Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all 8009 articles
Browse latest View live

Menanti Bayam Brazil Membesar

$
0
0
Selamat pagi! Hari ke lapan Perintah Kawalan Pergerakan. Cuaca kejap panas kejap mendung. Tapi hati masih mendung memikirkan bilalah virus covid-19 akan berakhir. Sama-sama kita berdoa supaya Malaysia dan seluruh dunia bebas Covid-19. Aaminn..Duduk rumah takde buat apa tu bolehlah bercucuk tanam isi masa yang ada.

Takde lah bosan bila tak ada aktiviti nak buat. Paling mudah, kau orang boleh tanam bayam brazil sebab bayam brazil ni spesis sayur yang mudah tanam dan mudah hidup. Bolehlah nanti buat ulam ke goreng sebab sekarang nak dapat stok sayur pun susah. Telur, roti lagilah dah macam kepupusan. 

bayam brazil letak kat tingkap dapur, senang nak petik bila dah besar

Alhamdulillah bayam brazil yang Fiza tanam kali kedua ni semakin merimbun. Cuma daunnya lambat pulak besarnya. Sabar je lah menanti bayam brazil membesar. Tak sabar nak petik lagi. Rasanya kena tanam dalam pasu besar lagi kalau nak dia membesar dengan cepat. Kalau guna pasu kecil ni pertumbuhan pokok pun terhad. Tapi buat masa sekarang ni tak boleh keluar nak beli pasu semata-mata. Kedai pun tutup kan.

Nak makan sayur cepat, boleh cuba cara mudah tanam taugeh dirumah sebab hari ke-4 atau ke 5 dah boleh makan dah taugeh tu. Malas tanam sayur, tanam bunga pun boleh jadikan hobi. Rumah pun lawa ada hiasan bunga. Alang-alang duduk di rumah tu apakata kemas-kemas rumah pun seronok juga. Confirm tak bosan! Pandai-pandailah isi masa dan manfaatkan masa yang ada okay. Jangan stress dan be happy!



Bagus Rupanya Produk Good Virtues Co Ni

$
0
0
Eh, macam dah lama tak review produk kan? Boleh anggap macam perkhidmatan review tidak diperlukan dah. Sendu kejap dari produk review. Review produk yang dibeli sendiri je lah ni. Benda bagus kenalah disebarkan, ye tidak? Sejak cuba beberapa rangkaian produk Good Virtues Co ni terus lupa produk lain dah. Padahal sebelum ni iklan Zahirah Macwilson dok promote dulu tu, taknak pulak tergoda dengan iklan tu. Sekarang baru sibuk nak cuba. Sis ketinggalan keretapi kejap nak cuba barang baik ni.


Bulan January lepas, kebetulan shampoo dan conditioner hampir habis. Plan nak tukar shampoo dan conditioner baru je lah sebab rasa macam nak cuba produk Good Virtues Co pulak. Sebelum ni pakai shampoo dan conditioner naturals by Watsons. Fiza beli shampoo, conditioner dan juga serum rambut. Lengkap penjagaan rambut. Kalau pakai shampoo semata-mata memang kurang bagus. Kena pakai lengkap barulah terjaga rambut sihat dan cantik.

Shampoo dan conditioner tu sesuai sangat dengan rambut Fiza. Kesan dia bagus dan bau pun wangi. Tapi yang paling best sekali serum rambut tu. Dalam banyak-banyak serum rambut yang Fiza pernah cuba, Good Virtues Co ni paling best, harga berpatutan tapi kualiti setanding lah brand terkenal tu. Serum wangi dan rambut tak mudah kusut. Serius best pakai! Dah cuba baru tahu. Harga dia masa Fiza beli harga normal RM17.++, kalau nak beli lagi murah kena tunggu promo lah. Watsons kan rajin buat sale. 


Then, sebelum perintah berkurung tu sempatlah Fiza tambah stok shampoo gara-gara promo buy 1 free 1 tu untuk selected items. Kebetulan shampoo & conditioner ada buy 1 free 1 tu, memang tak lepaskan peluang lah tambah stok. Tambah lagi satu, beli Glowing & Goodness Brightening Facial Toner. Nak cuba Facial care pulak. Lagipun Fiza memang suka kalau packaging jenis spray sebab mudah nak pakai. Jenis tepek-tepek macam leceh pulak.



Toner ni ramai yang dah cuba dan Fiza baca review daripada mereka pun semua kata bagus. Walaupun kulit lain-lain tapi so far Fiza cuba memang bagus sangat. kulit rasa lebih lembap dan lembut. Jenis spray macam ni taklah rasa lapisan tebal pada kulit. Rasa macam ringan je macam tak pakai produk. Itu yang suka tu. Ada yang pernah cuba?

Okay, lepas ni nak cuba apa pulak ye. Nak cuba facial cleanser, sleeping mask dan juga deodorant. Dah cuba 1 nak cuba yang lain pulak. Misi mengumpulkan produk Good Virtues Co. Memang bagus seperti namanya. Silalah cuba nak tahu best ke tidak.


Bila Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Dilanjutkan Sehingga 14 April 2020

$
0
0
Bila dengar perutusan daripada Perdana Menteri hari ni, rasa macam tak tahu nak kata apa dah. Speechless. Bila PM sendiri dah umumkan extend tempoh PKP sehingga 14 April 2020, kita dah boleh agak dah virus Covid-19 yang melanda Malaysia masih belum dapat dikawal lagi walaupun dah seminggu tempoh PKP berlalu. Setiap hari kes bertambah dan setiap hari juga ada kematian. 

Kita yang kena duduk ni duduk diam-diam je lah kat rumah dan bersyukur dapat duduk di rumah buat apa yang kita nak, makan dan berehat. Sedangkan mereka yang kena bertugas terutamanya frontliners di Hospital tu kena kerja dalam tempoh yang lama. Dengan tak cukup rehat, tidur, makan dan paling sedih mereka tak dapat jumpa dan spend time dengan keluarga. Bersyukurlah dapat duduk rumah.


Pandanglah dari sudut positif. Boleh buat bermacam-macam kerja di rumah. Selagi kita duduk rumah ni boleh bantu Malaysia. Why not kita duduk rumah diam-diam. Dalam masa yang sama, sedih juga mengenangkan nasib ekonomi sendiri terutamanya yang berniaga/bekerja sendiri. Runsing memikirkan tentang perbelanjaan akan datang.

Masa inilah kita kena jadi lebih bijak mengawal, mengatur segala apa yang dibelanjakan. Bermacam-macam perasaan sebenarnya. Apa yang baiknya sebab dapat berkumpul dengan orang tersayang, dengan keluarga mengeratkan lagi bonding tu. Dalam masa yang sama juga teringin juga keluar ambil angin luar, rasa otak dah tepu duduk dalam rumah dalam tempoh yang lama.

