Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all 8009 articles
Browse latest View live

Resepi Nasi Ayam Madu Paling Mudah

$
0
0
Selamat pagi! Harini ada yang dah mula kembali bekerja dan hari ini berkuatkuasa juga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). PKPB bukan bermakna bebas keluar ke sana sini ye. Pergerakan Bersyarat maksud dia. Kena faham betul-betul. Tapi semalam meriah sungguh kenderaan lalu lalang depan rumah macam bebas sungguh masing-masing keluar.

Harap masing-masing jaga social distancing dan jaga diri di luar tu. Kita yang duduk rumah ni pulak yang risau. Yang bekerja jaga diri dan stay safe ye. Harini dah masuk hari kesebelas berpuasa, jangan tambahkan lagi sayu kami-kami yang masih setia duduk rumah kalau PKP akan dilanjutkan lagi sebab dah wujud kluster baru. Aduhaiii..camno nak dikabo kan ni? Kalau bekerja dan ada urusan penting tu takpelah jugak kan.

Maaf, intro entri tak ada kena mengena dengan tajuk. Kalau dah mula membebel dia payah nak berhenti terus lari tajuk dan tujuan asal sebenar dia. Okay, pagi ni nak kongsikan resepi nasi ayam paling mudah masak cara Fiza. Berbuka hari kesepuluh Ramadhan semalam masih mengekal menu ayam di tangga pertama. Teringin nak makan sup ayam sebenarnya, lantas terfikir nasi ayam.

Resepi Nasi Ayam Madu Paling Mudah

Bahan-bahan Sup Ayam

Ayam (bahagian peha)
2 ulas bawang putih
2 biji bawang kecil
1 inci halia
3 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih)
1 kiub ayam
1/2 sb garam
Air secukupnya
2 sudu minyak masak

Cara Masak Sup Ayam

Tumbuk bawang putih, bawang kecil dan halia. Tumbuk kasar je pun takpe. Malas tumbuk, potong-potong je pun boleh. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk tadi dengan 3 sekawan. Dah naik bau dan garing sikit masukkan air. Kemudian masukkan ayam.

Pastikan ayam tu terendam penuh dalam air ye untuk masak sekata. Dah mendidih tu barulah masukkan kiub ayam dan garam. Garam tu adjust lah ikut banyak mana air yang kau orang masuk tu ye. Bila ayam dah masak, angkat dan toskan ayam dulu. Letak ayam dalam penapis alas bekas bawah dia.

Bahan Ayam Goreng Madu

Sos tiram
kicap manis
Madu (boleh ganti gula perang)
Minyak masak untuk menggoreng

Cara Masak Ayam Goreng Madu
Gaul rata bahan-bahan pada ayam dalam penapis tu dan biarkan (perap) dalam 19 minit macam tu. Lebihan perapan tu akan jatuh dalam bekas bawah tu bersama lebih sup akan dijadikan sos kicap nasi ayam. Tambah kicap kalau kurang pekat. 

Selepas 10 minit tu, panaskan minyak dan goreng ayam. Goreng ayam ni kejap je sebab ayam tu dah masak dalam sup tadi kan. So goreng sekejap je. Agak-agak warna dah cantik dan garing sikit, boleh angkat dah. Okay sup ayam, kicap dan ayam settle dah.

Bahan-Bahan Nasi Ayam

Beras 
Sup Ayam

Cara Masak Nasi Ayam

Basuh beras dan air untuk masak beras tu kau orang boleh gunakan terus sup ayam yang dah siap awal-awal tadi tu. Ada orang tambah serbuk kunyit untuk jadikan nasi tu berwarna kuning. Kalau Fiza, tak tambah. Sukatan sup tu ikut je sukatan masak macam beras biasa kau orang masak hari-hari tu. Senang! Sementara tunggu nasi masak, boleh sediakan sambal pulak. 

Bahan-bahan Sambal Merah Nasi Ayam

Beberapa tangkai cili kering
1 ulas bawang putih
1/2 cawan air asam jawa
2 sb gula
1/2 sk garam
Air secukupnya.


Cara Masak Sambal Merah Nasi Ayam

Blend halus semua bahan dan masak atas dapur sampai masak. Kalau nak sambal pekat sikit boleh tambah sos cili sikit. 

Okay semua bahan dah siap. Boleh hidangkan dengan salad, hirisan timun, hirisan tomato dan juga taburkan daun sup dalam sup tu baru sedap. Fiza tak ada stok daun sup pulak. Takpe, janji sup sedap di makan. Lepas teringin nak makan sup ayam. Baca cara nak buat nampak panjang  tapi mudah sebenarnya. Itu cara Fiza lah.

Cara orang lain mungkin masak nasi tu kena tumis lain untuk masak nasi ayam tu. Kalau Fiza nak mudah  campur sup ayam je. Kalau jenis nasi ayam hainan tu masak dengan nasi sekali ye? Yang tu belum cuba buat sebab lebih suka makan jenis ayam bergoreng macam ni. 


7 Warna Cat Dalam Rumah Dan Bilik Mempengaruhi Mood

$
0
0
Warna memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Apalah hidup kita tanpa warna hanya hitam putih warna kehidupan. Bayangkan tengok tengok hitam putih macam cerita P.Ramlee tu, mesti kurang seronok tengok kan. Warna sebenarnya memberikan kesan pada kehidupan kita dan setiap warna tu ada auranya tersendiri. 

Sama jugalah dengan warna cat dalam rumah yang mampu mengubah suasana dan ruang dalam rumah. Nak cat rumah warna apa ye? Selalu kita akan rasa macam buntu nak memilih warna tema atau warna cat apa yang sesuai dengan rumah kita. Nak ikut warna kegemaran kita atau nak ikut aura mood warna tu sendiri atau ikut warna cat rumah orang. 

Kadangkala kita nampak cantik cat rumah orang tapi bila cat rumah kita dengan warna yang sama, jadi tak berapa cantik. Sebenarnya nak mengecat ni kena fikirkan faktor saiz ruang, cahaya, persekitaran, suasana dan lain-lain lagi. Kita ni nampak warna lawa terus macam nak cat warna tu jugak. Betul tak? Fiza pun macam tu, main pilih ikut warna yang suka je. Padahal pemilihan warna akan memberikan kesan pada mood juga.


Bila masa kita akan cat rumah? Kita akan cat rumah bila masuk rumah baru. Ikut standard rumah baru yang dah siap, cat dinding berwarna putih. Jadi mudahlah pemilik rumah nak cat dan menentukan warna tema dinding rumah mereka sebelum menetap di rumah baru. Selain tu, bila tiba musim raya mesti kita akan buat persiapan mengecat rumah nak bagi nampak cantik. 

Bukan kita je nak baju raya baru, rumah pun nak cat baru juga. Tapi bukan setiap tahun lah cat rumah. Selagi mana catnya elok, selagi tu lah tak tukar warna catnya. Melainkan memang saja nak tukar baru dan ada bajet lebih boleh lah tukar warna cat setiap tahun. Ikut bajet masing-masing, jangan ikut bajet orang.

7 Warna Cat Dalam Rumah Dan Bilik Mempengaruhi Mood

1. BIRU

Warna biru melambangkan ketenangan macam kita melihat awan biru. Rasa mood tenang je. Betul tak? Warna biru merupakan warna sejuk yang membantu seseorang untuk tidur lebih lena. Dalam masa yang sama mengurangkan tekanan darah dan degupan jantung supaya lebih berada di dalam keadaan rehat . Warna biru memberikan inspirasi kepada seseorang untuk jadi lebih produktif dan juga kreatif. Sangat sesuai untuk digunakan di ruang kerja atau dalam pejabat.


2. HIJAU

Untuk pencinta alam semulajadi memang suka dengan warna hijau. Fiza suka semulajadi tapi kurang suka benda yang bewarna hijau kecuali pokok-pokok lah. Warna hijau dapat mencipta ruang yang tenang serta mengurangkan stress. Sangat sesuai untuk digunakan sebagai warna dinding di dalam ruang bilik tidur untuk suasana yang lebih menenangkan yang boleh memberikan kesan yang lebih baik pada kesihatan.


3. MERAH JAMBU

Okay, merah jambu warna kegemaran Fiza sepanjang zaman. Merah jambu sinonim dengan perempuan lah kan. Secara psikologinya, warna merah jambu memberikan rasa kasih sayang dan tenang macam warna biru dan hijau. Jangan tak percaya, warna merah jambu juga dapat meredakan rasa marah.


4. KUNING

Jarang sekali seseorang memilih warna kuning untuk warna cat dinding rumah mereka. Kenapa ya? Warna kuning bukan pilihan ramai mungkin kerana tak ramai yang berani untuk memilih warna yang terlalu terang. Tapi warna terang ni sebenarnya dapat membangkitkan mood ceria dan aktif. Warna kuning yang terang ni juga dapat memberikan pencahayaan yang baik dalam sesebuah ruang. Sangat sesuai untuk bilik tidur anak-anak atau ruang dapur untuk mood yang ceria.


5. UNGU

Warna ungu pula melambangkan kemewahan dan dikaitkan dengan warna diraja. Penggunaan warna ungu gelap akan memberikan mood romantik dan citarasa yang lebih tinggi dalam berkarya. Sesuai digunakan untuk ruang tamu, dapur dan juga pejabat. Manakala ungu lembut lebih mendamaikan dan membantu seseorang menjadi lebih tenang ibarat aura lavender.


6. MERAH

Cat dinding merah? Warna merah juga antara warna bukan pilihan ramai sebab warna merah tersangatlah terang. Warna merah ni melambangkan semangat dan menonjolkan suasana yang lebih romantis. Tapi tidak sesuai untuk ruang bilik tidur kerana dapat membuatkan rasa tidak tenteram dan cemas disebabkan warna merah ni dapat meningkatkan adrenaline pada tahap yang paling tinggi. Lebih sesuai untuk ruang makan sebab boleh membangkitkan selera makan.


7. KELABU/WARNA NEUTRAL

Ramai yang meminati warna kelabu yang dikatakan warna yang dianggap paling selamat dan fleksibel dipilih sebab ia mudah dipadankan dengan warna lain. Warna yang nampak lebih moden dan sedap mata memandang. Boleh disesuaikan untuk kesemua jenis ruang  dalaman rumah. Jadi, kau orang boleh pilih warna kelabu je kalau dah habis fikir tak tahu nak memilih warna apa.


WARNA GELAP

Fiza salah seorang yang suka warna bilik tidur gelap dan pilih warna navy blue. Walaupun suram tapi ruang bilik nampak lebih dramatik dan membantu untuk tidur lebih lena dalam suasana yang gelap. Tapi yang tak bestnya, kurang pengcahayaan dan membuatkan ruang tu kurang tenaga. Mungkin akan rasa nak tidur je bila masuk bilik. 

