Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all 8009 articles
Browse latest View live

Donut Pandan

$
0
0
Sejak musim PKP ni semua orang jadi chef pandai masak macam-macam. Buat roti canai lah, buat kek lah dan paling laju buat resepi-resepi yang viral ni. Fasa 2 PKP haritu dah mula dah jemu dengan nasi dan lauk pauk. Kenalah cari idea buat makanan yang boleh mengenyangkan dan ada selera nak makan. Rasa macam dah lama tak buat donut.

Alang-alang buat donut tu sajalah cuba buat donut pandan. Daun pandan pun terlajak laris musim PKP ni boleh buat menu macam-macam. Buat sangkaya lah, nasi lemak hijau lah dan ni buat donut pandan pulak.  Mujur jugalah ada pokok daun pandan. Habis musim PKP confirm togel pokok pandan ni. Berguna juga tanam daun pandan, selalu dok ambil buat nasi lemak je. 



Saja mencuba buat donut pandan. Resepi tu macam resepi donut biasa je cuma tambah sikit air daun pandan. Daun pandan Fiza guna 5 helai je. Tak berapa nak rasa pandan sangat dan warna pun macam pudar. Mungkin kalau tambah pewarna hijau nampak lagi cantik warnanya. Tapi takpelah, guna pewarna asli lagi bagus kan walaupun pucat sikit. Janji warna ada kira boleh lagilah nak namakan donut pandan. Fiza kongsikan resepi yang Fiza cuba ni dari youtube. Selamat mencuba!

credit youtube : buatoranglapo

Beli Buah Buahan Segar Online Delivery Terus Ke Rumah

$
0
0
Dah masuk fasa 3 PKP ni rasa dah tak ingat dah hari ke berapa dah. Hari apa pun dah tak ingat dah. Bila dah lama berkurung baru teringat lama dah tak makan buah-buahan segar. Biasanya ada pasar malam, akan beli stok buah epal. Ini tak ada pasar malam, takde lah membeli buah. Suka beli dekat pasar malam sebab buah-buahan dia segar dan lebih murah. 

Musim PKP kedai buah-buahan kebanyakkannya tutup. Buah-buah segar kat pasaraya pun terlajak laris juga. Disebabkan tak keluar beli barang dapur, beli buah-buahan online je lah. Beli dan bayar online tapi delivery sampai depan pintu rumah lah. Fiza cari seller online yang dekat yang boleh delivery sampai rumah. Kalau beli online dan pos jenuh juga nak menunggu buah sampai. Tambah pulak sekarang courier tengah sesak dengan barang-barang kan.



Risau pulak nanti lama sangat ambil masa nak delivery buah sampai dah busuk. Syukur ada yang buat jualan buah-buahan online dan boleh hantar sampai rumah. Kalau tak, kena tunggu beli stok barang dapur nanti lah baru beli stok buah. Niatnya nak beli jeruk mangga asam boi tu sebab suka betul makan mangga lemak yang rangup tu. Alang-alang ada jual buah-buahan segar, terus beli sekali lah buat stok. Rugi pulak beli satu barang je sebab ada charge delivery juga.

So beli buah epal hijau dan buah jambu batu. Jeruk mangga asam boi satu bekas RM10, Epal hijau 7 biji RM10 dan jambu batu sekilo RM5 ( Dapat 3 biji). Charge delivery RM5. Jualan makanan memang laris sekarang ni. Okay happy mood dapat buah-buahan segar untuk kudapan yang lebih sihat. Jeruk mangga asam boi tu sekali hadap je tu. Tengok je dah boleh buat kecur air liur dah. Aduhaiii...

Ohh ya, untuk area Seremban boleh beli kat Kak Hanisah 011-33180390. Buah memang elok segar tapi kena order sehari sebelum lah. Dah dua kali dah Fiza beli stok buah kat dia.

Resepi Japanese Cotton Cheesecake

$
0
0
Musim PKP ni terasa masa terlalu banyak sampai kau dah tak tahu nak buat apa dah. Serius lah tak boleh duduk diam saja sebab akan menimbulkan kebosanan terlampau. Duduk rumah masa PKP ni harus cari kerja untuk dibuat. Kena sibukkan diri supaya dalam kepala tu tak fikir benda benda yang boleh buatkan stress. Salah satunya mencuba resepi resepi viral yang mudah macam Japanese Cotton Cheesecake. Persoalannya, mudah ke?

Demi tak nak kalah dengan bosan, cari idea nak masak apa yang mudah-mudah dan paling penting bahan-bahan ada di rumah bukan kena keluar pergi beli bahan. Cari punya cari dapatlah resepi Japanese Cotton Cheesecake yang cukup mudah pada Fiza. Bahan-bahan tak banyak dan cara nak buat tu boleh tahan mudah lah jugak. Bila rajin dia jadi mudah lah kot kan?


Bahan-bahan
70 gram butter
70 gram gula
70 gram tepung gandum yang telah di ayak
200 ml susu segar
4 biji telur (*asingkan telur putih dan kuning)
5 keping slice cheese
1 sk esen vanilla

Cara-cara
1. Masukkan susu segar bersama slice cheese yang telah dicarik-carik kan ke dalam periuk, masak sebati menggunakan api perlahan sehingga cheese cair.
2. Masukkan butter dan kacau rata sampai adunan semua cair dan sebati. Tutup api dan biarkan sebentar.
3. Pukul telur putih dan gula sehingga menjadi meringue.
4. Dalam bekas lain, pukul telur kuning dan esen vanilla sehingga kembang.
5. Masukkan telur kuning ke dalam adunan cheese yang awal tadi, kacau sehingga sebati.
6. Masukkan tepung sikit demi sedikit untuk pastikan adunan tidak berketul-ketul.
7. Masukkan meringue sedikit demi sedikit dengan cara kaup dan gaul secara ringan.
Cara bakar
1. Sapukan keliling loyang (spring form) dengan butter, bawahnya letak kertas minyak.
2. Panaskan air dan loyang di dalam oven terlebih dahulu sebab nak bakar guna kaedah steam bath.
3. Bakar pada suhu 170℃ selama 20minit, kemudian turunkan suhu kepada 140℃ selama 40 minit.

Bahan-bahan tu dari resepi asal tapi Fiza kurangkan sikit telur jadi 3 biji dan slice cheese Fiza guna 4 keping je. Kurangkan telur sebab tak nak bau hanyir telur kuat sangat dan kurangkan cheese sebab nak jimat. Hihi..cukup sekadar ada rasa cheese je sudah. Alhamdulillah kek menjadi cantik cuma potongan slice kek tak cantik sebab keluar oven je terus potong. Tak sabar² nak makan. Rasa dia setelah Fiza kurangkan telur dan slice cheese tu just nice rasa dia.