Apapun jangan stress, risau pun kena berpada-pada juga. Takut terlampau risau lain pula jadinya nanti. Banyak cara boleh happykan diri kat rumah. Memasak, bersenam, bercucuk tanam, menyanyi, menjahit, kemas rumah dan macam-macam lagilah. Janji tak keluar berfoya-foya kat luar. Banyak cara untuk hiburkan diri. #StayAtHome #KitaJagaKita

Jangan lupa juga doa supaya kita sentiasa dilindungi Allah SWT, kuatkan semangat kita dan semoga Malaysia bebas Covid-19. Kuatkan juga para frontliners yang berusaha keras merawat pesakit covid-19. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Jalankan tugas kita sebagai individu dan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Semoga virus covid-19 terhapus segera. Aaminnn...



Pelbagaikan Menu Nasi Dengan Beras Yang Ada

$
0
0
Selama tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ni mak mak mesti dah tepu otak nak masak apa setiap hari kan? Nak senang kerja, masak je nasi lebih lepas tu stand by buat pelbagai menu nasi goreng. Nak lagi jimat, masak sarapan sekali dengan makan tengahari. Dah boleh jimat masa masak lauk, jimat tenaga dan jimat bahan-bahan juga. Petang boleh buat cucur nasi rangup dan malam menu nasi goreng lain pulak. Biasa malam makan sikit je kan. 


Masak nasi goreng simple yang tak guna banyak bahan boleh menjimatkan macam Nasi goreng kampung, nasi goreng cili padi, nasi goreng cina, nasi goreng cili kering, nasi goreng belacan dan sewaktu dengannya. Kiranya bahan-bahan yang nak digunakan tu sedia ada sebab guna bahan asas je tu. Ataupun boleh je masak nasi goreng ikut suka nak letak apa.

Tapi kalau kau orang sejenis rajin, pelabagaikan lah nasi tu buat nasi tomato ke, nasi minyak ke, nasi hujan panas ke, dan lain-lain lagi dengan syarat bahan-bahannya tersedia ada kat rumah. Ye lah, musim terhad nak keluar ni kita masak mana yang ada je. Mana tahu kot dah takde idea lagi nak masak apa. Lagipun masa yang ada bolehlah nak masak masakan macam ni kan.


Jangan pening-pening cari roti yang terlajak laris tu. Ada tepung dan bahan-bahan lain dah boleh buat roti sendiri. Pendek kata, ada bahan-bahan asas tu macam-macam boleh dibuat. Janji kreatif nak gunapakai. Masa ni lah nak tunjuk skill memasak. Tak gitu? By the way, kalau jemu menu nasi je pelbagaikan pulak bihun dan mee pulak. 


Adidas Stan Smith Shoes

$
0
0
Okay, baling belakang bulan Februari punya cerita demi mengisi ruang dalam blog supaya duduk rumah tidak membosankan. Alhamdulillah, boleh dikatakan birthday tahun ni tersangatlah banyak rezeki yang Fiza dapat. Syukur sangat dengan apa yang diberikan. Hujung bulan Februari dapat hadiah birthday walaupun nak masuk March dah. Ada apa dengan lambat kan, janji boleh claim hadiah birthday. 



Nak kata lama tu tidaklah. Tapi berhajat jugalah nak ada casual sneakers shoes selepas dah berputus asa dengan heels dan wedges yang ada. Dah tak boleh pergi dah dengan kasut tinggi-tinggi. Faktor usia dan kesihatan mungkin. Kurang selesa sebab kaki akan sakit lepas pakai bila berjalan jauh. Berbeza masa muda remaja dulu, okay je. Ke sebab bertambah berat badan kasut pun tak terdaya dah nak tampung. Heeiii kejamlah kasut!

Oleh sebab itu, lebih suka pakai flat shoes je. Sebenarnya dah ada kasut nike acmi pink/plum tu beli sama dengan husband cuma warna berbeza. Tapi itulah, kurang suka dengan design tu walaupun pink dan sangat bagus untuk kaki. Sesuailah untuk jalan-jalan dalam tempoh yang lama. Nike mungkin tak sesuai dengan jiwa kot sebab first time beli brand ni. Lebih suka kepada adidas 3 calit tu haa. Terberkenan dengan adidas stan smith ni.


Yang latest Superstar Black Pink tu lawa juga tapi macam terlalu tebal pulak tu. So pilih stan smith ni je lah yang simple seiring dengan usia dan pilih warna yang senang nak disesuaikan. Plus, dia punya material kulit tu lebih berkualiti dan selesa untuk kaki. Lembut dan tak menyakitkan kaki. Happy  me! Orang dah offer nak belikan hadiah dan pilih je. Kita pun apa lagi..rezeki jangan ditolak. Alhamdulillah...Semoga terus dilimpahkan dengan rezeki yang berpanjangan. Aaminn..



Pokok Angin Spanish Moss Tumbuhan Hiasan Yang Unik Dan Mudah Dijaga

$
0
0
Pokok angin atau lebih dikenali dengan Spanish Moss ni Fiza perasan dah ada lama kat kampung Mak buat hiasan luar rumah. Tapi masa tu macam tak rasa pokok ni menarik pun untuk dibuat hiasan. Lepas dah terjebak dengan aktiviti bercucuk tanam ni, barulah rasa spanish moss ni macam unik dan sangat menarik untuk indoor plant. Balik kampung haritu, sempat lah cantas sikit spanish moss mak. Jimat duit dah!

Musim panas ni pokok-pokok kat luar tu lambat pertumbuhan dia. Ada pulak tak tahan panas tu cepat mati. Buat masa sekarang lebih fokus indoor plant je lah. Senang nak pantau hari-hari tak payah keluar rumah siram pokok. Pilih pokok yang kurang perlukan cahaya dan mudah nak dijaga. Salah satunya adalah Spanish Moss ni.


Spanish Moss sejenis tumbuhan angin yang tidak memerlukan apa-apa medium seperti tanah untuk pembesaran. Hanya perlu gantung dan sangkut je pada mana-mana tempat yang kau orang nak sangkut. Janji ada lebih kurang 70% cahaya masuk kat kawasan tu serta pengudaraan yang baik. Cukup cahaya cukup udara membesarkan dia. Eh, jangan lupa spanish moss ni kena siram juga. Kalau letak dalam rumah tu, kau orang spray spray je pun dah cukup. 

