcher, hiasan dalam frame dan bermacam-macam lagi lah. Google je macrame feather, bermacam-macam jenis dan style ada. Ini antara tutorial mudah untuk dibuat. Fiza ikut style ni je. Dah mahir sikit baru kita level up sikit belajar macrame knots yang lain. Tengok je kat youtube, bermacam-macam jenis tutorial macrame knots ada.

Credit : google

Mulanya tu nampak macam serabut je dan nampak susah je nak buatnya. Tapi mudah je rupanya nak buat kalau biasa dengan ikatan asas mudah ni. Cuba dulu baru tahu senang ke susah. Tak cuba tak tahu kan. Bila dah terpengaruh ni, rasa rajin nak cuba buat lagi sampai perfect. Tapi itulah, bahan utama cotton jute rope tu kena cari dulu. 

Cambugahay Falls Philippines Sumpah Lawa!

$
0
0
Seronok tau kalau bangun tidur buka mata terus nampak permandangan lawa macam ni rasa macam sayang nak tutup mata semula sambung tidur. Sumpah lawa Cambugahay Falls Philippines ni. Dalam hati berkata " Kalaulah dapat bercuti berdua dengan husband di Cambugahay Falls Philippines ni, memang rasa bahagia dan tenang sangat bila close to nature. 

Tengok gambar pun dah rasa wow, apatah lagi sampai sana. Mesti tak sudah sudah nak cakap cantik lawa best semua tu. Macam dah boleh bayangkan kalau berada di Cambugahay Falls Philippines. Takpe, mimpi dan berangan dulu. Mana tahu boleh jadi kenyataan satu hari nanti. 

http://www.azhafizah.com/
credit : google
Cambugahay Falls terletak di Lazi Siquijor Island. Tempoh perjalanan untuk sampai ke sini lebih kurang dalam 30minit. Kalau nak tahu, Cambugahay Falls adalah air terjun paling popular di Siquijor kerana air terjunnya yang bertingkat-tingkat. 

AKTIVITI

Selain mandi manda berenang tu, boleh jungle trekking, swinging from the tree swings, jumping from cliff spots, berehat di pondok yang disediakan dan bermacam-macam lagi aktiviti yang boleh dibuat di Cambugahay Falls. Confirm tak sempat nak boring. Paling syok dapat menikmati keindahan alam ciptaan Allah yang sangat indah ni.

KEMUDAHAN

Dah sampai sini mesti rasa nak stay lagi kan. Kau orang boleh glamping atau stay di resort dan hotel yang berdekatan. Untuk berehat santai di sekitarnya pun disediakan pondok kecil yang boleh disewa. Ada banyak pilihan tempat tinggal mengikut bajet masing-masing. Nak exclusive stay lah kat villa ke dan tak berapa nak bajet nak rasa suasana camping, glamping pun okaylah.

Cambugahay Falls Philippines
credit : google

Kalau depan mata terpegun tau tengok permandangan indah macam ni. Tapi dari hasil pembacaan Fiza, ada juga yang datang ke Cambugahay Falls agak kecewa sebab warna airnya tidak seperti dalam gambar. Ibarat kata "indah khabar dari rupa". Ada juga yang review tempat ni agak kurang bersih sebab ada banyak sampah. Haa, silap siapa tu? Itu semua silap mereka yang datang tak pandai nak jaga kebersihan alam.

Pantang tau kalau tempat cantik lawa macam ni pengunjung sendiri tak tahu nak menikmatinya dengan betul. Haa apa lagi kau orang, bookmark dan masukkan Cambugahay Falls siap-siap dalam wishlist tempat menarik untuk bercuti akan datang. Fiza kalau datang sini sekadar bergambar je kot. Tak berani nak masuk dalam air. Susah nak atasi sejenis aquaphobia ni. Setakat celup celup kaki dalam air okay lagi. Nak masuk mandi tu entah ada kekuatan tak tahu lah. Fiza is seram!