Disebabkan ianya dipanggil cotton cheesecake, tekstur dia tersangatlah lembut. Bila makan tu macam tak makan apa je. Rasa macam susah nak kenyang jugaklah makan kek ni. Itu yang laju je habis. Lagipun kek ni macam tak sesuai untuk simpan lama.


credit : Qalisya Lisya Illa‎

Churros Rangup

$
0
0
Churros viral tak? Tak kot kan? Satu masa dulu pernah viral dan penah cuba buat. Kalau cari balik resepi churros dalam entri lama tahun 2014. Tahun 2014 tu pertama kali buat churros. Lepas tu tak buat dah, mungkin malas mungkin juga dah cuba sekali lepas tu tak nak buat dah. Ternampak ada yang share kat social media, dan dan kau rajin nak buat jugak.

So selepas 6 tahun kita mengchurros lagi lah. Alang-alang tengah rajin dan ada bahan-bahannya cukup. Pulak tu dah janji dengan husband nak buat kan. Kira kena buat jugaklah untuk minum petang semalam. Ternyata masih ada bakat buat churros dan masih menggunakan resepi lama. Boleh rujuk resepi churros rangup mudah dalam entri lama.

http://www.azhafizah.com/

Okay takpe, Fiza copy paste semula resepi tu kat sini. Tahu dah kau orang mesti malas nak klik klik ni. 

Bahan-Bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar butter
1 cawan air
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil esen vanilla
1biji telur
Nozzle muncung bintang
Piping bag
Minyak masak untuk menggoreng

Cara-Cara:
1. Didihkan air, masukkan butter, gula dan garam . Kacau sebati dengan api yang sederhana
2. Perlahankan api, masukkan tepung sikit² atau dengan cara mengayak supaya tepung tak berketul². Kacau sehingga rata dan tutup api.( Agak berketul sikit tapi jangan risau dah uli nanti okaylah). Biarkan sejuk kejap.
3. Masukkan telur yang telah dipukul kembang terlebih dahulu. Kemudian masukkan esen vanilla dalam adunan tepung tadi, uli sebati gunakan tangan bila adunan dah sejuk sedikit.
4. Masukkan adunan dalam piping bag
5. Kalau nak cantik, piping kan dulu atas parchment paper/baking paper sebelum goreng. Kalau dah pro, terus piping dalam minyak masak yang telah dipanaskan dalam kuali.
6. Bila dah warna keperangan tu, angkat dan toskan.

http://www.azhafizah.com/

Taburkan gula kastor atau buat chocolate dip. Memang sedap. Jangan lupa secawan kopi juga untuk hidangan minum petang. Kalau ada cinnamon powder ke caramel ke sedap juga. Sesekali tu bolehlah layankan tekak sendiri. Nak membeli musim PKP ni memang susah sikit lah. 



Marhaban Ya Ramadhan 1441

$
0
0
Marhaban Ya Ramadhan 1441H. Selamat berpuasa untuk semua umat Islam. Ramadhan kali ni sangat berbeza, buat pertama kalinya kita sambut ramadhan di rumah masing-masing tanpa boleh keluar rumah. Takde terawih di masjid, tiada bazaar Ramadhan dan tiada aktiviti Ramadhan di luar. Semuanya hanya boleh dibuat di rumah je. New normal life yang kita perlu hadap yang entah bila akan berakhir. Ye, demi keselamatan kia semua.


Syahdu rasa sambut Ramadhan kali ni kan? Takpe, pujuk hati sendiri dan ada hikmah Ramadhan disebalik PKP yang dilanjutkan ni. Hikmah yang paling jelas terang lagi bersuluh, kita boleh fokus 100% ibadah puasa di bulan Ramadhan tanpa terganggu dengan hal-hal duniawi. Waktu solat terjaga dan boleh menghayati Ramadhan dengan ibadah-ibadah lain.

Mungkin ini adalah  pertama kali puasa Ramadhan kita penuh dengan menyendiri lebih dekat dengan Allah untuk refleksi hati dan diri kita sendiri. Kita juga berpeluang berterawih dan berbuka dengan ahli keluarga mengeratkan lagi hubungan dengan keluarga.
Dengan tiadanya Bazaar Ramadhan, kita boleh jimat belanja dengan masak sendiri di rumah. Pahala puasa pun tak terganggu dek kerana dosa mata ketika ke Bazaar Ramadhan."Tak sedap tak mengapa, boleh masuk dalam group Masak Apa Tak Jadi Harini" kata PM malam tadi. Aduhaii, ayahanda kita pandai bergurau. Tapi dalam masa sama rasa kesian juga dengan para peniaga yang mencari rezeki di Bazaar Ramadhan.



Buat pertama kalinya juga, kita tidak akan memikirkan tentang persiapan hari raya. Apapun yang terjadi kita perlu hadapi dengan sabar dan ketahuilah Allah maha mengetahui. 

وَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” -Al Baqarah 2:216


Kurma Madu Mazafati Dates

$
0
0
Kurma, buah wajib ada bulan Ramadhan. Berbuka dengan kurma adalah sunnah Nabi yang kita boleh amalkan. Setiap tahun, kita dah biasa dengar iklan kurma yusuf taiyoob tu. Tahun ni nampaknya lebih menunggu berita semasa tentang Covid-19 setiap hari. Cakap tentang kurma, Fiza paling suka kurma madu (mazafati dates) tu. Tahun ni beli brand suntree di 99 Speedmart. 


Kurma Madu ( Mazafati Dates)
Mazafati dates saiz dia sederhana je tak besar tak kecil. Kurma yang berwarna gelap dan tekstur dia sangat lembut dengan lembap serta rasa dia manis. Isinya sangat tebal tak macam kurma lain. Kalau nak tahu, mazafati dates dikatakan kurma paling sedap di dunia dan warnanya lebih menarik berbanding jenis kurma yang lain. Dikenali juga dengan nama kurma kimia atau kurma bam.


Juga dikenali sebagai kurma madu dan salah satu jenis buah kurma yang berasal dari Iran. Kurma madu juga antara yang popular di Malaysia dan menjadi pilihan umat Islam di Malaysia sebab harganya lebih murah dan lebih sedap. Kurma ajwa sedap katanya tapi harganya sedap jugalah, mahal okay! Tak pernah cuba lagi. Takut nak bayar bila tengok harga golongan bangsawan.


Dulu-dulu masa waktu kecil tak suka berbuka dengan kurma. Kalau tak silap, masa tu jenis kurma yang liat sikit tu kot. Tapi sekarang, suka makan kurma tapi kurma madu lah. Kalau blend kurma dengan air susu. Sedap uiii. Stok susu kurma farm fresh macam susah nak dapat sekarang. Memanjang sold out. Blend je kurma dengan susu pun jadi juga. Kadang bulan tak puasa pun suka beli stok kurma madu ni. Khasiat dia memang banyak dan kita pun tahu makan kurma tu bagus.