Ada juga jadikan sabut, serpihan kayu sebagai medium letakkan spanish moss tu dan digabungkan dengan spesis air plant yang lain. Contohnya macam dalam gambar bawah ni digabung dengan air plant tillandsia ionantha atas tu. Tengah yang bulat tu fungsi dia sebagai pasu lah kiranya untuk letakkan air plant atas dan tempat gantung spanish moss. Boleh jugalah dijadikan sebagai medium. Bila basah tu boleh bekalkan air untuk kedua-dua air plant atas bawah.

Credit : google
Bila digabungkan kedua-dua air plant tu nampak jadi satu pokok pulak kan. Padahal, spesis berbeza. Paling cantik kalau spanish moss ni lebat macam tirai sebagai penyeri hiasan rumah. Kalau kat luar rumah gantung pada pokok besar dan macam gaya mossy forest. Kat kampung mak gantung pada bulatan dawai je. Pun nampak cantik juga. Buat masa sekarang nak lebatkan dulu, then baru fikir nak cantikkan nanti macamana.

Untuk kau orang yang suka hiasan pokok yang mudah jaga, boleh cuba cari spanish moss ni. Unik dan cantik untuk hiasan. Tapi ye lah kan, kurang hijau sikit. Dia macam silver hijau tak berapa nak hijau sangat. Tapi okaylah untuk dibuat sekadar hiasan.  Tak sabar nak tunggu spanish moss lebat.

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, Semua Dapat Manfaat

$
0
0
Dalam tak sedar tak masuk hari ke sepuluh perintah kawalan pergerakan di Malaysia. Ye, rakyat Malaysia pasti boleh bak kata Malaysia boleh. Harini ada sedikit berita gembira buat seluruh rakyat Malaysia. Dalam kita sedih memikirkan tentang kesihatan dan ekonomi, mendengar Perdana Menteri umumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai ni sangat cukup memberi manfaat kepada rakyat. Trending #makcikkiah hari ni ye.

credit : google
Bersyukurlah dengan keperihatinan Perdana Menteri dan kerajaan untuk membantu rakyat yang terkesan dengan Covid-19 ni. Sekurang-kurangnya dapat menampung perbelanjaan dan simpanan untuk hari hari mendatang. Iyelah, duduk rumah dan fikir tentang perbelanjaan demi kelansungan hidup boleh buat stress juga. Dengan adanya berita ni, boleh beri kegembiraan sikit. Alhamdulillah.


Bukan mudah ye menjadi seorang Perdana Menteri baru di saat krisis sebegini. Sebagai rakyat, kenalah kita bantu PM kita untuk negara kita sendiri. Kerja mudah, patuh perintah duduk rumah diam-diam je. Kita untung boleh rehat di rumah, mereka orang atasan, medical frontliners, polis, askar semua kena kerah tenaga tak kira masa. Berat bahu memikul tu.

Antara peruntukkan yang diumumkan :
  • Muhyiddin berkata, tambahan RM1 bilion akan diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan, selain RM500 juta yang diumumkan sebelum ini, dengan bantuan akan diperolehi daripada hospital swasta.
  • Beliau berkata, elaun khas untuk doktor, jururawat dan petugas kesihatan dinaikkan daripada RM400 kepada RM600 sebulan mulai 1 Apr ini sehingga Covid-19 berakhir.
  • Katanya, elaun khas RM200 kepada anggota polis, tentera, kastam, imigresen, Jabatan Pertahanan Awam dan Rela yang terbabit dalam melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) mulai April hingga krisis ini berakhir yang membabitkan 169,000 kakitangan tambahan.

