Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all 8009 articles
Browse latest View live

Main Sahibba Aktiviti Menarik Cuti Sekolah

$
0
0
Fuhh...semalam pergi IKEA Cheras penuh sesak dengan umat manusia. Nak masuk parking pun full, sudahnya parking dekat MyTOWN lah jawabnya. Itupun syukur dapat parking dekat dengan entrance escalator. Nak masuk parking pun, mesin tiket rosak. Maka staff lah kena hulur sendiri satu persatu pada setiap kereta yang masuk.

Almaklumlah cuti sekolah kan. Pula tu hari ahad, memang penuh sesak. Faham-faham lah sendiri. Lagipun masa cuti sekolah ni lah nak bawa anak-anak satu family jalan-jalan. Sesak tu memang perkara biasa lah. Hari-hari pun sesak juga. Cuma cuti sekolah extra sesak sikit. Bagi yang malas nak bersesak tu, boleh je buat bermacam aktiviti kat rumah dengan anak-anak. 

Matilanak bila huruf vokal terlebih ni

Salah satu contoh, main sahibba. Bukan sekadar main suka-suka tapi boleh meningkatkan daya fikir anak-anak. Seronok pula haritu balik kampung main sahibba versi kanak-kanak dengan anak-anak buah. Versi kanak-kanak ni board dia kecil dan huruf pun tak banyaklah. Kalau orang dewasa main memang cepatlah habis satu pusingan game tu.

Paling untung kalau dapat banyak huruf vokal A sebab huruf A ni markah dia lebih banyak. Kalau buat perkataan panjang sekalipun kalau tak ada huruf A memang tak menang. Jenuh Fiza buat perkataan panjang². Sudahnya tak jadi juara juga. Huh! Dah lama tak main sahibba ni sebenarnya. Mencabar minda sungguh kalau dapat huruf yang susah nak dibuat perkataan atau sambung daripada huruf yang ada atas board tu. 


Permainan sahibba ni aktiviti santai sambil berfikir yang menyeronokkan. Sesekali lupakan gadget tu, main sahibba pun seronok juga. Boleh repeat nak main lagi selagi tak pegang title juara. Haa Fiza lah tu. Sampai 3 kali menang baru puas hati. Haha, tak pasal anak buah kena melayan mak buah pula. Okaylah tu, at least tak leka menghadap gadget je kan. boleh juga belajar perkataan baru. Bila seronok main sahibba, terasa macam nak beli sahibba pula. Hei, pengaruh sangat tau!


Resepi Kerabu Mangga Lemak Manis Masak Cara Fiza

$
0
0
Siapa je tak suka kerabu mangga kan. Mostly semua orang suka kerabu mangga. Yang tak suka tu mungkin kurang gemar dengan campuran bahan-bahan yang ada. Lain tekak lain citarasanya lah. Resepi kerabu mangga antara resepi kerabu paling mudah orang kata. Rajin tak rajin je lah nak membuatnya. Bila ada mangga lemak manis separa masak yang husband beli kat pasar malam tu. Maka, merajinkan diri kejap buat kerabu mangga.


Kerabu mangga pun ada berbagai versi. Ada yang letak udang kering, ada yang letak sos ikan dan bermacam lagilah. Fiza gunakan bahan-bahan yang ada je kat dapur tu. Cuma tambah ikan bilis garing sikit je lah. Nak letak boleh tak nak letak pun boleh.

Bahan-Bahan
(Hidangan untuk seorang)
1/2 biji mangga lemak manis (diracik halus)*
1/2 biji bawang merah rose (dihiris nipis)*
4 tangkai cili api (dipotong kecil)*
secubit garam*
1 sudu camca gula perang*
7 ekor ikan bilis digoreng garing
5 biji kacang tanah (beli yang sedia untuk dimakan-ditumbuk kasar)

Cara-Cara
Masukkan ke semua bahan-bahan yang bertanda * ke dalam satu bekas dan gaul rata. Taburkan ikan bilis dan akhir sekali taburkan kacang tanah. Siap! Mudah bukan? Bila guna mangga lemak manis ni rasa dia tak masam dan lagi sedap berlemak tu ditambah dengan kerangupan mangga tu. Guna mangga epal pun sedap sebab rangup.



Makan begitu je tanpa nasi pun sedap juga. Lengkap ada rasa masam manis dan pedas macam tu. Tambah sedap bila ada kerangupan ikan bilis goreng dan kacang tanah tumbuk kasar. sedap! Selamat mencuba.

Epal Hijau Bantu Turunkan Berat Badan

$
0
0
Tahu tak kau orang yang epal hijau ni boleh membantu turunkan berat badan. Mereka yang amalkan diet seimbang atau pemakanan seimbang yang sihat mesti tahu tentang kebaikan pengambilan epal hijau ni. Buah epal ni dikatakan mengandungi nilai kalori lebih rendah, ada pelbagai jenis mineral/vitamin dan tinggi kandungan serat. 

Sebab itulah pengambilan epal hijau ni sangat digalakkan untuk mereka yang ingin turunkan beat badan. Kadang tu rasa cepat kenyang bila makan sebiji epal hijau ni. Digalakkan juga makan sekali dengan kulitnya sebab ada kandungan vitamin C pada bawah kulit epal hijau tu. Tapi memang taklah nak makan kulit sekali. Sebab setahu Fiza lah, ada lapisan lilin pada bahagian luar kulit. Biasalah buah import kan, untuk kekalkan buah maintain elok.


Buah epal hijau ni agak masam. Untuk kau orang yang ada gastrik tu jangan makan ye. Nanti memudaratkan pula. Dan yang suka makan pun jangan makan melebihi had sebab kadar gula pun perlu dijaga.Tapi serius lah, bila makan epal hijau ni rasa sistem percernaan tu lebih bagus. Baguslah untuk mereka yang ada masalah sembelit tu.

Jadi, betullah tu orang kata epal hijau ni sesuai untuk diet dan turunkan berat badan. Kesimpulannya epal hijau ni tinggi serat, kalori rendah, bagus untuk pencernaan dan cepat kenyang. Tapi kalau ambil epal hijau semata-mata boleh turun berat badan tak? Apapun cara pengambilan tu kena betul.  Jangan pula makan epal hijau dengan kuah rojak. Itu memang salah! Bukan turun berat badan tapi tambah selera makan. Hihi...

Susu Bagus Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

$
0
0
Gambar semalam tapi baru harini sempat update hari ni. Apa ada hal kan. Minum susu tak? Fiza ni peminat susu Nombor 1! Tapi susu lembu je lah. Susu kambing lansung tak boleh nak lalu kat tekak ni ha. Ada sesetengah orang lansung tak lalu nak minum susu. Ada juga yang boleh minum susu tapi perlu dicampurkan dengan makanan lain contohnya seperti cereal. Kau orang kategori yang mana satu?