Kurma dapat menambah tenaga, meningkatkan ingatan dan kecerdasan otak, bagus untuk kesihatan pencernaan, memberikan kesihatan jantung yang baik, menguatkan saraf dan banyak lagi khasiat kurma ni. Rugi lah kalau tak suka kurma. Cuba try kurma madu ni, mesti kau orang pun terus suka makan kurma. Kurma apa lagi yang best? Kongsikan di kotak komen.

note : kurma berpeluh baru keluar dari peti ais

Dapat Free Face Mask 3ply Sumbangan Kerajaan Malaysia

$
0
0
Sejak musim Covid-19 ni face mask 3 ply ni jadi rebutan ramai sampai habis stok sana sini. Kebanyakkan farmasi pun dah tak ada stok face mask ni. Dalam masa yang sama, banyak juga peniaga yang ambil kesempatan jual face mask dengan harga mahal. Memang untung gila-gila jual face mask sedang tengah musim Covid-19. Bab harga ni tak tahu lah nak salahkan siapa. Memang waktu terdesak macam ni, nak tak nak kena beli juga untuk keperluan. 



Ada juga peniaga yang menipu, kononnya jual face mask 3 ply. Sekali bila pembeli terima bungkusan rupanya face mask buat sendiri dan ada juga yang dapat barang lain. Allahu, kenapalah manusia suka ambil kesempatan atas apa yang berlaku. Mujur sekarang stok face mask dah mula ada dalam pasaran semula. Kalau nak beli tu, belilah pada seller yang boleh dipercayai. Lagi bagus beli pada seller yang kita kenal. 

Fiza tak pernah lagi beli face mask online sebab ada stok face mask N95 musim jerebu dulu tu. Bolehlah buat guna masa keluar beli barang kejap sementara. Beberapa hari lepas baru dapat face mask 3 ply sumbangan kerajaan Malaysia. Kau orang dah dapat ke belum? Ada yang dah dan ada yang belum. Agihan secara berperingkat mengikut tempat.

Sumbangan seperti ini sangat membantu rakyat memandangkan face mask sukar didapati di pasaran dan harganya mahal. Tak semua orang mampu membeli dengan harga yang mahal. Sekurang-kurangnya dengan sumbangan face mask 3ply ni dapat menangani isu covid-19 dari terus merebak. Terima kasih Kerajaan Malaysia. 

Small Office Home Office (SOHO) Yang Agak Menyepi Seketika

$
0
0
Selamat pagi semua. Tiba-tiba dah hari rabu. Mujur masih ingat hari apa. PKP hari keberapa jangan ditanya sebab dah malas nak mengira hari. Dan dah terbiasa dengan suasana sekarang. Ye, kita perlu redha dengan apa yang berlaku. Sejak PKP ni, ramai yang terkesan dengan kehilangan sumber pendapatan terutamanya yang berkerja sendiri. Fiza pun merasainya juga.

Tempahan sampul duit raya hipster terpaksa Fiza hentikan buat masa ni atas sebab tak boleh nak keluar ke kedai. Kedai printing pulak jauh kena rentas sempadan negeri. Nak merentas sempadan negeri bukan mudah masa PKP ni. Kedai pun tak pasti bukak ke tidak. Tambah lagi, raya pun samar-samar lagi kan. Kiranya ini keputusan yang tepat. Demi keselamatan juga dan segala bayaran akan dipulangkan semula. Moga ada rezeki yang lebih baik dimasa akan datang. Aamiin...



Tempahan design buat masa ni Fiza pun agak slow juga. Entah kenapa mood nak mendesign tu agak terganggu sikit. So sunyilah sikit SOHO Fiza ni di musim PKP. Lebih kepada update blog dan blogwalking dan kerja editing gambar sendiri je lah. Nak photoshoot pun sekarang tengah musim hujan. Lighting tak on point. Tandanya kena rehat dulu tu.



Walaupun SOHO agak sepi tapi pokok-pokok ni tak pernah sepi. Semakin membesar dan bertunas baru dengan jayanya. Tengok pokok-pokok hijau ni, rasa bahagia walaupun tak ada idea nak nak dicurahkan. Sepi tu kerja Fiza je, husband masih dengan mood #roadtophd yang perlu diteruskan.


Fittonia Pokok Hiasan Dalam Rumah

$
0
0
Duduk rumah selain aktiviti mengemas, memasak, tengok movie dan sebagainya dalam tempoh PKP ni. Membelek pokok-pokok bunga hiasan dalam rumah salah satu aktiviti terapi yang boleh memberikan mood sedikit tenang. Itu kalau pokok hidup sihat membesar. Kalau susah nak hidup tu, kita pulak yang susah hati nanti. Pendek kata, nak tanam pokok hiasan dalam rumah kena pilih pokok yang sesuai. 

Pokok hiasan dalam rumah ni biasanya jenis yang tidak memerlukan cahaya yang banyak, kena letakkan di tempat yang redup tapi dalam masa yang sama masih ada cahaya. Kiranya di bawah cahaya matahari yang rendah bukan terdedah terus pada cahaya matahari yang kuat. Untuk kau orang yang suka letak tanaman pokok hiasan dalam rumah atau nak letak pokok hiasan di meja kerja, Fiza suggest pokok renek yang comel macam Fittonia ni. 

Fittonia juga dikenali sebagai nerve plant dan ianya sejenis pokok bonsai hiasan daripada beberapa spesis yang memiliki corak-corak daun yang berbeza can cantik. Jenis-jenis fittonia adalah Fittonia Fortissimo, Fittonia Frankie, Josan fittonia , Fittonium Red , Fittonia Red Vein, Fittonia Pink Vein, Fittonia White Vein, Fittonia White Anne, Fittonia Skeleton, Dwarf fittonia Perseus dan Fittonia Mosaic Kings Cross. Yang Fiza beli bulan lepas jenis Fittonia Red, Fittonia Skeleton dan juga Fittonia White Anne.



Fittonia Red ni warna merah dia sangat cantik. Jenis corak dan bentuk daunnya sangat cantik beralun. Apa yang Fiza perasan Fittonia Red ni lebih cepat membesar daripada fittonia yang lain. Terlebih baja belaian manja ni agaknya. Mana taknya hari hari belek dia. Dulu comel renek je tumbuhnya. Sekarang dah menggalah tinggi. Tapi itulah, nak re-pot pun nak kena beli pasu baru dulu.



Fittonia Skeleton ni agak unik daunnya. Kombinasi warna pink dan hijau sangat menyerlah. Kenapa dipanggil skeleton? Kau orang sendiri dah boleh agak sebab corak daun dia jelas terang macam tulang rangka. Bentuk daun dia bulat sikit dan tak beralun macam fittonia red tapi cantik sebab corak daun dan kombinasi warna daun tu.