Peruntukan-peruntukan lain :
  • Bayaran “one-off” bagi golongan M40, petani, nelayan, peniaga kecil, peneroka Felda dan pekerja swasta berjumlah RM10 bilion.
  • RM1,600 untuk 4 juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah dengan RM1,000 dibayar pada April dan RM600 pada Mei.
  • RM1,000 untuk 1.1 juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 hingga RM8,000, dengan RM500 dibayar bulan depan dan bakinya pada Mei.
  • RM800 untuk 3 juta orang bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan RM2,000 dan ke bawah, dengan RM500 dibayar bulan depan dan RM300 pada Mei.
  • RM500 bagi 400,000 orang bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan RM2,000 hingga RM4,000, dengan RM250 dibayar bulan depan dan baki pada Mei.
  • Bayaran “one-off” RM200 untuk pelajar institusi pengajian tinggi pada Mei.
  • Syarikat telekomunikasi menawarkan internet percuma berjumlah RM600 juta kepada semua pelanggan mulai 1 Apr sehingga PKP tamat. Tambahan RM400 juta untuk menambah baik liputan dan kekuatan rangkaian.
  • RM25 juta untuk makanan dan tempat perlindungan bagi warga emas, orang kelainan upaya dan Orang Asli, dengan kerjasama bersama NGO.
  • Moratorium selama 6 bulan untuk bayaran balik pinjaman PTPTN dan PTPK.
  • Pengecualian sewa selama 6 bulan bagi penduduk PPR.
  • Pesakit di bawah skim MySalam boleh menuntut RM50 sehari selama 14 hari. Ini juga diberikan kepada mereka yang dikuarantinkan kerana Covid-19.
  • Golongan B40 di bandar dikecualikan membayar sewa selama 6 bulan. Jumlah keseluruhan RM3 juta akan ditanggung kerajaan.
  • Pengecualian sewa bagi premis milik kerajaan seperti kantin sekolah, taska, kafetaria dan kedai serbaneka selama 6 bulan mulai April.
  • RM600 sebulan selama 3 bulan bagi pekerja berpendapatan di bawah RM4,000.
  • Majikan tidak dibenarkan memotong gaji pekerja yang berpendapatan tidak lebih RM4,000 sebulan. Ini akan memanfaatkan 3.3 juta pekerja melalui peruntukan sebanyak RM5.9 bilion.
  • Bayaran “one-off” RM500 kepada 120,000 pemandu e-hailing yang berjumlah RM60 juta.
  • RM110 juta untuk membayar gaji lebih 80,000 pekerja kontrak dalam perkhidmatan pembersihan dan katering di sekolah, universiti dan institut latihan awam serta agensi kerajaan lain. Kerajaan bersetuju melanjutkan kontrak mereka sebulan lagi sebagai ganti kepada PKP.
  • Dana khas RM8 juta diwujudkan untuk industri insurans dan takaful bagi menanggung kos ujian saringan kesihatan oleh pemegang polisi dan takaful perubatan di hospital swasta serta makmal berharga RM300 setiap seorang.
  • Putrajaya dan Tenaga Nasional Bhd akan memperuntukkan tambahan RM530 juta bagi diskaun bil elektrik. Penggunaan di bawah 200 kilowatt layak mendapat diskaun 50%, 25% bagi penggunaan 201 hingga 300 kilowatt dan 15% untuk penggunaan 301 hingga 600 kilowatt. 2% potongan bagi isi rumah diteruskan.
  • RM1 bilion diperuntukkan kepada Dana Jaminan Makanan.
  • KWSP akan menyediakan khidmat rundingan bagi majikan mulai 15 Apr. Ini termasuk pilihan untuk penangguhan, penstrukturan semula atau penjadualan semula caruman majikan. Ini akan menjimatkan aliran tunai RM10 bilion bagi majikan dan memanfaatkan 480,000 PKS serta syarikat, dan mengekalkan lebih 8 juta pekerjaan.
  • Mengecualikan bayaran levi Tabung Pembangunan Sumber Manusia bagi semua sektor selama 6 bulan mulai April membabitkan penjimatan RM440 juta bagi majikan.
  • Jumlah pembiayaan di bawah Skim Kredit Mikro dinaikkan daripada maksimum RM50,000 kepada RM75,000 bagi setiap usahawan.
  • Bayaran “one-off” RM500 bagi 1.5 juta penjawat awam dan 850,000 pesara kerajaan pada April.
  • Penangguhan cukai bagi sektor pelancongan selama 6 bulan.
  • Lanjutan moratorium untuk Tekun, Mara dan agensi berkaitan kerajaan lain yang memberikan pinjaman kepada PKS.
  • Kerajaan memperkenalkan program pembiayaan sosial baru untuk membantu perniagaan B40 dan mereka yang kehilangan punca pendapatan memalui institusi perbankan Islam dan Majlis Islam negeri. Individu layak akan diberikan latihan.
  • Sektor korporat menerima inisiatif baru di bawah skim jaminan bernilai RM50 bilion bagi sektor terjejas akibat Covid-19.
  • Pinjaman minimum RM20 juta bagi sektor perniagaan disediakan mulai 1 Mei hingga 31 Dis atau sehingga dana itu kehabisan.
  • RM2 bilion bagi projek berskala kecil seperti menyelenggara sekolah lama di Sabah dan Sarawak, projek Felda dan bantuan bagi golongan miskin.
  • Projek ECRL dan MRT2 diteruskan.
  • Putrajaya dan Bank Negara Malaysia menyediakan RM4.5 bilion untuk membantu PKS, khasnya usahawan mikro. Ini termasuk tambahan RM3 billion dimasukkan ke tabung bantuan kemudahan khas PKS dengan kadar faedah dikurangkan daripada 3.75% kepada 3.5%.
  • Kemudahan semua sektor ekonomi ditambah RM1 bilion dan RM500 juta dimasukkan ke skim kredit mikro yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional dengan kadar faedah 2% tanpa cagaran dan terbuka kepada usahawan mikro dalam semua sektor.
  • PKS yang beroperasi kurang 4 tahun boleh mendapatkan pembiayaan sehingga RM300,000 melalui skim BizMula-i dan BizWanita-i di bawah Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Berhad.
  • Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan menyediakan jaminan bernilai RM5 bilion dan meningkatkan kadar jaminan daripada 70% kepada 80% bagi PKS berdepan masalah mendapatkan pinjaman.
  • PKS boleh menangguh bayaran ansuran cukai pendapatan selama 3 bulan mulai April.
  • Semua kementerian diarah mengkaji belanjawan untuk mengurangkan kos.
Credit : www.freemalaysiatoday.com

Bila PM umumkan bantuan macamni seperti macam tempoh PKP ni akan dilanjutkan lagi. Harap-harap tak lah. Tolong lah duduk diam-diam di rumah supaya dapat putuskan rantaian tu sebelum tamat PKP. Jadi, boleh jalankan kehidupan normal 15 hb nanti. Boleh keluar, jumpa family, boleh berterawih di masjib, boleh balik kampung beraya. Kalau nak, patuhi arahan ye.

Dengan pemberian bantuan ini juga semestinya ekonomi Malaysia akan mengambil masa yang lama untuk pulih kembali. Kita juga perlu beringat untuk berjimat cermat.

Nasi Goreng Nanas Pedas Manis

$
0
0
Hari ke-11 PKP, cepat masa berlalu sampai lupa harini hari sabtu dah. Harap cepat juga virus Covid-19 ni berlalu pergi jauh-jauh. Dalam tempoh PKP ni memang laku resepi-resepi encik google. Lagi-lagi resepi viral tu. Laju je orang mencari nak cuba dan up resepi masing-masing. Meriah timeline upload menu masing-masing macam bulan puasa. Baguslah macam tu berkongsi idea nak masak apa. Takde lah buntu otak nak fikir masak apa. Fikir positif okay di saat-saat macam ni kita perlu happy.

Masa awal-awal PKP haritu agak kecelaruan otak juga fikir nak masak menu apa pagi, tengahari, petang dan malam. Tu diaaa sampai 4 kali menu setiap hari. Eh, tu kalau terlebih rajin dan jarang berlaku. Paling sikit 2 kali hidangan tengahari dan malam. Itu biasalah lah kan. Kalau husband kerja masak pagi bawa bekal sekali dengan tengahari. Menu petang jarang-jarang dan makan malam menu lain. Lebih kurang sama je sebenarnya. Tapi masa PKP ni termasuk sekali supper tiba-tiba dah 5 kali makan. Itu bila tidur lambat lah.


Bila tidur lambat, potensi perut lapar tu lebih tinggi. Silalah jangan tidur lambat ye. Lapar tiba-tiba tengah malam haritu sebab kononnya nak dinner makan welcome-welcome cekodok je tapi sekejap je kenyangnya. Tidur pulak lambat. Jenis tekak melayu ni wajib makan nasi. Terpaksalah masak nasi dan kebetulan juga ada stok nanas sikit dari kampung tu terus dapat idea nak masak nasi goreng nanas. Kenapa pedas manis sebab letak cili api kampung dan manis tu rasa nanas tu manis. 

Resepi nasi goreng nanas pedas manis lebih kurang masak nasi goreng biasa je cuma tambah nanas je lah. Tapi Fiza tambah udang kering sikit nak cuba sedap ke tidak. Pada Fiza sedap lah, ke sebab masa tu tengah lapar tak tahu lah kan. Tekak masing-masing. Duduk rumah ni kena masak guna apa yang kita ada bukan tengok apa yang orang lain ada. Janji perut kenyang sudah. Rasa sedap ke tidak belakang cerita.



Kek Pisang Tanduk Nangka, Guna Sebiji Pisang je!