Sebenarnya susu ni sangat bagus kalau diamalkan setiap hari. Seperti bayi, perlukan susu setiap hari bagi membekalkan nutrisi penting untuk tumbesaran yang lebih sihat. Orang dewasa juga memerlukan khasiat susu untuk kuatkan tulang. Tapi jika terlebih pengambilan susu akan memudaratkan hati. Suka macamana pun memang tak boleh over limit.


KANDUNGAN NUTRISI DALAM SUSU

  • Kalsium
  • Vitamin D
  • Mengandungi ketiga-tiga mikronutrisi  iaitu karbohidrat, protein dan lemak.
  • Vitamin A, B,C D,E dan K.
  • Potassium
  • Fosfat
  • Folate
  • Zat besi


KHASIAT SUSU

  • Membantu mengawal tekanan darah
  • Mencantikkan rambut dan kulit.
  • Membantu imunisasi badan.
  • Membantu proses penghadaman.
  • Membantu tumbesaran yang sihat.
  • Baik untuk pembinaan dan ketahanan tulang dan gigi.

Bagus kan amalkan minum susu setiap hari. Bila ada bajet lebih sikit okaylah beli stok susu pek kecil 6 kotak tu. Sehari satu kotak. Suka beli jenama goodday sebab susu dia lebih sedap, pelbagai perisa susu dan harga juga lebih murah. Kadang beli yang susu kurma, green tea atau honey. Itu antara perisa yang Fiza akan beli. Eh, yang Farm Fresh pun sedap giler kot susu kurma dia. Sebotol tu sekejap boleh habis. Tapi itulah, harga boleh tahan juga kan.

Dalam bidang kecantikan pun banyak juga produk yang berasaskan susu. Di spa pun ada menyediakan perkhidmatan mandi susu untuk memutihkan dan menyihatkan kulit. Untunglah dapat bermandi susu. Macam best je untuk dicuba jika ada peluang, why not! Tapi itulah, rasa sayang pula nak mandi susu. Setakat gunakan produk berasaskan susu tu pernah juga lah. Kau orang pernah mandi susu?

Sumber : bharian 

Musim Hujan Dan Banjir

$
0
0
Musim hujan guys. Dimana-mana pun sejuk sekarang ni. Air paip pun sejuk lain macam betul sejuk dia. Bila mandi, ketap gigi menahan kesejukan air bak air terjun tu haa. Ada water heater pun tak boleh diharapkan. Dah lama rosak, entah bila nak tukar baru tak tahu lah. Sejak water heater rosak dah memang jarang mandi air panas, lagi -lagi sejak musim panas terlampau sebelum ni. Macam tahu-tahu je bila masa nak rosak tu.

Seperti biasa, bila hujung tahun ni mulalah musim tengkujuh. Hujan lebat setiap hari dan bila hujan turun tanpa henti, mulalah banjir. Tengok kat facebook pun dah ramai yang share gambar-gambar banjir di Pahang dan Johor. Risau betul lah kalau banjir kat Segamat tu. Air sungai pun naik hampir ke jambatan. Bahagian kaji cuaca pun ada keluarkan notis yang hujan sampai 31 Disember ni. Lagilah bertambah risau.


View hujan dari tingkap dapur, risau tengok hujan setiap hari

Harap-harap tak berlaku banjir besar dan tak berlaku sebarang kejadian yang tak di ingini. Musim hujan ni, kena lebih berjaga-jaga dimana berada dan bawa kenderaan pun kena lebih berhati-hati terutamanya yang naik motor. Lagi satu, musim cuti sekolah jangan dibiarkan anak-anak mandi di kawasan yang dinaiki air. Memang lah seronok main air tapi kena tegah sebelum jadi apa-apa. Kena beringat Selalu.

Cuti sekolah pun ada banyak majlis kahwin kan. Yang mana majlis tak dibuat di dewan tu kena bersabar lebih kalau majlis musim hujan ni. Hujan atau banjir itu semua dugaan dan majlis perlu juga diteruskan ikut mana yang boleh dibuat. Semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga semuanya selamat dan baik baik je. Aminnn...

Apa yang bestnya musim hujan ni adalah cuaca sejuk. Bila cuaca sejuk, boleh jimatkan penggunaan air cond. Nak buka air cond pun rasa macam "Eh, tak payah lah". Belum buka air cond pun dah sejuk kemahen tau! Ni kalau duduk dalam selimut tebal pun masih sejuk. Siap berstokin bagai lagi. Yang tak bestnya, perut asyik minta makanan je. Asal hujan je lapar, asal lapar je hujan. 

Straw Straw vs Stainless Steel

$
0
0
Plastik, sampah yang paling banyak dibuang dan dijumpai setiap hari. Bagus juga Malaysia menjalankan kempen tanpa beg plastik untuk kurangkan pembuangan sampah plastik yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar. Disebabkan pencemaran dari sampah plastik juga boleh memberikan kesan buruk kepada hidupan yang lain.

Salah satu kes yang berlaku, penyu tercucuk straw plastik tu. Mungkin banyak lagi kes yang boleh membunuh hidupan yang lain. Straw juga antara sampah plastik yang paling banyak dibuang di pantai-pantai kan. Disebabkan kes itu jugalah kerajaan telah melarang penggunaan straw plastik. Tapi masih ada je yang menjual air gunakan straw.

Buat masa ni negeri Selangor je lah kot yang melarang 100%. Setakat ni, masih ada yang menjual minuman sekali dengan straw plastik tu. Macam agak susah juga sebenarnya nak minum tanpa straw. Kalau minum di kedai mungkin tak ada masalah. Tapi kalau jenis menjual minuman air berbungkus tu susah juga ye tanpa straw. Mari bayangkan minum boba tanpa straw.


Straw Kertas

Bila dah dilarang guna straw plastik tu, boleh lah kot bertukar kepada straw kertas. Memang ada sesetengah premis perniagaan dah mula gunakan straw kertas. Bila guna kertas ni, lebih mudah dilupuskan. Tapi yang kurang bagusnya, jenis kertas ni tak mampu bertahan lama jika dibiarkan lama dalam air. Kena habiskan air sebelum kertas straw mengembang bertukar bentuk dan menjadi serpihan kertas. Tak pasal minum air bercampur kertas pula. 