Hadiah Buku Resepi Makan Malam Romantis dari Blogger Suria Amanda

$
0
0
Sejak sebulan lebih Fiza agak aktif blogwalking semula memandangkan tak sesibuk dulu. Tapi akan kembali sibuk dalam seminggu dua lagi. Biasalah ada kerja design hujung tahun untuk persiapan tahun baru. Masa dah sibuk ni kurang sikitlah masa nak berblogwalking. Kena perah otak untuk kerja design pula. Tapi tak sibuk sangat lah pun sebab tak ambil banyak sangat tempahan. Kesian dekat diri sendiri bila otak dan badan penat, nanti dia jadi macam kecelaruan sikit.

Okay, berbalik kepada tajuk utamanya. Rezeki dengan berblogwalking ni berpeluanglah jadi top komentator blog Suria Amanda untuk bulan October yang lepas. Seperti yang dijanjikan, hari ni selamat sampai hadiahnya iaitu buku resepi makan makan romantis oleh Chef Fazalina dari Blogger Suria Amanda. Resepi yang ada dalam buku ni adalah resepi barat yang diolah cara melayu.


Dah ambil gambar semua terlupa nak ambil gambar dalam buku ni. Okay takpe, Fiza kongsikan sikit apa yang ada dalam buku ni. Mostly resepi barat yang mudah contohnya seperti spaghetti, lamb chop dan banyak juga resespi minuman yang sedap-sedap. Sesuailah dengan tema makan malam romantis tu. Agak agak nak romantis sikit makan malam tu, boleh lah cuba resepi dalam buku ni. 


Apapun terima kasih atas pemberian hadiah buku resepi yang sangat menarik ni. Semoga terus dilimpahkan dengan rezeki yang berpanjangan. Aaminn...Doakan Fiza dilimpahkan dengan rezeki yang lebih. So boleh juga Fiza sambung tradisi macam dulu bagi hadiah pada komentator yang rajin tinggalkan komen. Sedang plan juga. InshaAllah ada rezeki lebih Fiza akan teruskan. Jika tak, mungkin boleh hadiahkan design untuk header blog ke kan sementara tak sibuk. Okay tak?


Beli Water Plant Aquariuam Cambomba Aquatica Untuk Betta Fish

$
0
0
Morning peeps! Pagi ni cuaca sejuk dan mendung sikit. Barangkali nak hujan mungkin. Pagi ni menatap lama sikit rupa baru mini aquarium untuk betta fish belaan tu. Ingat lagi tak Fiza pernah letak pokok pothos dan pokok penggaga.  Pokok pothos tu okay sangat letak dalam mini aqurium tu cuma Fiza saja nak letak penggaga lepas tu. 

Tapi sayang pokok penggaga tu macam kurang sihat letak dalam tu. Tak sesuai rendam banyak air sangat kot. Semalam ajak husband pergi kedai nak beli betta fish seekor lagi untuk letak dalam balang kaca bulat sebab dalam balang tu besar sikit dan sesuai untuk mini aquarium. Asalnya balang tu Fiza letak pothos je tapi macam baru baru ni ada jejentik dan kerap tukar air, jenuh juga. 


Itu yang plan nak beli betta fish untuk prevent jejentik hidup dalam tu. At least bila ada jejentik boleh buat makanan ikan kan. Lepas tu nampak water plant yang macam cantik je, macam nak beli je. Pantang nampak benda cantik sikit. Terus  beli water plant tu namanya cambomba Aquatica. Water plant ni nampak sangat cantik letak dalam air dia akan mengembang macam dalam gambar.

Fiza beli 2 ikat water plant tu untuk 2 aquarium lah cadangnya. Tapi rupanya satu ikat tu dah banyak sangat. Seikat RM3 dah cukup dah. Hang pi beli sampai 2 ikat tu pasaipa Fiza oi! Haa itulah nampak seikat tu nampak sikit je kan. Bila letak dalam satu satu aquarium mini tu diri sendiri terasa lemas tengok betta fish tak selesa. Kalau ikan tu boleh bercakap mesti dia dah menjerit lemas lemas agaknya. Haha...