Yang terakhir, Fittonia White Anne ni agak lambat juga ye nak tunggu dia membesar. Pertumbuhan yang agak lambat. Ke sebab nak pasu baru ni? Tapi kira okaylah dia maintain macam ni sebab kecik macam ni comel je nampak. Fiza beli 3 pasu Fittonia ni dengan harga RM20 di Seremban Landskap. Rindu pulak nak pergi nursery haih.

Menu Berbuka 1 Ramadhan : Ayam Black Pepper Masak Cara Fiza

$
0
0
Baru nak berlari berkejaran update menu berbuka puasa dalam blog. Hari-hari update kat media sosial je. Macam biasa, Fiza dan husband dah biasa dengan hidangan simple-simple je waktu berbuka. Tak ada menu sampingan kuih muih atau menu tambahan melainkan menu utama, sayur dan juga kurma. Simple bukan? Berdua je pun. Nak masak banyak-banyak siapa pulak yang nak makan nanti.

Cuma bila lapar lepas terawih tu barulah akan masak kuih atau hidangan lain. Sejenis yang suka makan masakan panas. Baru selera makan. Berpuasa dalam tempoh PKP ni takde lah nak terkejar kejar hal lain. Masak untuk berbuka pun satu jam sebelum atau setengah jam sebelum kalau masak simple-simple lah. Baru sedap makan makanan yang masih panas. Menu Berbuka 1 Ramadhan Fiza adalah Ayam Black Pepper Masak Cara Fiza.


Bahan-bahan
Ayam potong kecil (nak cepat masak)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 batang cili api
1 sudu besar black pepper
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
Minyak masak untuk menggoreng
Garam
Serbuk Kunyit
Tomato 1 biji

Cara Masak Ayam Black Pepper
Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng sampai masak. Bila dah masak tu, keluarkan minyak goreng tu. Masukkan black pepper, bawang putih, bawang besar, cili api yang telah dipotong-potong. Bila bawang semua dah layu, masukkan sos tiram dan juga kicap.

Kalau ada tomato, potong 4 dan masuk last sekali sebab tak nak tomato layu. Kalau tak ada, tak letak pun takpe. Gaul rata dah siap. Jangan letak garam lagi ye sebab menggoreng tadi dah letak garam dan dah letak sos tiram juga kicap. Dah cukup perasa dah tu.

Kalau guna isi ayam bahagian dada tu lagilah cepat masak dan tak perlu guna minyak banyak kalau guna non stick pan. Tapi kalau masak potongan ayam dari semua bahagian ayam, minyak kena lebih sikit lah baru masak sekata. Okay, done menu berbuka hari pertama Ramadhan. Kalau tak ada idea nak masak apa, boleh lah masak menu ayam black pepper ni.

Menu Berbuka 2 Ramadhan : Sambal Udang Masak Cara Fiza

$
0
0
Baru hari kedua puasa dah pening nak masak apa. Asyik ayam je. Jemu pulak. Mujur ada stok udang dalam peti ais. So cadang nak sambalkan aje udang-udang tu. Sambal udang ni lagi sedap kalau di kawankan dengan petai. Lagi bertambah selera makan. Sebusuk-busuk petai tu kalau dia ada jadi sesedap masakan lah. Itu kata-kata penggemar petai. Yang tak suka petai tetap cakap tak sedap. 

Masak sambal udang ni lagi 10 minit nak berbuka pun sempat lagi nak masaknya. Tapi takdelah buat macam tu. At least setengah jam lah nak siapkan bahan-bahannya sekali. Kalau dah siap bahan-bahan tu lain cerita lah tinggal campak-campak masuk dalam kuali je.


Bahan-bahan
Udang
2 labu bawang besar 
2 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu cili kisar
2 sudu sos cili
garam secukup rasa
gula perang 1 sudu
1 sudu kicap
3 sudu minyak menumis
1 keping asam keping

Cara-cara
Tumbuk kasar atau kisar kasar 1 biji labu bawang besar, 2 ulas bawang putih dan halia. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi. Dah naik bau, baru masukkan cili kisar dan sos cili. Gaul rata dan biarkan garing. Kemudian baru masukkan udang. Gaul rata lagi baru masukkan garam, kicap, gula perang dan asam keping. Bila hampir masak tu baru masukkan bawang potong yang sebijik lagi tu. Kalau buat sambal, Fiza suka potong bulat. 

Nak pedas, tambah cili api. Fiza jenis suka buat cili kisar guna cili kering pedas. So tak perlu tambah cili api dah. Dan kalau nak berkuah sikit tambah je air. Fiza tak tambah air sebab taknak sambal cair. Kalau malas nak blend atau tumbuk, kau orang potong potong je bahan menumis pun okay je. Cuma dia lagi sedap kalau bahan-bahan tu ditumbuk menggunakan lesung batu. Hari kedua masih mengekalkan salad sebagai ulaman. Tak perlu masak sayur dah.


Menu Berbuka 3 Ramadhan : Ikan Cencaru Bakar Bersambal Dan Kacang Goreng Campur Telur Masak Cara Fiza

$
0
0
Ayam sudah, udang pun sudah. Sekarang giliran ikan cencaru pulak ambil alih untuk menu berbuka 3 Ramadhan. Ikan cencaru bakar dengan sambal lagi sedap rasanya daripada dibakar kosong dengan garam dan serbuk kunyit. Bila bersambal tu tak payah dah  nak buat air cicah asam atau sambal kicap. Sambal tu Fiza dah siapkan awal-awal sebelum puasa. Buat stok banyak sikit sebab nanti senang nak bakar ikan, terus guna je.



Cara buat Sambal Ikan Bakar Masak Cara Fiza
Blend 2 labu bawang besar, 2 ulas bawang putih, 1 inci halia dan 1 batang serai. Tumiskan sampai naik bau, baru masukkan cili kisar dan juga sos cili. Bila dah garing tu masukkan air asam jawa, garam, gula perang dan kicap sikit. Kacau rata dan biarkan sampai pecah minyak. Bila dah masak biarkan sejuk baru masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti ais. Kau orang adjust lah ikut citarasa masing-masing. Fiza suka guna gula perang sebab warna sambal nampak lagi cantik.

Kalau tak nak sambal tu hangus masa ikan dibakar, kau orang boleh bakar dulu ikan cencaru dengan garam dan serbuk kunyit dulu. Bila hampir nak masak tu, baru letak sambal tu dan biarkan masak sekejap. Fiza masak guna kuali ajaib tu dan bungkus ikan dengan aluminium foil. Kalau ada daun pisang lagi sedap. Masak ikan bakar 15 minit baru terbalikkan dan sambung lagi masak 10 minit untuk sebelah lagi.