Apapun pilihan warna, perlu juga hadkan penggunaan warna tidak berlebih-lebih supaya sesuai dengan ruang dan perabot. Nanti terlebih-lebih warna macam tadika pulak kan. Pilihlah warna yang sesuai dengan ruang dan boleh memberikan mood yang baik. Penting memilih warna cat rumah ni sebenarnya untuk menikmati suasana yang bahagia, tenang dan selesa setiap hari.

credit image : google

Resepi Bihun Goreng Singapore Masak Cara Fiza

$
0
0
Semalam tak sempat nak update dan blogwalking. Sibuk dengan kerja rumah sebab husband baru keluar beli stok barang dapur selepas seminggu lebih. Faham-faham lah nak membersihkan barang basah tu ambil masa nak menyiang tu. Paling lama part ayam sebab nak kena buang segala kulit dia lagi.

Sakit pinggang dibuatnya berdiri kat sinki tu. Sudahnya bila rehat tu terlelap bagai disorongkan bantal. Plan nak keluar 4 Mei tu macam seram bila mana PKPB dah bermula. Confirmlah ramai umat manusia keluar beramai-ramai. Demi keselamatan diri, hold dulu keluar beli barang dapur. Jadinya berbuka sebelum beli barang dapur tu kita masak apa yang ada je lah.

Menu bihun goreng singapore yang paling ringkas sebab itu je yang ada. Nama je Singapore tapi masak di Malaysia. Okay, tak kelakar kan. Kita di Malaysia ni dah biasa sangat dengan bihun bihun jenis yang merah tu. Makan bihun goreng ni kalau ada sambal tumis nasi lemak tu lagi sedap rasa dia. Teringat pulak bihun kantin sekolah dulu.

Bihun kantin pun sedap wei walaupun rencahnya tak berapa nak banyak. Bihun 'goreng bodoh' orang panggil. Kesian bihun tak pasal-pasal diperbodohkan. Nasib kau lah bihun. Kalau masak sendiri, boleh lah banyakkan rencah yang ada. Itupun kalau stok rencahnya ada. Kalau takde, bihun goreng bodoh jugak jadinya nanti.

Resepi Bihun Goreng Singapore Masak Cara Fiza

Bihun goreng Singapore ni masak dia paling mudah sebab tak perlu nak ada cili kisar dan tak guna bahan sangat. Bihun Singapore lah paling mudah kot kan? Agak-agak stok cili kisar takde atau malas nak buat cili kisar, kau goreng je lah bihun goreng Singapore. Nampak je warna tak menarik, pucat lesu. Tapi rasa dia sedap.

Bahan-bahan Bihun Goreng Singapore

Bihun (1/4 bungkus bihun)
3 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
Cili Api ( Ikut tahap kepedasan masing-masing ye)
1 sk black pepper
Udang
sawi
Sayur kobis
Carrot
garam
minyak masak

Cara Masak Bihun Goreng

Untuk lembutkan bihun tu, Fiza akan rendam dengan air panas sekejap dan toskan. Tumbuk bawang putih, bawang kecil, cili api dan juga black pepper. Nak sedap tumbuk kasar-kasar je. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dah siap tumbuk tu. Macam biasa tumis sampai naik bau dan sedikit garing barulah masukkan udang.

Tunggu masak kejap, masukkan sayur sawi dan kobis. Kemudian masukkan bihun dan kacau rata. Taburkan garam dan juga carrot. Fiza suka masukkan carrot akhir sekali sebab tak nak carrot tu layu sangat. Biar rangup sikit baru sedap. Kacau sampai mesra semua bahan-bahan tu. Dah siap! Sayur-sayur semua pilihan, boleh nak masukkan atau ganti sayur lain.

Udang tak ada pun takpe, boleh guna udang kering tumbuk sekali dalam bahan tumis tu pun sedap. Nak makan berdua masak sikit je lah bihun. Bihun ni nampak je sikit tapi bila dah masak banyak jadinya. Selalu jugaklah terlebih masak sebab susah nak agak banyak mana. Nak selamat, ingat siap-siap masak suku je daripada 1 bungkus tu kalau makan untuk 2 hidangan.

Ingat lagi, dulu-dulu mak kalau nak masak bihun goreng untuk sarapan esoknya. Mak akan rendam siap-siap bihun kering tu. Esoknya bila goreng, bihun tu dah lembut dah terus goreng je. Fiza tak guna kaedah mak tu, rendam je air panas terus nak cepat lembut. Derhaka sungguh la dengan kaedah masak orang zaman dulu. Zaman pun dah berubah, cara masak pun dah banyak berubah.

Ada juga yang goreng bihun tak rendam dulu. Masa masak tu lebihkan air dan biarkan bihun kembang dalam kuali je. Ikut cara masing-masing gitu. Janji sedap ikut tekak masing-masing bukan ikut rasa orang lain.

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api Paling Mudah

$
0
0
Rasanya dah berbulan-bulan lamanya teringin makan ketam masak cili api sebelum PKP lagi. Setiap kali husband keluar beli barang dapur mesti tulis siap-siap beli ketam dalam kurungan kalau ada. Setiap kali husband balik mesti tak ada ketamnya. Maksudnya tak ada lah tu. Syukur bukan mengidam macam orang mengandung. Kalau tidak, jenuh juga si suami nak mencari ketam untuk isteri. Dapat bayangkan kesusahan itu. 

Kalau betul-betul mengidam, nak tak nak kena cari jugak. Betul tak orang lelaki? Demi isteri tercinta lah katakan. Harap kalau pregnant nanti tak lah mengidam bukan-bukan. Mahunya tidak! Haha..Alhamdulillah semalam husband keluar beli barang barulah dapat beli ketam. Itupun ketam yang tak berapa nak segar. Takpe, syukur akhirnya dapat juga makan ketam untuk menu berbuka 12 Ramadhan.

Husband balik beli barang tengahari. Siap kemas barang dapur semua, terus makan ketam siap-siap. Masak lemak cili api kalau lepas masak terus makan macam kurang sedap. Fiza masak awal sikit lah, konon berbuka nanti senang tak payah masak dah. Alang-alang dah membersihkan barang basah, terus masak sekali. Cuma sayur je lah tak masak awal.



Ikut style resepi mak Fiza, mak masak semua jenis masak lemak cili api mudah je. Bahan-bahan sikit je dan tak perlu renyah nak menumis bagai. Style orang Johor lah. Kalau negeri lain mungkin berbeza atau mungkin juga sama. 

Bahan-bahan

Ketam
Cili Api
Kunyit hidup
Serai (diketuk)
Garam 
Santan
Asam Keping

Cara Masak Ketam Masak Lemak Cili Api

Blend cili api dan kunyit hidup. Masukkan semua bahan ke dalam periuk bersama bahan blend tadi tu. Masak dengan menggunakan api yang perlahan. Sentiasa kacau untuk pastikan santan tak pecah minyak. Lagi-lagi bila kuah dah mendidih. Kena rajin mengacau kuah tu baru santan dia akan jadi elok dan sedap. Gambar atas tu Fiza tak kacau, cuma masak guna api perlahan je sebab dok menyambil buat kerja lain. Itu yang kuah dia tak berapa nak cantik.

Kalau guna santan segar perah sendiri tu boleh guna 1 biji kelapa. Kalau guna santan kotak, guna 1 kotak dan kenalah tambah air secukupnya. Mudah dan sedap kalau masak macam ni. Ada juga yang suka tumis dengan bawang. Yang tu belum cuba lagi sebab nak cepat masak guna kaedah mudah je.

Masak ketam, ayam dan daging je letak serai. Kalau masak udang dan ikan tu biasa bahan dia cuma kunyit hidup, cili api, asam keping, garam dan santan je lah. Masak cili api ni kena pedas dan kuah dia kena pekat baru lah sedap kan. Dan kalau makan tu, lagi sedap masak beberapa jam sebelum baru makan.

Lepas masak terus makan, kuah dia masih cair lagi dan tak cukup pekat lagi. Sama juga macam rendang, kena masak seawal yang boleh barulah sedap menikmati hidangan yang lebih sedap rasanya. Kalau ala kadar je masak, mana mahunya nak sedap. Kecuali kalau lapar, semua jadi sedap.

Cara Bijak Jimat Tenaga Elektrik

$
0
0
Sejak PKP dilaksanakan, kita semua memang terkurung je lah dalam rumah tak kemana-mana kecuali mereka yang keluar bekerja. Tak bosan ke duduk terperap dalam rumah je? Gila tak bosan sampai rasa dah menyampah nak tengok handphone pun ada. Rasa macam terlalu lama bersosial di alam maya. Handphone pun kejap-kejap charge. Cepat benar habis bateri. Macamana cara bijak jimat tenaga elektrik kalau macam ni gayanya.

Komputer pun ON terlebih masa berbanding biasa. Air cond pun bekerja lebih kuat. Kalau dulunya ON air cond masa tidur malam je. Kononnya nak jimat lah. Bila duduk terkurung, musim panas pulak tu kan. Siang pun ON tapi kena had masa juga. Kalau ON 24 jam matilanak nak membayar bil elektrik. Silap-silap pengsan tengok bil elektrik nanti. Tak dapat nak bayangkan berapa banyak penggunaan bil elektrik musim PKP ni.

Dalam tempoh PKP ni memang tak ada bacaan meter elektrik dan tak ada bil elektrik macam biasa. Bil bulanan akan di kira mengikut anggaran penggunaan bil sebelumnya. Sebelum PKP haritu nak daftar myTNB tu tapi ada problem pulak lepas tu PKP pulak kan. So staff TNB kata hold dulu sampai sekarang ni. Bila berdaftar tu senang lah nak check bil bulanan sebab selama ni cuma bayar bil online ikut bil melalui transfer online internet banking je.

Syukur jugalah TNB ada berikan diskaun bermula 1 April sehingga September 2020 ni secara prorata mengira penggunaan elektrik. Lepas tempoh PKP baru bacaan meter sebenar di buat di kediaman masing-masing. Antara diskaun yang diberikan oleh TNB boleh baca di bawah ni. Belek-belek entri lama jumpa tips ni rasa macam nak berkongsi tips cara bijak jimat tenaga dari TNB. Harap bermanfaat lah.

  • 3 juta pengguna domestik dengan penggunaan bulanan bawah 200kWh akan menerima diskaun 50 peratus.
  • 1.5 juta pengguna dengan penggunaan bulanan antara 201 kWh hingga 300kWh akan menerima diskaun 25 peratus.
  • 2.2 juta pengguna dengan penggunaan bulanan antara 301kWh hingga 600kWh akan menerima diskaun 15 peratus.

Cara Bijak Jimat Tenaga  Elektrik

Cara Bijak Jimat Tenaga  Elektrik dari TNB


1. Cabutkan plug yang tidak diguna untuk jimat lebih tenaga
2. Cara efisien menggunakan mesin basuh adalah membasuh dengan muatan penuh
3. Pastikan penapis penyaman udara kekal bersih untuk lebih jimat dan lebih sejuk
4. Sejukkan bilik dengan lebih cepat dan jimat dengan menutup tingkap dan pintu apabila menggunakan penyaman udara.
5. Mentol jimat tenaga kurang menggunakan tenaga dan tahan lama
Ketahui lebih lanjut di www.tnb.com.my

Dari sumber lain

Cara Bijak Jimat Elektrik secara UMUM

1. Tutup dan keluarkan plag peralatan elektrik apabila tidak digunakan. Semua peralatan seperti pemain DVD, pemain VCR, television, and radio menggunakan sedikit tenaga apabila dalam mod rehat dan tidak dimatikan. Mod rehat biasanya menggunakan hampir 20 % tenaga berbanding kegunaan biasa.