Straw Stainless Steel

Jadi, untuk menyelesaikan masalah itu. Adalah lebih baik kita siap sedia sediakan straw stainless steel. Jenis stainless steel diperbuat dari keluli tahan karat yang sesuai untuk gred makanan. Lebih selamat digunakan dan lebih tahan lama. Boleh letak dalam kereta dan handbag untuk kegunaan bila pergi kemana-mana.

Tapi pastikan jugalah kebersihan straw terjaga. Pastikan juga beli sekali dengan berus untuk mencuci straw. Fiza beli straw kat MR. DIY je. Harga RM5.++ untuk 6 batang straw berserta berus comel tu. Okay sangat kan! Beli sekali straw kertas untuk props photography kononnya. Comel pula tengok straw kertas bercorak tu. Kalau ada pelbagai corak lagi bagus. Nak guna sikit je tapi tak ada pek kecil. Terpaksalah beli satu pek banyak macam tu.

Kalau beli minuman berbungkus tu pastikan buang straw plastik di tong sampah. Jangan buang merata-rata. At least kalau dibuang di tong sampah tu, boleh juga lah diasingkan plastik semua tu dan alam sekitar pun tak tercemar. Hidupan lain pun tak terkesan dengan pembuangan sampah di tempat yang betul. Paling penting, kena ada usaha untuk buang sampah di tong sampah tu sebenarnya. Kalau buang sampah dalam tong sampah pun tak tahu, tak tahu nak katalah.

Oreo Red Velvet

$
0
0
Mengancam betul warna red velvet. Sudah warnanya red, pasti menggoda mata yang melihat. Sebut red velvet mesti terbayang red velvet cake dengan cream cheese tu. Alahai, kalau dapat sepotong pun tak cukup. Entah kenapa suka sangat dengan apa pun makanan yang ber 'red vevet'. Baru-baru ni Oreo ada keluarkan Oreo Red Velvetspecial edition katanya. Baru tak baru sangat lah kot.


Ramai yang dah cuba Oreo Red Velvet. Tapi Fiza baru ada rezeki merasa sebab baru tahu hanya dijual kat 7E sahaja. Patutlah tak jumpa. Sejauh mana  fakta tu Fiza tak pasti. Mungkin ada juga di jual dipasaraya lain. Tapi kat 7E confirm ada kalau masih ada stok lah. Tak silap Fiza Oreo Red Velvet ni pun keluaran edisi terhad sempena perayaan. Ala, janganlah keluar sekejap je. Mohon jual teruslah please...

Dah lama teringin nak merasa, bila dapat tu dia punya suka lain macam. Nak makan pun rasa sayang macamana. First, suka betul dengan warna merah tu. Second, suka dengan filling cream cheese yang sangat sesuai dengan rasa biskut oreo red velvet. Manis? Of courselah rasa manis. Oreo dan kemanisan krim dia tak dapat dipisahkan! Tapi manis manis pun sekali kunyah dengan biskut tu rasa kemanisan tu kurang sikit lah. Just nice! Cuma tak boleh nak makan banyak.



Tapi bau biskut tu buatkan rasa macam nak makan lagi. Hiks. Biskut Oreo cicah dengan susu lagilah sedap. Kurang keras bila nak gigit tu kan. Agak lama sebenarnya tak makan biskut oreo. Last entah tahun bila pun tak ingat. Tapi bila keluar oreo red velvet ni kemain teringin nak makan biskut oreo. Peminat red velvet lah katakan. Haruslah nak cuba juga. Lagipun terpengaruh juga dengan rakan sebaya blogger yang lain. Pengaruh lah sangat kan. Padahal diri sendiri yang nak makan tu.

Lauk Kampungan

$
0
0
Lama nau menyepi tuan blog ni tak update apa. Bukan bercuti ke apa cuma sibuk dengan kerja-kerja design. Almaklumlah, nak masuk tahun baru banyak benda nak kena baru kan. Bila dah fokus dengan kerja design, blog pun terabai lah kejap. Okay, I'm back again selepas beberapa hari menyepi. Mari mulakan dengan entri lauk kampungan.

Lauk kampungan yang dimaksudkan adalah lauk kampung. Dari mana datangnya perkataan 'kampungan' tu entahlah. Wujud ke tidak dalam kamus dewan agaknya ye? Pengaruh daripada drama 'kampung people' pun ye jugak ni. Keluar segala slang yang entah apa-apa. Salah satu lauk kampung yang sedap adalah labu masak lemak.



Lauk labu masak lemak ni mudah je nak masaknya pun. Orang kata campak-campak dah siap. Didihkan air, masukkan potongan bawang merah, serai yang diketuk, ikan bilis, garam sikit, serbuk kunyit sikit dan serbuk lada hitam sikit. Dah empuk sikit barulah masukkan santan dan kacau sampai masak supaya santan tak pecah minyak. Kalau malas, kecikkan api dan biar sampai masak pun boleh. Cili merah tu terpulang samada nak letak atau tak.

Daun kunyit tak ada dan udang kering tak ada pulak kat rumah ni. Gantikan je lah dengan ikan bilis dan serbuk daun kunyit. Mana ada je lah. Biasanya orang makan labu masak lemak dengan ikan masin dan sambal belacan. Ikan masin tak ada, bendi buat ulam cicah sambal belacan pun bolehlah. Alahaii sedapnya menikmati lauk kampungan untuk hidangan makan tengahari ataupun malam.

Jarang masak labu masak lemak ni sebab husband tak makan labu. Macam rugi pulak masak untuk sorang je kan. Bila balik kampung je baru rasa lauk kampungan macam ni. Tapi bila teringin tu, masak sendiri je sudah. Banyak lagi yang boleh dibuat dengan labu ni. Boleh buat pengat, buat cekodok, keria, lepat dan lain-lain. Tapi lauk labu paling favourite lah. 


Islamic Planner Twenty Twenty The Wife & Co

$
0
0
3 hari lagi tahun 2019 akan tamat ceritanya. Nak masuk tahun baru twenty twenty dah! Tak sabar nak tengok kereta terbang. Dulu zaman kanak-kanak kemain menantikan wawasan 2020. Tapi bila lagi berapa hari nak masuk wawasan 2020 terasa macam terasa mencabarnya tahun akan datang. Terasa tak macam tu? Bila masuk tahun ni tak tahu nak excited atau nak apa dah, just go with the flow.

Bab azam tu simpan dulu. Sebelum masuk tahun baru,macam biasa Fiza akan beli islamic planner daripada The Wife & Co. Ini masuk tahun kedua dan kali kedua Fiza pilih planner The Wife & Co. Islamic planner 2019 cover hitam, twenty twenty ni Fiza pilih cover putih bersih. Tahun ni The Wife & Co ada cover kulit tapi Fiza lebih suka dengan transparent PVC cover ni. 