Hari ketiga baru Fiza masak sayur kacang panjang campur telur. Tukar salad kepada sayur bergoreng pulak. Tumis bawang merah, bawang putih dan ikan bilis. Masukkan kacang panjang dan pecahkan sebiji telur. Masukkan garam dan serbuk kunyit. Gaul rata dan biarkan masak sekejap. Kalau goreng kacang panjang, Fiza suka goreng sekejap je sebab suka makan sayur rangup.

Menu Berbuka 4 Ramadhan : Ayam 3 Budak Gemok

$
0
0
Mari kita teruskan mengejar update menu Ramadhan. Menu Berbuka 4 Ramadhan berbalik kepada menu ayam semula. Teringin Ayam 3 budak gemok pulak dah sebab tiba-tiba teringat ayam gesek power tu lah. Power sangat lah tu sampai buat orang teringin makan. Masak ayam 3 budak gemok pun mudah je. Sambal gesek tu pun dah siap stok awal-awal. 



Bahan-Bahan Sambal Gesek
Goreng 1 biji bawang besar (potong 4), 1 ulas bawang putih, Cili Api Segenggam, 2 biji tomato (potong4). Dah garing tu angkat dan tapis minyak. Tumbuk guna lesung batu kalau tak ada cobek. Nak blend pun boleh. Masukkan garam sikit dan sesudu gula. Adjust rasa ikut citarasa masing-masing.


Bahan-bahan Ayam Kicap 
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
3 tangkai daun kari
garam
serbuk kunyit
serbuk kari
Kicap
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis

Cara Masak Ayam Kicap
Potong ayam kecil-kecil dan gaulkan dengan garam, serbuk kunyit dan serbuk kari. Goreng sampai masak dan ketepikan. Untuk masak kicap tu, blend bawang besar, bawang putih dan halia. Panaskan minyak dan tumiskan bahan blend, masukkan sekali dengan serai yang telah diketuk. Dah garing sikit masukkan daun kari dan biarkan garing. Masukkan ayam dan masukkan kicap ikut rasa masing-masing. Tak perlu tambah garam sebab dah letak kicap dan dah letak garam masak goreng ayam tadi. Kang terlebih masin pulak.

Hidangkan dengan timun sekali nak di lawan dengan sambal gesek dan ayam kicap manis ni. Sekali makan boleh bertambah dibuatnya. Lagi-lagi makan dengan panas. Aduhaiii..kecur air liur tengok ayam kicap 3 budak gemok ni.

Bulan Mei Dah

$
0
0
Pejam celik pejam celik tiba-tiba dah masuk Bulan Mei dah. Tanpa sedar kita dah bertahan berkurung di rumah sebulan lebih sejak bulan March hari tu. Tepu ke tidak duduk rumah? Haruslah tepu dan tak terbendung lagi dia punya bosan. Tapi ye lah, kita semua kuat dan mampu bertahan lagi sampai Malaysia bebas Covid-19. InshaAllah.. #kitajagakita duduk rumah diam-diam okay. Penat dah cakap  ayat ni. 

Masuk bulan Mei bila mana masih dalam tempoh PKP ni, terus rasa tak tahu nak rancang apa dah. Hanya duduk rumah dan menanti hari bahagia Malaysia bebas Covid-19 ni. Dah habis tempoh PKP pun masih lagi rasa tak selamat nak keluar selagi virus masih ada dan antivaksin tak ada lagi. Kena hadaplah kehidupan new normal di masa akan datang.

You deserve a pause from mess and chaos
Do what you love to feed your soul
1 Mei hari pekerja pun kita bercuti di rumah je lah ye. Lagi selamat lagi terjaga kita satu keluarga. Boleh duduk diam-diam di rumah kenapa nak keluar pulak. Melainkan pergi beli barang atau ada hal penting. Bulan Mei kita akan teruskan PKP Fasa 4 sampai 12 Mei. Apakah akan jadi selepas 12 Mei, adakah PKP fasa 5 akan menyusul? Kita tunggu...

Practice the PAUSE
When it doubt, pause.
When angry, pause.
When tired, pause.
When stressed, pause.
And when pause, PRAY.
Apapun, sama-sama kita doa semoga semuanya akan kembali normal dan menjalani kehidupan seperti biasa. Support frontliners kita dengan duduk diam-diam di rumah. Kalau kata kena sambut raya di rumah masing-masing pun rasanya semua orang pun sedia dah. Kita dah biasa kan? Stay strong, stay home and stay safe everyone. 

Lauk-Pauk Ringkas Berbuka Bila Tak Tahu Nak Masak Apa

$
0
0
Lauk-Pauk Ringkas Berbuka Bila Tak Tahu Nak Masak Apa | Pass baton dekat ikan pulak. Menu berbuka 5 Ramadhan paling ringkas lah kot setakat ini sebab tak tahu nak masak apa. Buntu tetiba! Baru hari kelima berpuasa dah pening memikirkan menu berbuka puasa. Tanya kat husband masak ikan goreng je okay tak? Lepas tu masak sayur kobis kicap, rebus telur masin makan dengan sambal gesek. Husband kata OK je. Bila permohonan dah diluluskan baru senang hati nak memasaknya.



Ikan goreng tu wajib goreng garing baru sedap nak makan dengan sambal gesek dan nasi panas nanti. Ikan goreng kalau buat ikan goreng celup tepung pun sedap. Tapi disebabkan nak cepat masak, kita lumur dengan garam dan serbuk kunyit je lah. Sayur kobis pun mudah je tumis bawang putih, bawang merah dan ikan bilis. Masuk kobis, garam sikit dan curah kicap sikit siap dah. 

Rebus telur masin 2 biji sebab teringin nak makan telur masin yang warna kuning idaman ramai tu. Teringat pulak dulu masa kecik dok makan telur kuning je. Telur putih masin tu mak yang kena habiskan. Aduhaii, teringat pulak mak abah kat kampung tu. Syahdu rasanya tak dapat balik kampung.

Orang Johor dan nismilan ni bila bergabung mesti kena podeh. Tu yang siap-siap buat stok sambal gesek. Kang tak lalu makan payah pulak kan. Biar makan sambil menangis sebab pedas dari tak lalu makan. Kemain sangat kan dia punya ayat. Orang suka pedas memang macam tu lah dia. 


Resepi Rendang Ayam Mudah Dan Sedap

$
0
0
Resepi Rendang Ayam Mudah Dan Sedap | Awal Ramadhan ni hari-hari hujan. Syukur cuaca sejuk dan kurang sikit ujian berpuasa tu. Biasa kalau tiba waktu hujan, mulalah perut mintak makanan tapi bila kau dah niat berpuasa tu perut terus segan nak mintak makanan. Dalam kepala ni dah berfikir-fikir " Nak masak apa untuk berbuka hari ni?" Okay, stok ayam ada lagi so kita masak rendang ayam je lah harini. Kalau merendang tu kena lah masak awal sikit.