2. Pertimbangkan untuk menukar model lama peralatan elektrik anda, terutamanya jika ia lebih lama daripada 10 – 15 tahun. Model lama secara biasanya menggunakan lebih daripada 3 kali tenaga model-model baru.

3. Gunakan cat yang cerah untuk bilik. Ia membantu pemantulan cahaya daripada lampu yang dipasang.

4. Apabila anda membeli belah, pastikan anda menggunakan kaedah 2 tag harga. Tag pertama akan meliputi merupakan harga pembelian – anggap ia sebagai modal awal. Tag harga kedua adalah untuk kos operasi peralatan ini sepanjang jangka hayatnya. Anda akan membayar tag harga kedua setiap bulan melalui bil elektrik anda untuk 10 hingga 20 tahun akan datang.

5. Bersihkan peralatan anda lebih kerap. Setelah peralatan mula digunakan, kotoran akan mula terkumpul di atas permukaan peralatan dan mengurangkan kerja (output) perkakas ini ataupun memaksa perkakas ni bekerja dengan lebih kuat untuk melakukan kerja, ini menggunakan lebih banyak.

6. Rujuk kepada label kecekapan tenaga apabila membeli peralatan elektrik . Produk-produk ini akan di label daripada 1 hingga 5 bintang, di mana 5 bintang membawa maksud lebih cekap. Label ini dihasilkan oleh Suruhanjaya Tenaga di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (kini untuk peti sejuk sahaja); walau bagaimanapun, label ini bukan sesuatu yang mandatory untuk pengeluar peralatan ini. Sila rujuk kepada buku panduan kami untuk melihat label-label yang digunakan pakai di peringkat antarabangsa.

7. Jangan bazirkan air . Pembaziran air membazir tenaga kerana salah satu pengguna tenaga yang besar di beberapa Bandar adalah untuk membekalkan serta merawat air sisa.

8. Tempatkan papan atau almari kayu di atas dinding, terutamanya yang menghadap sinaran matahari yang terus . Ini adalah sebab kayu boleh menyerap haba, dan secara tidak langsung mengurangkan kepanasan dalam bilik.

Cara Bijak Jimat Elektrik untuk Pencahayaan, Komputer dan Skrin TV

1. Bertukarlah kepada lampu kalimantang dan juga lampu kalimantang mampat untuk pencahayaan dalaman 
. Lampu-lampu ini mahal sedikit daripada lampu mentol biasa, tetapi ia menggunakan hanya suku daripada tenaga yang digunakan oleh lampu mentol biasa serta mempunyai jangka hayat 10 kali ganda daripada lampu mentol biasa.
2. Gunakan cahaya semulajadi untuk cerahkan bilik . Buka langsir pada waktu siang berbanding membuka lampu.
3. Gunakan lampu meja di mana pencahayaan anyak diperlukan . Ini mengelakkan penggunaan pencahayaan sekeliling bilik.
4. Penggunaan komputer riba (laptop) atau skrin rata komputer . Komputer riba menggunakan hampir 30 % kurang tenaga berbanding komputer meja (desktop).

Cara Bijak Jimat Elektrik untuk Peti Sejuk Beku dan Peti Sejuk

1. Biarkan peti sejuk dimuatkan tidak melebihi dua per tiga (66.7 %) penuh dan ruangan sejuk beku 3 suku (75 %) penuh, serta tutup semua cecair serta bekas makanan dalam peti sejuk . Makanan yang tidak di tutup dan peti sejuk yang kosong mengambil lebih banyak tenaga untuk menyejuk.

2. Jangan membuka pintu sejuk beku atau peti sejuk dengan kerap . Berfikir dahulu dan rancang apa yang perlu di ambil keluar. Membuka pintu dengan kerap menyebabkan kehilangan udara dan ini akan menyebabkan lebih banyak tenaga digunakan untuk mengawal suhu udara dalam peti sejuk atau sejuk beku.

3. Pastikan anda defros (mencairkan ais) peti sejuk atau sejuk beku secara kerap atau bila perlu . Kawasan sejuk beku yang mempunyai ais yang banyak akan memerlukan lebih banyak tenaga untuk menyejuk, dan ini akan menyebabkan penggunaan tenaga yang lebih banyak. Banyak model baru peti sejuk dan sejuk beku datang dengan defros automatik, pengguna dinasihatkan membeli dengan betul.

4. Anda tidak boleh menyimpan barangan yang panas terus ke dalam peti sejuk . Ini akan menyebabkan peti sejuk bekerja lebih untuk memastikan keadaan kembali sejuk, senantiasa pastikan makanan sejuk dahaulu sebelum di simpan dalam peti sejuk. Jangan meletakkan peti sejuk berdekatan dengan kepanasan seperti sinaran matahari dan juga berdekatan dengan dapur. Sentiasa pastikan terdapat ruangan sekeliling peti sejuk untuk pengudaraan . Jangan rapatkan peti sejuk kepada dinding.

Cara Bijak Jimat Elektrik untuk dapur, tandas, bilik

1. Seterika pakaian yang banyak sekaligus . Ini boleh mengelakkan pembaziran pemanasan semula seterika setiap kali digunakan.

2. Jika anda menggunakan mesih basuh dengan kerap, mungkin anda patut membeli mesin basuh muatan depan . Ini kerana ianya 15% lebih cekap tenaga dan menggunakan 40% kurang air daripada mesin basuh muatan atas. Walau bagaimanapun, mesin basuh muatan depan lebih mahal daripada muatan atas.

3. Pastikan mesin basuh digunakan dengan muatan penuh . Ulangan basuhan dengan kuantiti pakaian yang sedikit hanya menggunakan lebih banyak tenaga.

4. Hanya didih air yang diperlukan dalam cerek . Mendidih air yang lebih dan tidak menggunakannya hanya membazir tenaga.

5. Tutupkan suis kipas apabila anda tiada dalam bilik . Kipas hanya mengurangkan kepanasan dari badan, ia tidak dapat mengurangkan suhu bilik. Maka, membiarkan kipas berfungsi tidak dapat menjadikan bilik sejuk.

6. Gunakan tenaga semulajadi untuk pemanasan . Ia mungkin mahal sedikit untuk memasang peralatan ini tetapi ia adalah sumber yang boleh diperbaharui dan tiada bil elektrik untuk ini. Sebenarnya, ia adalah lebih murah untuk memasang sel solar untuk pemanasan berbanding sel solar untuk penjanaan elektrik. Dalam kes-kes tertentu, bagi penggunaan yang tinggi, adalah dinasihati supaya sel solar untuk pemanasan dipasang untuk tujuan ini, dalam jangkamasa 10 tahun beberapa ribu ringgit dapat dijimatkan.

7. Tetapkan suhu penyaman udara pada 24 – 26 ºC berbanding kelembapan relative (relative humidity-RH) di antara 60% dan 70%. Perubahan daripada 20 ºC kepada 24 ºC dapat menjimatkan tenaga hamapir 33%. Tingkap dan pintu mesti sentiasa di tutup rapat untuk mengelakkan udara sejuk daripada terbebas. Pakaian yag sesuai dengan cuaca . Ini dapat mengurangkan keperluan untuk suhu yang rendah bagi penyaman udara. Pemakaian kot atau blazer dan beberapa lapisan pakaian menyebabkan kita merendahkan suhu penyaman udara

Dah dapat dah segala point-point cara untuk jimat tenaga elektrik tu? Kalau dah dapat bagus lah dan boleh lah di amalkan kalau nak berjimat cermat kecuali kalau memang terlebih bajet belanja untuk bil. Yang Fiza rasa paling jimat adalah penggunaan mesin basuh sebab dalam seminggu cuma 2 kali basuh baju. Sabun basuh baju pun jimat macam tu.

Lagi satu, iron pun tak guna lansung. Barangan elektrik yang melibatkan pemanasan dan penyejukkan agak menggunakan tenaga elektrik yang banyak. Betul kan? Sebab tu kalau guna pemanas air ke, air cond ke kalau tak gunakan dengan bijak akan menyebabkan bil elektrik bertambah banyak. 

Resepi Sambal Sardin Masak Cara Fiza

$
0
0
Berkerjaya sebagai surirumah bukan mudah ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Dia punya nak memikirkan menu nak masak apa berbuka hari ni macam memikirkan masalah negara kaedahnya. Tengok-tengok barang dapur yang dibeli husband haritu sambil fikir nak masak apa. End up keluar menu sambal sardin. Kebetulan masa tak berapa nak ada, fikir masak sambal sardin je lah yang cepat dan paling mudah. sap sap sui!



Masak sambal sardin ni sebenarnya guna kaedah masak cara sendiri. Ikut masing-masing punya style lah. Kalau masak cara Fiza senang je lah. Tak ada undang-undang pun. Potong-potong tumbuk-tumbuk campak masuk dalam kuali. Itu yang kata sap sap sui tadi tu. Maksudnya senang je.


Bahan-bahan

1 tin sardin


1 ulas bawang putih
3 biji bawang merah kecil
cili api (ikut tahap kepedasan masing-masing)
1 keping asam keping
1/2 sk garam
air secukupnya


minyak untuk menumis

Cara Masak Sambal Sardin Masak Cara Fiza


Tumbuk bawang putih, bawang merah dan juga cili api. Fiza kurang suka bawang putih sebab tu guna satu je. Kalau kau orang jenis suka bawang putih, boleh tambahkan lagi 1-2 ulas. panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk tadi. Tumbuk lagi sedap ye daripada gunakan blender. Agak-agak dah naik bau dan garing, masukkan sardin dan juga tambah air ikut suka banyak mana. Suka kuah lebih, letak lah air lebih sikit.

Kalau suka kuah pekat tak perlu tambah air banyak sangat. Ikut kesukaan masing-masing lah ye. Tambah garam dan biarkan masak. Akhir sekali baru masukkan asam keping. Ada orang suka perah asam limau kasturi tu. Itupun sedap juga tau! Sambal sardin ni kena masak pedas-pedas kalau kau orang suka makan pedas. Kalau tak pedas, tak lalu nak makan. 

Kena letak juga asam keping untuk kurangkan hanyir ikan sardin tu. Tak ada asam keping, boleh letak air asam jawa ataupun perah limau. Sambal sardin ni kalau tak habis, boleh buat inti sandwich sardin atau buat rencah untuk nasi goreng sardin bersahur nanti. Sedap! Yang buntu tak tahu nak masak apa, masak je sambal sardin. Kalau makan sardin lah.

Macam biasalah tak semua orang makan sardin. Ada yang tak menggemari lansung makanan dalam tin. Ikut masing-masing punya favourite. Bulan puasa ni kalau berbuka ramai-ramai, meriah dengan menu favourite masing-masing. Mak mak kita kalau sediakan menu tu ada menu-menu kegemaran untuk setiap anak dia. Rindu kampung pulak haihhh. Hari ni 14 Ramadhan, tengah fikir nak masak menu apa untuk berbuka nanti. 