Selain menggunakan high quality PVC Cover dengan butang, dilengkapi dengan pembaris juga. Tahun ni dapat sekali free gift, 2 batang pen dan juga sticker emoticon yang comel-comel. Suka gila dengan benda comel-comel ni. Dah dapat benda yang comel ni rasa sayang nak guna. Pulak dah!


Untuk tahun ni Fiza perasan The Wife & Co bertemakan pinkish. Yeay! Sangat kena dengan jiwa dan raga seorang sihatimerahjambu. Dan Fiza sangat sangat suka dengan setiap graphic dalam setiap planner ni yang sangat menepati jiwa seni juga. So, that's why lah tak lepaskan peluang dapatkan juga planner yang super cantik ni.


Ini antara beberapa pages yang ada dalam planner twenty twenty The Wife & Co. 

Goals setting ideas & Goals

Goals setting guidelines

Tahun lepas savings Challenge Fiza tak mencapai KPI yang ditetapkan. Tahun depan harap-harap berhasil lah cabaran menabung untuk kehidupan yang lebih semakin mencabar ni. Aduh aduh aduh. Apeni? Bertabahlah ye. Marilah kita menabung untuk masa depan.

savings challenge & montly budget

Ramadhan planner & Checklist

Monthly cover

blank pages
Cantik bukan? Bukan cantik semata-mata tapi sangat berguna lah untuk merancang dan menulis apa yang perlu. Pada Fiza, planner ni sangatlah membantu untuk rekod segala apa yang perlu dan merancang apa yang akan kita lakukan. Nak ingat semua benda memang taklah kan. Paling penting kena rajin menulis lah ye. Kalau ada planner tapi malas menulis tak guna juga kan. Jangan hot hot chicken poop sudah.

Opss, lupers pulakss (terjebak dengan slang Lailer dalam Kampung People). Untuk pembelian planner ni, kau orang boleh terjah instagram @The Wife & Co. Tak pasti ada lagi ke tidak balance ready stock sebab date pre-order dah tamat dah. Boleh terus tanya pada owner, bukan tanya Fiza okay.

Cuaca Kembali Cerah

$
0
0
Morning! Eh dah nak tengahari dah pun. Kelambatan lagi nak update blog dok sibukkan hal lain tapi sempat lah bayar hutang blogwalking mana yang mampu. Alhamdulillah cuaca nampak baik dan nampak cerah dua tiga hari kebelakangan ni. Mendung tu mendung juga tapi tidaklah hujan lebat seperti biasa. 

Dengan cuaca yang semakin baik ni syukur sangat sebab kalau hujan berterusan dah tentu akan menyebabkan banjir. Banjir kilat pun satu hal juga. Apapun keadaan kita kena belajar bersyukur selalu. Tengah bercuti bila musim cuaca sedang elok ni seronok lah berjalan sana sini menghabiskan cuti sekolah, cuti hujung tahun dan cuti tahun baru. Banyak pula cutinya kan!


Minggu ni dah start lah parents sibuk buat persiapan dan dah mula minggu orentasi sekolah mana-mana anak yang baru masuk sekolah tu. Kalau dah ada anak ni, tengah sibuk sama buat persiapan. Masanya belum tiba lagi. Rezeki akan datang, mana tahu Allah nak bagi kembar 2, 3 empat ke kan. Sekali meriah hantar anak sekali ramai-ramai. 

Okay short and quick entry je harini. Otak buntu dah ni nak mengarang ayat. Kena stop dulu nak kena simpan otak untuk kerja design yang masih ada untuk disiapkan. Harap ada idealah nak mendesign dan semoga dipermudahkan kerja kerja design. Nak kena siapkan sebelum cuti nak balik kampung. Kita baru nak cuti awak. Cuti balik kampung je pun.

Terima kasih yang sudi singgah sepanjang blog ni kesepian. Lepas ni Fiza akan balas kunjungan kau orang ye. Yang mana rajin singgah dan belum ada header tu, meh tepek url blog dan berikan apa yang nak ditulis kat header.Sekali bagi email okay. Mana yang Fiza rasa Fiza nak buatkan header simple tu Fiza akan buatkan header for free. Simple yang Fiza maksudkan adalah tulisan sahaja. Tapi tak boleh lah nak request nak macam tu macam ni. Kalau nak request itu ini kena buat tempahan berbayar lah. Hihi.

Blog yang terpilih tu tak pasti nak pilih berapa. Ikut masa yang Fiza ada untuk buat. Harap yang tak terpilih tu jangan berkecil hati ye. Cakap awal-awal ni. Blog yang takde header diutamakan. Terima kasih. Tapi kalau nak cuba nasib pun aci juga lah. Takde masalah nak letak url blog. 

Imbasan #bestnine2019. Struggle Is Real!

$
0
0
Tengah counting hours ke tu? Fuhhh... Nak masuk tahun baru dah. Nak mengimbas setahun 2019 tersangatlah banyak dari January sampailah hari ni. Jadi, buat rumusan je lah untuk tahun tersangatlah struggle dalam semua hal. Sejak bertukar kerajaan ni terlalu banyak perubahan dan banyak budget yang telah dikurangkan. Maka, terkesan juga dengan hal tu. Tambah lagi dengan perbelanjaan dan harga barang yang semakin naik tak turun turun tu. Suara rakyat, siapa je yang ambil peduli kan.

Maka, ber huhu je lah kita meneruskan kehidupan. Selagi usaha, inshaAllah ada rezekinya. Tahun ni sekali lagi di uji dengan hal family, abah semakin lemah disebabkan kanser dah semakin merebak. Hari hari doa supaya abah diberikan kekuatan dan Allah kurangkan sakit abah.  Semoga abah kembali sihat. Aaminn..Hari hari mengadu sakit, tak boleh tidur dan macam-macam lagi lah. Fahamlah orang sakit ni mood dia akan berubah-ubah bila datang sakit menyerang tu. Kita ni kalau tak dapat balik kampung, mood kita pun akan terkesan sekali.


Yes, struggle is real untuk 2019 ni. Bestnine pun dipenuhi dengan produk review je. Mostly produk Althea je lah. Nama pun Althea Angels kan. Sejak beberapa bulan lepas Fiza tak kerap sangat buat produk review sejak Althea Angels sepi. Entah lah, kalau dapat offer melalui email untuk review produk skincare dan supplement Fiza agak memilih. Agak-agak produk yang tak selamat digunakan tu memang taklah Fiza nak review. Dan kalau yang hanya bagi produk tanpa bayaran tu, tolak tepi lah sebab kerja perlukan bayaran juga. Terpulang pada masing-masing lah. Fiza bercakap bagi diri Fiza je. 