$
0
0
Pertama sekali, jangan kau orang ingat kek pisang ni dibeli di Secret Recipe ye disebabkan oleh cake board Secret Recipe tu. Kek pisang buat sendiri tumpang cake board SR je. Pisang tinggal sebiji tak tahu nak buat apa, 2 biji dah digoreng sehari satu. So yang last sebiji ni nak buat kek pisang je. Jadilah guna sebiji sebab pisang tanduk nangka ni sebab saiz dia lebih kurang pisang tanduk cuma kecik sikit sebab dah dikahwinkan dengan pisang nangka. Gitu cerita dia kenapa guna sebiji pisang je.


Buat kek pisang ni kira berbakat sikitlah. Kek lain kadang jadi kadang tidak. Tapi kek pisang confirm jadi. InshaAllah. Kek paling mudah lah pada Fiza. Cewahhh..mudah lah sangat kan. Boleh tengok resepi kek pisang gebu yang Fiza dah pernah share sebelum ni. Bekas aluminium foil takde, guna loyang springfoam senang nak keluarkan kek nanti.

Ni dia kek pisang Fiza, tekstur dia macam padat sikit dan kurang nampak serat pisang tu sebab guna pisang tanduk nangka tu. Tapi takpe, tetap menjadi dan ada rasa pisang tu. Bolehlah tu buat minum petang untuk 2-3 hari akan datang. Ke belum sempat esoknya dah habis dah. 

  
Kalau nak sedap lagi tambah coklat cip dan coklat masakan. Failed pulak nak buat coklat leleh disebabkan adunan cair. Takpe, janji nampak sedap sudahlah. Kek pisang dah lulus, lepas ni nak cuba buat kek marble pulak. Niat tu dah ada, nak cuba tu belum tahu lagi. Tengok bahan macam tak berapa nak ada. Simpan dulu lah niat tu.


Lega bila dah gunakan habis stok pisang yang ada daripada membazir menanti busuk. Pisang ni cepat betul masak. Daripada membazir tu, baik buat kelainan sikit supaya tak jemu. Sama juga macam roti, dah jemu makan roti kosong boleh buat puding roti. Nah, begitu caranya.

Cara Mohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

$
0
0
Seperti semua orang tahu dan semua orang faham, Perdana Menteri dah umumkan tentang pakej rangsangan Ekonomi Prihatin untuk seluruh rakyat Malaysia. Ye, untuk semua rakyat Malaysia yang rasa-rasa dia dalam kategori yang layak. Maka, bolehlah mohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Jangan gaduh-gaduh. Sebelum nak mohon, check dulu siap-siap syarat dan kelayakan untuk mohon tu. 



Okay baik, sesudah itu bolehlah layari web rasmi LHDM iaitu https://bsh.hasil.gov.my untuk membuat permohonan. Sekiranya kau orang macam mak kiah yang dapat bsh tak perlu mohon sebab duit akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank. Begitu juga kalau suami mak kiah berdaftar dengan LHDN yang membayar cukai, juga tak perlu mohon dan akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank. 

Bila masa akan dibayar tu, seperti yang telah diwar-warkan akan diberikan pada hujung bulan April dan selebihnya pada bulan Mei. Sabar ye semua. Jangan rebut-rebut pergi office, kalau dah semua serbu LHDN serbu BSN, serupa tak payah susah payah PKP ni. Apa-apa roger office je okay kalau tak sabar nak tanya. Jangan keluar rumah, buat secara online je bermula 1 April 2020 nanti.

Fasa Baru PKP Bulan April 2020

$
0
0
Harini bermula lah episod baru fasa kedua PKP. 14 hari dah berlalu dengan bermacam-macam ragam di rumah masing-masing dan kita akan melalui 14 hari berkurung dalam rumah lagi ye. Okay bawak bertenang atok, nenek, makcik, pakcik, abang, kakak dan adik-adik sekalian. Kita dah berjaya lalui 14 hari lepas dah kan, so 14 hari lagi of course kita boleh kan.


Bulan April fasa kedua PKP ni harap semua lebih concern dengan virus yang tengah melanda. Be happy lah duduk di rumah boleh dengan mereka yang tersayang. Kalau tidak bila lagi kan? Pleaselah jangan keluar melainkan ada urusan penting. Kita jaga kita bersama-sama. Ramadhan pun tak lama lagi dah, bersedialah kita nyanyi lagu dendang perantau kalau jumlah kes semakin meningkat.


Harapan untuk bulan April ni tak banyak, cuma harap seluruh dunia bebas daripada virus Covid-19 ni. Harap rakyat Malaysia patuh arahan lah kali ni. Makin hari peningkatan kes bertambah dan kes kematian bertambah lagi. Seriouslah tak nak extend lagi dan lagi. Semoga dengan usaha kita semua ni Allah hapuskan segera virus Covid-19 ni. Semoga Allah ampunkan segala dosa kita dan beri peluang untuk kita menikmati kehidupan seperti biasa serta permudahkan segala urusan kita semua. Aaminnn...


Sarapan Pagi Japanese Souffle Pancake

$
0
0
Sepatutnya harini dah berakhir Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh bebas keluar. Tapi disebabkan virus COVID-19 makin meningkat dari sehari ke sehari, makanya esok bermula fasa kedua stay home. Masih lagi duduk di rumah diam-diam cuma husband je keluar sorang bila barang habis. Selagi mencukupi kita duduk diam diam kat rumah. Ye, memang bosan tapi inilah usaha kita paling mudah untuk bantu negara kita bebas Virus covid ni.

Bila duduk berkurung dalam rumah, aktiviti masak menjadi-jadi pulak kan. Dalam masa yang sama rasa bosan dah masak. Jadi, untuk menghilangkan rasa bosan masak menu yang dah biasa masak tu Fiza cubalah resepi  yang tak pernah masak atau jarang-jarang masak. Sekarang pun tengah kegilaan dengan resepi viral. Sedang ada bahan-bahan tu eloklah disegerakan mencuba Japanese Souffle Pancake yang orang kata sedap dan mudah nak buatnya pun. 


Japanese souffle pancake adalah sejenis hidangan jepun yang enak dimakan ketika sarapan pagi atau minum petang. Tapi di Malaysia ni, anytime je boleh makan. Tak ada spesifik waktu. Asal teringin je boleh buat sendiri. Kalau beli diluar katanya mahal juga harganya. Tak tahu lah berapa harganya sebab tak pernah lagi atau Fiza je yang tak tahu kat mana. Disebabkan bahan-bahan sikit dan mudah nak buat, Fiza pun cubalah buat untuk sarapan pagi. Ikut je resepi mudah ni.