5 Aneka Masakan Sotong Yang Sedap

$
0
0
5 Aneka Masakan Sotong Yang Mudah | Suka makan sotong tak? Biasanya kalau ada stok sotong tu kau orang masak apa je? Masakan sotong yang paling popular digemari ramai tak lain tak bukan sambal sotong. Sambal sotong ni kalau makan dengan nasi lemak memang tak pandang kiri kanan bila makan. Bak kata orang 'mak mertua lalu pun tak perasan!'.

Sambal sotong ni ada orang suka sambal sotong berkuah dan ada yang suka sambal pekat. Fiza suka jenis pekat sikit dan tak tambah air sebab sotong tu akan keluarkan air bila memasak tu. Selain sambal sotong, sotong celup tepung pun favourite juga tu. Cuma jarang masak sebab kalau masak sotong celup tepung kena makan panas-panas baru sedap. Kalau dah sejuk, sotong akan jadi liat dan kurang sedap lah.

Antara masakan sotong yang Fiza biasa masak sambal sotong dan sotong masak kunyit. Selain tu ada juga masak sotong sumbat, sotong telur masin dan sotong petai. Jenis yang suka kicap tu mesti akan masak sotong masak kicap. Betul tak? Penggemar makanan Thailand mesti cuba masak sotong paprik
atau sotong ala thai. Pun sedap juga kan.

5 Aneka Masakan Sotong Yang Mudah

1. Sambal Sotong



Bahan-bahan
Sotong yang telah dibersihkan dan dipotong bulat
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu cili kisar
2 sudu sos cili
garam secukup rasa
gula perang 1 sudu
1 sudu kicap
3 sudu minyak menumis
1 keping asam keping

Cara Masak
Tumbuk kasar atau kisar kasar 1 biji labu bawang besar, 2 ulas bawang putih dan halia. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi. Dah naik bau, baru masukkan cili kisar dan sos cili. Gaul rata dan biarkan garing barulah masukkan sotong. Gaul rata lagi baru masukkan garam, kicap, gula perang dan asam keping. Bila hampir masak baru masukkan hirisan bawang besar yang 1 biji lagi tu dan biarkan layu sikit.  Masak sotong ni tak perlu tambah air ye sebab sotong tu akan keluarkan air.

* kalau suka petai boleh tambah petai jadi sambal sotong petai.


Bahan-bahan sumbat
( Bahan-bahan sumbat ni bergantung berapa banyak sotong)
Udang
Daun Sup
Bawang putih
Bawang Merah
1 sudu blackpepper
Telur
Lada sulah
Cili besar

Cara masak bahan sumbat
1. Udang, daun sup, bawang putih, bawang merah da cili merah dipotong kecil-kecil dan satukan bersama blackpepper dan lada sulah sebagai perasa dalam satu mangkuk.
2. Pecahkan telur dalam mangkuk yang sama kemudian kacau.
3. Kalau untuk diet : gunakan kuali non stick tanpa minyak dan buat macam telur hancur.
Atau boleh gunakan 1 sudu minyak zaitun untuk buat telur hancur.
4. Dah masak telur hancur, ketepikan dan biarkan sejuk.

Bahan-Bahan Sambal Sotong
( gunakan sotong yang besar sebab senang nak sumbatkan bahan)
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah atau 1 biji bawang besar
3 sudu cili kisar
1 batang serai
2 tangkai daun kari
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap manis
secubit garam
2 sudu minyak masak atau minyak zaitun
1 sudu madu ( kalau takde gantikan dengan gula 1 sudu)

Cara Masak
1.Sumbatkan dahulu bahan sumbat yang dah siap tadi ke dalam sotong kemudian ketepikan dahulu. Pinkan dengan menggunakan lidi.
2. Panaskan minyak dan tumiskan serai dan daun kari kemudian di ikuti dengan bawang putih dan bawang merah di cincang halus.
3. Setelah naik bau masukkan cili kisar dan biarkan garing seketika
4. Masukkan garam, madu, sos tiram dan kicap manis.
5. Masukkan sotong yang telah disumbat tadi dan biarkan masak. Siap!


3. Sotong Sambal Bali



Bahan bahan 
Sotong yang telah dibersihkan dan dipotong bulat
2-3 biji bawang merah
3-4 ulas bawang putih
1 inci halia
5-6 tangkai cili api
5 batang serai
1/2 sk garam
1 sb gula
1 sb kicap
1 sk serbuk kunyit
Daun kari (6 tangkai)
Minyak masak
Cili kering (10 tangkai). Nak pedas boleh tambah lagi


Cara Masak 
1. Gaulkan sotong bersama garam dan serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak dan goreng sotong separa masak.
3. Angkat, tos dan ketepikan dulu.
4. Potong cili kering untuk buangkan biji cili, kemudian masak/rebus dengan air panas. Angkat dan toskan, basuh dengan air sejuk kemudian blend bersama bawang merah, bawang putih, cili api dan halia. Dalam resepi asal tak letak cili api, tapi sebab nak pedas sikit so Fiza letak cili api.
5. Serai di ketuk
6. Panaskan semula minyak goreng sotong tadi untuk menumis bahan-bahan. Dimulakan dengan masukkan serai terlebih tdahulu.
7. Setelah agak keperangan, masukkan daun kari yang telah dibasuh.
8. Bila daun kari dah agak kegaringan masukkan bahan yang di blend tadi.
9. Bila dah garing dan naik bau bahan tumisan tadi, masukkan garam, gula dan kicap.
10. Akhir sekali masukkan sotong goreng tadi dan biarkan masak sekejap. Siap!

4. Sotong Masak Kunyit



Bahan-bahan
Sotong dibasuh bersih dan dipotong bulat
1/2 sk garam
1 sk serbuk kunyit
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Cili Api (ikut tahap kepedasan masing-maisng)
Minyak masak

Cara Masak
Gaulkan sotong bersama serbuk kunyit dan garam. Perapkan sekejap sementara nak siapkan bahan tumis. Panaskan minyak dan gorengkan sotong yang diperap tadi separuh masak. Kemudian angkat dan toskan.

Tumiskan (bawang besar, bawang putih dan cili) yang telah dipotong. Potong-potong je semua tak payah blend pun takpe. Pastikan tumis guna minyak sikit je ye. Bila dah naik bau dan garing sikit tu masukkan sotong yang dah digoreng separuh masak tadi dan masukkan sedikit garam. Biarkan seketika sampai masak. Siap!

5. Sotong Telur Masin



Bahan-bahan
6 ekor Sotong
1 biji Telur masin
1 sudu besar Minyak zaitun
2 ulas Bawang Putih
1 biji bawang besar
6 biji cili api
1 tangkai cili besar merah
125ml susu full cream ( kalau nak berkuah)

Cara Masak
1. Rebus telur masin kemudian hancur-hancurkan. Ketepikan dahulu.
2. Panaskan minyak dan kemudian tumiskan bawang putih, bawang merah, cili api dan juga cili besar yang telah potong kecil. Dah garing dan naik bau sikit, masukkan telur masin. Kalau kau orang nak jenis berkuah boleh letak susu cair. Kalau tak nak jenis berkuah, tak perlu letak susu cair.
3. Masukkan sotong dan gaul rata. Kemudian biarkan masak dan sedikit kering. Sedia untuk dihidangkan.

Bila dah letak telur masin tak perlu letak garam dah. Nanti bertambah masin pula. Bila letak telur masin rasa dia semulajadi sedap rasa masin berasa tu. Tak percaya? Silalah masak menu apa-apa tambah telur masin. Di jamin sedap melainkan kalau kau orang tak makan telur masin.

Selain 5 aneka masakan sotong di atas ni, kau orang boleh juga cuba masak masakan sotong yang berkuah macam sotong masak kari ataupun sotong masak lemak. Semua pun sedap kalau dah namanya penggemar seafood terutamanya si sotong ni.

Rendang Ayam Permintaan Suami

$
0
0
Tajuk taknak kalah kan. Nak letak tajuk resepi rendang ayam, tajuk tu dah digunapakai dah sebelum ni. Macam tak best pulak nak guna tajuk yang sama. Makanya, kita buat tajuk macam ni je lah. Aci je lah kan. Hari ke lima belas ramadhan, sebelum masak tu mesti akan tanya suami nak masak apa hari ni. 

Suami kata, "masak rendang lah". Atas permintaan suami, kita pun merendang ayam lah masak awal sikit. Penangan resepi rendang ayam dengan kerisik haritu lah tu kan. Terasa-rasa kat tekak katanya. Puji melambung sangat ni. Sejak dah rasa terpandai sikit masak rendang ni, takde hal lah nak masak rendang bila-bila masa pun. 

kejadian rendang kali kedua bulan ramadhan 

Bagus juga lah dah pandai buat rendang sendiri. Raya nanti taklah rasa sedih sangat tak dapat balik kampung makan rendang, ketupat, lemang bagai tu. Semua boleh buat sendiri je di pagi raya nanti. Tapi kalau difikirkan sedih jugalah tak dapat makan rendang ayam negeri sembilan style mak mertua dan lemang abah buat.

Kalau ikut resepi rendang ayam negeri sembilan mak mertua kadang-kadang letak daun puding. Ikut style mak Fiza, resepi rendang ayam johor wajib letak kerisik dengan daun kunyit potong halus-halus tu. Cuma rendang ayam tok je lah jarang jumpa sebab tak ada sedara mara sebelah Perak nun. Sedap juga rendang tok ni. Tapi membuatnya belum lagi lah sebab nak masak rendang tok lagilah lama nak memasakanya kan.

Setiap negeri ada tradisi rendang masing-masing. Pada Fiza, kalau dah namanya rendang mesti semuanya sedap-sedap. Makan dengan lemang, ketupat, nasi impit di pagi raya memang lupa nak berhenti makan. Raya kali ni suasananya berbeza, kita kena masak sendiri juadah raya mana yang ada. Janji kita dapat raikan kemenangan selepas sebulan berpuasa.

Haa tunggu apa lagi, dah boleh mula belajar masak rendang dari sekarang. Orang kata "Practise make perfect". Tak cuba mana mahunya dapat. Untung untung raya nanti dapat makan the perfect rendang. Tak gitu? Tengah musim PKP ni kiranya masa yang elok untuk belajar memasak menu yang kita tak pernah cuba lagi kan.



Resepi Labu Masak Lemak Putih Paling Senang

$
0
0
Buah labu, sejenis buah atau sayuran? Secara saintifiknya buah labu adalah sejenis buah sebab mengandungi biji benih ye. Sebiji buah labu tu dapat buat bermacam-macam resepi masakan. Antaranya masak lemak labu putih/kuning, resepi labu masak lemak ikan masin, cucur labu, kek labu, lepat labu dan bermacam-macam lagi lah.

Walaupun Fiza ni penggemar labu, tapi biasa masak lauk labu masak lemak putih yang paling senang. Yang masakan lain tu belum cuba lagi. Bukan apa, Fiza je sorang makan labu. Husband bukan penggemar labu. Jadi, macam tak best masak menu yang orang lain tak makan. Makan sorang-sorang kurang nikmatnya kan. Rugi tenaga pun ye nak masak tu. Tapi kalau teringin rajin je nak masaknya pun.