Inilah dia betta fish baru. Comel dan cantik warnanya. Disebabkan dia kecil lagi saiz dia dan duduk banglo besar sikit. Fiza sumbat banyak sikit water plant dalam balang mini aqurium ni. Nampak seronok dia main sorok-sorok celah water plant tu. Yeay! Water plant cambomba Aquatica ni kalau letak dalam aquarium besar sikit memang cantik tengok terendam dalam air tu.

Kalau ikutkan minat memang nak je ada aqurium besar dan letak oksigen gas tu. Tapi yelah, fikirkan mana nak letak dalam rumah tak berapa nak ada ruang kosong ni. Lupakan saja. Ada yang mini pun cukup dah. Lagipun lebih mudah nak uruskan. Ikut kemampuan mana yang boleh dan sesuai lah.

Tersuka Dengan Ceramic Pots KAISON

$
0
0
Sebelum nak pergi KAISON dah list out dah nak beli apa mengikut bajet. Kalau tak disenaraikan nanti lain jadinya. Almaklumlah, perempuan ni pantang masuk tempat-tempat macam ni. Sekali dah terpandang benda cantik tu, tengok harga macam ngam dengan bajet terus masuk bakul. Siapa macam ni? Haha...kejadian yang sukar di atasi sejak zaman berzaman. Kan kawan-kawan?

Kebetulan semalam husband cuti dan memang nak ke Uniqlo. Mujur Uniqlo ada di AEON Nilai ni. Kalau tak, macam biasa kena pergi ke IOI City Mall atau MyTOWN yang paling dekat biasa pergi. Kalau pergi MyTOWN kang termasuk IKEA pulak camne. Eh! Lagi besar bajet tu. AEON Nilai pun okaylah, boleh masuk KAISON. Ye tak?



Seperti yang disenaraikan, dapatlah Fiza beli 2 ketul ceramic pots KAISON ni. Tengok dalam instagram terus tersuka dan tertarik dengan saiz dan juga lukisan pada pot ni. Fiza kan suka benda seni ni, of course lah tersuka. Bukan apa, nak beli untuk letakkan snake plants dan juga pothos. Fiza nak transfer pokok-pokok dalam air yang dah berakar banyak tu dalam mini pots macam yang Fiza beli ni lah.

Sedang elok pula tu lukisan tu sama dengan apa yang Fiza nak tanam dalam tu. Sesuai sangat! Nampak lebih comel dan cantik bersama. Wahai pokok yang disayangi, dah pindah masuk pot comel tu jangan berani-berani buat-buat mati ye. Eh, terugut pula! Harap hidup membesar dengan sihat ye. Awaklah penyeri dalam rumah ni. Yang belakang tu terbeli, untuk buat props photography. Ada tujuan, jadi tak rugi membeli. Alasan!

Pageviews Merundum, Earnings Juga Merundum

$
0
0
Masuk bulan November ni, Fiza perasan pageviews blog tak berapa nak cantik secantik bulan October. Disebabkan Google algorithm berubah lagi, makanya memang memberi kesan kepada turun naik pageviews sesebuah blog tu. Nak bercakap tentang Google algorithm memang tak arif lansung lah. Cuma tahu term perkataan je lah.


Apa yang Fiza perasan pageviews merundum agak teruk menurun. Lebih kurang dalam 20-30% penurunan pageviews blog Fiza. Pageviews blog kau orang okay tak? Mulanya pelik juga kenapa performance blog kurang bagus macam bulan October. Padahal tak ada ubah coding blog dan masih kekal aktif update dan blogwalking juga.