Pukul 5 petang dah terpacak kat dapur tu. Solat asar siap-siap sebelum memasak senang nanti tak kelam kabut. Kalau masak rendang ni tak boleh nak tinggal sangat. Sat lagi tak perati hangus pulak tengah-tengah tu. Sejak berkahwin ni lah baru pandai masak rendang. Dapat jugalah beberapa tips dari mak mertua sikit-sikit.

Masak rendang ayam tu tumis dulu baru sedap. Lepas tu kalau masuk ayam tu, biarkan ayam kecut dulu baru letak santan dan air. Ada tips dari yang lain, letak guna anau macam dalam iklan raya TV tu. Kalau ikut style mak Fiza masak rendang letak kerisik baru sedap rasa rendang. Haa, pening nak aplikasi banyak tips dapur dari mak-mak kita ni. Ada je la petua dia kan.

Resepi Rendang Ayam Mudah Dan Sedap

Kenapa Masak Rendang Lama?
Sebut je rendang, rasa macam malas betul nak masak sebab masak rendang ni ambil masa yang lama untuk masak. Tengok je la persiapan raya masak rendang tu macamana. Tak lama tak sah. Bukan kerana sibuk berborak sampai lupa rendang dalam kuali. Tapi nak masak rendang tu memang ada peraturan dia. Kena tunggu bahan tumis garing, tunggu ayam kecut dan kena tunggu kering dan ayam betul-betul masak. 

Bahan-bahan 
*1/2 ekor ayam potong kecil
*1 biji bawang besar
*2 biji bawang merah
*2 ulas bawang putih
*2 inci halia
*1 inci lengkuas
*1 batang serai
*1 Genggam Cili Api
3 sudu cili kisar
Kerisik (2 genggam kelapa parut disangrai dan ditumbuk)
Minyak untuk menumis
1/2 kotak santan
1 cawan air
3 sudu kecil garam bukit
1 sudu gula perang
1 keping asam keping
2 helai daun kunyit (Diracik halus)

Cara Masak Rendang Ayam
Blend bahan-bahan yang bertanda *. Panaskan minyak dan tumis bahan blend tadi. Masukkan sekali cili kisar. Tumis sampai garing sikit dan pecah minyak, baru masukkan ayam. Kacau rata dan biarkan sampai ayam kecut. Masa ni boleh terus letak kerisik dan gaul rata. 

Dalam masa yang sama kena rajin kacau juga supaya tak hangus bahagian bawah tu. Bila ayam dah kecut tu barulah masukkan santan dan air. Kacau rata dan kena rajin mengacau jugalah kalau tak nak kejadian hangus hangit bawah tu. Rosak rasa nanti rendang tu nanti.

Dah masuk santan dan air tu. Masukkan lah juga garam, gula perang dan asam keping. Rajinkan lah mengacau sampailah rendang tu agak kering sikit. Ada orang suka berkuah lebih, ada orang suka kering sikit. Ikut tekak masing-masing. Last sekali barulah masukkan daun kunyit. Masa ni bau dia memang tak boleh tahan dah. Bulan puasa ni tak boleh nak rasa dan adjust rasa dia. 

Tapi kalau tak puasa tu kau orang bolehlah adjust rasa rendang kau orang tu sampai memenuhi kriteria rendang yang kau orang suka. Masak rendang mudah je cuma ambil masa lama sikit nak dapatkan rasa rendang yang sedap. Husband bertambah tambah makan bila masak rendang ni. Sedap katanya sampai terasa-rasa kat tekak sedapnya. Amboiii kemain puji lagi!

Masak rendang ni ada pelbagai cara ikut cara masing-masing. Ikutlah mana yang rasa senang nak di ikut dan paling penting rasa dia sedap. Tanyalah selera sendiri. Bila dah tahu masak sendiri boleh lah masak rendang ayam raya nanti kalau tak dapat balik kampung. Jadi lah kan dapat membangkitkan mood raya dengan adanya rendang ayam. Makanlah dengan ketupat dan lemang segera ada. Makan dengan nasi pun boleh. Janji ada rendang masa raya. Syahdu pulak kalau raya tak dapat balik kampung. Sob sob sobs...


Resepi Nasi Lemak Dan Ayam Goreng Berempah Sedap

$
0
0
Siapa suka nasi lemak? Saya! Dia tanya dia yang jawab. Nasi lemak dan rakyat Malaysia berpisah tiada. Nasi lemak favourite rakyat Malaysia yang biasa dimakan pada waktu sarapan pagi. Dulu-dulu nasi lemak memang waktu makan dia masa sarapan je. Tapi zaman sekarang, ikut suka lah bila-bila nak makan pun.

Mak-mak kita memang suka sangat masak nasi lemak masa sarapan pagi selain nasi goreng. Kalau mak kita masak tu rasa cepat je siap dia kan. Kalau kita masak sendiri, fuhhh rasa lambatttt lagi nak masak. Power mak-mak kita ni dalam bab-bab menyediakan makanan untuk keluarga. Tak boleh challenge lansung.

Air tangan masakan mak tetap terbaik dan sedap. Dalam masa yang sama, kita kena juga belajar macamana nak masak nasi lemak sedap juga. Nanti-nanti dah pandai masak, bagi peluang mak kita pulak rasa masakan kita. Tak gitu? Dulu nasi lemak kosong biasa pun dah sedap dah. 


Bila zaman dah berubah, nasi lemak dah dipelbagaikan dengan pelbagai jenis sambal macam sambal kerang, sambal sotong, sambal paru dan lain-lain. Paling sedap kalau ada hidangan tambahan macam ayam goreng atau ayam goreng berempah. Teringat nasi lemak dengan ayam goreng berempah, terus lah rasa nak buat nasi lemak ayam goreng berempah untuk menu berbuka puasa 7 Ramadhan.

RESEPI NASI LEMAK

1 1/2 cawan beras
1 cawan santan
2 cawan air
secubit garam
daun pandan

CARA MASAK NASI LEMAK

Basuh beras macam biasa. Masukkan santan, air, dan garam gaul rata. Jangan lupa masukkan daun pandan (buat simpulan) untuk penambah bau wangi nasi lemak tu. Masak nasi lemak macam masak nasi biasa tu guna periuk nasi. Jangan lupa di ON kan suis tu. Nanti jenuh menunggu nasi tak masak-masak.