Adunan A
2 biji telur kuning
15 ml susu segar
1 tutup esen vanilla
Tepung kek 30g
Baking powder 1g

Adunan B
2 biji telur putih
Gula 30g
Cara-cara
1. Satukan 2 biji telur kuning, susu segar, esen vanilla. Kacau rata kemudian masukkan tepung dan baking powder dengan cara mengayak sambil kacau adunan untuk elakkan adunan berketul ketul. Dah kacau rata ketepikan dulu.
2. Siapkan adunan B pulak, kacau telur putih sampai berbuih dengan mixer. Kemudian masukkan gula dan pukul sampai pekat likat macam meringue. Kaup separuh dan campurkan dengan bahan A. Dah rata, campur separuh lagi. Masa campurkan dua adunan ni gaul perlahan manja-manja tak payah guna mixer okay.
3. Panaskan kuali non stick letak minyak sikit je. Letak satu scoop kemudian letak lagi satu scoop untuk bagi pancake tebal sikit. Nak tebal lagi tambah lagi 1 scoop adunan. Biarkan masak 2 minit baru terbalikkan. Nak senang kau orang guna scoop aiskrim. Dah terbalik tunggu masak kejap dan angkat. Siap!


Sedap! Lembut je bila gigit tu. Alhamdulillah menjadi souffle pancake ni. Bolehlah buat lagi. Ada juga yang tambah jus lemon untuk tambahkan lagi kesedapan dan nyah bau telur tu. Nantilah cuba tambah lemon pulak. Sedap di makan dengan honey, gula icing, berries ataupun whipped cream. Ada chocolate syrup lagilah sedap kan. Well, bolehlah tiruvasi menu ni untuk breakfast kau orang di rumah. Atau untuk minum petang.

credit resepi & video : youtube So Yum Cooking

Cuba Buat Kek Batik Indulgence Viral

$
0
0
Sekali bila dapat keluar beli barang, beli lah sikit bahan-bahan nak buat kek batik indulgence viral tu kononnya. Kek batik biasa pun so far tak pernah failed lagi lah. Kira macam confident yakin jadi lah ni kalau buat kek batik indulgence tu. Jangan yakin sangat kalau baru bertama kali nak membuatnya. Sedangkan kek lain pun boleh failed (kecuali kek pisang). Inikan nak buat indulgence bagai.


Okay takpe, kira yakin je lah ni buat. Buat terus je bila dah cukup bahan-bahannya. Buat tengah malam sebab nak buat kek batik ni memerlukan kesabaran walaupun bukan sejenis kek yang perlu dibakar tapi nak menunggu masa boleh tu ambil masa juga. So masa yang sesuai buat tengah malam, esok paginya dah boleh lah kot.


Fiza ikut resepi dari youtube je. Sekarang ni resepi semua tengok youtube je senang sebab boleh tengok cara masak sekali macam mana kan. Kalau kau orang nak cuba buat, ikut resepi ni macam mudah dan lebih jelas nak membuatnya.



Setelah berusaha gigih buat sampai siap. Esoknya nak keluarkan kek daripada spring form tu macam rasa gagal dah. Bukak je spring form chocolate ganache atas tu meleleh, Tersilap sukatan adunan agaknya lah sebab chocolate ganache tu ikut suka letak sukatan dia. Bajet pandai sangat kan. Dah suruh ikut resepi tak nak. Bukan tak nak, mungkin jenis bahan berbeza. Takpelah, janji sedap. Chocolate leleh pun sedap kan. Cuma presentation dia memang failed.

Fasa II PKP ni agak kurang makan dan kurang rajin nak masak nasi dan lauk bagai. Jemu mungkin, jadi kita makan apa yang kita nak makan dan makan bila lapar je. Buat kek batik ni bolehlah makan bila lapar. Coklat dan biskut pun boleh buat kenyang juga kan.

Credit : resepi youtube buat orang lapo

Homemade Asam Keping

$
0
0
Sabtu dah! Bila musim PKP ni, hari apa pun dah tak tahu dah. Tahu tahu dah sabtu! Aduhaiii, tak elok pulak nak mengeluh. Bersyukur sepatutnya duduk rumah ni. Kalau menjalani hidup yang normal, hari sabtu ni dah planning dah nak jalan kemana kan. Dah berminggu-minggu tak kemana ni, makanya kat rumah aktiviti memasak, mengemas, marathon movie, berblog dan lagi satu photoshoot. Tapi since cuaca mendung ni, mood pun mendung sebab lighting tak on point. Sia-sia ambil gambar tapi tak cantik tanpa cahaya. 

Okay, berbalik kepada tajuk tu. Asam keping atau ada yang panggil asam gelugor salah satu bahan asas yang wajib ada bagi orang Malaysia. Kalau tak ada tu, mungkin lebih suka gantikan asam keping dengan bahan lain yang lebih kurang penggunaannya. Ada orang suka gantikan dengan limau, lemon dan asam jawa. Fiza panggil asam keping. Tapi buah dia panggil asam gelugor sebab belum menjadi asam keping gitu.

model : Encik husband
Asam keping ni banyak khasiatnya dan digunakan untuk kesihatan dan kecantikan. Tapi guna nama saintifik Garcinia Atroviridis lah. Tak guna nama kampung asam keping ni. Mana kelas kan. Tapi kita kat dapur ni gunanya untuk cuci bahan bahan basah untuk hilangkan bau hanyir dan memasak sambal atau menu-menu masakan kampung yang sepatutnya letak asam keping.

Biasanya Fiza akan letak dalam lauk yang bersambal merah, sambal goreng dan juga masak lemak cili api wajib letak asam keping. Tapi ada orang gunakan asam keping juga untuk goreng telur sebab nak hilangkan bau hanyir telur tu. Stok asam keping kat rumah ni pun mak mertua yang bagi. Homemade asam keping sebab ada pokok sendiri kat kampung. Cuma itulah, kalau berbuah lebat je lah baru boleh buat asam keping. Kalau tidak, memang tak dapatlah buat stok.

Untung kan duduk kampung macam-macam boleh dapat. Lagipun orang dulu suka bercucuk tanam tepi tepi rumah untuk kegunaan sendiri juga masa akan datang. Nak buat asam keping pun mencabar betul lagi-lagi bab memotong tu kena nipis nipis. Pernah give up jugaklah nak memotong tu. Sudahnya potong je ikut suka janji dah jemur dia kecut nanti. Itupun nak kena tunggu cuaca panas baru cantik hasilnya dan tak berkulat. 