Masakan sayur labu ni pun ada bermacam-macam style juga. Ada yang masak lemak labu pucuk manis, masak lemak labu udang, masak lemak labu bayam, masak lemak labu suun dan bermacam-macam jenis sayuran dan rencah lain boleh dicampur dengan labu ni. Kira sangat serasi lah rasa labu dengan rencah lain. Kira fleksibel lah si labu ni.



Cara masak lemak labu putih simple je sebenarnya. Masakan sayur yang paling ringkas dan cepat. 

Bahan-bahan
Labu (potong saiz sederhana, tak besar tak kecil sangat)
3 tangkai cili api atau 1 tangkai cili besar merah (dihiris)
1 biji bawang merah (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
1 helai daun kunyit (buang batang tengah)
1 sk lada hitam
1/4 sk serbuk kunyit
1/2 sk garam
Santan (sebungkus/sekotak)
Air secukupnya

Cara Masak
Masukkan semua bahan dalam periuk dan masakkan atas dapur. Sambil-sambil tu kacau-kacau kuah dia supaya santan tak pecah minyak. Agak-agak labu dah empuk, tutup api. Dalam gambar tu santan pecah minyak tak berapa cantik dan kurang sedap sebab santan segar yang Fiza beli tu mungkin dah lama. Kalau nak selamat kan rasa dan rupa dia, guna je santan kotak. 

Melainkan kalau duduk kampung ada kelapa, parut dan perah sendiri tu lagi sedap rasa santan dia. Kalau kat kampung ni kena kupas kelapa, parut dan perah sendiri tu agak leceh juga tapi sesekali balik kampung buat sendiri rasa seronok juga. Jenuh juga nak kupas kelapa tu kalau dapat kelapa yang kulitnya liat. Jenuh weiii

Nak cara mudah, guna santan kotak je lah. Lepas tu sila aplikasi kan kaedah masak labu putih cara macam ni paling senang. Masuk je semua bahan dan tunggu masak je. Senang betul kan. Jangan kata tak tahu masak okay. Ikut je cara sendiri. Tapi kalau masak depan mak mertua ke depan mak sendiri sekalipun, kena ikut undang-undang masak mereka. Kalau tidak, derhaka nanti. Haha..bukanlah derhaka. Cuma kena bebel je lah paling tidak pun.

Tolo Itik Vs Tolo Asin

$
0
0
Tolo is Telur okay. Nanti tak mention awal-awal tertanya-tanya pula apa benda 'tolo' tu. Dok Nismilan (Negeri Sembilan) kenalah sebut tolo sesuai dengan tempatnya. Kalau kau orang dah pernah lalu jalan Kuala Pilah-Seremban mesti perasan banyak orang jual telur itik tepi kat gerai tepi jalan tu. Perasan tak? 

Kalau tak perasan tu maksudnya bawak laju dan jalan tu tak jammed. Biasa kalau perasan dan nampak tu mesti masa tu tengah jammed semua kereta slow dok tengok apa yang dijual tepi jalan tu. Kadang jalan jammed sebab masing-masing bawa slow perati apa yang menarik kat gerai tu dan ada juga dengan tak semena-mena bagi emergency signal nak berhenti membeli.

Jalan pilah-Ulu Bendul-Bukit Putus tu kalau tak jammed hujung minggu tak sah. Lagi-lagi musim perayaan dan cuti. Balik kampung setengah jam boleh jadi 2 jam! Mujur abang kawasan ada boleh ikut jalan lain mana yang boleh dari menghadap jammed. Kalau raya nanti jammed juga tak tahu nak kata lah. Maksudnya ada juga yang gigih nak balik kampung tu.

Sabtu lepas mak mertua datang singgah bagi bekalan sikit. Bukan sikit, tapi banyak. Macam-macam ada! Tolo itik, tolo asin (telur masin), penganan (dodol), buah avocado, buah kuinin, serai, limau kasturi,pucuk ubi dan  macam-macam lagi lah mak bawa. Alhamdulillah, rezeki dapat semua ni. ber tolo je lah hari-hari. 



Tolo itik Vs Tolo Asin

Tolo itik yang biasa kita masak telur itik masak lemak cili api. Nak lagi sedap tambah pucuk ubi. Memang terbaik. Lauk 2 in 1 sebab ada sekali sayur. Tak perlu masak sayur dah. Masakan telur itik selain masak lemak, Fiza tak tahu. Tahu masakan lemak tu je lah. Ke ada masakan telur itik yang lagi sedap. Bolehlah share, kot nanti boleh cuba sebab stok ada banyak ni.

Tolo Asin pulak boleh buat bermacam-macam aneka resepi telur masin. Sekarang kan musim salted eggs. Semua menu nak dicampur dengan salted egg. Tapi kalau makan yang direbus tu Fiza suka telur kuning yang selalu jadi rebutan tu. Telur putih tak suka sangat sebab masin. Kalau tak nak bazir putih tu, boleh campurkan dengan nasi goreng.

Cara nak buat tolo asin ni mudah je rendam tolo itik dengan air garam 2-3 minggu macam tu dah boleh dapat tolo asin dah. Peminat tolo asin bolehlah cuba buat. Selain telur itik, boleh juga buat telur asin menggunakan telur ayam. Yang ni Fiza baru tahu. Dari dulu ingatkan telur asin boleh guna telur itik je. Tapi telur asin ayam tu belum pernah cuba buat dan belum pernah makan lagi.

Mungkin kalau rajin nanti boleh cuba, telur ayam senang sikit nak dapat berbanding telur itik. Lepas tu boleh buat perbandingan telur itik vs telur ayam pulak. Kalau di suruh buat pilihan antara tolo itik vs tolo asin Fiza suka tolo asin lagi. Sesekali je masak tolo itik masak lemak kalau ada stok tolo itik. Orang nismilan panggil gulai tolo itik.

Resepi Telur Itik Masak Lemak Cili Api Campur Pucuk Ubi

$
0
0
Dapat je bekalan tolo itik dan pucuk ubi mak mertua bagi tu terus terfikir nak masak telur itik masak lemak cili api campur pucuk ubi. Orang nismilan panggil masak gulai tolo itik. Mana-mana lah kan. Janji rupa dia sama tak ada beza. Nampak je telur itik ni terus terfikir masak lemak cili api je lah sebab dah ada pucuk ubi tu.

Ada tak masakan lain selain masak lemak cili api? Nak tahu juga kot ada masakan lain telur itik yang Fiza tak tahu selain dibuat telur masin lah. Dah jadi telur masin tu lain cerita lah. Kalau telur masin digoreng macam telur ayam tu okay tak? Ada sesiapa pernah cuba ke? Malas nak bereksperimentasi takut nanti tak melepasi tahap level tekak sendiri. Hihi...

Disebab itu malas nak fikir masak apa lagi, lemak kan aje telur itik tu dengan cili api. Masakan palin mudah paling sedap untuk penggemar masakan masak cili api. Bila makan berdua je, masak 3 biji je lah untuk berbuka. Kira 1 biji sorang, 1 lagi tu ikutlah siapa yang nak. Kadang bagi dua acah-acah sweet konon.

Resepi Telur Itik Masak Lemak Cili Api Campur Pucuk Ubi

Bahan-bahan
Telur itik
segenggam cili api
2 inci kunyit hidup
1 kotak santan
1/2 cawan air
1 sk garam
1 keping asam keping
pucuk ubi

Cara Masak
Blend dulu cili api dan kunyit hidup. Dah siap blend satukan dengan santan dan air. Didihkan kuah sampai masak dan sambil tu kacau-kacau untuk elakkan santan pecah minyak. Kalau taknak  kacau, masak guna api perlahan. Bila dah mendidih tu masukkan garam dan juga asam keping. Lagi sedap kalau telur itik masak lemak belimbing buluh ganti asam keping.

Pecahkan telur itik satu persatu di tempat yang berbeza dalam periuk. Jangan pecahkan pada satu tempat nanti dia akan bertindih-tindih dan pecah. Sila ikut petua telur itik tidak pecah ye. Lebih selamat pecahkan dulu telur dalam mangkuk kecil. takut ada telur yang tak elok kalau pecah secara terus dalam periuk.

Bila telur hampir masak tu akhir sekali masukkan pucuk ubi dan biarkan masak. Pucuk ubi kejap je masak dia. Lepas tu da boleh tutup api dan hidangkan. Suka masak pedas-pedas juga untuk masakan masak lemak cili api. Kau orang kalau tak makan pedas, jangan guna senggenggam cili api tau. Guna lah ikut tahap kepedasan masing-masing.

Lebih suka campur pucuk ubi baru sedap berbanding telur itik semata-mata. Dia akan rasa muak nak makan. Bila campur pucuk ubi tu terasalah sedap sikit sebab ada sayur sekali. Senang jugalah ada menu 2 in 1 tak payah masak lauk lain dah. Simple je menu berbuka kami berdua.

Resepi Buttermilk Chicken Cheese

$
0
0
Nak masak ayam tapi tak tahu nak masak apa. Buntu fikir resepi ayam yang menarik untuk dicuba masak berbuka nanti. Sesekali teringin juga tukar menu masakan ayam. Asyik-asyik ayam kicap 3 budak gemok, rendang ayam, ayam masak cili api dan masakan ayam yang biasa masak tu. Tengok dalam peti ais ada stok ayam pop corn frozen tu.ting! Dapat idea dah.

Makanya, kita akan masak ayam buttermilk susu segar tambah cheese dan bertukar nama jadi buttermilk chicken cheese. Cheese pun ada stok, kira ngam lah ni. Macam menarik bunyinya tu kan dan macam sedap juga sesedap namanya. Sebelum ni pernah juga masak udang goreng butter telur masin, udang galah masak butter dengan ketam butter telur masin. Semuanya sedap! Tak pernah tak sedap, tengok je dah kecur air liur dah.

Hidangan buttermilk chicken simple ni sejenis hidangan yang popular sekarang ni dan digemari ramai. Butter chicken sesuai makan dengan apa? Sesuai sangat kalau di makan dengan nasi panas. Seriously sangat menyelerakan untuk kau orang yang suka masakan jenis butter. Kalau Fiza, memang tak tolak lah. Nak memasaknya pun mudah je. Tak pandai masak pun boleh jadi hebat memasak di dapur acah-acah chef handalan.



Bahan-Bahan Buttermilk Chicken Cheese

Ayam pop corn frozen
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
3 tangkai cili
1 sb butter
1 sb minyak masak
1/2 cawan fresh milk
1/4 sk garam
1/4 sk black pepper
1 slice cheese

Cara Masak Buttermilk Chicken Cheese

Goreng ayam sehingga masak, angkat dan ketepikan. Kemudian, panaskan butter dan juga minyak masak. Boleh juga gunakan kuali yang sama dan kurangkan sedikit minyak gorengan ayam tu dan tinggal tambah butter je. Tumiskan bawang putih, cili api dan daun kari sehingga naik bau dan garing.