Kemudian ada blogger share pasal google algorithm berubah. Jadi, sedikit sebanyak ada kena mengena juga lah dengan punca penurunan pageviews bulan ni. Bila pageviews merundum earnings blog juga merundum teruk. Rasa kecewa dan sedih tu of courselah ada. Lagi lagi tak pandai bab SEO, dan yang berkaitan dengan google ni. Jadi, kena akur lah.


Apa apa pun kena berbalik kepada back to classic tujuan asal buat blog. Bila fikir semula dan update something yang berguna untuk dikongsikan, rasa kecewa tu digantikan dengan kepuasan berblog. Seronok bila berblog macam dulu-dulu boleh tulis anything yang kita suka dan tak terhad kepada review sahaja.

Lagi seronok bila dapat blogwalking ke blog blogger lain. Tapi kalau dah sibuk memang tak boleh nak kata apalah. Biasanya kalau blogwalking tu Fiza akan komen secara pukal atau at least akan komen 2 entri lah macam tu. Ikut keadaan masa yang ada. Orang kata, memberi itu lebih baik kan. So kita beri mana termampu.

Sepinggan Mee Goreng Dan Secawan Teh O Panas

$
0
0
Morning peeps! Salam jumaat. Breakfast apa pagi ni? Pagi ni sempat masak mee goreng je untuk breakfast merangkap bekal untuk husband. Nak masak nasi goreng kena tunggu nasi masak dan ambil masa nak menunggu tu. Kebetulan ada mee dan husband pun dah request awal nak bawa bekal mee goreng je. So okaylah menu mee goreng je mudah dan cepat siap.


Kalau beli mee mesti beli NuMee gardenia tu sebab lebih sedap tak rasa kapur dan telah dipasteur. Memang tak beli brand lain dah. Masak mee goreng pun tak perlu letak garam dah sebab dah tambah sos cili, sos tiram, kicap pekat dan kicap lemak manis untuk pelengkap rasa. Lagipun memang suka masak kurang garam. 

Bahan pun letak apa yang ada je. Udang pun nampak seketul je muncul. Yang lain udang disebalik mee. Oh ya, lagi satu wajib tumis dengan cili padi untuk tambah rasa pedas sebab cili kisar tu guna cili kering yang tak berapa nak pedas. Melayan tekak orang johor dan nismilan ni memang wajib ada rasa pedas tu.

Pagi ni tak mengopi. Kita mengeteh O lah pula. Satu jug Teh O buat guna 2 sudu gula sahaja ye dan seuncang teh boh. Kena kurangkan manis juga dalam minuman tapi kena lebihkan manis dalam senyuman. Cewahhh..Teh O yang tak habis tu hiriskan lemon dan masukkan dalam peti ais. Dah sejuk nanti boleh minum teh o ais lemon pula kan. Bagus tak idea ni?

Awak awak semua breakfast apa pagi ni? Seronok lah dah jumaat, esok dah cuti dah. Esok plan nak balik kampung. Tak sabar! Tapi bab packing tu yang malas tu. Okay short entry je pagi ni. Eh..tak berapa nak short sangat pun. Nak sambung buat design dan ada masa baru sambung blogwaking okay.

Novel English Yang Terabai

$
0
0
Dulu pantang dengar ada BIG BAD WOLF (BBW) BOOKS mesti nak terjah sebab nak mencari buku-buku yang menarik untuk dibaca. BBW yang dulu sentiasa meriah di Serdang. Sekarang semua tempat dah ada BBW mengikut jadual. Pernah pergi di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) dan The Mines. Di MAEPS tu faham-fahamlah dia punya sesak macamana dan kena naik bas. Masa tu hujan pulak tu, memang gigih betul.

Padahal Fiza bukan jenis yang suka bersesak dengan orang ramai. Tapi entah kenapa tergerak kaki nak ke sana dengan husband (masa tu masih status boyfriend). Masing-masing memborong buku dan majalah. Bermacam-macam buku kami orang borong. Buku ilmiah, majalah dan novel kami orang beli. Ratusan ringgit jugalah keluar duit masa tu.