* Sukatan air dan santan tu ikut jenis beras masing-masing ye. Fiza guna beras herba ponni, sukatan nisbah dia 1:2. Kalau beras 1 cawan, air 2 cawan.
Jadi, kalau masak 1 1/2 cawan beras, sukatan air kena 3 cawan. Fiza buat 1 cawan santan dan 2 cawan air. Tak nak santan pekat sangat nanti mulalah mengantok cepat bila makan bersantan. Sementara tunggu nasi masak. Bolehlah buat sambal nasi lemak pulak.

RESEPI SAMBAL NASI LEMAK SEDAP

3 labu bawang besar
4 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
5 sudu cili kisar
1/4 cawan air asam jawa
1 sk garam
2 sudu gula perang
1 helai daun pandan
Minyak masak*optional

CARA MASAK SAMBAL NASI LEMAK 

Panaskan minyak untuk menggoreng ikan bilis. Dah siap goreng, angkat dan ketepikan dulu. Blend halus bawang besar 2 labu, bawang merah kecil, bawang putih dan tambah sikit ikan bilis yang digoreng tadi. 1 labu bawang lagi potong melintang. Panaskan lebihan minyak menggoreng ikan bilis tadi dan tumis bahan blend dan juga bawang potong tu.

Tumislah sampai naik bau, lepas tu bolehlah masukkan cili kisar. Kacau rata dan biarkan sampai pecah minyak. Pecah minyak tu macamana? Minyak akan timbul di permukaan atas dan bahan tumis tu kat bawah. Faham?

Kenapa kena tumis sampai pecah minyak pulak? Banyak betul soalan dia. Sebabnya nak bahan-bahan tumis yang ada cili kisar tu betul-betul masak dan masakan akan jadi lebih sedap. Kalau dia tak masak betul, mungkin akan buat sakit perut dan masakan pun akan jadi kurang sedap lah. 

Sama jugalah kalau masak ada guna bahan-bahan rempah tu, kena tumis sampai pecah minyak juga okay. Sila tulis dalam buku resepi siap-siap. Bila dah pecah minyak tu boleh lah masukkan air asam jawa, garam dan gula. Biarkan masak dan sesekali kacau untuk elakkan hangit bawah dia.

Biasanya sambal nasi lemak ni akan ambil masa yang lama untuk betul-betul masak. Lagi lama kita masak, lagi tahan lama sambal tu. Boleh simpan lama lah kiranya kalau simpan dalam peti ais tu. Kalau nak selamat tak nak hangit, keraplah mengacau sambal tu. 

Agak-agak hampir nak masak tu, barulah masukkan daun pandan untuk penambah bau sambal yang sedap. Tapi letak sekejap sampai layu sikit. Kalau letak lama dan terus letak dalam sambal nanti mempengaruhi rasa sambal pulak. Tak nak letak daun pandan pun takpe haih. Jangan lupa rasa dan adjust lah mana yang terkurang tu ye.

Kalau tak suka asam jawa, boleh gantikan asam keping. Kalau tak ada gula perang, boleh pakai gula biasa atau ada gula anau pun sedap juga. Fiza suka guna gula perang sebab lebih kurang manis dan warna sambal jadi lebih cantik gelap dia.

Bab buat sambal ni yang tak bestnya bila biarkan masak tu dia akan terpercik-percik sampai habis dapur dan dinding. Jenuh juga nak bersihkan dapur lepas masak. Tapi dapat sambal yang sedap, pueh hati den. Okay, nasi lemak settle dah. Kita move on pulak dengan resepi ayam goreng berempah.

Resepi Nasi Lemak Dan Ayam Goreng Berempah Mudah

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH

1 bahagian peha ayam
1/2 sk garam
1 sk serbuk kunyit
1 sk serbuk kari
1 sk serbuk cili
* 2 ulas bawang putih
* 2 biji bawang kecil
* 1 inci halia
* 1 sk jintan manis
* 1 sk biji ketumbar
* 1 batang serai

CARA MASAK AYAM GORENG BEREMPAH


Basuh ayam dan toskan macam biasa. Blend kan bahan-bahan yang bertanda *. Gaul rata bahan blend dan bahan-bahan lain pada ayam. Perap terlebih dulu. Kalau nak cepat, boleh je goreng terus. Tapi dia akan jadi lagi sedap kalau perap lama sikit semalaman untuk biarkan bahan perapan serap masuk dalam ayam. Dan bila perap lama tu, ayam akan jadi lembut dan ambil masa singkat untuk masak.

Dah siap ayam yang diperap tu, goreng guna api yang perlahan dengan minyak yang banyak macam kaedah deep frying tu baru dia akan masak sekata. Jangan sesekali guna api besar ye. Nanti akan buatkan ayam tu cepat hangus. Jangan sangka yang hangus tu terlebih masak pulak, sedangkan dalam tu tak cukup masak lagi.

Sebab tu kena masak guna api perlahan. Lagi-lagi bila masak ayam yang bersaiz besar. Ambil masa nak tunggu ayam betul-betul masak. Bila masak sempurna luar dalam barulah ada selera nak makan nasi lemak ayam goreng berempah ni. Wow! kagum terbuat karangan panjang harini.

Selamat mencuba resepi nasi lemak dan ayam goreng berempah masak cara Fiza. Dinasihatkan masuk dapur awal sikit kalau nak masak menu nasi lemak ayam goreng berempah untuk berbuka. Nak masak sambal dan ayam tu agak mengambil masa lama sikit. 

Resepi Nasi Goreng Seafood Ringkas

$
0
0
Dalam banyak-banyak nasi goreng, nasi goreng apa yang paling sedap dan favourite kau orang? Kalau tanya pada Fiza, semua nasi goreng pun sedap. Susah nak buat pilihan kan sebab semuanya sedap.

Nasi goreng seafood antara favourite Fiza sebab sejenis manusia yang suka makan udang. Kalau balik kampung, mesti mak dah simpankan stok udang galah. Alahaiii, terbayang sudah udang galah yang sedap itu. 

Semalam boleh pulak macam pening-pening dan penat ya amat. Kemas rumah dan tak cukup tidur dia jadi pening-pening lalat. Sudahnya pukul 6.30 petang baru nak ke dapur. Syukur husband dah siap masakkan nasi awal sikit.

So terus terfikir nak masak nasi goreng je lah ikut resepi nasi goreng seafood masak cara Fiza gitu. Ringkas dan sedap tak tahu nak haaabaq! Cehhh puji diri sendiri.




Bahan-Bahan
*1 ulas bawang putih
*4 biji bawang merah ( Kalau guna bawang besar, separuh je cukup)
*1/2 genggam cili api
*1/2 genggam ikan bilis
6 ekor udang
2 ekor sotong
Nasi
4 sudu minyak masak
garam
1 sudu serbuk perasa pasti sedap

Cara Masak Nasi Goreng Seafood
Udang dan sotong perlu digoreng dulu, angkat dan ketepikan. Tumbuk kasar bahan-bahan yang bertanda *. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi sampai garing ye. Fiza suka bahan tumis tu tumbuk guna lesung dan tumis sampai garing baru sedap. 