Roti Gardenia Ala Eropah

$
0
0
Macamana dengan stok roti gardenia minggu ke tiga PKP? Ada yang masih belum nampak lagi stok roti ke? Rasanya stok roti gardenia yang putih tu dah kembali stabil rasanya kot kan. Sangat terlajak laris roti putih tu sejak PKP bermula dan bermacam kisah roti gardenia ni sampaikan ada orang bawa lari lori tu. Ish ish ish..sampai macam tu sekali.

Sebenarnya dalam keadaan macam ni, kita tak boleh nak memilih sangat dan kita banyak pilihan sebenarnya. Cuma kita je nak atau tidak. Kalau ikut keperluan, beli je mana yang ada. Buat masa ni Fiza memang tak dapat lagi lah stok roti putih tu. Husband pun baru sekali dua keluar beli barang. Sekali dua tu lah stok roti tak ada. Its okay.



Pesan kat husband beli roti gardenia bonjour ala Eropah tu je lah since masa diet dulu memang suka makan roti ni. 2 Minggu lebih baru rasa nak makan roti. Syukur ada juga stok roti bonjour ni ha. Walaupun harga dia agak mahal sikit tapi okaylah berbaloi dengan khasiat dan rasa dia memang sedap tak nak kalah. Sedap kalau buat sandwich dan letak nuggets goreng. 

Dulu masa diet susah nak jumpa. Bila roti putih jadi pujaan ramai, roti ni dipandang sepi pulak. Sebenarnya ada 3 jenis roti ala Eropah Gardenia ni. Semua sedap! Kalau Bonjour ni ada sunflower seeds, Passione gabungan herba itali, minyak zaitun serta tomato dan Sommerset pulak mengandungi grains dan seeds.  Sangat sesuai untuk mereka yang berdiet sebab banyak serat dan 0% lemak trans. 

Tak ada roti gardenia. Jangan risau-risau lah sebab kita ada banyak pilihan jenama roti yang ada di Malaysia ni. Make sure yang borong banyak tu habiskan sebelum expired. Kalau beli banyak banyak tapi membazir sampai expired tu memang tak patut lah kan. 


Cara Mudah Masak Pulut Kuning Guna Periuk Nasi

$
0
0
Ehh, tiba-tiba rasa nak makan pulut kuning dengan sambal tumis. Macam sedap je kan! Jumaat lepas bila husband keluar beli barang dah listkan sekali beli beras pulut susu. So anytime nak masak pulut nanti senang. Semalam lah baru nak memasak pulutnya pun. Tukar selera pulak nasi kepada pulut. Lagipun dah lama tak makan pulut kuning kan.

Dulu teringin nak masak pulut, fikir 2 3kali nak masak ke tidak. Kalau ikutkan cara orang lama memang leceh nak kena rendam dulu baru boleh masak. Ikut cara Fiza senang je, cara paling mudah masak pulut kuning guna periuk nasi je. Tak payah beria gunakan perkhidmatan periuk kukus gedabak tu. Inilah hasilnya daripada masak guna periuk. Masak sekata dan tak berkerak.


Cara Fiza masak pulut kuning  sama macam masak nasi guna kaedah dalam gambar di bawah. Tu gambar masak nasi. Gambar masak pulut lupa nak snap sebab tak plan nak update entry. Aduh! Kalau masak nasi biasa tu letak air je kan. Sukatan air ikut sukatan jenis beras. Untuk beras pulut susu ni Fiza guna beras pulut susu jasmine masak 1 1/2 pulut.

1/2 cawan santan
1 cawan air
1/2 sk garam
1 sk serbuk kunyit
1/2 sb gula
1 sb minyak masak
1 helai daun pandan

Kacau semua bahan dalam satu bekas dan tuangkan masuk dalam bekas beras pulut yang dah siap dibasuh. Pastikan bekas yang digunakan bekas yang sesuai untuk microwave/oven ye. Lepas tu tunggu je sampai masak. Pastikan air dalam periuk nasi tu tak kering. Bila nak masak tu, kacau kacau lah bagi rata dan biarkan masak sekata.


Senang ya amat nak masak pulut kuning style macam ni kan. Campur campur dah tunggu masak je. Tak leceh dan agak cepat masak pun ye jugak. Mujur juga ada cara senang. Kalau leceh malas juga nak memasaknya. Sukatan bahan-bahan tu kau orang boleh adjust lah. Fiza tak letak santan banyak dan lebihkan air. Garam tu secukup rasa je dan gula tu bagi nak rasa lemak manis santan dan pulut masak cantik berkilat. Letak minyak untuk pulut nampak berkilat juga. Kalau guna santan segar tak perlu letak. Fiza guna santan kotak je.

Ada orang masak pulut, sukatan air tu betul-betul parasa pulut. Fiza guna sukatan adunan bahan tu sema dengan sukatan pulut. Tapi cara macam ni okaylah kan, agak-agak tak cukup masak tambah je air, kacau dan biarkan masak je. Benda senang buat apa nak susah-susah. Hihi..




Lontong Kuah Lodeh Vs Lontong Goreng

$
0
0
Teringin nak makan lontong dan kalau buat lontong kena ada sambal tumis tu baru sedap. Alang-alang buat sambal tumis tu, masak sekali pulut kuning sebab husband sejenis yang tak suka makan lontong. Bila buat sambal tumis tu bolehlah dipadankan dengan pulut kuning. Pulut kuning pulak tu favourite dia. So kenalah masak dua menu. Eh, 3 menu sekali sebab kena masak sambal sekali. Mujur tak kena masak kuah kacang Sekali. Dah ada sambal tumis tu kira okaylah. 

Lontong kuah lodeh ni favourite Fiza. Orang johor dan lontong berpisah tiada. Dapat breakfast lontong memang best tapi tak banyak kedai jual lontong waktu pagi untuk breakfast. Kat johor je la yang senang jumpa pun. Disebabkan teringin nak makan, gigih jugaklah buat sebab masa husband keluar beli barang haritu dah beli bahan siap-siap.


Alhamdulillah, lega dan dapat makan. Tapi yang tak bestnya santan yang Fiza guna tu mungkin kurang elok. Kebetulan ada stok santan segar dalam peti ais. Kalau tidak, memang guna santan kotak je. Tak sempat sampai malam, kuah rasa macam masam nak basi tu lah. Fiza terus rendam air panas dan bilas dengan air panas juga. Tapiskan dan simpan dalam peti ais. Esok paginya baru masak lontong goreng. 


Mujur dapat diselamatkan dan cepat bertindak. Kalau tidak dah membazir bahan-bahan dah. Aduhaii sayang kalau terbuang ni. Rezeki lah dapat rasa dua-dua jenis lontong kan. Lontong kuah lodeh vs lontong goreng. Dua-dua suka! Susah nak buat pilihan kalau dah dua-dua sedap. 