Sampul duit raya tu tahun ni sangat menggembirakan lah sebab tempahan paling banyak dan berpeluang masuk paper online dan juga akhbar bercetak tu haa. Popular sekejap! Sampai tak cukup tangan dan tak cukup rehat membuatnya. Alhamdulillah, tempahan berjaya dibuat sebanyak 3000 lebih sampul duit raya tahun ni. Jenuh tak jenuh nak buat manual tu. Potong dan lipat sendiri bukan guna mesin tapi guna tangan sendiri. Syukur husband ada membantu. Ye lah, susah senang bersama kan.

Eh, terpanjang pulak ceritanya. Banyak rupanya nak diceritakan ni. Ingatkan nak cerita pendek je. Haa itulah bila perempuan dah mula mengarang ayat, serupa membebel kaedahnya. Okay, itu je lah kot rumusan imbasan untuk 2019. Harap tahun depan tak struggle macam tahun ni dan harap ada berita yang menggembirakan.

Happy Twenty Twenty

$
0
0
Happy Twenty Twenty sekalian. Okay dah boleh mula menulis date 1 January 2020. Tak boleh dah tulis 1.1.20 ye. Kena tulis 1.1.2020. Kalau tulis belakang tu 20 je boleh ditambah angka nanti. So hati-hati menulis tarikh tu mulai hari ni untuk tahun ni je. Apa azam tahun baru? Bosanlah soalan cliche tu. Balik balik azam nak kurus yang tak mengurus tu. By the way, ada nampak kereta terbang? Pasal kereta terbang pun dah boleh move on juga. Bawa kereta atas jalan raya pun tak berhemah, inikan nak bawa kereta terbang. Lambatttt lagi!

Well, happy twenty twenty! Tepat jam 12 hanya kedengaran beberapa je das tembakan bunyi bunga api. Lepas tu senyap sepi. Agaknya kurang meriah kot kat sini. Duduk rumah memang tak merasa lah kemeriahan bunga api. Kalau sambut tahun baru kat luar pergi dataran mana-mana yang ada event countings tahun baru tu barulah suasana meriah kot. Meriah atau tidak, masih sama.



CUTI BULAN JANUARY 2020

Eh, hari pertama dah tengok cuti kan. Banyak juga ye cuti bulan January ni. Boleh merancang cuti awal ni. Ke dah siap-siap merancang dari tahun lepas? Kau orang memang hebatlah dalam bab bab cuti ni. January ni ada majlis besar dalam family, anak buah nak kahwin dalam salah satu tarikh cuti ni. 

1 Jan- Tahun Baru Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
14 Jan- Hari Keputeraan YDPB N. Sembilan N. Sembilan
25 Jan- Tahun Baru Cina Semua Negeri
26 Jan- Tahun Baru Cina Hari Kedua Semua Negeri
27 Jan- Cuti Tahun Baru Cina Semua Negeri kecuali Johor & Kedah

Rasanya January ni pun dah mula sale sempena Tahun Baru Cina. Haiyaa, makin menyusut duit awal tahun ni. Yang mana nak siapkan persekolahan anak-anak lagi, persiapan raya lagi kan. Tapi takpa, rezeki bonus kan ada. Tahun ni ada lagi ke BSH tu? Ke dah tak nampak batang hidung dah. Tak ada kecoh kecoh khabar berita pun. Menantikan yang baik baik je lah untuk 2020 yang lebih mencabar ni.

Sambal Tempe Jawa

$
0
0
Sebut tempe je mesti ingat jawa je kan? Asal tempe je jawa, Asal jawa je tempe. Eh, tak jawa pun suka sangat makan tempe. Salah seorang peminat tempe tu Fiza lah. Kau orang minat tempe tak? Tempe masak apa dan campur dalam apa apa menu pun sodap! Peminat tempe mana boleh kata tak sedap. Buat lauk boleh buat hidangan petang tempe goreng cicah sambal kicap lagilah sedap. Johor style kalau cicah sambal kicap ni. #doneclaim.

Selain tempe goreng yang sedap tu, kalau dibuat lauk kebiasaannya akan masak sambal tempe dengan ikan bilis dan kacang tanah tu. Style orang jawa pulak macam biasalah sambal tempe jawa. Resepi Fiza masak ikut suka, memang derhaka dengan resepi original javanese people. Suka juga masak sambal tempe jawa ni kalau ada stok tempe. 


Hidangan ni sangat sesuai dimasak ketika sedang malas nak masak lauk lain. Lauk yang satu ni je pun dah cukup untuk hidangan kami berdua suami isteri. Kadang tu buat ratah lauk je. Tapi dalam malas-malas pun kira rajin juga lah nak menyediakan sepinggan lauk sambal tempe jawa ni. Nampak mudah tapi leceh sebenarnya nak sediakan bahan-bahannya.

Nak kena goreng tempe dan ikan bilis dulu. Kemudian barulah boleh menumis dan satukan semua bahan-bahan. Nak menunggu tempe tu masak dan ikan bilis garing pun ambil masa juga tu. Seleceh-leceh nak menyiapkan hidangan, dapat sediakan lauk favourite terus lupa segala kelecehan. Kiranya lauk malas-malas rajin namanya. 

Harini macam malas nak kongsi resepi sebab tak tahu resepi original dia macamana kan. Takut salah resepi original, marah orang jawa kang. Hihi..gurau je. Yang sebenarnya malas nak menaip resepi. Google je dah boleh dapat pelbagai jenis cara masak sambal tempe jawa ni.

Baru Nak Terjebak Tanam Bayam Brazil

$
0
0
Sekarang musim orang tanam bayam brazil agaknya kot. Dah tu, tak kan tak tengok saja. Baru nak terjebak tanam bayam brazil ni. Sebenarnya dah lama berhajat nak tanam bayam brazil sejak trending baru-baru ni. Entah dari mana mula viral dan trendingnya tak tahu lah. Tak pasal nama bayam brazil menjadi pujaan ramai ye. Disebabkan Fiza ni pencinta sayur, jadi memang kena dapatkan lah bayam brazil ni. Selain dimasak, sedap juga dibuat ulam kalau ikut kata-kata netizen lah. Entah iye entah tidak.

Oleh kerana masih memegang title pencinta sayur. Pulun lah pergi cari kat nursery bunga tu. Anak benih pokok habis katanya. Yang benih untuk ditanam pun habis juga. Okay, fine! Tak putus asa, cari kat shopee yang berakhir tanpa checkout. Duduk senyap dalam cart je lah. Kejap nak kejap tak nak, macam tu lah perasaan dia. Lebih senang terus beli dan dapat kalau beli tanaman ni. 