Dah garing baru masukkan nasi, taburkan garam dan juga perasa.  Akhir sekali baru masukkan udang dan sotong yang dah digoreng awal-awal tadi. Hidangkan bersama telur goreng dan juga. Barulah lengkap sepinggan hidangan nasi goreng seafood masak cara Fiza serba ringkas.

Suka bawang merah lebih sebab lebih sedap dan tak suka bawang putih sangat. Kalau suka, boleh lebihkan. Bab bahan tumis tu kau orang boleh sukat ikut sukatan kau orang. Ada orang tak suka pedas, boleh kurangkan cili api tu. 

Nasi goreng seafood ni tak pastilah resepi sebenar dia macam mana. Pada Fiza, ada seafood tu kira nasi goreng seafood je lah. Sesuka hati je kan. Rasanya lagi nikmat kalau tambah banyak lagi seafood macam ketam, kupang dan kawan-kawan mereka. 

Tapi tak semua seafood kita boleh gabung. Entah apa jadi dengan rasa dia nanti. Kebiasaannya nasi goreng seafood yang biasa kita nampak cuma ada udang dan sotong je. Kira macam standard sepinggan nasi goreng seafood lah macam tu. Kalau kedai luar biasa tu mungkinlah letak extra seafood sikit. Harga pun luar biasa jugaklah. Seafood bukan murah. 

Kadang tu, letak sekor dua je udang dan sotong. Itupun dah harga yahudi juga. Nyampah! Baik masak sendiri lagi sedap boleh tambah segala binatang laut dalam tu ha. Okay, menu 8 Ramadhan done. Mari fikirkan menu berbuka puasa untuk hari ni pulak. Kau orang masak apa tu?

Resepi Ayam Goreng Berlada. Pedas Baru Sedap!

$
0
0
Zaman kanak-kanak dulu tak tahu lah kenapa mak rajin masak ayam goreng berlada daripada masak lemak cili api. Sampai ke besar lah suka dengan ayam goreng berlada. Cili api kena extra baru sedap makan pedas-pedas. Kalau ikut style Fiza masak ayam goreng berlada wajib goreng dulu ayam tu baru sedap. 

Kalau ayam tak digoreng dulu pun boleh jugak. Nanti jadi ala ayam masak ungkep lah kot. Confused jugak dengan nama menu ayam goreng berlada dengan ayam masak ungkep. Tengok dari segi rupa macam sama. Masak ayam tanpa goreng ayam dulu macam lambat juga nak tunggu ayam masak tu tapi mudah sikitlah kerja masak sebab tak perlu goreng ayam.

Baik, jom kita beralih kepada Resepi Ayam Goreng berlada. Bahan-bahan dia tak banyak mana dan mudah ya amat. Makan dengan nasi panas dan extra cili api memang berapi dibuatnya. Lepas tu ada hati nak menambah nasi lagi kan. Tak serik disebabkan sedap benar. 


Bahan-Bahan
Ayam potong kecil
garam secukupnya
Serbuk kunyit
4 biji bawang kecil
1 ulas bawang putih
1 genggam cili api
1 batang serai
1 keping asam keping
Minyak masak

Cara Masak Ayam Goreng Berlada

Gaul garam dan serbuk kunyit pada ayam. Panaskan minyak masak dan gorengkan ayam sampai masak. Dah siap masak, angkat dan ketepikan dulu. Tumbuk bawang kecil, bawang putih dan juga cili api. Kalau tumbuk guna lesung rasa dia lagi sedap berbanding kisar guna blender. So nak sedap, gunalah lesung batu.

Kalau masak sikit bolehlah guna lesung batu. Kalau masak banyak, terpaksalah guna blender kan. Serai tu ketuk sikit dengan anak lesung pun dah cukup dah. Kurangkan sikit minyak goreng ayam tadi tu, panaskan dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk sekali masukkan serai.

Dah naik bau dan garing, letak air sikit dan garam sikit. Biarkan masak seketika, baru masukkan ayam  dan kacau rata. Akhir sekali baru masukkan asam keping dan biarkan kuah dia kering sikit dan meresap dalam ayam. Kalau nak berkuah, letak air lebih sikit ye. Mudah je kan? Boleh lah tiruvasi menu ni untuk berbuka nanti.


Resepi Creamy Salted Egg Pasta

$
0
0
Sesudah mengaji selepas solat maghrib, mata mintak rehat lalu tertidur sekejap. Tak kejap mana, terlajak sampai tengah malam. Si suami membiarkan si isteri tidur rehat tanpa di kejut. Tahu isteri dia penat. Maka, tengah malam lah baru solat terawih berjemaah. Lepas terawih, perut pulak mintak di isi.

Ahh sudah, perut ni kalau lapar tak mahu mata nak lelap nanti. Eh, baru bangun tidur takkan nak sambung tidur semula kan. Membelek stok apa yang ada dan muncullah idea nak masak salted egg pasta disebabkan ada telur masin  2biji. Nak merebus telur masin tu, tengok-tengok 1 biji dah pecah dan tak elok. Rezeki dapat satu biji telur masin je lah untuk masak creamy salted egg pasta.

gambar tengah malam memang lighting tak on point. Kabur terus gambar

Pasta cuma ada Fettuccine dan macaroni je. So Fiza guna fettucine je lebih sesuai. Kalau ada spaghetti lagi sedaplah kot. Tak apa! Guna apa yang ada, janji perut kenyang.

Bahan-bahan
pasta fettucine
1 sudu butter
2 ulas bawang putih
Cili api
1 tangkai daun kari
1 sk black pepper
1 keping daging burger ( Dicincang halus)
4 ekor udang (buang kepala dan ekor)
1 biji salted egg (direbus dan dilenyek)
1/2 cawan susu segar
3 sudu sos carbonara 
1 kiub ayam
1 keping slice cheese

Cara Masak Creamy Salted Egg Pasta

Fettucine macam biasa rebus sampai masak dan toskan. Panaskan kuali, masukkan butter dan tumiskan bawang putih dan cili api yang dah siap dipotong-potong. Dah naik bau masukkan daun kari, daging burger cincang, juga udang dan black pepper. Biarkan masak kejap.

Masukkan salted egg, susu segar, sos carbonara dan juga kiub ayam. Dah elok serasi bersama barulah masukkan fettucine dan gaulkan bersama. Dah masak, sebelum angkat tu baru masukkan slice cheese. Slice cheese ni tak ade pun tak apa. Satu lagi tak payah tambah garam ye sebab sos,kiub, cheese semua dah ada perasa dah.




Viewing all 8009 articles
Browse latest View live