Meng Sangkaya Ala Boat Noodle

$
0
0
Sangkaya ala boat noodle, satu lagi menu viral musim PKP ni yang baru dapat Fiza cuba. Almaklumlah baru dapat stok roti putih gardenia tu. Alang-alang dah ada tu, sajalah cuba buat ikut resepi sangkaya dari Encik Google. Stok daun pandan yang ditanam pun ada banyak juga tu. Memang sesuai sangatlah meng sangkaya untuk minum petang.

Musim PKP ni, asal viral je nak cuba sedangkan menu ni dah lama ada tak nak pulak mencuba kan. Bila dah lama duduk rumah dan tak tahu nak buat apa selain memasak. Masa ni lah nak mencuba bermacam-macam resepi masakan terutamanya yang viral. Belek punya belek resepi sangakaya tu senang je rupanya. 


Blend 5-6 helai daun pandan dengan 1 cawan air dan tapis air tu. Air tapisan daun pandan masukkan dalam periuk campurkan dengan 3 sudu gula, 1/4 sk garam, 1 sudu besar tepung jagung, 1 biji telur dan 4 1/2 cawan fresh milk. Kacau rata semua baru buka api dan kacau perlahan-lahan sampailah sebati. Kena sentiasa kacau kalau tak nanti berketul-ketul. Nak lagi cantik, dah masak tu tapis untuk dapatkan tekstur yang lebih halus dan tak berketul-ketul.

Nota : Boleh guna santan atau fresh milk ye. Fiza guna fresh milk sebab santan takde stok.

Nak lebih pekat, tambah tepung jagung lagi. Tapi kaedah dia kena bancuh dengan air biasa dulu baru masukkan bersama adunan. Nak manis lagi tambahlah gula ye. Bila masak pandan kaya ni best betul bau dia. Bau pandan tu sangat menyelerakan oiii..Tak sabar nak makan. Roti tu kau orang potong empat dan kukus untuk dapatkan roti yang lebih lembut gitu. Nak makan dengan roti biasa terus pun boleh. Ikut tekak masing-masing lah.

Rasa sama macam boat noodle tak? Entahlah..sebab tak pernah makan kat boat noodle tu. Tapi sangkaya kat boat noodle je famous kan. Anggap je lah rasa dia lebih kurang je. Dah itu resepi yang orang share. Kita pun ikut kan je lah. Rasa dia sedap kalau kau orang suka perisa pandan kaya. Mudah betul nak buat sangkaya ni, bolehlah buat minum petang. Itupun kalau stok roti ada. 

Daftar i-Lestari KWSP Online Mudah dan Cepat

$
0
0
Lama jugak postpone nak buat permohonan pengeluaran i-lestari kwsp sebab belum daftar i-lestari lagi. Almaklumlah sejak dah tak bekerja ni tunggu penyata je lah setiap tahun. Nak ada akaun online tu memang tidak lah. Bila PM umumkan boleh buat pengeluaran i-lestari ni barulah terhegeh-hegeh nak buat akaun online. Start awal April pun website kwsp memang jammed, itu yang biar dulu lah.

Lepas tu tengok cara-cara nak daftar akaun online kwsp pun kena buat melalui kiosk atau call ataupun email. Nak pergi kiosk kwsp tu tak mungkinlah bila musim COVID 19 ni. Nak call, line sibuk je. Nak buat melalui email, kena ambil gambar IC lah kena ambil gambar dengan IC dan kena ada penyata akaun pengesahan no.phone. Banyak kerja kan?

Sekarang dah ada cara yang lebih mudah dengan daftar i-lestari secara online, mudah dan cepat melalui link  https://ilestari.kwsp.gov.my. Lega bila ada cara yang lebih mudah ni. Sementara tengah mudah nak buat permohonan ni, tak bertangguh dah. Terus je buat.


Lepas klik link atas tu, klik pada permohonan baru dan akan keluar borang macam kat bawah ni. Hanya satu page je yang perlu di isi. Tak yah pening-pening dah. Dah isi, klik hantar. Settle.

Lepas tu boleh semak status selepas 2 hari katanya. Harap-harap permohonan berjaya. Kali pertama nak keluarkan kwsp ni. Iyelah kan, nak tunggu umur 55 lambat lagi. Memang tak terfikir pun nak keluarkan sebab itu untuk kegunaan masa depan nanti walaupun jumlahnya tak banyak mana. Simpanan yang sangat berguna. Tapi terpaksa jugalah keluarkan simpanan sikit. 

Ayam 3 Budak Gemok

$
0
0
Nampak macam sedap je Ayam kicap campur daun kari ditambah dengan sambal gesek power yang popular dengan nama ayam 3 budak gemok. Tak pernah terfikir pulak nak makan ayam kicap dengan sambal gesek dan tak pernah pulak nak cuba masak ayam kicap dengan daun kari. Bila dah viral ni, kalau tak cuba tu rasa terpanggil panggil je kena cuba baru tahu sedap ke tidak. Kenapa nama dia 3 budak gemok? sebabnya adalah resepi daripada 3 beradik yang bukak kedai 3 budak gemok tu. Kalau fakta salah sila betulkan ye.


Nak masak ayam kicap dia pun mudah je. Yang paling penting sambal gesek tu. Sedap betul lah dapat makan ayam kicap dengan sambal gesek power tu. Lain macam sedap dia. Biasanya kalau kat kedai tu dia akan hidangkan dengan telur goreng. Malas nak goreng telur, janji ada ayam kicap, sambal gesek dan timun dah kira cukuplah kot hidangan ala ayam 3 budak gemok ni.

Alhamdulillah baru merasa resepi ayam 3 budak gemok. Almaklumlah keluar nak beli stok seminggu sekali macam tu. Nak beli ayam pun stok tak banyak ada. Dapat beli sekor pun bersyukur dah. Jadilah dapat merasa ayam 3 budak gemok viral ni ha. Sekarang dah fasa 3 ni rasa macam dah kurang selera makan nasi. Makan kuih muih ataupun masakan yang simple je.

Tak tahu lah resepi sebenar dia macamana kan. For sure lah tuan punya resepi adalah rahsia. Cuma apa yang kita nampak tu lainnya sebab ada daun kari macam masak ayam sambal bali tapi ni versi kicap. Dan sambal gesek pun ala sambal ayam penyet je bahan-bahan dan kaedahnya. Tapi kombinasi ayam kicap dengan sambal gesek power ni memang power lah.


Viewing all 8009 articles
Browse latest View live