Setelah garing, masukkan susu dan biarkan mendidih seketika. Taburkan black pepper dan garam. Masukkan ayam pop corn yang dah siap goreng dan kacau rata bagi mesra serasi bersama. Akhir sekali baru masukkan slice cheese atau apa juga jenis cheese ikut suka. Tak nak tambah cheese pun boleh, nanti dia akan jadi buttermilk chicken je la.

5 Menu Ayam Buttermilk

1. Spaghetti Chicken Butter

Tapi tambah cheese akan jadi super sedap sebab Fiza suka cheese. Lagi-lagi kalau tambah cheese tarik tu ha. Aduhaiii, boleh buat telan air liur pagi-pagi ni. Tahu tak dengan menu buttermilk chicken cheese ni, kau orang boleh pelbagaikan. Contohnya, kau orang boleh makan dengan spaghetti. Resepi spaghetti butter chicken tu buat sos macam ni dan cuma tambah spaghetti je.

2. Ayam Masak Butter Telur Masin

Selain tambah cheese, untuk peminat telur masin (salted eggs) boleh tambah telur masin untuk sedapkan lagi rasa sos butter tu. Tak ada telur masin, boleh guna je salted eggs powder yang ada. Kalau guna telur segar, kena rebus dulu ye. Selepas rebus tu, kisar dengan air susu rasa dia akan jadi sedap berbanding kita hancur lenyekkan tu. Tapi jenis suka kasar, kasar boleh lenyekkan je.

3. Ayam Buttermilk Lemon

Untuk hilangkan muak, boleh juga perahkan lemon untuk rasa yang lebih sedap kalau kau orang suka nak letak perahan lemon. Untuk perahan lemon ni Fiza belum cuba lagi macamana rasa dia. So far okay je kot kalau tambah lemon, akan ada rasa masam-masam sikit. Tapi sedap, mungkinlah kan. Tak cuba lagi tak tahu lah.

4. Ayam Buttermilk Berempah

Berempah? Macamana entah rasa buttermilk berempah tu kan. Menarik juga kalau ayam masak butter tambah rempah. Mungkin boleh tambah serbuk kari dan serbuk cili. Kena carilah resepi ayam buttermilk berempah kalau kau orang nak cuba rasa. Fiza jamin, mesti sedap juga ni.

5. Butter Chicken Nestum

Untuk menu butter chicken nestum ni Fiza pernah nampak je tapi belum pernah cuba campurkan dengan nestum sebab stok nestum tak ada kat rumah. Selain nestum, boleh juga gantikan cereal untuk lebih crunchy.

Masakan buttermilk chicken ni kalau nak mudah kau orang guna ayam yang dah salut tepung frozen tu je. Kalau rajin boleh buat sendiri ayam salut tepung guna bahagian dada ayam sebab tak ada tulang. Boleh gunakan tepung bestari, sedap katanya. Boleh jadikan dia ayam buttermilk bestari gitu.

Pilihan Fiza, semua di atas. Susah nak tolak kalau semua menu sedap-sedap dan menyelerakan ni. Sesekali bertukar selera kepada western sikit why not kan. Cara masak pun lebih mudah daripada masakan tradisional. Kiranya kalau nak menu simple dan sedap, bolehlah masak buttermilk chicken ni. Makan ratah gitu tanpa nasi pun sedap juga.

Nasi Hujan Panas , Ayam Masak Merah dan Acar Timun

$
0
0
Habis fikir dah tak tahu nak masak apa. Stok ayam ada lagi dan tiba-tiba mood rajin nak masak nasi hujan panas. Sebab dah beli pewarna. yeay! Tapi sayang sebab tak ada warna hijau. Pewarna hijau sold out. Ramai yang membeli perwarna hijau buat kuih muih bulan Ramadhan ni kan. Kuih muih tradisional kan banyak warna hijau. Seri muka, nona manis, kuih lopes dan banyak lagi. Guna daun pandan macam kurang sikit warna hijaunya.

Nasi hujan panas lauk apa biasanya ye? Yang Fiza tahu ayam masak merah je lah dengan acar timun. Ada juga buat hidangan nasi hujan panas ayam masak kurma. Rasanya lebih sedap ayam masak merah dengan nasi hujan panas berbanding ayam masak kurma. Ayam masak kurma ni Fiza kurang gemar sikit. Tak tahu lah kenapa. Sebab tak pedas kot! Ayam masak merah ni makan dengan nasi minyak atau nasi tomato pun sedap juga.

Dulu tak tahu pun nama nasi berwarna ni. Sekarang dah tahu dah nasi hujan panas namanya. Rasa noob betul dulu bila tak tercebur dalam bidang masakan ni. Dah jadi surirumah baru lah pandai sikit bab-bab masakan. Ambil tips dan resepi mak-mak dan kakak-kakak je ni. Tak tahu masak guna talian hayat. Zaman sekarang ni tak tahu masak google aje sekejap je dah dapat resepinya kan. Okay, Fiza pun nak kongsi Resepi Nasi hujan panas, resepi ayam masak merah dan juga acar timun. Ada orang panggil acar jelatah timun.

Nasi Hujan Panas , Ayam Masak Merah dan Acar Timun

RESEPI NASI HUJAN PANAS

Bahan-Bahan Nasi Hujan Panas

Nasi 1 1/2 cawan
2 sudu butter
3 sekawan (Kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih)* Kalau ada buah pelaga dan daun bay lagi sedap.
2 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 inchi halia (dihiris)
2 cawan air
1 cawan santan
1 helai daun pandan
pewarna (ikut suka nak letak warna apa)

Cara Masak Nasi Hujan Panas

Panaskan butter dan tumis 3 sekawan, bawang putih, bawang merah dan juga halia. Tumis sampai naik bau dan garing sikit. Masukkan susu dan juga garam. Akhir sekali masukkan beras yang dah dibasuh. Kacau rata dan tutup api. Masukkan kesemuanya dalam periuk nasi dan tambah sukatan air selebihnya kacau rata. Jangan lupa ON periuk nasi okay. Tunggu je nasi masak


Dah masak tu, titiskan pewarna pada nasi. 1 pewarna tu titis 2-3 tempat secara jarak-jarak. Dah siap letak pewarna baru kacau rata. Pastikan jangan letak banyak sangat pewarna. Cukup 1-2 titis je biar warna dia tak terlalu pekat. Fiza guna pewarna kuning dan merah je. Itu je yang ada. Ada warna hijau ni nampak lagi cantik sikit kan. By the way, Fiza guna beras herba ponni. Kalau guna beras basmathi dia akan jadi super sedap lah. 

RESEPI AYAM MASAK MERAH

Bahan-Bahan Ayam Masak Merah

Ayam (dipotong dan basuh bersih)
1 biji bawang besar  *dipotong bulat
3 biji bawang merah *kisar
3 ulas bawang putih *kisar
1 inci halia *kisar
3 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih)
4 sb cili kisar
2 sudu sos cili
4 sb air asam jawa

2 sb gula perang
1/2 cawan air

1 sk garam
1 sb serbuk kunyit
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis

Cara Masak Ayam Masak Merah

Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan 1/2 sk garam. Kemudian panaskan air dan goreng ayam separuh masak untuk kekalkan juicy ayam tu. Dah masak, angkat dan ketepikan. Kurangkan minyak menggoreng dan tumis bahan-bahan kisar dengan 3 sekawan tu ye. Dah naik bau dan garing, masukkan cili kisar, sos cili dan air asam jawa. Biarkan masak sampai pecah minyak. 

Dah pecah minyak baru masukkan ayam, gaul rata dan tambah air. Masukkan juga garam dan juga gula perang. Biarkan kuah serap dalam ayam sehingga masak. Jangan biar je tau sesekali kacau jugalah takut nanti berkerak bawah tu lansung tak sedap rasa dia nanti. Dah siap tu, hidangkan je la kan tunggu apa lagi. Eh, belum lagi. Kena siapkan acar timun dulu baru lengkap hidangan kita.

RESEPI ACAR TIMUN

Bahan-Bahan Acar Timun

Timun
Lobak merah
Bawang merah
secubit garam
1/2 sk gula

Cara Buat Acar Timun

Hiris timun, lobak merah dan juga bawang merah. Ikut suka nak hiris style macamana pun. Dah siap hiris tu masukkan dalam bekas dan masukkan garam dan juga gula. Gaul-gaul dah siap. Mudah sangat ni. Kalau ada nanas lagi sedap ni. Ada orang suka letak cuka makan. Tapi Fiza tak suka cuka, cukuplah garam dan gula rencah kehidupan dia. 


Pulut Mangga Tak Pernah Tak Sedap

$
0
0
Bulan puasa dalam tempoh PKP modal blog Fiza dengan gambar makanan je lah. Rasa macam blog dah bertukar niche kepada blog niche resepi pulak. Kita kongsi-kongsi resepi dan sebagai diari resepi sendiri juga. Kot lah nanti-nanti nak rujuk balik resepi lama senang sikit. Nama pun media sosial, kaedahnya berkongsi gambar gitu. 

Pulut mangga dalam bahasa Thailand dikenali dengan nama Khao Neow Ma-Muang. Masa pergi Thailand dekat Khlong Hae Floating Market tu tempat makan atas tu banyak juga jual pulut mangga. Dan pertama kali Fiza makan pulut ayam ala Thai masa stay kat Perlis. Sedap gila! Lepas tu gigih buat sendiri kat rumah. Nak pergi Perlis nun jauh di sana memang tunggu kalau bercuti atau ada urusan dapat pergi. Nak pergi saja-saja memang tak lah. Selatan ke Utara tu weiii..jauh betul! 

Tapi setakat nak mencuba resepi pulut mangga viral tu takde hal lah. Kira adjust je bagi sedap ikut tekak sendiri. Resepi pulut mangga guna rice cooker Fiza dah kira level expert dah rasanya. Boleh rujuklah entri tu yang Fiza pernah update sebelum ni. Cuma nak masak pulut mangga ni tak perlu tambah serbuk kunyit. Biarkan dia putih suci je. Ada juga yang guna pewarna hijau/ pati pandan untuk buat pulut warna hijau. Ikut masing-masing punya taste nak putih ke hijau ke kuning ke. 



Kalau dapat pulut mangga harum manis perlis tu lagilah makan sorang tak nak berkongsi. Mangga dia punya harum dan manis tu takde tandingan. Of courselah harga pulut mangga dia akan jadi mahal sebab harga harum manis pun 1 kg dah berpuluh harganya. Sekilo dalam 3 biji macam tu lebih kurang. Sekarang pun dah banyak orang jual harum manis online. Ada duit, beli je kalau teringin sangat. Tepuk poket masing-masing.

Fiza suka makan mangga kalau dah dikupas kulitnya. Dan suka jenis mangga yang seda elok masak. Bukan jenis lembik yang terlebih masak tu. Mangga ni tak boleh nak simpan lama, agak agak dah masak kena terus makan sebab bila terlebih masak jadi tak sedap. Buat pulut mangga pun sebab kebetulan je mak mertua datang haritu ada mangga sekali. Kira rezeki lah dapat makan mangga. Musim PKP ni segala buah pun laris sungguh haihh.