Balik kampung Segamat, saja cuba jengah nursery yang terdekat. Finally, dapat juga beli bayam brazil ni ha. Rezeki balik kampung juga ni. Stok pun tak banyak ada beberapa je dan inilah je lah yang Fiza rasa macam elok sikit. Nak buat makan pun kena tunggu generasi kedua lah itupun kalau tumbuh elok. Tapi katanya bayam brazil ni cucuk gitu dalam tanah pun senang hidup. Kita tengoklah macam mana kejadiaan dia selepas ni.

Fiza beli kat SK Nursery Jalan Pemuda Segamat. RM5 sepasu. Kira murahlah ni walaupun kat shopee ada lagi murah bawah RM5 tapi kalau termasuk pos jadi mahal semula lah. Pulak tu kos pos lebih mahal dari pokok. Tapi kalau semata-mata nak beli pokok nan sebatang tu baik tak payah check out. Beli kat kedai je terus senang.

Apa rasa bayam brazil ni? Sama je ke rasa bayam biasa atau yang merah tu? Macam dah bertahun dah Fiza tak makan bayam. Bayam ni biasa orang masak tumis air je. Atau ada yang panggil masak bening. Harap ada rezeki lah merasa bayam brazil. Nak masak tumis dan nak cuba buat ulam makan begitu saja. 

White Anthurium

$
0
0
Balik kampung tak sah kalau tak membelek-belek segala pokok-pokok bunga mak. Sedap mata memandang tengok hasil tanaman mak menjadi je semuanya. Pokok bunga pun seronok je hidup kat kampung. Tanah luas dan hidup pun lebih bahagia daripada duduk dalam pasu je. Kat bandar ni faham sendiri lah laman rumah yang tak berapa nak luas dan tak berapa nak ada tanah. Tanam pun tetap kena dalam pasu. 

Bila dah membelek tu, tak sah juga tak berkenan. Ada je berkenan dan mana yang mudah nak ambil benih tu siap-siap minta kat mak. Mak pun siap suruh bawa pasu sekali. Haa, sekali pakej pasu mak bagi tu. Itu kalau ada extra bunga dalam pasu lain. Terperasan ada satu spesis pokok keladi tu dah berbunga. Bunga pun satu je. Namanya White Anthurium. Cantik bukan?


Sempatlah shoot white anthuriuam tengah mekar kembang ni. Kalau berbunga banyak lagilah cantik. Pokok bunga spesis keladi ni memang cantik-cantik kan tapi macam susah jaga je. Kena letak tempat yang redup je. Tak boleh letak tempat panas yang terus kena cahaya matahari.

Agak leceh juga nak jaga pokok ni. Tapi spesis anthurium ni boleh juga letak dalam balang air kalau malas nak tanam guna tanah. Nak cuba jugalah cari yang jenis renek dan warna merah letak dalam balang kaca pun cantik buat indoor plant sebagai dekorasi dalam rumah. Okay juga idea ni kan?

Crispy Crab

$
0
0
Cakk! Lama menyepi tuan blog ni. Sibuk teruk dengan segala urusan sampai blog terabai. Nak update media sosial pun hilang mood. Alhamdulillah dah semakin reda segala urusan, barulah ada masa nak update sikit. On the way balik Segamat dari Hospital Sultan Ismail JB bawa abah appointment doktor, macam biasa singgah Ayer Hitam nak shopping apa yang patut. Tempat wajib singgah kalau balik.

Kalau singgah mesti beli nanas dan kerepek-kerepek nak bawa balik. Terpandang pulak crispy crab yang nampak macam sedap. Sebelum ni pernah nampak ada orang buat sendiri cuma diri sendiri nak buat tu belum cukup rajin lagi. Bila dah nampak depan mata tu, terus beli lah. Nak tunggu apa lagi kan? 


Crispy crab ni dijual dalam balang besar dan harga RM20. Berbaloi lah kot harga dengan kuantiti yang dijual tu. Fillet ketam tu pun dah sedap apatah lagi bila dijadikan kerepek. Memang sedap! Tambah pulak digoreng dengan daun kari. Cuma kurang rasa kari, lagi sedap kalau selepas goreng tu ditabur dengan flavour spicy ataupun kari. Mesti lagi sedap.

Nak tambah segala flavour tu kenalah buat sendiri kan. Tunggu mood rajin tu entah bila nak buat sebab bila dah sibuk dan penat, kerajinan tu mulalah senyap senyap menghilang. Mujur tak hilang terus. Nak buat crispy crab ni pun hanya perlu koyak-koyakkan fillet ketam campurkan dengan serbuk cukup rasa, serbuk kari, white pepper.

Kemudian goreng dalam minyak yang panas sampai garing dengan daun kari. Dah siap, angkat dan toskan. Siap dah boleh dimakan. Cuma itulah, kalau nak buat sendiri ni kena rajin. Kalau tak, beli je lebih senang. Tak gitu?

Fakta Atau Auta Tentang Mandarin Orange

$
0
0
Morning! Haa, tenggelam timbul tuan blog. Sibuk tak boleh bawa bincang dah sekarang ni. Kejap ada kejap tak ada je ni. Permulaan bulan januari tahun baru yang tak berapa nak indah. Sibuk dan tak cukup rehat lansung. Adududu..Bertabahlah hadapi dugaan hidup ye. Hari ni ada masa sikit bolehlah update dan blogwalking kejap. Berapa hari je lagi nak masuk Tahun Baru Cina. Dalam kepala masing-masing dok fikir cuti. Tapi sebab Tahun Baru Cina/ Chinese New Year ni jatuh pada hari sabtu, maka tak berapa nak rasa cuti sangatlah kan.

Kau orang suka makan buah Mandarin Orange/Limau Mandarin tak? Kalau dapat yang manis tu, makan satu pun tak cukup. Tapi sejak terbaca beberapa fakta tentang limau mandarin ni yang kurang elok, terus kurang makan. Yang pernah Fiza alami adalah sakit tekak dan sakit perut. Bukan nak cakap limau tu tak elok dimakan lansung. Jangan silap faham ye. Sebenarnya ada cara makan limau mandarin yang betul dan selamat dimakan.


CARA MAKAN LIMAU MANDARIN DENGAN BETUL

Cara paling mudah, lepas kupas kulit tu kena basuh tangan sebelum pegang isi limau dan makan. Jangan sesekali tangan yang kupas limau tu pegang isi limau dan masuk dalam mulut sebab kulit limau mandarin ni masih lagi ada kesan racun/bahan kimia untuk elak dirosakkan serangga bagi membolehkan limau lebih tahan lama dan manis. Atau nak lagi selamat, rendam dulu limau tu dengan air garam untuk buang kesan racun pada kulit limau.