Sekarang ni kalau ada mana-mana BBW memang tak pergi lah kecuali kalau betul-betul ada buku yang nak dibeli. Novel novel english yang Fiza beli ni pun dah lama terabai tak terbaca. Kalau baca komik laju je habiskan sebab suka baca komik daripada novel. Komik english yang Fiza suka baca "Diary of a Wimpy Kid". Itupun dah lupa kisah dia dan tak beli edisi terkini dah.

Ikutkan kalau pergi BBW tu nak je beli borong banyak buku. Tapi entah mana nak letak tak tahu lah. Rak buku pun dah penuh. Yang masih berbalut pun tak buka lagi. Husband punya novel english pun banyak melebih daripada koleksi Fiza. Aduhaiii, sama-sama pengumpul buku sejak dulu. Sekarang ni cukup sudah. Lepas kahwin lansung tak pergi dah. Duit digunakan lebih kepada keperluan lah.

Novel english Fiza suka baca walaupun ada part yang kurang faham. Dulu beli sebab nak improve english. Sekarang ni nak cakap english dengan siapa pula kan. Novel melayu ada satu je Fiza beli "Bukan Kerana Aku Tak Cinta" sebab masa tu tengah trending Drama tu lakonan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia  Jebat dan Mastura). Pengaruh drama betul lah kan. Terbeli sebab tak sabar nak tunggu ending kisahnya.


Syiling Lama Vs Syiling Baru

$
0
0
Kalau di instagram memang bersepah komen pengumpul syiling lama (old coin collector) mencari syiling lama kononnya nak beli syiling lama dengan harga yang mahal. Awas ya! Jangan tertipu dengan komen dan jangan dilayan jika ada old coin collector yang direct message instagram yang dihantar tu. Ini adalah salah satu modus operandi mereka untuk menipu sesiapa sahaja. Jadi, kena ingat yang ini adalah scam!

Sekarang ni berbeluasa betul scammer sana sini dan pelbagai jenis taktik yang mereka lakukan. Bijak betul mereka yang menipu orang ni. Jangan sesekali terperdaya dengan janji manis scammer ni kononnya nak beli dengan harga yang mahal. Padahal ada udang disebalik batu. Harap kita semua dijauhkan daripada scammer durjana ni semua.


Ini je syiling lama yang Fiza ada. Syiling yang disimpan sebab dah tak ada nilai untuk digunakan. Simpan buat kenangan je lah. Duit syiling 1 sen tu lagilah tak laku lansung zaman sekarang ni. Kalau dulu berguna juga lah kot. Zaman sekarang pun duit syiling baru pun orang tak pandang dah. Kalau ada duit syiling tu masukkan dalam tabung je lah. Tak kuasa nak masukkan dalam purse segala syiling tu. Buat berat dan rosak purse je kan. So ke tabung je tempatnya.

Bila syiling dah penuh tabung, satu masalah nak masukkan dalam bank. Tak semua bank terima duit syiling tu. Kadang rasa macam nak maki je kalau bank tak nak terima duit syiling. Tabung Haji juga lah tempat untuk masukkan segala duit syiling dalam tabung tu. Tak faham kenapa bank susah sangat nak terima duit syiling. Malas nak kira ke camna entah? Mesin kan ada!

Tabung ni kalau penuh hampir RM1k tau! Haritu lebih setengah pun dah RM5++
Bila tak ada cash, ambil duit tabung dan biasanya digunakan membeli di pasar malam je. Peniaga pasar malam okay je kalau terima duit syiling. Tapi ada je yang shopping di mall pakai duit syiling. Jenuh cashier nak mengira. Nak buat macamana kan, sebab susah nak bank in bila bank tak nak terima. Katanya dah ada mesin cash deposit syiling tapi sampai sekarang masih tak nampak kewujudannya. Tapi tak kisah dah lah, menabung ni tetap untung. Lama-lama banyak juga.