Alang-alang ada mangga tu, pulut pun ada. Terajin pulak nak masak pulut mangga atau mango sticky rice nama glamour dia. Cuma kena masak pulut dan siapkan kuah santan je. Nah, resepi pulut lemak dan resepi kuah santan masak cara Fiza. 

RESEPI PULUT LEMAK

Bahan-bahan
1 1/2 beras pulut susu 
1/2 cawan santan 
1/2 cawan susu segar
1/2 sk garam
1/2 sb gula
1 helai daun pandan

CARA MASAK PULUT LEMAK

Kacau semua bahan diatas dalam satu bekas dan tuangkan masuk dalam bekas beras pulut yang dah siap dibasuh. Pastikan bekas yang digunakan untuk mengukus dalam periuk nasi adalah bekas yang sesuai untuk microwave/oven ye sebab kaedah masak dia macam water bath. Masukkan dalam periuk nasi dan biarkan makan. Pastikan air dalam periuk nasi tu tak kering. Bila nak masak tu, kacau kacau lah bagi rata dan biarkan masak sekata.

RESEPI KUAH SANTAN LEMAK

1/2 cawan santan
1/2 cawan susu segar
secubit garam
1 sb gula
1/2 sb tepung jagung 

CARA MASAK KUAH SANTAN LEMAK

Satukan semua bahan dan kacau rata. Masak dengan gunakan api perlahan sehingga kuah masak dan pekat. Kalau nak pekat lagi tambah tepung jagung tapi pastikan bancuh dulu dengan air susu segar terlebih dulu. Kalau nak lebih berlemak. Nak bancuh dengan air sejuk biasa pun boleh. Kalau terus masuk tepung jagung dalam adunan nanti dia akan berketul-ketul. Satu kerja pulak nak tapis nanti.

Yang Fiza buat tu kurang pekat sebab terrrrrtambah air biasa. Jadi tak betul-betul serasi dengan santan dan susu segar tu. Spoil sikit. So kira-kira balik sukatan dia macam yang Fiza kongsikan tu lebih better untuk dapatkan kuah santan lemak. Selamat mencuba untuk buat pemanis mulut di bulan Puasa ni. Nak buat kuih muih tak berapa nak pandai sangat. Buat pemanis mulut macam ni retilah juga sikit-sikit.

Ehh, dah siap pulut dan kuah santan tu jangan lupa pulak nak letak mangga dalam pinggan. Tak jadilah namanya pulut mangga nanti. Nak lagi sedap, guna mangga susu dan mangga lemak. Tapi kan, pulut mangga ni tak pernah tak sedap. 


Resepi Udang Berlada Campur Kacang Panjang

$
0
0
Zaman kanak-kanak dulu mak suka masak yang ringkas-ringkas je. Goreng ikan bilis, bawang dan cili api dah boleh jadi lauk paling sedap dah. Lauk paling susah nak masak pun masak lemak cili api lah. Itupun tak susah tahap mana pun. Bila kau dah terbiasa membesar dengan masakan yang ringkas dari mak, tak jadi masalah pun kalau kehabisan lauk barang basah. 

Janji ada bahan dapur asas dah okay dah. Dah biasa makan lauk pauk ringkas, so kurang makan makanan jenis berkuah kecuali masak lemak cili api. Asam pedas ke, kari ke kurang gemar sikit dan Fiza pun takde lah nak belajar masak masakan tu pun. Benda tak makan sangat buat apa nak masak. Betul tak? Tapi kalau ada asam pedas sedap Fiza suka je. 

Dan mee kari Fiza suka dan rajin jugaklah masak mee kari. Cuma masakan kari tu kurang gemar juga. Pelik? Tak perlu pelik sebab masing-masing ada citarasa masing-masing kot kan. Yang bestnya dulu selalu dapat makan udang galah sungai. Ada je orang hantar udang galah kat rumah. 

Orang hantar je mak mesti beli tak pernah menolak. Kira rezeki sungguh la puas makan udang galah sungai. Sedap manis, rasa lebih sedapd ari udang galah laut tu. Kebiasaannya udang akan masak lemak cili api dan udang goreng kunyit cili api.

Resepi Udang Berlada Campur Kacang Panjang

Fiza suka masak udang berlada/udang bercili campur kacang panjang. Senang dah campur sayur kacang panjang sekali tak perlu nak susah payah masak hidangan sayur lagi. Campur je senang. Sedap pun sedap. Tukar selera sikit asyik-asyik sambal udang je kan.

BAHAN-BAHAN

Udang
2 ulas bawang putih *ditumbuk
3 biji bawang merah *ditumbuk
Cili Api (Sukat ikut tahap kepedasan masing-maisng) *ditumbuk
1/2 sk garam
1/4 air masak
3 sb minyak masak
kacang panjang (ikut suka nak potong serong atau patah-patah je)

CARA MASAK UDANG BERLADA CAMPUR KACANG PANJANG

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumbuk. Malas tumbuk blend je. Tapi kalau nak sedap, rajinkan sikit menumbuk bahan guna lesung batu ye. Tumis sampai garing dan naik bau, masukkan udang. Kacau dan biarkan masak kejap. Udang ni masak kejap je tak perlu lama.

Dah hampir masak tu masukkan kacang panjang, garam dan air. Kacau sekejap sampai kacang tu layu sikit dah boleh tutup api. Fiza suka kacang rangup, jadi tak masak lama sangat takut terlebih masak nanti kacang tak rangup dah. Okay siap!

Masak sambal udang cili padi pun sedap juga ni. Masak udang ni memang kena pedas sikit sebab udang tu rasa dia manis udang gitu. Kalau tak tahan pedas, sila sukat cili berpada-pada. Masakan pedas boleh mengundang bahaya pada mereka yang tak tahan pedas. see your level first okay jangan cuba masakan pedas kalau tak biasa.




Buttermilk Pop Corn Chicken Cheese Salted Egg

$
0
0
Fuhhh..jenuh mengejar entry masakan berbuka sepanjang bulan puasa. Belum ada yang tercicir lagi nampaknya. Kiranya dah back on track dah ni. Semalam masak lagi buttermilk pop corn chicken cheese salted eggs untuk menu berbuka hari ke 21 Ramadhan. Fiza malas fikir dah, ikut apa yang husband nak makan je senang. Lepas ni sama-sama pening nak masak apa nak makan apa untuk berbuka.

Resepinya sama macam sebelum ni, beza dia tambah salted eggs je pun. Tepek sekali lagilah resepi buttermilk popcorn chicken. Salah satu salted egg menu untuk penggemar salted egg. Fiza guna popcorn chicken frozen sebab lebih cepat kerja masak. Nak buat sendiri ayam bersalut tepung tu agak leceh dan ambil masa. Kalau nak mudah, beli siap-siap popcorn chicken frozen tu ye. Beli yang saiz kecil lagi sedap cepat masak dan crunchy.


Bahan-Bahan Buttermilk Chicken Cheese Salted Egg

Ayam pop corn frozen
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
3 tangkai cili
1 sb butter
1 sb minyak masak
1/2 cawan fresh milk
1/4 sk garam
1/4 sk black pepper
1 slice cheese
2 sb salted egg powder (Fiza guna jenama bestari)

CARA MASAK BUTTERMILK CHICKEN CHEESE SALTED EGG

Goreng popcorn chicken sehingga masak, angkat dan ketepikan. Kemudian, panaskan butter dan juga minyak masak. Boleh juga gunakan kuali yang sama dan kurangkan sedikit minyak gorengan ayam tu dan tinggal tambah butter je. Tumiskan bawang putih, cili api dan daun kari sehingga naik bau dan garing.

Agak-agak dah garing, masukkan susu, masukkan black pepper, garam dan salted egg powder. Kacau rata dan biarkan mendidih. Lepas tu barulah masukkan ayam popcorn yang dah siap goreng dan kacau rata bagi mesra serasi bersama. Akhir sekali baru masukkan slice cheese atau apa juga jenis cheese ikut suka. Letak cheese tarik mozarella tu lagi tertarik oiii..rasa dia akan lebih likat pekat dan berkrim disukai ramai.

5 Jenis Ikan Yang Sedap Di Bakar

$
0
0
Menu berbuka puasa Ramadhan ke dua puluh dua semalam, masak ikan cencaru bakar lagi. Ikan bakar lah masakan paling senang. Gaul dengan garam dan serbuk kunyit perencah dia pun dah sedap rasa dia. Ikan bakar ni kena makan panas-panas.

Tak semua orang suka makan ikan bakar. Ada yang tak suka sebab masakan bakar ni jenis makanan yang kering. Tak ada masalah tu. Tak suka jenis kering, boleh buat ikan bersambal.  Ape ada hal kan. Nak rasa ikan yang original letak garam dan serbuk kunyit je. 

Letak garam saja pun bolehhhh. Itu dah kira resepi ikan bakar paling basic lah tu. Tak tahu juga tak tahu lah nak kata apa dah!

Tapi! Tak semua ikan sedap di bakar ye. Ada juga ikan yang tak sesuai di bakar. Lepas tu ada pulak yang tak makan ikan air tawar, makan ikan laut je. Ikan tawar hanyir katanya. Kalau Fiza, dua-dua makan tapi jenis memilih juga juga jenis-jenis ikan. Nah, Fiza kongsikan jenis-jenis ikan bakar yang sedap.

5 Jenis Ikan Yang Sedap Di Bakar

1. Ikan Cencaru

Ikut carta Fiza, ikan cencaru ikan laut paling enak dimakan dan sesuai untuk dibakar. Ikan cencaru atau orang panggil ikan jaket ni jenis ikan kulit tebal. So bila bakar tu tak risau lah isi dia hangus ke apa. Isi pun elok je walaupun kulit terbakar teruk. Lagipun ikan cencaru ni pun murah je. 


2. Ikan Siakap

Selain masak stim limau/lemon dan sweet sour, ikan siakap ni kalau dibakar memang sedap. Isi dia lembut tapi bab nak membuang sisik tu agak leceh kalau beli yang belum disiang. Nasiblah kan struggle membuang sisik ikan. Nak senang pergi beli kat kedai yang boleh siang ikan siap-siap. Senang kerja masak nanti.

3. Ikan Kembung

Ikan kembung susah nak dapat sekarang  ni. Tak tahu lah kenapa. Setiap kali beli barang basah, yang ada cuma ikan spesis kembung macam ikan selar dengan ikan mambong. Ikan kembung ni terlajak laris. Harga dia pun boleh tahan mahal sekarang ni. Ohh lupa, sebab ikan kembung ni jenis ikan yang sedap dimasak apa pun. Sebab tu cepat habis. Dibakar kosong dengan garam pun sedap okay!

4. Ikan Bawal

Ikan bawal ni isi dia tak tebal dan tak lembut sangat pada Fiza. kalau dibakar tu seeloknya kena bungkus supaya isi dia tak hangus dan terlebih masak. Lebih sedap dibakar dengan sambal juga. Bakar kosong dengan garam dan serbuk kunyit agak kurang sedap rasanya. 