Ohh, patutlah selama ni makan sakit perut cirit birit dan makan sikit pun dah sakit tekak. Begitu kisahnya. Ada juga sesetengah buah limau mandarin yang di import tidak menjaga kualiti limau sebabnya haritu ada beli sekotak limau mandarin. Dalam sekotak tu, 8 biji je elok. Yang lain berkulat. Entah bila punya packaging pun tak tahu. Terus tak beli dah dan bila benda tu terjadi, rasa hilang rasa nak makan limau mandarin dah.

Ada juga dengar cerita orang kat Cina basuh limau lepas petik tu dia campak kat sungai je dan kutip semula buah-buah tu kat hujung sungai. Kira macam kaedah membasuh limau. Haa, jangan memain bukan calang-calang dia basuh limau tu. Entah betul ke tidak tak tahu lah cerita tu. Jangan kau orang percaya dan terima bulat-bulat. Mungkin juga hanya cerita dongengan atau buat-buat cerita je. Itu sebabnya kena basuh betul-betul baru selamat untuk dimakan. Itu yang nak ditekankan sebenarnya.

KHASIAT LIMAU MANDARIN

Sedia maklum kita tahu yang limau memang kaya dengan vitamin C untuk kesihatan dan kecantikan. Mujarab juga sebagai ubat sembelit. Makan buah limau atau buah-buah yang tertentu dapat membantu proses penghadaman lebih baik. Dua hari dah Fiza makan limau, makan berak makan berak je ni. Ini tak tahu salah cara makan atau memang betul betul hadam sampai tak bagi peluang menternak lemak. Kempislah perut camni. Hahaha, jangan claim pulak makan limau kempiskan perut ye.

JENIS LIMAU MANDARIN

Limau mandarin pun ada pelbagai jenis dan nama. Ponkan, mikan, lokam antara jenis yang popular. Nak tahu lebih lanjut, sila google okay. Dan nak tahu jenis limau mahal dan murah tu, boleh bezakan melalui bungkusan limau. Yang dibungkus dengan plastik transparent tu lebih mahal daripada yang dibungkus dengan plastik merah. Itu apa yang Fiza baca lah. Kalau ada yang silap, sila betulkan diruangan komen. Dalam gambar tu, company husband bagi. Manis dan sedap. Patutlah  masuk kategori mahal sikit.

Moralnya disini, makan limau tu biar berpada-pada dan jangan over limit. Makan sikit-sikit je sudah dan kebersihan diutamakan untuk kesihatan terjamin. Lagi-lagi sekarang cuaca tak menentu dan bermacam-macam penyakit ada disebabkan pemakanan. Influenza A pun masih belum reda lagi. Itu lagi bahaya sebab boleh dijangkiti melalui penafasan dan sentuhan. Kalau demam, selsema dalam tempoh yang lama kena cepat-cepat jumpa doktor. Orang kata, mencegah lebih baik daripada merawat.

February, My Birthday Month!

$
0
0
Nah, dah masuk bulan February dah awak-awak sekalian. Bila sibuk, tanpa sedar cepat sangat masa berlalu. Bulan January yang sibuk tak berkesudahan carry forward masuk bulan February. Boleh kira berapa ketul entri je untuk bulan February. Awal tahun prestasi blog dah kelaut tak bertepian. Banyak nak kena catch up semula bulan February ni. Bertabahlah wahai seorang blogger sihatimerahjambu. 

Apa yang penting, bulan February bulan yang yang ditunggu setiap tahun. Birthday month of course! Siapa birthday 7 February, kita se geng! Baru nak plan nak bercuti tapi terpaksa cancel sebab husband tak cuti. Sedih tapi apa nak buat, perancangan Allah lebih baik. Iyelah kan, dengan keadaan Malaysia sekarang yang tengah panas dengan novel coronavirus, lebih baik kita elakkan daripada keluar rumah. Mencegah lebih baik daripada mengubati orang kata.



"Don't compare your beginning to someone else's middle. Start seeing your worth and face the world."
Bulan February tak ada cuti selain cuti Hari Wilayah (1 Feb) dan juga Thaipusam (8 Feb) yang negeri tertentu je cuti. Cuti ke tidak sama je bagi Fiza, kerja tak pernah habis. Sibuk dia taknak kalah dengan orang yang lebih sibuk. Baguslah sibuk dengan kerja sendiri, tak perlu lah nak fikir benda remeh temeh. Bila tak sibuk nanti mulalah fikir bukan-bukan termenung sana termenung sini dan bosan. Manusia ni, buat apa semua ada je yang tak kena. Kena banyak-banyak bersyukur, itu je ubat dia.

If the grass looks greener
on the other side, stop staring.
Stop comparing and complaining.
Start watering the grass
you're are standing on.

6 Local Tips For Small Business SEO Success

$
0
0
Para blogger sekalian mungkin dah biasa dengan perkataan SEO (SEARCH ENGINE OPTIMIZATION). Mungkin ada yang pakar SEO dan mungkin juga hanya sekadar tahu perkataan SEO je. Tak semua orang tahu apa itu SEO. Ada sesetengah mereka menganggap SEO ni macam tak penting tapi bagi orang yang betul-betul nak buat bisnes walaupun secara kecil-kecilan wajib ambil tahu tentang SEO ni. Sebelum ambil tahu tentang SEO, perlulah ada website dulu ye. Tak ada website, sia-sia lah belajar SEO tu.

6-local-tips-for-small-business-seo

APAKAH SEO?

SEO ni dalam bahasa mudah faham adalah mengoptimasikan website menjadi ranking paling atas dalam halaman pertama carian keyword di internet. Platform yang sesuai untuk dijadikan website adalah wordpress dimana wordpress ni lebih mesra SEO mudah di indeks oleh laman carian terutamanya google. Wordpress juga ada bantuan plug in yoast SEO yang boleh mengukur tahap SEO artikel dengan mudah.

KENAPA PERLU ADA WEBSITE?

Kalau ada bisnes, paling penting kena ada website walaupun bisnes kecil-kecil. Sebab utama perlu ada website adalah untuk meluaskan lagi bisnes dan peluang untuk melebarkan bisnes itu lebih besar. Mana tidaknya, zaman sekarang semuanya di hujung jari. Nak cari apa nak beli apa semuanya secara online je. Mudah! Bayangkanlah kalau pengguna cari sesuatu produk tu dan website syarikat berada paling atas dalam halaman pertama carian. Tak ke untung boleh tarik prospek untuk beli produk. Selain tu, boleh juga tingkatkan trafik organik untuk website syarikat.