Sebelum syiling tu hilang nilainya, lebih baik gunakan sementara masih bernilai. Kalau tak, macam ni lah jadinya. Simpan je untuk simpanan koleksi syiling lama. Okay lah tu kan buat kenangan boleh cerita kat anak cucu nanti. Kotlah nanti masa depan lansung tak ada duit syiling. dah. Mana lah tahu kan. Entah entah nanti semua main swap card je lansung tak ada cash..Heii, jauh betul fikir. Ye lah, tahun depan dah 2020 zaman kereta terbang. Eh!



December, Bulan Terakhir Tahun 2019

$
0
0
Eh, bulan December dah? Rasa macam kejap sangat je 11 bulan berlalu pergi. Kejap je dah masuk bulan December, bulan terakhir 2019. Hello December! Bila dah masuk bulan December ni rasa macam tak cukup masa je nak buat segala benda yang dihajati untuk tahun 2019 ni. Misi kurus tu memang sampai ke sudah tak tercapai. Hot hot chicken poop je lah. Tahun depan tak payah bising nak berazam kurus. Biar dia kurus sendiri je sudah. Tahu tahu dah kurus. Okay mimpi je lah dulu.

Bulan December yang menyeronokkan untuk budak sekolah boleh cuti sakan awal bulan ni kan. Hujung bulan esok dah siap sedia persiapan untuk tahun depan. Yang dah habis SPM untunglah boleh cuti lama sikit. December juga dipenuhi dengan undangan majlis kahwin dan masa untuk bercuti memasak di hujung minggu. Seronok bukan bernasi minyak setiap minggu.


Best friends are never apart
Maybe in distance but never in heart
Behind every succesful woman is a'best friend'
giving her crazy ideas ;p
Betullah tu seperti di kata. Jauh di mata dekat di hati macam tu. Tapi Fiza tak guna dah term best friends tu. Lebih suka guna 'kawan' sahaja. Biar berkawan macam biasa dan tak nak melebihi daripada itu. 



Bulan December pun ramai yang bercuti sana sini. Almaklumlah cuti sekolah dan masa ni lah nak bercuti dengan anak-anak. Fiza gerenti semua tempat-tempat menarik penuh sesak dengan orang ramai. Kalau pergi Cameron Highland musim cuti sekolah ni terpaksalah hadap jammed. Nak pergi bercuti kena pilih waktu dan tempat yang sesuai juga. Apapun marilah kita enjoy bulan december ni menghabiskan baki tahun 2019 ni.

Merah Mak Ngah Pokok Bunga Kastuba @Poinsettia

$
0
0
Fuh! Senyap 2 3hari ni tak update dan tak dapat nak blogwalking. Bila dah balik kampung memang begitulah. Kurang perhatian sikit nak menjengah media sosial. Lagi-lagi nak hadap blog. Lupakan kejap seketika sebab sesekali balik kampung memang banyak aktiviti dan kerja nak dibuat. Semalam kononnya nak update tapi kena keluar beli barang dapur. Kemudian singgahlah ke nursery bunga kejap kononnya nak mencari pokok monstera dan bayam brazil tu.

Biasanya Fiza akan pergi ke Seremban Landscape & Nursery lah sebab nursery tu besar dan banyak pilihan. Bila sampai sini mesti akan rambang mata punya. Itu lawa ini lawa. Kalau boleh semua nak! Tujuan ke nursery nak beli pokok bayam brazil sebenarnya. Pokok tak ada, benih pun habis. Kecewa sungguh! Kena beli online juga nampaknya. 


Alang-alang dah ada kat nursery tu, jalan-jalan cuci mata tengok segala pokok bunga yang cantik-cantik. Tertarik sungguh dengan pokok bunga kastuba @Poinsettia ni. Atau nama lainnya adalah Euphorbia pulcherrima. Pertama kali rasanya nampak pokok bunga kastuba ni. Itupun menggoogle juga sebab nak tahu namanya. Dari jauh dah nampak warna merah menyala. Dipadankan pula dengan pasu warna putih.  Memang merah mak ngah sangat.