5. Ikan Tenggalan

Pernah dengar ikan tenggalan? Atau mungkin ada nama lain kot. Tapi inilah nama ikan yang Fiza kenal sejak kecil sebab dari kecil dah biasa makan ikan sungai. Kalau dapat ikan tenggalan besar tu, memang di bakar terus la cerita dia. Perasakan dengan garam pun dah rasa manis isi ikan tu. Makan pulak dengan air asam atau sambal kicap memang terbaik lah rasa dia. 

Tapi ikan tenggalan ni banyak tulang. Leceh betul kalau nak makan tu. Jangan sampai tercekik tulang sudah lah. Dengar orang kata kalau ikan banyak tulang ni ikan yang sedap. Betul ke ek? Fakta ke auta entah. Ada yang tahu?

Ada beberapa lagi jenis ikan yang sedap dibakar selain ikan cencaru, ikan siakap, ikan kembung, ikan bawal dan ikan tenggalan. Ini ikut citarasa Fiza je. Lain orang lain citarasa dia. Boleh juga bakar ikan merah, ikan jenahak, ikan kerapu dan banyak lagi jenis ikan. Ikan apa lagi yang sedap di bakar selain semua di atas?

RESEPI IKAN BAKAR SAMBAL

2 labu bawang besar *dikisar
2 ulas bawang putih *dikisar
1 inci halia *dikisar
1 batang serai *dikisar
4 sb cili kisar
4 sb air asam jawa
2 sb sos cili
2 sb gula
1/2 sk garam
minyak masak

CARA BUAT SAMBAL IKAN BAKAR

Kisar bahan-bahan yang bertanda *. Kisar halus ye baru sedap. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau dan garing sikit. Masukkan cili kisar, sos cili dan juga air asam jawa. Kacau rata dan biarkan sampai pecah minyak. Masak lama sikit lah macam tu. Sesekali kacau untuk elakkan hangit pada bahagian bawah sambal.

Bila hampir masak baru perasakan dengan garam dan gula. Kacau sekejap dan tutup api. Kalau Fiza suka buat sambal ikan bakar ni lebih sikit buat stok. Bila nak bakar ikan senang sambal dan siap sedia tinggal perasakan ikan dengan garam dan serbuk kunyit je bakar dulu. Lepas tu baru lah letak sambal. So sambal dia tak hangus lah bila letak kemudian. Kalau bakar siap-siap memang hangus hangit sambal tu nanti.

Nak sedap masak bungkus daun pisang dan daun kunyit. Kat bandar susah nak dapat dan pisang, kita bakar guna aluminium foil je la kan. Bakar 15 minit, kemudian terbalik kan tambah lagi 10 minit. Selepas 10 minit bukak bungkusan dan letakkan sambal. Tambah lagi 5 minit masak. Sedap dan mudah je awak-awak nak masak pun.

Kad Raya Digital 2020

$
0
0
Dulu-dulu suka betul bagi kad raya kat kawan-kawan. Lepas tu kumpul kad raya yang mana dapat buat gantung kat ruang tamu bila tiba hari raya. Mulalah dok lawan dengan kakak siapa dapat kad raya paling banyak. Nostalgia betul bila ingat balik. Tapi selalunya Fiza lah menang. haha..Nak jugak claim pemenang.

Zaman sekarang tak ada dah trend macam tu. Apa barang gantung gantung kad raya. Sekarang dah zaman kad raya digital. Tapi tak lah pupus terus bagi kad raya fizikal tu. Masih ada yang suka kirimkan kad raya. Last Fiza bagi kad raya tahun 2013-2014 macam tu lah. Design sendiri dan printin hantar kedai. 

Bagi kat kawan-kawan mana dapat bagi tu. Almaklumlah bajet ciput..Seronok bagi kad raya kat orang. Dia macam ada sentimental value sikit. Pulak tu kad raya limited edition acah-acah kad raya dari artis kononnya. Okay lah kan sesekali nak feeling. Bukan bajet artis pun cuma saja nak kelainan design kad raya. 

Setiap tahun Fiza ambil juga tempahan kad raya digital. Biasanya dari regular customer yang order setiap tahun. Tahun ni tak dapat teruskan tempahan sampul duit raya disebabkan PKP, kedai pun jauh dan tak tahu bukak ke tidak. Allah gantikan dengan rezeki tempahan kad raya digital. Alhamdulillah, dapat juga lah beberapa tempahan digital kad raya.



Tapikan, kad raya digital 2020 tahun ni ada kelainan sikit Fiza buat. Ada musical! Menarik tak? Boleh request nak letak lagu raya apa. Ala-ala dapat kad raya ada lagu tapi kad raya digital musical ni boleh letak apa-apa jenis lagu tapi bukan macam ringtone dalam kad raya music tu lah. Kemain suka dulu kalau dapat kad raya ada music. Kad raya mahal tu, bukan biasa-biasa okay. Dapat dari boyfriend lagilah berbunga-bunga dalam hati ada taman. 

Nak tengok macamana rupa kad digital musical tu, kau orang boleh tengok kat bawah ni. Tekan lah button play tu. Kalau tidak mana mahunya bunyi. Alang-alang promote ni, follow sekali instagram untuk segala artwork Fiza @azhafizahgraphic. Terima kasih kau orang semua. Sayang ketat-ketat. Eh, lama tak dengar ayat tu.


Terima kasih customer yang masih sudi tempah design dengan Fiza. 

Ayam Masak Lomak Cili Api Den Dah Macam Gulai Kari Katanya

$
0
0
Aduh! Spoil rupa gambar masak lomak cili api den semalam. Dah macam gulai kari katanya Kak Dana. Warna je berubah tapi rasa tak berubah. Osah sodap! Puji diri sendiri ke tu? Husband pun setuju sodap nak buat macamana kan. 

Macam biasalah sebelum masak tu kena tanya dulu nak makan apa. Katanya nak gulai ayam. Okay, baik. Bahan-bahan pun ada, kira ON je lah masak gulai ayam tu. Orang Nismilan memang panggil gulai tapi orang Johor panggil masak lemak cili api. Tak biasa nak panggil gulai.


Nak tahu kenapa warna kuah masak lemak cili api tu berubah? Ni semua sebab guna cili merah pedas tu je. Kalau guna cili api kampung tak macam ni rupa dia. So bila menumis dan tunggu ayam kecut tu warna dia macam letak cili kisar pulak. Sebab tu warna merah dia lagi naik tu. Takpelah, janji rasa lemak cili api tak berubah. 

Ikut resepi mak Fiza ayam masak lemak cili api johor senang je. Tak perlu tumis bagai. Blend cili api dan kunyit hidup. Serai di ketuk dan santan segar 1 biji kelapa. garam dan juga asam keping. Campur semua bahan dalam satu periuk dengan ayam dan biarkan masak guna api perlahan. 

Nak lagi cantik kacau-kacau kuah jangan sampai santan pecah minyak. Masak lemak cili api ikan, masak lemak cili api udang, masak lemak cili api ketam pun sama juga macam tu cuma masak ikan je tak letak serai.

Tapi kalau Fiza masak suka ayam masak lemak cili api negeri sembilan style. Ikut style mak mertua masak macam lagi sedap gitu. Pedas tu wajib ye. Jangan terkejut cili api seggenggam tu okay.

RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILI API

BAHAN-BAHAN AYAM MASAK LEMAK CILI API

Ayam
1 genggam cili api *
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup *
1 inci halia *
1 inci lengkuas *
3 batang serai (diketuk)
1 kota santan
1/2 sb garam
1 keping asam keping
air secukupnya
3 sb besar minyak

CARA MASAK AYAM MASAK LEMAK CILI API

Kisar halus bahan-bahan yang bertanda *. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar dan serai sampai naik bau dan garing sikit ye. Masukkan ayam dan kacau rata. Biarkan ayam tu sampai kecut okay. Masa ni jangan tambah air lagi. Masa ayam tu kecut akan keluarkan minyak dan akan berair sikit. Tunggu je sampai kecut dan sesekali tu kacau ler jangan bagi hangit bawah tu.

Bila dah kecut tambah air, santan dan garam. Masak guna api perlahan dan sambil tu kacau-kacau lah baru nampak santan tu lebih cantik tak pecah minyak santan tak  berketul-ketul. Bila hampir masak tu barulah letak asam keping. 

Masak lemak cili api ambil masa tunggu ayam tu kecut. Lebih baik guna non stick pan sebab tak risau menunggu ayam tu kecut tak melekat dan hangus. Kalau guna kuali biasa, jaga-jaga lah mengacau tu ye. Ingatkan je.

Kalau kau orang jenis malas menunggu nak kena tunggu ayam kecut bagai, boleh cuba style masak lemak cili api johor. Masuk sekali semua bahan terus. Ikut lah mana yang lebih mudah dan ikut selera masing-masing. Yang penting masak lemak cili api kena pedas dan santan kena pekat baru sedap makan. 

Okay, mari berfikir nak masak apa pulak untuk berbuka harini. Harini dah 24 Ramadhan dah. Cepat masa berlalu...


Cili Api Merah Super Pedas

$
0
0
Suka pedas? Sudah tentu! Dah dari dikecil di ajar makan pedas, mana mungkin nak melupakan masakan pedas. Masakan yang tak pedas, berkemungkinan akan direject mentah-mentah. Kahwin pulak tu dengan orang Nismilan. Lagi bertambah podeh kena masak.

Serius cakap, kalau tak pedas boleh putus selera nak makan. Setuju tak wahai pempedas sekalian?Sebenarnya kalau nak masak masakan kampung, lebih sedap sekiranya guna cili api kampung. Guna cili api bandar yang acah-acah kampung tu rasa dia kurang sedap dan kurang pedas. 

Disebabkan susah benar nak dapat cili api kampung kat bandar ni, Fiza suka beli cili api merah tempatan yang super pedas tu seperti gambar di bawah. Biasanya sebulan sekali balik kampung mak dah sediakan stok cili api kampung tu.

Tapi iyelah kan sebab musim PKP ni tak boleh nak balik kampung. Kemurungan tak dapat balik kampung dan kemurungan juga tak dapat stok cili api kampung. Nak tak nak terpaksa jugalah beli cili api merah super pedas ni. Harga cili padi 1 kg pun dah mahal sekarang ni. Kalau dapat murah kira untung dah tu. Lagi untung dapat bekalan dari mak, free je. Hihi


Cili api pedas ni lah  penyebab utama lauk ayam masak lemak cili api berubah warna tu. Tak tahulah nama yang sebetulnya. Pada tag pun dia tulis cili api merah/pedas. Itu je! Cili api ni kalau buat sambal gesek memang power lah. Sedap dan pedas tu terasa betul. Memang sesuai guna cili api merah.

Cili api kampung pulak sesuai buat sambal belacan belimbing buluh atau sambal belacan style kampung lebih sedap. Sambal belacan pun dah moden sekarang okay!. Buat style ala sambal gesek tu. Kena masak dengan cara goreng/rebus. Lepas tu baru tumbuk atau blend dan simpan buat stok dalam peti ais. Nak makan ambil je tak payah susah-susah nak buat bila masa nak makan.

Tapi kalau style mak-mak kita lebih suka resepi tradisi sambal belacan cili api mentah dan tumbuk guna lesung batu. Kannnn....



Viewing all 8009 articles
Browse latest View live