Tambah lagi, dengan adanya website ni memudahkan prospek untuk cari maklumat tentang sesuatu produk ataupun service yang ditawarkan. Sebagusnya, setiap website tu lengkap dengan segala maklumat untuk lebih menarik dan berguna. Bab SEO pula, boleh gunapakai 6 local tips for small business SEO success yang mungkin boleh membantu sedikit sebanyak. Ini antara teknik local SEO untuk wordpress websites.

6 Local Tips For Small Business SEO Success

1. Nama Domain/Struktur URL

Ini penting okay, nama domain atau struktur URL kena fikir betul-betul sedalam-dalamnya biar bersesuaian dan memudahkan mesin carian untuk kenal kewujudan website. Biar bersederhana cukup dengan nama domain dan juga tajuk sudah memadai sebab nama ni lah yang akan dipakai sampai bila-bila.

2. Konten

Untuk konten juga perlu sesuai dengan domain dan tajuk. Contohnya kalau travel, boleh tulis artikel tentang jalan-jalan di tempat menarik, jalan-jalan cari makan, tempat penginapan dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan travel.

3. Struktur Konten

Menulis konten juga pelu mengikut struktur konten yang betul menggunakan point-point yang penting beserta heading dan subheading untuk pembaca lebih faham dan apa yang nak disampaikan itu sampai kepada pembaca. Pendek kata, iku format yang betul. Selain itu boleh tambah video ataupun infografik untuk pembaca lebih mudah faham dan lebih menarik.

4. Keyword

Keyword/Kata kunci memainkan peranan yang sangat penting disebabkan google mengutamakan konten yang sesuai dengan keyword yang kerap digunakan oleh pengguna internet. Dengan menggunakan kata keyword yang sesuai dan relevan boleh meningkatkan kadar klik yang lebih bagus. Jadi, kena bijak memilih keyword yang betul.

5. Cepat loading

Pernah tak masuk website yang loading dia perlahan ya amat? Mesti pernah kan? Bila sesebuah website tu loading perlahan boleh menggangu emosi pengguna dan menyebabkan pengguna mungkin tidak akan datang kembali melihat website tersebut. Jadi, untuk cepat loading website tu perlulah delete apa-apa yang boleh menyebabkan website loading perlahan. Bila semuanya cepat dipaparkan dan mesra pengguna boleh menarik lebih ramai pengguna dan trafik.

6. Backlink

Backlink ni memberikan pengaruh kepada ranking di google dan ianya salah satu aspek penting dalam SEO. Semakin banyak backlink ke sesebuah website tu, google akan menganggap website tersebut berkualiti tinggi. Backlink juga terdapat 2 jenis iaitu dofollow dan nofollow. Backlink dofollow lebih baik digunakan kerana memiliki nilai yang lebih tinggi dalam enjin carian.

Okay, itu antara 6 local tips for small business SEO success yang boleh dikaji lebih lagi kalau nak naik taraf SEO website. Tapi kalau susah nak faham, kena tanya pada yang pakar atau menggunakan perkhidmatan Digital Marketing Malaysia yang memang betul-betul pakar dalam SEO. Apa yang Fiza tahu, kalau kita menggunakan perkhidmatan mereka yang pakar ni, mereka akan analisis website, monitor perkembangan website dan rancang apa yang perlu dibuat untuk menaikkan ranking website.

Lebih mudah kan bila semuanya kita serahkan kepada yang lebih pakar dan sambil tu kita juga boleh faham dan ambil tahu sedikit sebanyak untuk run website kita sendiri. Jadi, kalau kita nak website kita lebih berkualiti dan lebih sistematik dalam jangka masa panjang boleh lah kira-kira melabur sikit untuk benda sebegini. Nampak macam tak perlu tapi sebenarnya memberikan impak besar dalam bisnes. 

Yang bagusnya Gogetspace Digital Marketing Malaysia menawarkan free consultancy untuk pelanggan mereka dengan harga pakej yang menarik dengan menjanjikan hasil yang terbaik. Yang mula nak berjinak-jinak dalam bisnes dan buat website bolehlah cuba-cuba lah ambil tahu. Ilmu tu penting sebelum mulakan bisnes. Bukan main hentam dan tahu nak untung je okay.

Design Baru Sampul Duit Raya Hipster Twenty Twenty

$
0
0
Macam awal lagi je nak fikir pasal raya. Tapi tahun ni raya pun awal bulan Mei dan Ramadhan pun bulan April. Jadi, kenalah promote awal tempahan sampul duit raya hipster yang setakat ni setiap tahun Fiza open order. Sebenarnya boleh je order anytime tapi untuk raya tahun ni Fiza terpaksa tutup awal juga sebab tu promote dan beritahu awal-awal. Yang nak order tu, boleh order awal ye sebab order awal ni special sikit boleh lah request untuk customize design. Bila dah banyak order nanti dan nak dekat-dekat tarikh tutup memang tak dapek nak nolong eh nak begitu begini.

Ini pun baru je siap 500pcs. Order banyak-banyak macam ni memang disarankan sangat order awal sebab lambat-lambat Fiza tak terima order. Mana nak sempat oii nak buat 500pcs bila dah dekat raya. 500pcs nak buat manual potong dan lipat sendiri tu memang ambil masa. So tahun ni tempah awal, dapat awal dan tutup order pun awal. Dapatlah diri ini rehat awal dan bulan Ramadhan pun tak terganggu dengan kerja. Nak buat design lagi, nak settlekan order sampul duit raya lagi, nak menulis lagi, nak photoshoot lagi. Anda rasa saya ada masa untuk berehat? 


Ikutkan memang bulan Ramadhan taknak ambil tempahan dah. Tahun lepas bila extend sampai Ramadhan, order makin bertimbun. Syukur murah rezeki tapi iyelah kan, kesihatan perlu dijaga. Kesihatan tu lagi perlu dijaga. Jadi, tahun ni bulan Ramadhan kita tutup tempahan je lah ye. Tahun ni ada sikit je design baru yang sempat Fiza buat. Dek kerana kekangan masa, idea pun tak muncul-muncul. Ini je yang dapat.




Design corak abstract jadi pilihan. Simple dan sesuai dengan hipsternya lah kot. Apapun terima kasih untuk mereka yang order setiap tahun. Terima kasih menghargai hasil kerja Fiza yang mencecah ke lima tahun. Alhamdulillah. Berminat nak order sampul duit raya hipster, boleh je contact Fiza melalui email atau message di media sosial. Terima kasih semua.

Tarikh tutup tempahan : 10 April 2020

Viewing all 8009 articles
Browse latest View live