Tesktur bunga ni macam baldu dan nampak macam bunga palsu tapi bunga dia adalah real dan jenis keras sikit. Tapi nak menjaganya pun macam leceh je sebab pokok bunga kastuba ni jenis pokok bunga yang agak manja katanya. Bunga cantik dan harganya pun cantik juga. Sepasu bunga kastuba ni RM28. Padanlah harga dengan bunga yang cantik tu. Fiza tak beli tapi macam bercita-cita tinggi nak beli nanti. Nanti lah, kalau terasa nak beli. Risau beli nanti mati pula tak pandai jaga.

Bunga kastuba ni orang panggil bunga natal, mungkin sebab warnanya merah menyala macam tema xmas. Tak tahu lah ceritanya. Sesuai kot buat indoor plant, sebab pokok ni tak boleh terdedah kepada matahari terus. Kena letak kat bawah tempat redup macam tu. Tapi ada baca juga yang pokok ni juga beracun. Racun yang dimaksudkan adalah getah daun. Kalau termakan tu boleh menyebabkan muntah dan cirit birit.

Jika manusia normal, memang tak lah nak makan kan. Apa hal pula nak makan daun pokok bunga. Tapi mungkin akan memberikan kesan pada haiwan belaan kalau termakan lah. Yang tu kena juga ambil kira kan. Apapun pokok bunga kastuba ni sumpah lawa!

Pokok Rosemary dan Pudina Murah

$
0
0
Cerita pokok lagi??? Musim mood bercerita tentang pokok je lah sekarang ni sebab gambar makanan pun tak berapa nak ada dalam handphone. Kekurangan mood nak ambil gambar sekarang ni. Jadi, mana gambar yang ada, kita up dulu dalam blog. Entri ni berkaitan dengan entri Pokok Kastuba yang Fiza dah update semalam. Kekecewaan mencari bayam brazil yang tak ada tu, digantikan dengan pokok rosemary dan pudina pun bolehlah.

Sebenarnya dah lama juga nak membeli pokok herba ni. Senang nak guna bila nak memasak. Dapat guna yang fresh lagi seronok dan sedap. Lagipun bila beli tu, biasanya dijual dengan kuantiti yang banyak tapi nak guna sikit je. Sudahnya lebihan tu tak tahu nak guna untuk masak apa dan membazir je kalau tak guna.


Mulanya nak beli pokok pudina je tapi nampak pokok rosemary tu macam cantik macam menarik je. Tanya harga, Rosemary RM10 dan pudina pun RM10. Okay, harga masih berpatutan dan boleh tahan murah lah kot pada Fiza berbaloi dengan saiz pokok tu. Rimbun daun dua-dua pokok ni. Itu yang macam nak sangat beli. 

Senanglah nak buat air lemon atau soda herb tu tambah daun pudina. Petik je! Nak masak spaghetti ke nak grilled ayam ke petik daun rosemary tu. Rosemary ni ada dua jenis pokok. Satu lagi yang tegak je pokok dia. Yang Fiza beli ni jenis menjalar dan bau lebih kuar daripada yang satu lagi kata pekerja nursery tu.

Letak kat ruang makan je lah, senang nak guna nanti petik je. Kalau letak luar risau tak hidup sebab kat luar tu direct terus cahaya matahari. Pokok macam ni letak tempat redup sesuailah. Pokok pudina tu kena rajin trim juga tu baru tumbuh elok akan datang. Cadang nak propagate ke pasu lain sikit kalau ada masa. Buat masa ni kena perhati perkembangan pokok dulu dengan suasana baru.

Letak kat rak ruang makan tu pun okay juga. Boleh buat dekorasi sambil menikmati bau segar daun pudina dan rosemary. Menarik bukan? Silalah tiruvasi jika suka. Pengaruh rakan sebaya sangat kan!


Biskut Gula Icing

$
0
0
Biskut gula icing ni mengingatkan nostalgia kenangan lama zaman budak-budak dulu. Mari kita back to 90's. Ke sebelum tu dah ada biskut gula icing ni ye? Sebenarnya tak berapa pasti nama sebenar biskut gula icing ni. Ada juga orang panggil biskut butang. Ada juga yang panggil biskut warna warni dan juga biskut aiskrim. Macam-macam nama ada kan. Kau orang panggil biskut apa?


Biskut gula icing ni boleh dikatakan rare jugalah zaman sekarang ni sebab susah nak jumpa juga. Masa Fiza kahwin dulu, inilah biskut yang Fiza letak dalam glass jar untuk door gift. Sekarang pun ada orang berikan biskut ni sebagai doorgift. Yang Fiza dapat ni di pack dalam plastik bungkus bentuk kon dan di ikat. Biskut ni sedap tapi tak boleh makan banyak sebab gula icing atas tu terlalu manis pada Fiza. Makan biskut bawah tu je lah.


Dulu kecil-kecil rasanya tak berapa suka makan pun tapi bila teringat nostalgia lama, teringat yang biskut ni dijual dalam tin dan biasanya beli ikut kira timbang macam tu. Zaman sekarang ni kena pergi kedai-kedai runcit lama baru jumpa biskut gula icing ni. Itupun kalau ada dijual lah. Sebut nostalgia lama ni, masih juga ada simpan majalah ujang lama. Siapa pernah baca dulu? Bila baca semula majalah ni terus terimbau kenangan lama dulu kala. Haishhh, rindu pula zaman kanak-kanak dulu.

Water Crystal Gel Untuk Indoor Plants

$
0
0
Setelah sekian lama mencari water crystal gel, akhirnya kutemui juga yang dicari. Masa pergi nursery bunga haritu, husband ada tanya kat owner kedai. Kalau tak tanya, tak tahu watercrystal gel tu ada ke tidak. Mujur jugalah husband teringat dan bertanya. 1 pack RM2.50 untuk satu cup besar pernuh. Fiza beli 3 pack sebab nak letak dalam semua balang kaca menggantikan batu-batu putih. Jadi, tak perlu topup air sangat kan.


water crystal gel/water beads/gel beads/crystal soil/ichigo soil atau hydrogel ni adalah satu inovasi dalam bidang tanaman menggantikan tanah dan juga air. Tapi tak semua jenis tanaman boleh ditanam menggunakan water crystal gel ni. Apa yang menarik sangat adalah warna warni yang memberikan unsur artistik dan menambahkan lagi seri pokok hiasan dalam rumah. Ye, Fiza ni kalau bab seni memang suka sangat. Cepat sangat tergoda!



Water crystal gel ni sebelum kembang, saiz dia kecil macam sagu tapi bila dah rendam lama dia pun besar berganda-ganda besar saiznya. Diperbuat daripada kristal polimer yang mampu menyerap dan menyimpan air. Kalau kau orang suka tanam indoor plants terutamanya yang suka letak air tu, boleh gantikan dengan water crystal gel lebih menarik dan tak perlu dah guna air. Cuma bila water crystal gel ni mengecut/mengecil, spray je atau rendam sekejap untuk kembalikan saiz dan bekalkan air yang cukup.


Settle menggantikan batu putih dengan water crystal gel. Sebenarnya macam sayang nak gantikan dengan batu putih tu. Tapi itulah, tukar jugalah nak tengok mana yang lebih bagus untuk pokok-pokok ni semua. Tapi suka sangat bila water crystal ni mewarna warnikan lagi pokok hiasan. Sesambil tu boleh nampak perkembangan akar juga. Menarik bukan?


Viewing all 8009 articles
Browse latest View live